TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Khamis, 25 Disember 2008

Untuk Kita :: Untuk Semua

PENDAKWAH WAJIB MENGUASAI ILMU ALAT

Tidaklah wajar bagi seorang pendakwah untuk terus berucap di hadapan khalayak ramai sahaja tanpa menguasai ilmu alat yang secukupnya bagi menyampaikan ilmu Islam yang diluar kemampuannya.


Contoh Ilmu Alat Dalam Islam

(Sila baca buku Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah : Al-Fadhil Syeikh Ismail Bin Omar)

Perkataan hadis "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat" tidak wajar menjadi alasan dan hujah untuk mencari makan dengan agama dan mengambil upah menyampaikan mesej Islam yang tersasar.

Matan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar yang berbunyi : "Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada bahan api neraka." (hadis riwayat Bukhari & Tirmidzi)

Ketahuilah, maksud hadis ini ialah menyampaikan "sebijik-sebijik seketul" seperti yang disampaikan oleh Rasulullah, sedangkan yang "kita/ kalian/mereka" lakukan pula bukan menyampaikan sebaliknya "mengulas, menokok tambah, mentafsir ucapan tersebut, mensyarahkannya dan lain-lain yang menyalahi maksud penyampaian."

Hal itu mengakibatkan alasan kita/kalian/ mereka "hanya menyampaikan" tidak lagi dapat diguna pakai untuk berdakwah kerana lesen dakwah itu ditarik balik di atas kesalahan yang dilakukan kerana mencemari maksud asal arahan Rasulullah.

Seperti yang dimaksudkan oleh hadis dengan riwayat yang lain apabila menyebut : "Semoga Allah memberikan nikmat kepada orang yang mendengar kata-kataku lalu dia menghafalnya kemudian menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana yang dia dengar."

Bahkan perlu diingatkan, kesilapan menafsirkan hadis dan agama dengan harapan untuk mengaitkan dengan isu semasa boleh jadi tidak menjadi tujuan ucapan Rasulullah atau memenuhi "Maqasid Syarak" (kehendak syarak) mengakibatkan pendakwah hanya mengundang dosa menyampaikan apa yang tidak benar dalam erti kata lain berdusta.

Ada orang bertanya saya, apakah benar ada hadis yang mempromosikan bumi hijau? Saya kata ada hadis mengalakkan kita memelihara alam sekitar lalu orang yang bertanya mengatakan apakah ada hadis yang menyebut sekiranya di tangan kita masih ada benih tanaman dan dunia sudah hampir kiamat maka hendaklah dia berusaha menanam benih itu sebagai bukti Islam mempromosikan pertanian ? Saya menjawab ada hadis lain yang maksudnya mempromosikan pertanian sebagai usaha kebajikan seperti hadis yang menyebut sekiranya tanamannya dimakan burung dan manusia maka dia mendapat pahala sedekah namun bukan hadis ini yang mana maksudnya ialah perumpamaan beramal seperti yang diriwayatkan oleh para ulama, iaitu kesempatan beramal itu hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya sekalipun hampir pada hari kiamat. (Iklan)

Menyampaikan bererti mengungkapkan mesej Rasulullah sama seperti yang disebutkan oleh baginda tanpa takwil, tanpa tambahan atau pengurangan dan tanpa pula menafsirkannya dengan maksud-maksud lain yang tidak diketahui pendek kata, hadis di atas bermaksud supaya yang hadir di majlis rasul itu berperanan menjadi perawi hadis, dan sampaikanlah walau sepotong ayat sekiranya jika itu sahaja yang mampu mereka hafal dari ucapan baginda.

Ini ditambah pula dengan baki hadis yang seumpama dengannya yang menyebut : "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu."

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi Wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Mengambil iktibar hadis yang bermaksud : "Moga-moga yang hadir apabila mendengar ucapanku akan lebih memahaminya daripada mereka yang tidak hadir."

Ini menandakan tugas perawi (serta peranan sebenar mereka yang nak berpegang dengan hadis ini) ialah menyampaikan sebijik-sebijik ucapan Rasulullah atau potongan fakta dari agama ini tanpa tokok tambah dan sebagainya.

Seterusnya tinggalkan tugas mengulas, mengupas dan mensyarahkan ucapan tersebut kepada para ulama dan ahli yang pakar di dalam urusan agama untuk menunaikan kewajipan mereka.

Menurut riwayat Abdullah Ibnu Mas'ud pernah menyebut : “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari Ashaghir dan buruk, mereka pasti hancur.” (Ibn Abd Bar' Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248). Yang dimaksud Ashaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?” "Dia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal iaitu menafsir sendiri tanpa merujuk dalil) Adapun orang yang mengambil ilmu daripada pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir.” (Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 246

Dimaksudkan dengan pengetahuan mendalam ialah mereka (ulama’) haruslah memiliki kekuatan ilmu secara ilmiah terhadap kitab Allah iaitu Al-Quran dengan menguasai ilmu alat dan kaedah seperti Bahasa Arab dan sasteranya, hadith dan usulnya serta ilmu tafsir dan kaedah penafsiran yang sahih, usul fiqh dan lain-lain ilmu yang berkaitan.

Firman Allah yang bermaksud : “ Maka kami memberi kefahaman kepada Sulaiman dan masing-masing kami berikan hukum (keputusan) dan pengetahuan.” (Al-Anbiya :79).

Kerana itulah pada kitab Al-Faqih Wal Mutafaqih oleh Imam Khatib al-Baghdadi ra menyebutkan bahawa Imam Syafie ra pernah menyebut : "Tidak halal bagi seseorang itu memberikan fatwa dalam agama kecuali mereka yang mengetahui tentang kitab Allah baik nasakh dan mansukhnya, muhkamat dan mutasyabihat, ta’wil dan penurunannya, makkiyah dan madaniyah dan lain-lain serta juga menguasai hadith seperti mana perlunya dia menguasai Al-Quran, mahir Bahasa Arab dan juga mahir ilmu usul dan kemahiran yang berkaitan." (lihat Al-Faqih Wal-Mutafaqih dan I’lamul Muwaqi’in oleh Imam Ibn Qayyim m/s 45 Jilid 1 dengan tambahan perkataan dari penulis).

Pengajaran daripada tulisan di atas :

1) Boleh berdakwah (bagi orang yang tak banyak ilmu & tak alim macam kita) dengan syarat menyampaikan ilmu yang dihafal sebijik-sebijik.

2) Alasan "Sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat" boleh diguna pakai jika kita hanya menyampaikan apa yang kita hafal atau dengar & baca dari sumber ilmu tanpa olah, ubah suai dan tokok tambah.

3) Mengulas ayat Quran dan hadis tanpa merujuk tafsiran dan menguasai ilmu alat adalah ditegah kerana dibimbangi maksudnya menyalahi tuntutan syarak (maqosid syarak) atau kehendak sebenar dalil.

4) Marilah kita bersama-sama menguasai ilmu alat dan bantu membantu, siapa "teror" maka silalah ajar kawan-kawan yang lain dan jangan memperendahkan semangat mereka atau padamkan semangat mereka dengan celaan tapi berilah sokongan dan bantuan.

Allahua'alam

http://mujahidah-fisabilillah.blogspot.com

Jumaat, 19 Disember 2008

Hebatnya wartawan ni...

Ahad, 15 Disember, Baghdad

Nampaknya, seluruh dunia mengetahui insiden penghinaan terhadap George Bush yang hampir menjadi sasaran lemparan kasut. Beritanya boleh didapati di banyak tempat, cuma kita ingin membincangkan isu yang lebih utama. Sebelum itu, sedikit info mengenai kes Bush dan kasut ini, mungkin ada yang masih belum membacanya lagi.

Pada lawatan Bush ke Iraq(dikatakan lawatan terakhirnya ke sana), seperti dilaporkan dari Reuters, Isnin (15/12/2008)

Bush ditanya apakah dia datang ke Iraq untuk merayakan kemenangan, Bush pun mengatakan “Tidak, saya mempertimbangkan itu sebagai satu langkah penting menuju Iraq yang mendukung dirinya sendiri, memerintah dirinya sendiri dan mempertahankan dirinya sendiri,”.

Alih-alih mengatakan perang di Irak sudah menghasilkan sesuatu, Bush malah mengatakan ‘peperangan belum selesai’

Ada beberapa tugas yang harus dilakukan. Peperangan belum selesai,” tambah Bush.

Sejurus selepas itu, seorang wartawan dari syarikat al-Baghdadia, Muntader al-Zaidi melemparkan kasutnya yang pertama semasa sidang media apabila Bush berucap “this is his farewell gift to the Iraqi people” sambil berteriak

"This is a gift from the Iraqis; this is the farewell kiss, you dog"

Kemudian membaling sebelah lagi kasutnya dengan teriakan

"This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq."

Kali ini, PM Nuri al Maliki membantu menangkis dengan lengannya.

Walaupun kasutnya tidak mengenai Bush, tetapi kedua-duanya mengenai bendera Amerika. Dilaporkan bahawa bagi tradisi Arab, kasut di kepala merupakan sesuatu yang menghinakan, seumpama memijak kepala seseorang.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa walaupun kawalan ketat dijalankan oleh pihak berkuasa, baik Iraq mahupun Amerika sendiri di setiap tempat Bush berada, namun keselamatan presiden Amerika ini belum tentu terjaga.

Peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran bukan kepada Bush sendiri, malah kepada Nuri al-Maliki dan juga lain-lain pemimpin umat Islam yang selama ini memberi penghormatan kepada pembunuh umat Islam No. 1 ini. Para pemimpin umat Islam yang selama ini begitu bacul, tunduk dan patuh kepada Bush seharusnya sedar bahawa Bush hanyalah seorang manusia kafir yang sangat hina, kerana dia merupakan musuh Allah dan musuh umat Islam. Kedudukan Bush jauh lebih hina dari sepasang kasut yang dibaling ke mukanya itu.

Sesungguhnya apa yang patut diterima oleh Bush jauh lebih berat dari ini. Bush sebagai pengganas No. 1 dunia yang telah membunuh ribuan umat Islam selayaknya ditangkap dan dihukum mati. Namun, oleh kerana para pemimpin umat Islam, seperti Nuri al-Maliki sendiri masih ‘menyembah’ Bush, maka presiden Amerika ini masih lagi dapat bernyawa pada hari ini, walaupun si laknatullah ini telah membunuh ramai umat Islam di Iraq sendiri.

Muntader disambut sebagai wira atas tindakannya yang berani itu. Walaubagaimanapun, kini dia masih lagi di dalam tahanan dan dilaporkan dibelasah teruk.

Agenda tersembunyi

Pada asalnya, lawatan Bush ke Baghdad adalah lawatan yang tidak diumum(unannounced visit) . Lawatan ini sengaja tidak diumum atas sebab-sebab tertentu. Tapi kini, seluruh dunia telah mengetahui tentang lawatan tersebut, yang mana destinasi seterusnya adalah ke Afganistan.

Walaubagaimanpun, yang menjadi highlight adalah tregedi Bush dan kasut. Sebenarnya, ini merupakan lawatannya yang terakhir ke negara-negara yang dijajah Amerika(Iraq dan Afganistan), yang tujuannya adalah untuk memberi peringatan kepada kerajaan Iraq dan Afganistan bahawa kepentingan Amerika di kedua-dua negara itu masih perlu dijaga, walaupun dia akan diganti Obama. Selain itu, Bush turut mengingatkan bahawa bahawa bantuan ketenteraan akan terus ditingkatkan oleh Pemerintahan Obama tahun depan. Secara mudah, kehadirannya adalah untuk memastikan boneka-bonekanya tetap setia kepada tuan, walaupun selepas ini, tuan baru akan ganti. Bush terus dalam penipuannya dengan menyifatkan kehadiran tentera Amerika ke Iraq sebagai

"One of the greatest successes in the history of the United States military."

walaupun seluruh dunia tahu akan kegagalan Amerika di Iraq dan Afganistan.

Lain Pula Ceritanya

Sungguh malang sekali bagi kaum muslimin, jika wartawan mempunyai keberanian tetapi ulama tidak langsung mempunyai maruah. Dalam satu Seminar Dialog Antara Agama pada Julai lalu dimana Sheikh al-Azhar, Sheikh Tantawi yang berjabat mesra dengan Presiden Israel Simon Perez. Tindakan “Ulama” itu telah mengejutkan kaum Muslimin, terutamanya di Mesir. Penjajahan Bush di negeri yang pernah menjadi pusat Khilafah Islamiyyah tersebut telah membuat negeri Iraq porak poranda, dan dikendalikan oleh Barat melalui kaki tangannya. Derita demi derita dihadapi oleh kaum Muslim di negeri tersebut. Sementara itu, para penguasa Muslim dunia malah masih berdiam diri atas tindakan jahat Bush tersebut, kalah oleh keberanian seorang jurnalis yang tak kuasa menahan kemarahan atas semua tindakan Bush tersebut. (Syabab.com, 15/12/08)

Ingatlah bahawa Allah telah menurunkan ayat

Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah parti Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti Allah itulah parti yang berjaya.

(TQ al-Mujadilah 58:22)

Sebab turun(asbabun nuzul) ayat itu dalam satu riwayat seperti berikut:

Bahawa pada suatu hari Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) mencaci maki Rasulullah saw. Lalu Abu Bakar memukulnya dengan keras sehingga dia jatuh terpelanting. Lalu berita itu sampai kepada Rasulullah saw. maka Rasulullah saw. bertanya, “Apakah benar engkau telah melakukan hal itu, wahai Abu bakar?” Abu Bakar menjawab, “Demi Allah seandainya di tanganku ada pedang, nescaya dia akan kupancung dengan pedang itu”.

(HR Ibnu Munzir)1

Turunnya ayat Quran tentang kes itu menandakan pembenaran(persetujuan) Allah terhadap perbuatan Abu Bakar. Sepatutnya Ulama Islam lebih mengetahui akan hal ini. Sikap ini bukanlah sikap sebagai seorang yang menyertai parti (hizb) Allah. Lebih dibanggakan sikap Muntader yang layak digolongkan dalam parti Allah dan berjaya. Sungguh mengecewakan kerana menurut Imam Ghazali,

“Rosaknya rakyat, kerana rosaknya para penguasanya. Rosaknya para penguasa, kerana rosaknya para ulama”

Umat Islam kini berada di bawah penguasa yang mementingkan kepentingan penjajah Amerika dan Ulama yang berkasih dengan Israel. Mana tak rakyat menjadi mangsa. Benarlah sabda Rasulullah

“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada al-Quran itu kecuali tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali” (HR Baihaqi)

Muntadzer Al Zaidi Dikhabarkan Mengalami Luka dan Patah Tangan

Keadaan terkini wartawan Iraq, Muntadzer Al Zaidi masih menjadi misteri. Dia dikhabarkan luka di bahagian kepala dan patah tangan.

Keberadaan pelempar sepatu terhadap Presiden AS George W Bush itu juga dirahsiakan. Namun diyakini bahawa saat ini Al Zaidi dirawat Baghdad, kerana mengalami luka serius di bagian kepala dan patah tangan.

Informasi keadaan Al Zaidi ini disampaikan saudara kandungnya, Maitham Al Zaidi, seperti dikutip Reuters, Selasa (16/12/2008). Menurut Maitham, Muntazar Al Zaidi mengalami luka serius di bahagian kepala setelah dipukul tentera Iraq dengan senapang setelah melempar Bush dengan sepatu.

Maitham mengatakan Al Zaidi saat ini dirawat di Ibnu Sina Baghdad dengan penjagaan sangat ketat oleh tentera khusus Iraq. “Yang kami ketahui dari seseorang yang menghubungi kita, bahawa Muntadzer dikejarkan ke Ibnu Sina. Dia mengalami luka di bahagian kepala kerana dihentam dengan gagang senapang dan salah satu lengannya patah,” jelas Maitham.

Saat ditanya wartawan, siapa orang yang membocorkan informasi keberadaan Al Zaidi kepadanya, Maitham merahsiakannya. Kerana itu, pengakuan Maitham ini belum dapat disahkan. Sejumlah pegawai Iraq juga tak berkomentar sedikit pun mengenai masalah ini dan mengaku tidak bertanggung jawab.

Pihak tentera AS mengatakan Al Zaidi berada di tahanan tentera Iraq. Namun, Juru Bicara Kementerian Pertahanan Iraq membantah pernyataan tentera AS dan mengaku tidak mengetahui keadaan Al Zaidi.

Sebaik sahaja Al Zaidi melempar kasut kepada Bush, Zaidi kemudian ditahan polis. Al Zaidi kemudian diseret keluar dari ruangan, Al Zaidi sempat meronta dan berteriak cuba melawan. Setelah itu, nasib Al Zaidi tak diketahui pasti. (Syabab.com, 17/12/08)

Isnin, 8 Disember 2008

Pengorbanan Yang Berpanjangan

Aidil Adha 1429 bersamaan 8 hb Disember 2008. Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.



Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim dan Nabi Ismail maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.


Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wa Taala tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah, memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.


Jika sekiranya Nabi Ibrahim menyembelih anaknya kerana ia adalah arahan Allah, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar oleh Nabi Ibrahimmaka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dan keadilan sejagat. Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi nabi Allah Ibrahim melaksanakan kerana ini arahan Allah. Justeru itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah tidak memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah.



Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah Subhanahu Wa Ta`ala.


Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, Bermaksud

“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”



Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.


~Salam Perjuangan~


`iedul Mubarak


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ana juga sekalian sahabat-sahabat seperjuangan muslimat di Negeri Sembilan mengucapakan Salam `iedul Adha, moga kita senantiasa menghayati erti pengorbanan yang sebenar, insya`allah.

Salam perjuangan buat sekalian.

Sabtu, 6 Disember 2008

Hanya Tempat Lawatan






Baru-baru ini saya berkesempatan ke tempat yang di banggakan oleh kerajaan kini. Taman tamadun ape ntah, yang tempat tu ada Masjid kristal (Macam tak ada nama lain jer. Bagilah nama Islam) Dulu saya berkesempatan mendengar cerita dari anak saudara yang mengikuti lawatan sekolahnya. Taklah saya teruja apa pun, tapi nak tahu apa yang dibanggakan satu ketika yang lalu.


Namun pada hemat saya, apalah yang nak dibanggakan dengan bentuk yang tiada islamiknya. Sekadar memiliki kubah petanda nama itu adalah masjid. Saya bukan nak hentam atau apa pun. Yang sangat saya sedih ialah masjid tu tak ada orang. Memang ramai orang tapi datang buat lawatan semata-mata.



Saya melihat dari jauh, sangatlah kesal. Ramaikan dah ke tempat ni, maklumlah pusat lawatan jadinya.. tentu boleh menilai sendiri...



Ingin saya memetik kata di sebuah akhbar perjuangan...


Dalam keadaan agak kabur tetapi boleh dilihat, kelihatan seperti satu wajah. Ada mata, hidung, mulut pada kubah. Menara tajam kubah itu menjadi seolah-olah tanduknya. Pada satu kubah lagi di sebelah kanan kelihatan imej wajah anjing. Telinga panjangnya, mata, hidungnya juga kelihatan.


Barangkali dengan penerangan seperti ini tanpa imej sebenar amat sulit untuk digambarkan. Saya tidak mempunyai imej tersebut, tetapi dengarnya ia baru tersebar dalam telefon bimbit dan kalau tidak salah, ada juga VCD mengenainya.


Oleh kerana keanehannya, imej itu diberikan oleh pelancong tersebut kepada salah seorang pekerja hotel, dan kemudiannya ia mula tersebar. Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang menyimpan imej itu, tolonglah siarkannya.


Kerajaan Terengganu 'Darul Kristal' mungkin menolak imej tersebut dengan mengatakan ia taktik pembangkang untuk memelihara kesucian Masjid Kristal. Tetapi, harus diingat bahawa imej itu bukannya ahli PAS yang ambil, sebaliknya pelancong asing.


Apapun, kalau imej itu benar dan bukan 'super impose', ia menunjukkan bahawa, ada sesuatu yang tak kena dengan Masjid Kristal.


Dan, kalau tanpa imej itu pun, ia memang tidak kena kerana ratusan juta ringgit wang rakyat telah pun dibazirkan. Ingatlah bahawa si pembazir itu adalah saudara syaitan. Maka, wajah syaitanlah yang ada pada imej kubah 'Masjid Dhirar' (Masjid Kristal) itu!


sumber dipetik dari

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12461&Itemid=56



Ada kebenarannya seperti yang dilihat...