TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Jumaat, 24 Disember 2010

IMeGa

PAROI – Inisiatif yang di ambil setiap tahun, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAM, NS) & Surau Taman Alamanda patut diiikuti kerana mengadakan Bengkel Info Menara Gading atau lebih dikenali ‘ImeGa’.

Program yang bertujuan memberikan panduan pemilihan kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kepada lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan, memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain, membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading.

Fasilitator IMeGa terdiri daripada Kaunselor berpengalaman dan terlatih, golongan profesional dan usahawan bagi memudahkan para peserta bertanya langsung mengenai sesuatu bidang yang diminati dan ingin diceburi mereka.

Kali ini ImeGa akan diadakan di Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 26 Disember 2010 bermula 8.30 pagi hingga 5 petang

Dalam pada itu, program yang menyasarkan 100 penyertaan ini dilihat mampu memberikan panduan kepada para remaja bagi menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR), ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus kepada bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka sebelum itu.

Kepada yang berminat untuk pendaftaran sila hubungi En Sufian 013-3589328 atau Pn Norwani 013-3851202

Rabu, 17 November 2010

Selamat atas Selamat, dan seterusnya..


Semoga di hari dan bulan mulia ini kita terus mempertingkatkan ibadah kepadaNya.

Moga pengertian sebenar perlakasanaan ibadah ini dimengertikan! Salam perjuangan.

Salam Idul Adha. Selamat melaksanakan Ibadah korban, maaf zahir dan batin.

Khamis, 11 November 2010

Kekontangan


Ketika di dalam kapal terbang. Politik juga ada?

Macam-macam tamsilan yang sesetengah golongan cipta mengenai politik. Kenapa terjadi demikian? Teringat saya seorang rakan sekolah yang kata tak ingin ambil tahu pasal politik.

Pelik. Ya begitulah yang saya rasa. Kehidupan bermasyarakat, tidak lari dari politik. Cuma untuk melaksana dan menggunakan dengan bersih dan baik itu, bergantung kepada kesedaran manusia-manusia yang menceburkan diri ke lingkungan tersebut.

Kalau nak dikatakan, politik itu sangat meluas maksudnya. Tidak tertakluk kepada parti sahaja. Ya, tapi ramai yang kurang sedar tentang ini. Di dalam rumahtangga juga ada politiknya, begitujuga di dalam sesuatu organisasi, muammalat juga ketika bergelar pelajar sekolah atau mahasiswa institute pengajian tinggi.

Untuk menyedarkan tentang itu, dirasakan perlu sesiapa pun (mereka yang berilmu) mengadakan kursus kesedaran politik. Sebab ramai Gen Y dan generasi yang dah lanjut usia bengap mengenai makna politik.

Sungguh politik itu tidak tertakluk kepada UMNO sahaja ya! Berjela dan macam-macam yang ada kaitannya dengan politik. Hidup sehari-harian juga tidak dapat dipisahkan dengan politik.

Sedarlah wahai kalian yang yang lena!

Rabu, 10 November 2010

Wajib Peduli!

Isu politik yang makin entah apa-apa semenjak kebelakangan ini, membuatkan saya muak untuk mencatatkan sesuatu. Maaf kerana ketulusan ini. Jangan risau, perjalanan politik juga tarbiyyah, masih saya sertai. Allah bersama hamba-hamba yang senantiasa mengingatiNya. Saya pasti dan yakin!

Saya memang banyak nak kongsikan dengan ummat bermacam. Tapi saya sepikan beberapa lama hingga memandangkan betapa negara ini sudah kacau bilau dek kerana politik. Saya tidak bermaksud menolak politik! Harap faham apa yang dimaksudkan.

Setiap pagi sebelum saya melakukan rutin harian iaitu bekerja, sambil bersarapan, sempat saya memasang telinga mendengar khabar palsu arus perdana. Saya sungguh bosan menontonnya. Dalam Al-Quran Allah banyak ulang ayat yang maksudnya, “Adakah kamu berfikir.”

Banyak manusia yang belajar tinggi hingga bertaraf global atau seantero, tapi bab menggunakan akal untuk berfikir, sangat ketinggalan. Buktinya, kenapa ramai yang boleh membutakan mata dan memekakkan telinga apabila ‘orang ternama’ menyinggung agama. Bayangkanlah jika yang terlepas cakap dengan tak sengaja mengenai agama apa pun, wah ISA atau bermacam tindakan dikenakan. Kejam lagi zalim! Tapi bagi manusia yang terang-terang hina dan menginjak-injak agama, tidak pula ‘yang ahli’ membuat fatwa atau menyuarakan bahawa “itu berdosa!”.

Sifir untuk Malaysia ini mudah sahaja, bagi mereka yang berharta, bertakhta, berjawatan selesa, boleh buat sesuka BERBANDING rakyat jelata, yang tidak punya apa-apa, boleh ditindas sesuka = inilah 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.. sungguh retorik semata-mata!

Isu parti biru cair pula berdendang beberapa hari ini. Kalau saya jujurnya, saya tidak tertarik langsung dengan apa yang dibawa flag biru cair itu! Kalian fikirlah sendiri ya!

Kini kita lihat sahaja apa tragedi selanjutnya yang akan terjadi.

Kepada parti yang saya sayangi kerana Allah. Banyak kewaspadaan dan semakan perlu diteliti. Bukan menunding jari padi manusia-manusia yang tidak punya harga diri!

Tunaikan apa yang pernah dijanji, kerana Allah itu sifatnya amat benci kepada yang memungkiri janji! AYUH tunaikan manifesto yang kalian lagukan sebelum dicalonkan. Allah menantikan apa yang telah kamu janjikan.

Salam perjuangan.

Ahad, 25 Julai 2010

Tepatkanlah Sasaran Kita!!!

Bakal menuju sasaran.

Sudah bersiapkah?