TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Jumaat, 30 Oktober 2009

Apa Nak Jadi? Jangan Jadi Apa Yang Mereka Nak!

Awalnya, saya mohon kemaafan kerana lama tak mengemaskini blog. Bukan malas atau apa, tetapi saya merasakan banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan. Insya`allah selepas ini saya akan cuba mengemaskininya selalu. Apa yang saya akan bicarakan kali ini adalah berbentuk hak saya sebagai seorang manusia biasa yang perlu melontarkan sesuatu untuk menemui pencerahan dalamparti yang saya ikuti.

Semakin hari bermacam terjadi dengan parti yang saya sertai ini. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada parti dan ahli-ahli berkenaan untuk menyelesaikannya. Namun setiap waktu juga pihak-pihak tertentu membuat provokasi terhadap parti ini.

Beberapa orang inginkan pendapat saya. ”Akan ok lagi kalau PAS keluar dari PKR.” saya cuma membalas, ”Mungkin ada baiknya. Tetapi ada juga sebaliknya.”

Sebenarnya satu kesimpulan besar yang ingin saya buat terhadap parti yang saya sayangi kerana Allah ini, kembalilah tunding pada diri sendiri. Saya meyakini masih ada yang keruh antara ahli-ahli jamaah. Dan saya pasti setiap yang berlaku itu penyebabnya ada. Macam pokoklah, kalau akar tunjangnya tak elok, maka akan terbantut dan rosaklah pokok itu. Justeru, wajar saya kata, tunjang kepada parti itu sendiri telah rosak.

Dengan ini saya menyeru, kembalilah kepada Yang Syumul, ISLAM.buanglah segala sifat yang buruk. Dan seringlah muhasabah. Jadilah seorang manusia yang memiliki `satu rupa’.

Cantaslah mana yang perlu sebelum virusnya merebak hingga berkudis, bernanah, parah dan akhirnya... moga tidaklah itu terjadi.

Ok, setakat ini dulu. Moga di ambil perhatian. Jom Muhasabah.

Teruskan perjuangan kerana Allah. Allahu Akbar.

Ahad, 11 Oktober 2009

Bukanlah Bersifat Kekal


Melihat tuasi pilihanraya kecil (PRK) DUN Bagan Pinang secara dekat dan sepenuhnya, pelbagai pengalaman baru bertamu. Dari menyertai perarakan di hari penamaan calon seminggu yang lalu, meruntinkan diri menjejakki Port Dickson di setiap malam, melaksanakan tugasan-tugasan yang perlu, menjadi kenangan istimewa bagi diri saya semenjak menyertai sama dalam saf muslimat.

Berlainan suasana tika Pilihan Raya Umum (PRU-12)lalu, bersama kumpulan muslimat berkhidmat di DUN Paroi, Parlimen Rembau demi memperjuangkan Islam bersama parti PAS. Berbeza juga dengan PRK yang telah sebanyak 8 kali berlngsungnya (tidak termasuk Bagan Pinang) perkhidmatan dari sekalian warga PAS di negeri-negeri lain diperlukan. Tidak sewaktu PRU, hanya memandang wajah yang setia yang sama sahaja Dari hari awal menyusun strategi hinggalah hari pengundian.

Ragam, perilaku dan perbuatan kedua-dua pihak penyokong parti yang bertanding dapat dilihat jelas. Selama ini, tidaklah saya pernah menginfakkan diri sepenuhnya di PRK yang telah berlangsung sebanyak 8 kali itu.

Bertemu sahabat-sahabat dari negeri-negeri lain yang membantu menjadikan diri bertambah ‘terhibur’ dan saling bertukar cerita dan yang utama menimba pengalaman berharga dari mereka yang telah bergiat aktif di setiap PRK yang berlangsung semenjak PRU tahu lalu.

Bagi diri kalah menang bukan alasannya, yang penting usaha-usaha kita yang sedikit itu diredhai Allah. Sangat saya berharap mewakili pihak muslimat, janganlah kita kesalkan kiranya kekalahan mentamui. Sesungguhnya seberat-berat ujian dalam perjuangan melawan ’Parti Rasuah dan Pemusnah’ itu adalah ketika Allah memberi kemenangan. Kerana Allah inginkan kita sekaliannya mempersiapkan diri dengan ilmu juga pengisian rohani.

Bersyukurlah kita walaupun kalah dalam PRK kali ini. Allah ingin menguji kekuatan diri kita. Adakah kita menyesal dengan perjuangan yang dilakukan selama menanti hari pengundian? Atau adakah kita akan terus menunding jari ke pihak mereka? Apa pun, fikirkanlah HIKMAH yang Allah Yang Maha Esa hidangkan buat kita.

Pertamanya kita perlu teruskan perjuangan mendaulatkan Agama Allah di muka bumi Malaysia ini. Bukan sekadar kata-kata tetapi perbuatan juga adalah peringatan yang utama Allah jamukan kepada kita.

Tuasi yang menjelekkan terlihat dari pihak bn-umno. Pelbagai provokasi dilemparkan oleh mereka demi untuk memulakan pertelingkahan dengan Pakatan Rakyat. Aksi ejek mengejek yang dicetuskan penyokong bn-umno tika meraih undi di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan.



Lain pula reaksi di penyokong Pakatan Rakyat, ada yang tenang tidak ketinggalan juga ada yang membalas dengan nada emosi juga.


Bagi saya yang ingin suasana yang harmoni dan diredhai, tadzkirah ringkas mengenai Sabarnya Rasulullah dalam mendepani ejekan-ejekan yang dilemparkan kepada baginda. Kata-kata keramat ’Fasbir Sabran Jamila’ tetap ana lontarkan penenang hati sendiri juga sekalian yang melalui tuasi tersebut. Ada sebahagiannya menerima dengan terbuka tidak lain mencebikkan bibir tanda tidak menyetujui.

Perti acara ’kanak-kanak’ dapat disaksikan di sini. Pihak yang melakukan provokasi memulakan membaling botol tanda geram dan semua itu disusuli oleh Pakatan Rakyat pula kerana serangan di pihak bn-umno bertalu-talu.

Situasi sedemikian berterusan berlaku beberapa ketika yang lain akibat dari penggunaan kata-kata yang ’melampau’. Puak-puak mereka memulakan balingan batu. Dalam beberapa keadaan yang lain pertelingkahan itu dileraikan oleh pasukan unit simpanan persekutuan (FRU), namun perkara yang tidak diingini itu menyebabkan ada beberapa orang cedera.

Begitulah ragam dan gelagat seharian di tempat meraih undi. Apa yang ana rasakan kita perlulah berilmu dan senantiasa mempertingkatkan usaha pada diri untuk bersifat sabar dan tabah serta kentalkan jiwa apalagi raga untuk mendepani ’musuh-musuh Allah’ itu.

Saat ana melakarkan kata bagi rungan blog ini, pengumuman ketidakjayaan telah diketahui. Apapun, ana mengharapkan kita sekaliannya muhasabah kembali dengan ujian yang Allah hidangkan ini. Santaplah dengan hati yang terbuka dan redha, insya`allah.

Diterima juga sms dari teman-teman dan sahabat-sahabat, mencuitkah hibakah rasa diri di atas ketidakjayaan PAS dalam PRK kali ini? Demi Allah sesungguhnya ana sangat merasakan syukur walaupun tidak menang. Kerana ana tahui Allah sedang berbicara dengan diri juga sekalian kita. Sedarlah ujian itu bukanlah bersifat kekal, insya`allah kita sama muhasabah kembali, dan redhalah akan ketentuan Illahi.

TERUSKAN PERJUANGAN

JANGAN TAKUT, JANGAN GENTAR

TINGKATKAN PERIBADATAN

JADILAH INSAN YANG SABAR

ALLAHU AKBAR... ALLAHU AKBAR... ALLAHU AKBAR

SMNS

-BAGAN PINANG-

Pilihlah Yang TEPAT

SELAMAT MENGUNDI
KEPADA SEKALIAN YANG MENGUNDI
DI BAGAN PINANG
HARI INI