TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Selasa, 28 Oktober 2008

Bingkisan Dari Yaman "Bersamalah Hayati"

Wanita 'berpakaian telanjang' jangkiti Yaman
Oleh : Imran Al-Malizi

Setelah sekian lama menyewa rumah di luar, pada hari Jumaat minggu lalu (17 Oktober), saya kembali ke asrama pelajar Abu Luhum yang terletak di Jalan Sittin berhadapan Universiti Sana'a. Ketika pengajian tahun pertama dan kedua, di situlah tempat saya berteduh dan berlindung daripada kesejukan malam yang menggigit.
Iklan

Menziarahi pelajar-pelajar di situ paling sesuai pada hari Jumaat kerana cuti dan tiada kuliah pengajian.

Khutbah Jumaat di situ kebiasaannya disampaikan oleh salah seorang ulama terkenal di sini iaitu Syeikh Hasan as-Syafie, pensyarah dalam bidang tafsir al-Quran di Universiti al-Iman dan cukup dikenali sebagai khatib yang berwibawa. Namun pada hari itu mungkin beliau masih bercuti. Maka mimbar Jumaat telah dinaiki oleh seorang pemuda yang tidak kurang lantangnya.

Isu yang dilontarkan kepada sidang jemaah pada minggu lalu adalah berkaitan pasca-Ramadan dan Aidilfitri. Juga disentuh tentang sikap kita terhadap agama Islam sebagai agama fitrah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad dan para pengikutmu) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan; (ikutlah) agama ciptaan Allah, iaitu agama yang Allah fitrahkan manusia untuk menerimanya..." (Surah ar-Rum: 30).

Ditegaskan agar para jemaah beriltizam penuh dengan seluruh ajaran Islam setelah kita semua kembali kepada keadaan fitrah suci daripada dosa-dosa (hakikat Aidilfitri).

Dalam tempoh setengah jam khutbah yang disampaikan itu, ada satu 'point' yang saya sangat tertarik untuk mengulasnya. Khatib telah menyentuh tentang fesyen berpakaian yang digayakan oleh gadis-gadis Arab Yaman yang kini sedang menuju ke arah kefasadan. Apakah yang dimaksudkan dengan 'fasad' di sini? Adakah seperti gadis-gadis remaja Malaysia yang berpakaian seluar ketat atau singkat atau londeh mempamerkan jenama seluar dalam? Atau T-shirt singkat 'nampak pusat' atau sendat menampakkan bentuk dada? Atau mewarnakan rambut dengan 'kaler berkarat'?

Tidak sama sekali! Apa yang menjadi kebimbangan beliau ialah fesyen jubah yang berpotongan mengikut bentuk badan sudah mula menular. Sebelum ini jubah yang biasanya dipakai oleh Muslimah di Yaman ialah yang bersaiz longgar dan berwarna hitam atau gelap. Tudung mereka labuh sempurna menutup dada.

Lebih daripada itu, golongan wanita di Yaman keseluruhannya memakai niqab menutup wajah mereka ketika berada di luar rumah. Sekurang-kurangnya begitulah suasana yang pernah saya rasai pertama kali menjejakkan kaki ke Yaman lebih empat tahun lalu. Cuma baru setahun kebelakangan ini, golongan yang tidak berniqab ini semakin bertambah dan zahir dalam masyarakat. Saya tidak ingin membahaskan hukum memakai niqab ini dari sudut fekah. Kerana itu termasuk isu khilafiyah dan kolum ini hanyalah bingkisan santai bukan gelanggang ilmiah.

Yang menjadi subjek di sini ialah masyarakat Yaman memandang bahawa potongan jubah yang mengikut bentuk badan itu adalah satu jalan yang terbentang luas untuk menuju kepada kefasadan atau kerosakan dalam masyarakat (bagi orang Melayu pula, berbaju kebaya itu biasalah dikira masih sopan dan 'tak berdosa' pun).

Telah ramai juga gadis-gadis Yaman yang melilit tudung mereka paras leher dan sekali gus menampakkan dada. Khutbah Jumaat juga memberi amaran tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis: "...dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..." (Sahih Muslim).

Begitulah keprihatinan dan kepekaan masyarakat Yaman pada isu-isu agama. Mereka tidak menunggu sehingga keadaan menjadi parah seperti di Mesir, Syria, Lubnan, Jordan dan negara-negara Arab yang lain. Sehingga keadaan wanita mereka benar-benar menyerupai apa yang digambarkan dalam hadis di atas. Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang 'berpakaian telanjang'.

Para ulama memberikan beberapa definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah: Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi 'bertelanjang' daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat menampakkan bentuk badannya.

Pada zaman ini, kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis yang sama: "...aku belum pernah melihat mereka ini." Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang? Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksudnya ini?

Perkara ini memang sewajarnya dijadikan peringatan untuk masyarakat Yaman dan sebagai satu renungan untuk masyarakat Islam di Malaysia. Di tanah air kita, yang menyedihkan ialah golongan wanita ini mengaku diri sebagai Muslimah. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh atau pun mereka mengenakan pakaian yang sempit dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya adalah bertentangan dengan akhlak Islam di mana seorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.

Sebahagiannya pula merasakan sudah memadai dengan memakai tudung atau menutup kepala itu sudah dikira menutup aurat. Mereka mendedahkan anggota tubuh yang lain seperti leher, dada, lengan, kaki atau berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh seperti buah dada, pinggang, punggung, paha dan betis. Inilah yang dikatakan 'bertelanjang'!

Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memahami keutamaan dalam memelihara aurat. Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu syahwat berbanding dengan hanya menutup rambut atau kepala.

Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lebih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukanlah hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan wajib ditutup kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan.

Isnin, 27 Oktober 2008

Bersamamu Palestine :: Mari Sertai!




PROGRAM UNISEL..BERSAMAMU PALESTIN

TARIKH : 31 OKT - 1 NOV 2008
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA (KAMPUS SHAH ALAM)

AKTIVITI MENARIK :

1.FORUM BERSAMA AMAN PALESTIN (31 OKT, 7.45 MALAM/DSG)- MASUK PERCUMA

2.KONSERT NASYID AMAL PALESTIN ( 1 NOV,7.45 MALAM/DSG)- DAPATKAN BATCH BUTTON PALESTIN SBG TIKET MASUK..MEMBELI SAMBIL MENDERMA


3.TAYANGAN VIDEO/ PAMERAN OLEH AMAN PALESTIN

4. MACAM2 LAGI YANG MENARIK

5. BERHIBUR SAMBIL BERAMAL




JANGAN LEPASKAN PELUANG NI..MARILAH KITA MENABUNG UNTUK SAHAM AKHIRAT..JEMPUTAN TIDAK TERHAD KEPADA WARGA UNISEL SAHAJA.. IKHWAH DAN AKHOWAT SEKALIAN DIJEMPUT HADIR


FREEDOM PALESTIN!!!!




UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:



SITI MARHAIDA 013-2505529

NUR AZEELA 019-4283630

ABG CHOR 013-3008023

Khamis, 23 Oktober 2008

Kenyataan Dewan Muslimat Pas Pusat

Athirah, Salbiah bertukar jawatan


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sedang merangka beberapa strategi bagi memantapkan pentadbiran DMPP. Beberapa langkah Pelan Induk DMPP sedang diteruskan. Pelan Induk tersebut merangkumi semua sektor wanita.
Iklan


Dengan pembentukan Pelan Induk DMPP 2008-2012, gerak kerja Dewan Muslimat di semua peringkat akan lebih bersistematik dan lebih terarah. Pelan induk ini memastikan peranan Dewan Muslimat di dalam parti, masyarakat, kerajaan Pakatan Rakyat dan negara akan lebih berkesan dalam membantu PAS mencapai Visi dan Misi parti.

Pengurusan pejabat akan dikemaskini dengan penambahan beberapa pekerja sepenuh masa. Penstrukturan kepada lajnah-lajnah akan dibuat dari semasa ke semasa.

Pertukaran jawatan antara Setiausaha DMPP, Saudari Aiman Athirah Al Jundi dan Hajah Salbiah binti Wahab daripada Lajnah Penerangan & Dakwah telah dibuat.

Saudari Aiman Athirah diberi tanggungjawab memimpin Lajnah Penerangan & Dakwah memandangkan potensi dan kebolehan yang ada pada diri beliau.

Bagi memantap dan melancarkan lagi urusan sekretariat, Hajah Salbiah diberi tugas menjawat�jawatan Setiausaha DMPP menggantikan Aiman Athirah.

Dewan Muslimat PAS Pusat amat berharap dengan pertukaran ini, gerak kerja DMPP akan menjadi lebih lancar. Moga ALLAH sentiasa memberkati dan membantu gerak kerja Islam bagi setiap hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

Dewan Muslimat PAS Pusat juga menyeru semua jentera PAS di setiap peringkat menggiatkan lagi gerak kerja dan aktiviti parti agar dapat mendatangkan manfaat kepada seluruh ahli dan warga Malaysia.

Nuridah Mohd Salleh

Ketua DMPP

23 Oktober 2008

Bukan Islam Mulai Faham :::

Bukan Islam mulai faham Dasar Membangun Bersama Islam

Mohd Nor Yahya - Harakah Online


KOTA BHARU, 23 Okt (Hrkh) - Masyarakat bukan Islam kini semakin memahami dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan di Kelantan, kini genap 18 tahun.
Iklan

Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat bukan Islam dan mereka diberi layanan yang sama.

"Kerajaan negeri juga melibatkan kaum bukan Melayu dalam program kerajaan termasuk melantik mereka jawatan tertentu termasuk penghulu dan ahli majlis daerah," katanya ketika menjawab soalan Abdul Fatah Haron (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, setiap dasar yang dilaksanakan di Kelantan berteras kepada MBI.

"Dasar itu juga sudah menjadi ikutan beberapa negeri terutamanya negeri di bawah Pakatan Rakyat," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, seramai 75 usahawan dilahirkan sejak 2006 melalui kewujudan Dataran Usahawan di setiap jajahan.

Ketika menjawab soalan dari Ustaz Abdullah Ya'kub (PAS-Air Lanas) katanya, projek Dataran Usahawan dibina di 13 lokasi di seluruh negeri membabitkan kos RM30,000 hingga RM50,000 setiap satu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar ketika menggulung perbahasan titah ucapan diraja berkata, golongan armalah, warga emas dan anak yatim akan terus dibela kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh memberi pelbagai bantuan kepada mereka termasuk melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, skim Takaful Kifaalah, dan skim bantuan pinjaman tanpa faedah.

Beliau juga berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menangani masalah rumah tangga seperti mengadakan program Cakna Keluarga yang melibatkan wakil rakyat dan masyarakat setempat.

"Bagi membela nasib golongan armalah pula pasukan Hawariah telah ditubuhkan bagi memantau kehidupan mereka yang terdiri daripada wanita kematian suami dan ditinggalkan suami tanpa memberi nafkah," ujarnya.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, tindakan Speaker Dun menghalang wartawan Berita Harian membuat laporan persidangan wajar memandangkan laporannya keterlaluan bertujuan mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri dan istana.

Menurutnya juga hubungan kerajaan negeri dengan pusat dalam bidang pelancongan begitu baik, namun dalam konteks di Kelantan kurang mendapat kerjasama daripada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPNK).

"Sehingga kini saya masih lagi tidak dapat berbincang bersama Pengerusi MTPNK yang juga Adun Kuala Balah, Abdul Aziz Derasid," ujar beliau.

Oleh itu beliau berharap teguran Sultan Kelantan setidak-tidaknya membolehkan MTPNK bekerjasama rapat dengan Pusat Pelancongan Negeri (TIC) bagi mempertingkatkan industri pelancongan di negeri ini.


:::::

Alhamdulillah, moga semakin ramai yang akan bersama PAS juga Pakatan Rakyat. insya`allah.

Rabu, 22 Oktober 2008

Marilah Sertai!!




Marilah kita sertai, moga ada manfaatnya buat diri. salam perjuangan buat semua.

Jumaat, 17 Oktober 2008

6 Perkara Yang Dirahsiakan Allah

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu ini. Wallahualam