TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Sabtu, 29 Mac 2008

"Jumble Sale Amal" untuk Wanita Mac-April di Sekitar Seremban

Dari laman blog http://nurmutiara.blogspot.com/

Dijemput semua wanita untuk hadir mendapatkan barangan yang murah seperti pakaian, majalah dan beg-beg terpakai “Jumble Sale” (Jualan Amal untuk progam bantuan kebajikan). Harga serendah RM2- RM10 sahaja. Mari kunjungi gerai kami pada tarikh berikut :

Ahad 30 Mac 2008 - Dataran Senawang jam 11pagi - 2 ptg
Sabtu 5 April 2008 - Kompleks Sukan Paroi pada jam 8.30 pagi – 11 pagi
Ahad 6 April 2008 - Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya pada jam 8.30 pagi – 12 tgh


MARI KITA MERIAHKAN...SAMBIL MERAPATKAN UKHWAH..INSYA`ALLAH

Rabu, 26 Mac 2008

Kesilapan BESAR Mereka

PERDANA Menteri mengakui Barisan Nasional mengalami kegagalan teruk dalam pilihan raya umum lalu, antaranya, akibat kecuaian parti itu memanfaatkan kempen di alam siber.

“Kita tewas dalam perang (maklumat) di Internet, perang siber,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucaptamanya di seminar pelaburan Invest Malaysia 2008 semalam.

“Ia benar-benar satu perhitungan yang salah. Kita lakukan kesilapan paling besar apabila menganggapnya tidak penting”.

Pemimpin-pemimpin BN melihat sudah memadai berharapkan liputan akhbar dan televisyen, tambahnya, “tetapi orang muda bergantung pada (maklumat) SMS dan blog.”

Walaupun memberikan ruang kebebasan di Internet, kerajaan selama ini sering menganggap blog dan laman web menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan penulis-penulis di alam siber tidak bertanggungjawab.

Beberapa menteri juga sering memberi tanggapan orang ramai tidak membaca blog politik kerana beberapa peratus sahaja melayarinya berbanding blog bukan politik dan kebanyakan mereka bergantung kepada media arus perdana sebagai sumber berita.

Pilihan raya 8 Mac menyaksikan perubahan tanggapan tentang perkara ini apabila penganalisis-penganalisis melihat kejayaan luar biasa pembangkang - digelar “tsunami politik” - menewaskan BN di lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga parti itu, antaranya, akibat saluran maklumat alternatif.

Saluran-saluran mengundi generasi muda memihak kepada pembangkang seperti diakui sendiri oleh ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz baru-baru ini.

Abdullah berkata, kerajaan akan memberikan “perhatian sewajarnya” dalam perkara ini dan mengambil langkah memperkuatkan suara generasi muda.

“Ia (keputusan 8 Mac) memang menyakitkan … tetapi ia terjadi tepat masanya, masih tidak terlambat,” katanya.

Sementara itu, menteri penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersedia menemui syarikat-syarikat media tempatan untuk memahami perkembangan mereka.

Beliau berkata lawatannya itu tidak bertujuan menyekat kebebasan media tetapi “mencari yang terbaik bagi rakyat dan negara,” lapor agensi berita Bernama.

Bercakap di majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua pengarang media, Shabery berkata beliau tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa pembaca beralih kepada media alternatif akibat sikap berat sebelah media perdana.

Di negara-negara maju yang dianggap mempunyai kebebasan media, tambahnya, orang ramai tetap memilih media alternatif.

Beliau sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertemu penulis-penulis blog untuk mendengar pandangan mereka dan juga mengiktiraf sumbangan mereka.-->>Malaysiakini