TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Isnin, 8 Disember 2008

Pengorbanan Yang Berpanjangan

Aidil Adha 1429 bersamaan 8 hb Disember 2008. Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.



Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim dan Nabi Ismail maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.


Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wa Taala tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah, memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.


Jika sekiranya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya kerana ia adalah arahan Allah, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar oleh Nabi Ibrahimmaka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dan keadilan sejagat. Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi nabi Allah Ibrahim melaksanakan kerana ini arahan Allah. Justeru itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah tidak memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah.



Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah Subhanahu Wa Ta`ala.


Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”



Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.


~Salam Perjuangan~


Tiada ulasan: