TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Rabu, 21 November 2007

jangan bertuankan mereka!!!!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) membidas ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak berhubung dengan soal masa depan golongan muda di Negara ini yang harus bergantung hidup dengan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapannya yang dipetik oleh Bernama, beliau berkata golongan muda mempunyai cita-cita yang besar terhadap masa depan negara terutama dalam aspek jaminan mereka akan mendapat pekerjaan, mendapat peluang ekonomi dan sebagainya.

“Jadi, kalau itulah harapan mereka, maka Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku,” katanya kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.

Kata-kata bahawa “Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku” merupakan satu hujah yang gampang dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Najib bukan tuhan, dan BN bukannya berhala yang harus disembah oleh golongan muda untuk menuntut masa depan yang lebih baik. Mana-mana pemimpin dalam BN sendiri tidak layak untuk berkata demikian kerana mereka sendiri pun tidak tahu apa yang akan berlaku di esok hari.

Apa yang berlaku dalam Negara pada masa kini sudah cukup untuk membuktikan pada kita bahawa BN gagal untuk memberikan yang terbaik bagi generasi muda masa kini. Setelah memerintah Negara selama 50 tahun, BN hanya mampu menyumbatkan fikiran-fikiran hijau golongan belia Negara ini dengan racun hiburan dan pesta sahaja.

Gejala merempit, bohsia, penagihan dadah dan arak, buli, rogol, ragut, perjudian dan macam-macam lagi agenda maksiat yang sedang berlaku kebanyakan wujud melalui program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN. Pesta Sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru, saban tahun diadakan. Kerajaan BN hanya tahu bazirkan duit rakyat untuk meletupkan bunga api dan mengumpulkan anak-anak muda ditengah-tengah kota bagi meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal.

Indeks gejala sosial kalangan belia negara ini juga semakin meningkat tinggi.

Mereka semakin rosak dengan budaya skin head, black metal dan sebagainya. Gambar-gambar asmaradana anak-anak Nazri Aziz dan Dato’ K sudah cukup untuk perjelaskan pada kita bahawa pemimpin BN sendiri gagal membentuk anak-anak mereka.
Program-program Belia seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara hanya dijadikan tapak bagi mereka merompak hasil negara, walhal apa yang diperolehi oleh generasi muda amatlah sedikit.
Kerajaan BN juga gagal memastikan kualiti pendidikan negara dapat bersaingan dengan baik dipentas varsiti dunia akibat terlalu banyak bermain politik diktatorian didalam kampus. Mahasiswa diugut dan dipaksa tunduk pada kehendak pemimpin BN. Apa yang mereka fikirkan haruslah sesuai dengan kehendak pemimpin BN, jika tidak mereka akan digantung pengajian atau dibuang terus.

Ekoran dari itu, mahasiswa yang keluar dari Universiti kurang berkualiti dan tiada daya kepimpinan yang progreasif dan tidak mampu untuk berdikari. Akibatnya mereka juga susah untuk mencari pekerjaan kerana pihak majikan tidak percaya pada kebolehan mereka yang hanya bermodalkan sijil bisu yang tidak disokong oleh roh seorang belia yang cemerlang.

Pengangguran berlaku bukan sahaja kerana tiada pekerjaan dinegara ini. Ia berlaku kerana pihak Kerajaan BN gagal menyediakan prasarana pendidikan sempurna bagi melatih pada belia ini berhadapan dengan dunia realiti bersama dengan masyarakat. Cerita mahasiswa menganggur bukanlah perkara baru, dan setelah 50 tahun negara merdeka BN masih gagal mencipta generasi kreatif dan dinamik untuk negara.

Apa yang PAS lakukan di Kelantan dan diseluruh negara jauh berbeza. Anak-anak kecil sudah pandai membaca Al-Quran dan berdoa seawal usia 6 tahun melalui program Pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Pusat-pusat pendidikan lanjutan juga berkembang baik dan para belia disadurkan dengan budaya Ilmu agar mereka dapat berdikari dan bukan sahaja sekadar kenal perkara yang baik atau yang buruk malah mereka juga diajar untuk mengenali soal halal dan haram.

Mereka juga didedahkan dengan soal-soal kepimpinan melalui Usrah dan aktivi riadah serta kemasyarakatan yang menuntut mereka mematang diri kala usia masih muda. Mereka juga diberikan kebebasan berfikir dalam konteks yang positif. Hiburan alternatif disajikan dan dunia mereka juga dihiasi dengan pelbagai aktiviti lain selain dari berhibur. Mereka juga diajar berdakwah dan bersosial secara lebih beradab.

Inilah bezanya kualiti kepimpinan negara yang dibawa oleh PAS. Kita didik belia negara ini agar cenderung untuk memikirkan masa depan negara secara menyeluruh, bukan sekadar untuk diri mereka tetapi untuk masyarakat mereka.

Kenyataan PemudaWilayah sebelum ini bahawa ramai generasi muda hadir dalam Himpunan Rakyat adalah satu bukti kukuh bahawa golongan belia yang bersama PAS semakin matang dan mereka lebih cerdik dari pemimpin BN yang hanya tahu memanipulasikan harta rakyat demi kepentingan peribadi.

Pemimpin-pemimpin BN harus melihat realiti massa dan jangan biarkan rakyat khususnya golongan belia terus marah pada mereka. Sejarah membuktikan bahawa golongan belialah yang selalunya menjadi agen perubah dan mencetuskan gelombang revolusi diatas kezaliman pemimpin-pemimpin borjois seperti BN.

Oleh itu, Najib harus berhati-hati dan tidak mengugut atau memaksa belia-belia negara ini untuk tunduk dan taat pada mereka dengan wewenangnya. Dan akan sampai masanya belia-belia negara ini akan bangkit dan menyingkirkan Kerajaan BN dan membuktikan bahawa mereka dapat hidup dengan lebih baik tanpa BN!

Herman Samsudeen
Ketua PeneranganDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Selasa, 20 November 2007

WARKAH BUAT KHALIFAH.. FAHAMILAH..

SURAT YANG DITULIS OLEH KHALIFAH ISLAM YANG KEEMPAT, ALI BIN ABI TALIB, KEPADA MALIK BIN AL-HARIS AL-ASHTAR SEMPENA PERLANTIKANNYA SEBAGAI GABENOR MESIR PADA TAHUN HIJRAH 655

Ketahuilah kamu wahai Malik bahawa aku mengutuskan engkau sebagai pemerintah di negeri yang pada masa lalu pernah mengalami pemerintahan yang adil dan tidak adil. Penduduknya akan memerhatikan tindakan-tindakan kamu dengan mata yang tidak senang, walaupun kamu sebelum ini pernah meneliti tindak-tanduk orang-orang yang kamu pimpin. Mereka juga akan bercakap mengenai kamu seperti apa yang kamu cakapkan mengenai mereka.Hakikatnya, masyarakat hanya memuji mereka yang melakukan perkara yang baik. Merekalah yang akan membuktikan kebenaran tindak-tanduk kamu. Oleh itu harta yang paling berharga yang amat dicari ialah amalan-amalan baik. Tetapkan iman kamu dan jauhi sama sekali perkara-perkara yang dilarang, dan kamu akan dapat mengenal antara yang baik atau sebaliknya.Semaikan di hati kamu perasaan kasih kepada rakyat kamu dan biarkan ia menjadi sumber kebaikan dan rahmat kepada mereka. Jangan percaya bahawa mereka seperti orang yang tidak bertamadun dan janganlah merampas apa yang mereka miliki.Ingatlah bahawa rakyat negara itu terbahagi kepada dua. Mereka sama ada saudara seagama dengan kamu atau sebangsa. Mereka mempunyai kelemahan dan boleh melakukan kesilapan, malah sesetengahnya memang melakukan kesalahan. Maafkan mereka seperti kamu mahukan Allah mengampunkan kamu. Ingatlah bahawa kamu diletakkan di atas mereka, begitu juga saya letakkan di atas kamu. Dan ingatlah bahawa Tuhan mengatasi orang yang melantik kamu sebagai pemimpin bagi membolehkan kamu menjaga kebajikan orang-orang bawahan kamu. Kamu akan diadili atas apa yang sudah kamu lakukan terhadap mereka.Janganlah kamu melanggar perintah Allah kerana kamu bukan saja tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri kamu daripada kemurkaanNya, tetapi kamu juga tidak boleh meletakkan diri kamu di luar belaskasihanNya dan keampunanNya. Jangan berasa bersalah atas tindakan kamu memberi maaf atau bergembira atas hukuman yang kamu jatuhkan terhadap mereka. Janganlah biarkan diri kamu dalam kemarahan kerana ia tidak akan membawa sebarang keuntungan.Jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan berasa megah atau sombong, ingatlah kuasa dan keagungan Yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamul angsung tidak mempunyai sebarang kawalan. Ini akan mengembalikan kepada kamu unsur-unsur keseimbangan dan akan meletakkan kamu dalam ketenteraman dan ketenangan. Berhati-hatilah dan janganlah menentang keagungan dan kebesaran Tuhan dan jangan meniru kekuasaanNya: kerana Allah boleh membinasakan orang-orang yang menentangNya dan orang yang zalim.Orang Biasa Biarkan fikiran kamu menghormati, melalui tindak-tanduk kamu, akan kuasa dan hak Tuhan serta juga hak-hak manusia. Oleh itu pujuklah rakan-rakankamu dan saudara-saudara kamu supaya turut sama berbuat demikian. Jika tidak,kamu akan bersikap tidak adil bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap kemanusiaan. Kedua-dua manusia dan Allah akan menjadi musuh kamu.Tidak pernah diketahui ada orang yang menjadikan Allah musuhnya dan jika ini berlaku dia akan dianggap “berperang” dengan Allah sehingga dia mohon ampun. Tidak ada yang boleh menafikanmanusia daripada menerima rahmat atau membangkitkan kemurkaanNya kecuali kekejaman. Itulah sebabnya Allah mendengar doa mereka yang tertindas dan menghukum mereka yang melakukan penindasan itu.Kekalkan keadilan dalam pentadbiran dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan. Ingatlah bahwa mereka yang mempunyai keistimewaan itu kecil golongannya dan mereka tidak akan membantu kamu ketika dalam kesusahan. Mereka akan cuba memesongkan keadilan danakan meminta lebih daripada yang mereka sepatutnya terima. Mereka juga tidak akan bersyukur dengan apayang sudah diberikan kepada mereka. Mereka akangelisah menghadapi dugaan dan tidak berasa kesal akan kelemahan-kelemahan mereka. Sesungguhnya, rakyatbiasalah yang menjadi kekuatan sesebuah negara dan agama.Jauhilah mereka yang cuba mendedahkan kelemahan orang lain. Lagipun, rakyat jelata tidak terkecuali daripada kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melindungi mereka. Jangan mendedahkan sesuatu yang tersembunyi, tetapi cuba hilangkan kelemahan yang sudah nyata. Allah sentiasa melihat segala yang terselindung daripada kamu, dan Dia saja yang akan mengendalikan perkara itu. Kamu hendaklah sebaik mungkin menutup kelemahan rakyat kamu dan Allah akan menutup kelemahan-kelemahan yang kamu cuba sembunyidaripada pengetahuan mereka.Hapuskan kekusutan perasaan benci membenci antara rakyat dan pentadbiran dan hapuskan segala perkara yang menyebabkan ketegangan dalam hubungan mereka.Lindungi diri kamu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak adil bagi kamu. Jangan tergesa-gesa mencari kebenaran fitnah yang diceritakan kepada kamu kerana orang itu adalah manusia yang tidak jujur serta cuma berpura-pura menjadi sahabat kamu.Janganlah terima nasihat daripada orang yang kedekut kerana dia akan melemahkan semangat dan menakutkan kamu sehingga menjadi miskin. Janganlah terima nasihat daripada orang yang pengecut kerana dia akan melemahkan semangat kamu. Juga jangan terima nasihat daripada orang yang tamak kerana dia akan menanamkan sifat tamaknya kepada kamu dan menjadikan kamu zalim.Sikap kedekut, pengecut dan tamak akan menghakiskan keyakinan seseorang terhadap Allah.Penasihat yang buruk adalah mereka yang pernah berkhidmat kepada pemimpin yang tidak adil dan berkongsi jenayah yang dilakukan. Jadi janganlah sekali-kali menerima orang-orang seumpama ini sebagai penasihat kamu. Kamu boleh mendapat orang-orang yang lebih baik daripada mereka iaitu orang- orang yangdianugerahkan kepintaran dan pandangan yang jauh sertatidak dinodai oleh dosa dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Orang seperti ini tidak akan membebankan kamu. Mereka sebaliknya akan menjadi sumber pertolongan dan kekuatan kepada kamu pada setiap masa. Dia akan menjadi kawan kamu dan orang yang asing kepada musuh-musuh kamu. Pilihlah orang seperti ini sebagai rakan baik dalam perjuangan mahupun ketika bekerja. Di kalangan mereka itu juga,tunjukkan minat kamu terhadap mereka yang jujur,walaupun ini kadangkalanya sukar dilakukan.Dekatilah mereka yang jujur dan takutkan Tuhan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak boleh cuba memuji kamu atas sebarang perkara kebaikan yang mungkin kamubelum lakukan. Ini kerana sikap tolak ansur terhadap kata-kata pujian akan hanya memupuk sikap megah dalam jiwa manusia dan ini akan menjadikannya angkuh. Jangan beri layanan yang sama kepada orang-orang yang baik dan yang jahat. Ini akan menghalang mereka yang baik daripada terus melakukan perkara yang baik dan akan menggalakkan mereka yang jahat supaya terus melakukan perbuatan itu. Berilah pujian kepada mereka yangberhak diberi pujian. Ingatlah bahawa kepercayaan dan muhibah antara pemimpin dan rakyat hanya dapat dipupuk melalui kebaikan, keadilan dan perkhidmatan. Oleh itupu puklah muhibah di kalangan rakyat kerana hanya muhibah sahaja akan menyelamatkan kamu daripada bencana. Mereka akan membalas sikap murah hati kamu dengan memberi kepercayaan mereka kepada kamu.Kumpulan Manusia Yang Berbeza Jangan mengenepikan tradisi – tradisi murni yangdiwarisi daripada nenek moyang kita yang memupuk semangat harmoni di kalangan penduduk, dan jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan usaha –usaha itu. Mereka yang meletakkan asas tradisi – tradisi ini sudah medapat ganjaran mereka, tetapi jika tradisi –tradisi itu diganggu gugat, ia akan menjadi tanggungjawab kamu, Cubalah sentiasa belajar daripada mereka yang berpengetahuan dan bijak dan mintalah nasihat mereka mengenai urusan-urusan Negara supaya kamu dapat mengekalkan keamanan dan muhibah yang sudah diwujudkan. Ingatlah bahawa masyarakat dianggotai oleh pelbagai jenis manusia. Kemajuan sesuatu kumpulan itu bergantung kepada kemajuan yang lain, dan tidak ada yang boleh bergerak secara persendirian tanpa bantuan orang lain. Kita mempunyai bala tentera, kakitangan awam, badan kehakiman, pemungut cukai dan pegawai perhubungan awam. Masyarakat umum pula dianggotai olehmereka yang beragama Islam dan dhimmi dan dikalangan mereka pula ada ahli perniagaan dan ahli pertukangan,penganggur dan orang yang degil. Allah sudah menentukan hak, tugas dan tanggungjawab masing-masing.Ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi.Bala tentera dengan rahmat Allah adalah sebagai benteng kepada manusia dan lambang kebesaran Negara.Ia adalah tonggak keimanan dan mengekalkan keamananNegara. Tanpanya sesebuah Negara akan tergugat. Bala tentera pula tidak dapat bertahan tanpa sokonganNegara. Tentera kita sudah terbukti kuat kerana mereka berjuang kerana Allah, tetapi mereka memerlukanbantuan kebendaan, oleh itu mereka terpaksa bergantungkepada pendapatan Negara. Anggota tentera dan orangawam yang membayar cukai, kedua-duanya perlu bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga hakim,pegawai kerajaan dan kakitangannya. Kadi bertanggungjawab dalam pentadbiran awam dan undang -undang jenayah, pegawai kerajaan memungut cukai dan mentadbir Negara dengan bantuan kakitangannya. Dan seterusnya peniaga dan pedagang juga menyumbang pendapatan mereka untuk Negara. Mereka adalah orang yang menjalankan pasaran dan berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada mereka yang menolak kehendak sosial. Allah memberi peluang yang adil pada semua orang, ada hak dalam semua kelas dalam pentadbiran dimana pentabdbir perlu memenuhinya. Mencari yang baik untuk penduduknya, satu tanggungjawab yang tidak boleh dipenuhi dengan sempurna kecuali dia mempunyai minat untuk itu dan meminta pertolongan daripada Allah.Sesungguhnya, itu adalah kewajipan mereka menjalankan tugas itu dan bersabar ketika berhadapan dengan kesusahan dalam menjalankan tugas.Berikan perhatian khusus kepada kebajikan mereka yangberkhidmat dalam angkatan tentera yang pada pendapat kamu mereka itu taat kepada Allah dan RasulNya dantaat kepada ketua. Mereka yang boleh menahan diri ketika dipengaruhi nafsu. Mereka yang mendengar dengant enang kepada nasihat yang berguna, dan mereka yang boleh membantu orang miskin dan membinasakan yang kuat. Dan mereka yang tidak bertindak ganas apabila dihasut dan sentiasa tetap pendirian.Hendaklah kamu menjaga mereka dengan lembut sebagaimana kamu melayani anak- anak kamu. Jangan kamu mendabik dada mengenai kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka dan jangan pula memandang ringan kemesraan yang mereka tunjukkan kepada kamu. Sikapseperti ini akan menimbulkan rasa ketaatan, kesetiaandan baik sangka antara kamu dan mereka. Kamu hendaklah melayan kehendak mereka walau sekecil mana sekalipun.Janganlah kamu berpuashati dengan pertolongan yangsudah diberikan kepada mereka, kerana kadangkala,permintaan yang kecil jika diberi perhatian akan mendatangkan kelegaan yang amat besar kepada mereka.Sudah tentu mereka ini tidak akan lupa jasa – jasa kamu dan ketika kamu memerlukan pertolongan mereka.Adalah berfaedah jika kamu memilih Ketua Turus Tentera daripada mereka yang sanggup menunaikan tugas dan bertanggungjawab membantu askar – askarnya. Mereka yang mengatasi pegawai –pegawai lain dalm memberi kebaikan kepada askar- askarnya dan menjaga keluarga mereka apabila mereka pergi ke perbatasan dan dengan demikian seluruh anggota tentera akan bersatu padu.Perpaduan ini akan memberi mereka lebih kekuatan apabila menentang musuh. Kekalkan sikap lemah-lembut terhadap mereka supaya mereka terasa sentiasa bersama kamu. Hakikatnya kegembiraan sebenar seseorang pentadbir dan keselesaan yang memuaskan terletak kepada usahanya menegakkan keadilan dalam negeri dan mengekalkan hubungan mesra dengan rakyat. Kejujuran perasaan mereka dicurahkan melalui kecintaan dan penghormatan yang mereka tunjukkan kepada kamu, danini dapat mengekalkan keselamatan pentadbir. Nasihat kamu kepada askar-askar tidak berguna kecuali dan sehingga kamu menunjukkan sikap kasih sayang kepada anggota tentera dan pegawai-pegawainya supaya merekatidak menganggap kerajaan sebagai beban yang menindasatau membawa kepada kejatuhannya.Teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yangmereka berikan. Sikap seumpamanya itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani dan mengalakkan yang penakut menjadi berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu samalain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya.Berhati-hatilah ketika memilih pegawai bagi badan kehakiman kerana ia adalah badan tertinggi yang mungkin dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, untuk kepentingan sendiri. Sahkanjawatan mereka setelah mereka menjalani latihan danujian. Jangan memilih mereka untuk jawatan yangmemerlukan amanah yang tinggi kerana hubungan peribadi atau dipengaruhi oleh orang lain. Ini membawa kepada ketidakadilan dan rasuah.Pilihlah mereka yang berpengalaman, tegas, kuat imannya dan daripada keluarga yang baik untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi. Mereka yang seumpama itu tidak mudah mengalah dengan godaan nafsu dan akan menjalankan tugas mereka dengan baik.Naikkanlah gaji mereka supaya mereka dapat hidup lebih selesa. Taraf hidup yang baik dapat membersihkan diri daripada kejahatan. Mereka tidak akan terdorong untuk mencukai pendapatan orang bawahan bagi kesenangan mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak mempunyai sebab sama ada untuk melanggar arahan kamu atau menyalahgunakan kewangan Negara. Awasilah mereka dengan orang yang setia dan mulia tanpa pengetahuan mereka. Carilah orang yang jujur dan setia untuk mengawasi pegawai-pegawai ini tanpa pengetahuan mereka. Melalui cara ini, mereka dapat membentuk kejujuran dan memberi perhatian yang sebenar kepada kebajikan orang ramai. Tetapi, apabila ada antara mereka dituduh tidak amanah dan siasatan Jabatan Perisik kamu memdapatinya bersalah, anggaplah bukti ini sudah memadai untuk menghukum mereka. Biarlah hukuman itu berat dan dijalankan di khalayak ramai.Pentadbiran KewanganPentadbiran kewangan perlu diberi perhatian berat,bagi menjamin kemakmuran mereka yang membayar cukai kepada Negara. Kemakmuran orang lain, khususnya rakyat bergantung kepada kemakmuran pembayar cukai.Sebenarnya negara wujud kerana adanya pendapatan. Kamu mesti menganggap perniagaan tanah pertanian yang diusahakan lebih penting daripada memungut cukai,kerana cukai tidak dapat dikutip jika tanah tidakproduktif. Mereka yang meminta hasil tanpa membantupetani memajukan tanahnya, menimbulkan kesukaran yangtak diingini kepada petani dan menghancurkan negara.Pemerintahan orang yang seperti itu tidak akanberkekalan. Orang seumpama itu tidak lama jadi pemerintah.Jika petani meminta dikurangkan cukai tanah kerana tanamannya musnah diserang serangga, kemarau, banjiratau tanah tidak subur, maka kurangkan cukai mengikut kadar yang sepatutnya. Dengan itu keadaan hidup mereka akan bertambah baik. Usah dibimbangkan soal kekurangan pendapatan kepada negara kerana satu hari nanti tanahi tu akan mendatangkan kemakmuran yang berlipat gandadan membolehkan kamu memperbaiki keadaan bandar kamu dan menaikkan imej negeri kamu. Rakyat akan percaya kepada keadilan yang kamu tegakkan itu. Keyakinan yang diberikan kepada kamu ini akan menambahkan kekuatan kamu kerana mereka akan bersedia pula untuk berkongsi beban bersama kamu.Kamu mungkin dapat menempatkan sebanyak manusia ditanah pertanian, tetapi perasaan tidak puas hati akan menyelubungi mereka jika tanah tidak dimajukan. Puncapetani menjadi binasa adalah kerana pemimpin yang tamak, cuba mengaut kekayaan berlipat ganda kerana bimbang dia tidak kekal lama. Mereka yang sedemikianadalah orang yang tidak belajar dari pengalaman dan teladan masa lalu.Golongan Kerani Sentiasa awasi kakitangan kamu dan pilihlah yangterbaik di kalangan mereka untuk mengendalikan urusan surat menyurat sulit kamu. Mereka yang berakhlak tinggi dan yang kamu percayai. Mereka yang tidak akan mengambil kesempatan mempergunakan kedudukan istimewa untuk menentang kamu dan mereka yang apabila menulisperjanjian, tidak terpangaruh dengan nafsunya dan menjejaskan kepentingan kamu atau gagal menjelesaikanmasalah kamu. Pilihlah mereka yang apabila menjalankan tugas sedar betapa beratnya tanggungjawap mereka.Mereka yang tidak sedar tanggung-jawabnya sendirisukar menghargai tanggung-jawab orang lain.Janganlah memilih semata-mata berasaskan kekuatan pandangan pertama, kecintaan dan keikhlasan kamu.Sesungguhnya kepura-puraan boleh menipu pemerintah yang pintar. Pemilihan hendaklah dibuat setelah menjalani tempoh percubaan yang akan menguji kesesuian mereka. Dalam membuat perlantikan terus, pastikan mereka yang dipilih itu mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan mempunyai nama baik di setiap jabatan pentadbiran. Dan ingatlah sebarang kelemahan dikalangan kakitangan kamu, jurutulis yang kamu tidak mengambil berat terhadapnya akan menulis menentang kamu.Perdagangan dan Perindustrian Amalkan skim-skim yang berguna bagi mereka yang terbabit dalam perdagangan dan perindustrian dan bantulah mereka dengan nasihat yang bijaksana.Sesetengah daripada mereka tinggal di bandar dan sesetengahnya pula berpindah dari setempat ke setempat dengan kemahiran masing-masing dan hidup dengan menjadi buruh harian. Perdagangan dan industri adalah sumber keuntungan kepada negara. Kebanyakan rakyat tidak cenderung untuk memikul tanggungjawab berat itu.Sebaliknya mereka yang menyertai profesion ini sanggup bersusah payah memungut barang-barang perniagaan darijauh dan dekat, dari daratan dan laut, gunung dan hutan untuk mendapatkan faedah daripadanya.Inilah golongan yang cintakan kedamaian dan bagi mereka kekacauan tidak perlu ditakutkan. Mereka cinta dan menurut perintah. Tentu sekali mereka tidak mahu menimbulkan keadaan huru-hara. Lawatilah ke seluruhpelusuk negeri dan jalinkan hubungan peribadi dengan golongan ini serta bertanyakan masalah mereka. Tetapiingat, kebanyakan mereka tamak dan biasa dengan urusan menipu. Mereka menyorok hasil tanaman untuk dijualdengan harga yang mahal, dan ini menyusahkan rakyat.Perkara-perkara ini akan menjatuhkan maruah pemerintah jika perbuatan buruk itu tidak dihalang. Halang mereka daripada menyembunyikan hasil. Nabi Muhammad s.a.w.melarang perbuatan ini. Dan beri perhatian, supaya perdagangan berjalan dengan mudah, timbangannya betul dan harganya ditetapkan supaya menjual dan pembeli tidak mengalami kerugian. Tetapi jika ada yang tidak menghiraukan amaran kamu dan menyorok hasil tanaman,bertindak dan hukumlah mereka sewajarnya.Orang MiskinTakutkan Allah apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar, susah dan tidak bermaya dan yang kusut fikirannya kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku. Antara mereka ada yang tidak mempersoalkan nasib mereka dan sanggup menanggung kesengsaraan daripada meminta sedekah. Demi Allah, peliharalah hak mereka, kerana kamu bertanggung- jawab untuk melindungi mereka. Peruntuk kanlah sebahagian daripada simpanan Baitul-mal untuk membaiki kedudukan mereka, tidak kira di mana mereka berada, dekat atau jauh dari kamu.Mereka hendaklah diberikan hak yang sama-rata dan adil. Jangan biarkan kesibukan melupakan kamu akantanggung-jawab kamu terhadap mereka, kerana tidak ada alasan yang akan diterima oleh Allah jika kamumembiarkan nasib mereka melarat. Jangan kamu anggap bahawa kepentingan mereka kurang daripada kepentingan kamu, dan jangan mengenepikan mereka dalam perkiraan kamu. Awasilah orang-orang yang memandang rendah dan membiarkan kamu melupai akan nasib orang miskin.Pilihlah antara pegawai-pegawai kamu mereka yang rendah diri dan bertakwa kepada Allah, yang akan memberi nasihat serta sentiasa mengingatkan kamu mengenai orang miskin. Sediakan peruntukan bagi mereka supaya kamu tidak payah memberi alasan kepada Allah dihari pengadilan, kerana mereka inilah orang yang patutmenerima layanan baik daripada kamu. Carilah ganjaran daripada Allah dengan memberikan apa yang menjadi hak mereka. Inilah tanggungjawab suci kamu untuk memenuhi kehendak orang-orang tua di kalangan mereka yang tidak mempunyai tempat pergantungan hidup dan tidak mahu meminta bantuan kewangan. Tanggungjawab seumpama itulah biasanya sukar dilakukan oleh pemerintah,tetapi ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat yang berpandangan jauh, Hanya masyarakat dan negara yangbenar-benar menunaikan perjanjian mereka dengan Allahdapat memenuhi kepeluan orang miskin.Musyawarah TerbukaTemui mereka yang tertindas dan rakyat berpendapatan rendah dalam musyawarah-musyawarah terbuka. Ingatlah Allah turut hadir bersama. Adakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka dan janganlah membenarkanpengawal, pegawai-pegawai kerajaan atau anggota polisdan pegawai-pegawai dari Jabatan Perisik berada disitu, supaya mereka yang mewakili rakyat miskin dapat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tanpa takut-takut.Tabahkanlah hati dan bertenang menghadapi bahasa yang keras, yang mungkin digunakan oleh mereka, dan janganlah mudah naik berang jika mereka tidak dapatmenyatakan alasan mereka dengan jelas. Allah akan membuka pintu rahmat dan memberi ganjaran kepada kamu.Apa sahaja yang kamu boleh berikan kepada mereka,berikanlah tanpa bersungut, dan apa sahaja yang kamutidak mampu untuk berikannya beritahulah mereka dengan penuh kejujuran.Ada beberapa perkara yang memerlukan tindakan segara.Terimalah cadangan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kamu bagi membaiki sungutan kakitangan perkeranian.Pastikan supaya bantahan dan permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan kamu sampai kepada pengetahuan kamu di hari ia dikemukakan, walau pun pegawai-pegawai kamu cuba bertindak sebagai orangtengah. Selesaikan sesuatu kerja pada hari itu juga,kerana keesokan hari akan membawa kerja lain pula.Munajat Dengan AllahJangan lupa mengasingkan masa kamu yang paling baikuntuk bermunajat dengan Allah, walaupun setiap ketikakamu adalah untuk-NYA (jika ia digunakan dengan jujuruntuk berkhidmat kepada rakyat kamu). Masa yang kamu peruntukkan bagi mengerjakan sembahyang hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menunaikan sembahyang lima waktu sehari. Sembahyanglah di siang hari dan pada waktu malam, dan bagi mendapatkan hubungan langsung yang sempurna dengan Allah, seboleh mungkin jangankamu memanjangkan sembahyang hinggga ia memenatkan kamu. Apabila kamu menjadi imam dalam sembahyang, jangan kamu membenarkan sembahyang itu berpanjangan hingga menyebabkan kesulitan kepada makmum atau menyebabkan mereka tidak suka bersembahyang berjemaah,atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya, keranadalam jemaah sembahyang itu ada yang cacat dan juga mempunyai urusan penting yang mesti dikendalikan.Ketika saya diarah pergi ke Yaman saya bertanya kepada Nabi Muhamamad s.a.w. bagaimana harus saya mengimamkan sembahyang. Rasulullah bersabda: “Kerjakanlah sembahyang kamu seperti mana orang yang paling lemah di antara kamu melakukannya, dan jadikanlah contoh bertimbang rasa terhadap mereka yang takwa.”Selain perkara yang sudah saya sebutkan di atas,seperkara lagi yang patut diperhatikan oleh kamu ialahjangan sekali-kali memisahkan diri kamu daripada rakyat, kerana jika kamu berbuat demikian kamu tidakakan tahu hal-ehwal mereka. Ia akan menyebabkanseseorang pemerintah itu mempunyai perspektif yang salah, selain menyebabkan dia tidak boleh membezakan mana yang penting dan yang tidak penting, yang mana betul dan yang mana salah, dan di antara yang benardan palsu. Pemerintah adalah manusia biasa. Dia tidak mampu mengeluarkan pandangan yang betul untuk semua perkara, apatah lagi bagi perkara-perkara yang di luar jangkauan dan pengetahuannya. Tidak ada tanda-tanda yang khususnya untuk kebenaran bagi membolehkan seseorang itu membezakan di antara kebenaran dankepalsuan. Sebenarnya dua perkara yang boleh berlaku kepada kamu, iaitu sama ada kamu berlaku adil atau zalim.Jika kamu berlaku adil, kamu tidak boleh memisahkan diri kamu daripada rakyat, tetapi mendengar aduan mereka dan memenuhi kemahuan mereka. Jika kamu tidak berlaku adil, rakyat kamu sendiri akan menghindari kamu. Jadi apakah kebaikannya jika kamu menjauhkandiri daripada mereka? Dalam semua hal, menjauhkan diri daripada rakyat adalah tidak diingini, terutama apabila tugas kamu menuntut kamu menunaikan kehendak rakyat. Aduan mengenai penindasan daripadapegawai-pegawai untuk keadilan tidak sepatutnyamenjemukan kamu.Hendaklah kamu sentiasa beringat bahawa mereka yang dikeliling kamu akan mengambil peluang mempergunakan kedudukan mereka untuk merampas apa yang menjadi hakorang lain dan melakukan ketidakadilan. Hapuskan kecenderungan seumpama itu. Kamu sendiri janganlahmemberi walau seinci tanah kepada saudara mara kamu.Amalan ini akan menghalang pegawai-pegawai disekeliling kamu daripada menyusahkan orang lain dan menyelamatkan kamu daripada penghinaan Allah dan manusia. Laksanakanlah keadilan secara sama rata tanpa mengira sama ada seseorang itu bersaudara dengan kamu atau tidak. Jika ada saudara mara atau kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang, laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit kepada kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan Negara. Jika pada sebarang waktu orang mengesyaki bahawa kamu tidak berlaku adil kepada mereka dalam apa jua urusan, jelaskanlahpendirian kamu kepada mereka supaya sebarang syakwasangka terhadap kamu dapat dihapuskan. Cara ini akan menyebabkan mereka menyayangi kamu. Ini juga akan memenuhi keinginan kamu kerana rakyat yakin dengan pemerintahan kamu.Perdamaian dan Perjanjian Ingatlah bahawa kamu tidak akan menolak tawaran perdamaian yang dibuat oleh musuh kamu. Terimalah kerana ia disukai oleh Allah. Keamanan adalah punca keselesaan kepada angkatan tentera, ia mengurangkan kebimbangan kamu dan meningkatkan kedamaian dalamNegara. Tetapi berhati-hati selepas perjanjian perdamaian ditandatangani. Sesetengah musuh menawarkan perdamaian untuk memperdayakan kamu. Mereka menawarkan perdamaian dengan harapan kamu akan berasa lebihselamat, sebaliknya mereka akan menyerang kamu apabilakamu tidak bersedia.Jesteru itu, kamu hendaklah sentiasa berwaspada danjangan meletakkan keyakinan terhadap bantahan mereka.Tetapi, jika mengikut perjanjian perdamaian itu kamu menerima kewajipan, maka hendaklah kamu melaksanakankewajipan itu bersungguh-sungguh. Ia adalah amanah danmesti dipertahankan seikhlas-ikhlasnya dan apabilakamu menjanjikan sesuatu hendaklah kamu tunaikan dengan segala keupayaan yang ada pada kamu, walaupun wujudnya perbezaan pendapat dalam hal lain. Tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menunaikan janji.Ini juga diakui oleh orang bukan Islam kerana merekatahu padah melanggar perjanjian. Oleh itu, jangan membuat alasan dalam melaksanakan kewajipan kamu dan jangan sekali-kali memungkiri janji atau menipu musuhkamu. Perbuatan memungkiri janji adalah kesalahan disisi Allah.Sesungguhnya janji rahmat Allah untuk semua manusia.Janji Allah adalah pelindungan yang dicari, termasuk oleh manusia yang berkuasa di bumi ini kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Oleh itu, jangan membuat janji yang kamu tidak mungkin dapat menunaikannya.Jangan cabuli janji yang kamu buat walaupun ia menyakitkan hati. Adalah lebih baik menunggu dengan sabar akibat daripadanya daripada melanggarnya kerana kebimbangan. Awas! Jangan menumpahkan darah tanpasebab yang sah.Di Hari Kiamat akan ditanya jenayah yang dilakukan.Oleh itu, berhati-hatilah, jangan membina kekuatan Negara kamu dengan darah kerana darah itulah yang akanmelemahkan Negara dan menyebabkan Negara bertukar tangan. Di hadapanku dan di hadapan Allah tidak ada alasan akan diterima bagi pembunuhan yang disengajakan.Pembunuhan adalah jenayah yang boleh dihukum mati.Jika dalam melaksanakan hukuman rotan terhadap kesalahan jenayah ringan yang menyebabkan kematian,janganlah berbangga dengan martabat Negara sehingga menghalang keluarga si mati menuntut ganjaran.Arahan Terakhir Jangan tergopoh-gopoh melakukan sesuatu sebelummasanya, atau melengah-lengahkann ya apabila masanya tiba. Jangan mendesak melakukan perkara yang salah,atau berlengah-lengah membetulkan kesalahan. Lakukan segala sesuatu dalam tempohnya, dan biarkan segalasesuatu mendapat tempat yang sewajarnya. Apabila semua orang bersetuju dengan sesuatu, jangan memaksa mereka menurut pandangan kamu dan jangan cuai dalam menjalankan tanggung-jawab kamu. Mata rakyat sentiasa memerhatikan kamu dan kamu bertanggungjawab terhadap apa jua yang kamu lakukan kepada mereka. Kecuaian yangkecil akan ada kesan buruknya. Kawallah kemarahan danjagalah tangan dan lidah kamu. Apa jua yang menimpa,cubalah bersabar, jika tidak ia akan menambahkan kebimbangan kamu.Adalah amat penting bagi kamu mempelajari prinsip-prinsip yang telah mengilhamkan orang yang adil dan pemerintah yang saksama sebelum kamu. Berikan perhatian yang teliti terhadap contoh teladan Nabi Muhammad s.a.w., hadisnya dan perintah Kitab Allah dan apa jua yang kamu telah pelajari daripada urusan kamu.Berusahalah dengan segala kemampuan kamu untuk menjalankan arahan yang saya berikan dan yang kamu telah bersumpah setia untuk mengikutinya. Melalui arahan ini, saya memerintahkan kamu supaya jangan tunduk kepada hasutan hati kamu atau berpaling daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kamu.Saya mencari perlindungan Allah yang Maha Berkuasa dan RahmatNya yang tidak terbatas, dan menyeru kamu berdoa bersama saya supaya Dia memberi rahmat kepada kita menerusi penyerahan kudrat kita kepada kemahuanNya.Supaya manusia sejagat menghargai kita dan kerja kita berjaya. Saya mencari puncak rahmat Allah dan berdoa agar Dia memberi kepada kita kesyahidan di jalanNya. Sesungguhnya, kita akan kembali kepadaNya. Saya mengungkapkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammads.a.w. dan ahli bait.
Rujukan

Isnin, 19 November 2007

PROPAGANDA MEREKA, HAPUSKAN SEGERA...

KAMAL AMIR MENULIS

Seminggu selepas himpunan rakyat berarak dalam lautan gelombang kuning maka salah seorang pegawai Istana Negara membuat kenyataan bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin merasa dukacita kerana nama baik baginda diheret dan dibabitkan sebagai merestui perhimpunan haram.Meskipun titah baginda Agong tidak dilafazkan oleh baginda sendiri namun media massa terutama RTM dan TV 3 segera menjadikannya berita utama sebagai menempelak kebangkitan rakyat.Rakyat benar-benar dikelirukan oleh pemesongan fakta oleh agensi media massa kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang berkali-kali menyebarkan khabar angin kononnya ada dakwaan ke bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong telah dilibatkan kedalam kancah pergolakan politik hingga baginda merasa dukacita.Semasa berbual dengan Ahli Parlimen Pasir Putih Datuk Kamaruddin Jaafar, beliau menekankan bagaimana percaturan putar-belit politik dilakukan oleh agensi media massa kerajaan Abdullah Ahmad Badawi .“Dalam kenyataan yang saya buat tempoh hari, saya tidak menyebut ke bawah Duli Tuanku memperkenankan himpunan rakyat, tetapi baginda Sultaan bersedia menerima kunjungan hormat anggota Bersih, malahan kami diminta menghantar senarai nama perwakilan yang mahu mengadap Tuanku.“Malahan kesudian Tuanku menerima memorandum pernyataan hasrat kami untuk melihat aroma politik negara dipulihkan kepada paksi demokrasi secara mutlak telah diterima oleh baginda dengan baik.“Tidak timbul soal himpunan mahupun perarakan rakyat. Begitulah caranya mereka memutar-belitkan kenyataan,” tegas Datuk Kamaruddin Jaafar.
Agak tersentak juga mendengar penjelasan dari Ahli Parlimen tersebut kerana ternyata begitu terdesak sekali para pencatur di sekeliling Abdullah Ahmad Badawi memesongkan fakta.Sebagai tunggak utama pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan tentulah tidak akan ada mana-mana Sultan atau Raja-Raja yang mengizinkan perhimpunan haram. Keluhuran perlembagaan dan undang-undang pastilah dihormati. Oleh yang demikian tidak timbul cerita Sultan atau DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merestui sebarang bentuk perlanggaran undang-undang.Bagaimana boleh timbul cerita kononnya Istana diheret untuk dilihat bagai merestui himpunan yang telah ditafsirkan oleh pemerintah sebagai humpunan haram? Ternyata begitu terdesak sekali kalangan pengampu Perdana Menteri dan Sidang Wazirnya untuk memutar-belitkan kenyataan serta memesongkan isu, lebih-lebih lagi di saat kian hampirnya musim pilihan raya umum.Semoga rakyat dapat menterjemah silau dalam kilau percaturan politik Abdullah Ahmad Badawi. Biar apapun yang pasti rakyat mampu menilai jumud serta ceteknya cara pimpinan hari ini melakonkan adegan politik sempang-peranang penuh dengan pencak serba tempang.Biar apapun, ternyata kini pembohongan demi pembohongan Abdullah Ahmad Badawi semakin terselak dan tersingkap.
Tahun lalu dia berbohong mengatakan ada urusan penting untuk segera berangkat ke Australia serta meninggalkan jerih rakyat Johor menghadapi bencana banjir berpanjangan selama dua bulan.Rupa-rupanya dia bukan menjalankan tugas rasmi negara sebaliknya bersukaria berlayar di atas perahu mewah bersama “kekasih hatinya” Jeanne Danker seperti yang tersiar di akhbar Star.Minggu lalu Abdullah melakukan pembohongan tersohor dan paling hebat apabila menyatakan bahawa dia masih belum ada ilham untuk memanggil pilihan raya serta membubarkan Dewan Rakyat, semasa melawat negeri Sabah dan Sarawak.Tetapi kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid yang menyatakan beliau tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya dirinya tahu tarikh pilihan raya bakal diadakan. Apakah Abdullah Ahmad Badawi boleh berselindung lagi dengan alasan masih belum mempunyai ilham?Begitu juga dengan pengumuman perbelanjaan ratusan bilion ringgit terhadap pembangunan koridor Utara dan Koridor Pantai Timur yang bakal dicurahkan atas nama membela nasib rakyat. Setelah diselediki secara jelas terbukti begitu hebat Abdullah Ahmad Badawi melakukan pembohongan kerana sehingga saat ini akta pembangunan kedua wilayah tersebut masih belum disiapkan lagi.Tidak seperti pembangunan Wilayah Iskandar di Johor yang bakal dikangkangkan untuk “dilacurkan” kepada Singapura di mana untuk tujuan tersebut kerajaan Abdullah Ahmad Badawi sudahpun menggezetkannya melalui Parlimen atas nama Akta Pembangunan Wilayah Iskandar.Meskipun ianya dilihat cukup pincang serta bakal menjerumuskan kehancuran kepada kedaulatan bumi Johor namun, paling tidak untuk tujuan penerusan pembangunan ia tetap akan dilakukan kerana sudah ada satu akta diwujudkan.Sebaliknya bagi kedua-dua pembangunan Wilayah Utara dan Pantai Timur, ia masih lagi dalam peringkat “menganyam” mimpi indah dan menyulam angan-angan Mat Jenin, sedangkan “blue print”, kertas pembangunan secara komprehensif dan bersepadu masih belum lagi wujud.Dalam erti kata lain, upacara pelancaran pembangunan kedua-dua koridor Utara dan Pantai Timur adalah merupakan satu lakonan bohong yang sengaja diwar-warkan untuk rakyat mempercayai kehebatan buah fikiran seorang Ulul Albab imam mahzab Islam Hadhari.Ternyata Abdullah Ahmad Badawi sekadar menjaja sebuah mimpi yang belum pasti dalam aroma kebohongan tegar dan sewajarnya segera dibersihkan dengan penyapu yang dijaja oleh memanda Wazirnya di Selangor.
Persoalannya, sampai bilakah cerita bohong Abdullah Ahmad Badawi masih mahu diizinkan oleh rakyat seluruhnya? Dan untuk itu ada baiknnya jika kita menyorot kembali cerita bohong Imam Mahzab Islam Hadhari yang akhirnya diketahui oleh rakyat.
1. Melalui sajak mencari abadinya Abdullah berjanji untuk tidak mengumpul harta berjuta, tetapi ternyata kalangan anak beranaknya terus meraih pelbagai projek berbilion-bilion.
2. Abdullah berjanji melalui sajaknya untuk tidak hidup berpoya-poya, tetapi sejak menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar kehidupan santai di luar negeri dengan menaikki pesawat mewah dan kapal layar mewah, malahan kediaman rasmi Seri Perdana telah menganjurkan persembahan hiburan muzik sebanyak dua kali.
3. Abdullah menafikan anaknya Kamaluddin Abdullah tidak pernah mendapat sebarang kontrak dari kerajaan melalui wawancara TV 3 , sebaliknya syarikat Scomi milik anaknya meraih ratusan juta kontrak dari Petronas,
4. Abdullah menafikan terlibat dalam skandal cukup memalukan “Oil For Food” era rejim Sadam Hussein, tetapi laporan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ternyata namanya dicatatkan sebagai penerima habuan jutaan ringgit.(Sila baca buku Skandal Oil For Food, Malaysia Today).
5. Abdullah menafikan membeli jet untuk kegunaan rasminya, tetapi sekembalinya dari lawatan luar negeri dia terpaksa mengaku bahawa pembelian tersebut dibuat oleh syarikat penerbangan Malaysia.(satu penipuan cukup menjijikkan) .
6. Pasca awal pemerintahannya Abdullah menyatakan bahawa kantung negara sudah kering kerana dihabiskan oleh projek mega legasi Dr. Mahathir, tetapi kini dia berbelanja ratusan bilion ringgit untuk projek mega ciptaannya. Jauh lebih banyak dari era Dr.Mahathir.
7. Semasa heboh kisah cintanya dengan Jeanne Danker, dia berkali-kali menyatakannya sebagai satu gossip, tetapi ternyata wanita itulah yang dinikahinya
Dan jika mahu ditulis satu demi satu mungkin seminggu lamanya tidak habis ditulis berhubung pembohongan Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat bawahan. Kerana itu cerita tentang Institusi Istana dilibatkan dalam kancah politik adalah merupakan pemesongan fakta olehnya bersama sidang wazir yang serba goblok dan membaghalkan.Untuk hari esok entah apa lagi agaknya cerita bohong yang bakal dilontarkan oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha memulih keyakinan rakyat yang cukup terhakis terhadapnya.Namun yang pasti rakyat sudah tidak sabar-sabar lagi menanti tarikh pengumuman pilihan raya kerana mereka mahu segera menterjemahkan kepada Abdullah berserta sidang wazirnya tentang utuhnya kuasa rakyat. Semoga bumi tercinta ini segera diselamatkan daripada pelacuran politik di kalangan pemimpin bersikap musang berbulu ayam!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/Lawati laman Bersih di http://bersih. org/*** - ***Groups harakahdaily kini kembali aktif!. http://groups. yahoo.com/ group/harakahdai ly/Link Baru webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/
macam-macam propaganda yang dicipta mereka.. jangan takut jangan gentar wahai pejuang-pejuang Allah.. insya`allah kita akan temui hakikat kebenaran Islam yang hakiki seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran. salam juang buat saf muslimin dan muslimat... jangan takut dengan hukuman dunia, hukuman Tuhan yang ditakutkan adalah lebih utama... jihad ilallah fi sabilillah... Allahu Akbar!!

Ahad, 18 November 2007

buat yang memiliki rasa fikirkan seketika...laksanakan kewajipan segera

wahai seorang pemerintah
sedarkah dirimu tantang rakyat di bawah
banyak yang termuntah
akibat pelbagai yang disepah
diulit ucapan menyampah
menyokong bicara bercanggah
menuduh dan pelbagai tohmah
sedangkan dirimu tak sudah-sudah

hebat sungguh melafaz kata
menabur jua pelbagai nista
bagaimana rakyat mahu percaya
berjela kata laksananya tiada
banyak janji tidak dikota
sampai bila akan terbuka?

mahligai indah tempat bertakhta
santapan mewah penghias usia
sedangkan rakyat papa kedana
mengikat perut lapar dahaga
fikirkanlah wahai yang memiliki rasa
jangan dibaca sekadar suka-suka

sedarlah wahai yang terlena
jangan ditambah pikulan dosa
apakah yang akan dipersembah di akhirat sana
dosa bertimbun pahala tak terbawa

MUSLIMAH 2007

Sabtu, 17 November 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Moga sahabat, teman, rakan dan sekalian penziarah sihat dan senantiasa dalam keberkatan Allah Subhanahu wata `ala.
Semalam yang hadir dan berlalu… membuat ana mengingati pada seseorang yang banyak memimpin ana kejalan tarbiyah tika awal ana menjadi warga kampus.. yang di sana banyak ranjau serta indah khabar dari rupa.. kerana tarbiyah dia yang seorang mujahidah, ana kuat menerus langkah walau ada terasa janggalnya…
Ukhti Nuris.. bagaimana khabarmu tika ini? Moga perjuanganmu masih berterusan dilandasan Islami selamanya. Jangan ada pincangnya. Moga masih ada pertemuan antara kita walau bilanya tak diketahui. Namun, ana senantiasa menanti dengan doa.
Segalanya amat bermakna buat perjuangaku.. perjuangan kalian… hargailah…

WARKAH LAMPAU YANG MASIH LAKU..

Muslimahku…
Kutulis ini dengan rasa kasih yang menggunung di hati, bagi meneruskan perjuangan suci mendambakan redha Illahi. Renungkanlah isinya, hayatilah maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan langkah perjuanganmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan Agama Allah, selamanya… Insya`allah

Mujahidahku..
Sesungguhnya kejadian kita terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah yang senantiasa menjadi perhatian sang kumbang.
Kita umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekati. Namun tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari lingkungannya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya begitu memukau siapa–siapa yang memandangnya. Tapi, berawaslah, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati.

Muslimahku…
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah dengan titisan wudhu`. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umapama sebutir permata yang dipamerkan untuk tontonan umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang bertutup. Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu keinginannya melebihi yang terdedah.. fikirlah muslimah generasi ini..

Muslimah Solehahku…
Taatlah kita pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba serta ranjaunya. Dengan keta`atan itu, kita adalah harapan pada setiap insane yang bernama Adam.. Hebatnya kita kerana kehebatan itu adalah kurniaan Allah yang perlu kita jaga sepanjang masa. Namun ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya sesuatu yang sukar diraih di zaman ini. Lantas yang perlu dilaksanakan dalam hidup berjuang ini adalah tingkatkan amalan kebaikkan istiqomahlah dalam perbuatan..

Namun ingatlah wahai srikandiku…
Sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan-jalan kearah itu.
Yang penting…
Kita mestilah mempunyai azam, usaha, doa dah istiqomah diiringi rasa tawakkal yang tinggi kepada Pencipta

Mujahidahku..jadikan setiap langkah dan tindakanmu berpaksikan Al Quran dan As Sunnah. Jangan biarkan dirimu dieksploitasikan untuk kepentingan pihak tertentu yang bertentangan dengan Perintah Allah

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabat kita sebaris dengan Kaum Adam. Kitalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut cuma. Betapa hebatnya kita… pertahankanlah!

Muslimahku… Mujahidahku..
Dalam hidup ini pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah yang dilakarkan Maha Kuasa buat makhluknya.. itulah fitrah semulajadi setiap insani. Namun ramai diantara kalian yang tewas kerana cinta.

Wahai Muslimah Tunggak Perjuangan Agama!!
Ketahuilah, bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itulah yang menyalahi. Kerana cinta, manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.

Benarlah kata-kata ini…
Cinta itu buta.. melainkan cinta pada Pencipta..

Sebelum kalian mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih utama. Mengkaji hakikat kejadian yang begitu simbolik.. melalui acuan Pencipta kita… tiada siapa dapat menandingiNYA. Sungguh itu adalah hakikat…

Mujahidah Solehah..
Cintailah Allah dan rasul melebihi cinta manusia kerana itulah cinta yang abadi dan hakiki kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan menjadi hancur dan berderai. Tetapi apabila hati diserahkan kepada Allah, sudah pasti segala yang dilalui tidaklah haru dan buntu. Dalam usia perjuangan ini, sibukkan diri menyauh ilmu-ilmu Illahi yang mampu mempertahankan iman dan taqwa dalam diri. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak pada hati orang-orang yang cenderung melakukan maksiat. Jangan kalian takuti tiada kelulusan tertinggi.. tapi jangan pula kalian ambil lewa kerana tidak memiliki ilmu. Tiada kelulusan, tetapi memiliki ilmu dan diamalkan adalah lebih baik dari segalanya.

Lihatlah kini.. segalanya dipandang pada kelulusan… sama ada diploma, ijazah, sarjana dan lainnya.. tapi muslimahku.. apa yang ada pada semua itu sekiranya ilmu itu hanya setakat pada segulung pengiktirafan. Takutlah akan hal ini.. doaku agar sesekali diri kalian tidak sebegitu.

Mujahidahku…
Perjuangan ini masih jauh dan tidak tahu di mana nokhtah nya. Jadi jangan sekali-kali kita lupa, kita leka dengan gertakan dan ugutan manusia yang busuk hatinya pada perjuangan fi sabilillah. Pertahankan kebenaran walau kalian berseorangan. Ya..aku juga menasihati buat diriku agar terus istiqomah walau masig-masingnya telah berjauhan. Jangan kalian khuatir… Allah bersama insan yang memperjuangkan AgamaNYA.

Buat akhirnya.. ingin aku memetik kata-kata Kekasih Allah Rabiah Al-Adawiyah.. Ahli sufi yang patut dicontohi..
“ Cintakan manusia tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan, kerana ianya tidak akan kekal. Cintakan manusia sering membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, derita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan serta kenikmatan yang kekal abadi melainkan CINTA KEPADA PENCIPTA CINTA ITU SENDIRI ”

NURISH


Begenang air mata ini tika mengulangi bacaan untuk ke sekian kalinya. Meresapnya kata mujahidah moga tumbuhnya mekar hingga ke akhir usia.

Ukhti…
Kata-kata ini kanku semat dalam nubari,
dalam menkjalani perjuangan tak bertepi,
bertunjangkan keikhlasan di hati,
semata mencari redha Illahi.

Moga Ukhti Nurish, muslimah-muslimah sekalian begitujuga.
SALAM UKHWAH SALAM TARBIYAH SALAM FI SABILILLAH... INSYA`ALLAH

Ahad, 4 November 2007

Makanan Rohani, marilah sama fahami.

PETUA KHUSYUK DALAM SOLAT

  1. Menjaga makan minum dan memastikan segalanya itu dari sumber yang bersih dan halal serta menjauhi segala yang syubahat ( meragukan )
  2. Memperbanyakkan sedekah
  3. Tidak menahan membuang air besar atau kecil. selesaikan hajat itu sebelum solat
  4. Mengambil wuduk dengan sempurna dan tertib
  5. Memakai pakaian yang bersih
  6. Sentiasa Solat di awal waktu
  7. Tiada yang menjadi bahan pengganggu ketika solat ( tiada barang-barang yang merubah pandangan )
  8. Sentiasa mengingati mati ( seolah-olah itulah solat yang terakhir sebelum dipanggil Illahi )
  9. Meyakini bahawa Allah melihat kita & kita sedang menghadap Allah
  10. Memahami bacaan dalam Solat
  11. Istighfar sebelum mengangkat Takbir ( menjauhkan dari gangguan syaitan )
  12. Membulatkan hati pada Allah ( tiada selain itu )

Marilah sama kita fahami dan laksanakan, moga kita mampu menjadi insan yang dipilihNYA untuk khusyuk dalam mengerjakan Solat, perintah yang utama ini. semoga apa yang ana sampaikan ini dapat ana manfaatkan pada diri ana juga pada diri sekalian yang membacanya, insya`allah.

Sabtu, 3 November 2007

Insya`allah kita bersua di USM

assalamualaikum..
semoga tamu sekalian sihat senantiasa dan diberkati Allah..
insya`allah jika berkesempatan kita pasti bersua di USM nanti..itupun kalau sahabat sekalian sertai. alhamdulillah, ana akan sertai mewakili Negeri Sembilan bersama sahabat ana yang sama berjuang dalam TERAS. Nurul Balqis namanya. moga persahabatan ana semakin erat dan utuh dan dapat manfaat serta bertambah kuat untuk meneruskan perjuangan yang terpikul, insya`allah. harap tiada aral yang melintang.
salam jumpa ana ucapkan pada rakan yang bakal menyertai. moga ada manfaatnya buat diri serta sekalian yang menyertai.

Perjuangan kita.. daftarlah segera!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BENGKEL PEMERKASAAN BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

TARIKH : 22 – 28 NOVEMBER 2007 / 12 – 21 ZULKAEDAH 1428H

TEMPAT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG

SASARAN : 80 ORANG ( MAHASISWA IPT, BELIA-BELIA )

OBJEKTIF : MEMBENTUK SEKUMPULAN AKTIVIS BELIA YANG
MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK BERGERAK SEBAGAI
AGEN PERUBAH MASYARAKAT.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan urusetia program

MOHD SHAH RIZAN SAZALI : 016 – 4731816

MOHD RIDZUAN YUSOF : 012 – 967 5690


PERJALANAN PROGRAM

HARI PERTAMA
22 NOVEMBER 2007 – KHAMIS

4.30 pm : Pendaftaran
5.30 pm : Taklimat Program
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Isya`
9.00 pm : Ta`aruf –
“ Kenapa kita berada di sini? ”
“ Muhasabah Diri ”
11.00 pm : Rehat

HARI 2
23 NOVEMBER 2007 – JUMAAT

5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Perasmian :- Menteri KPDNHEP
10.30 am : Kudapan
11.00 am : Ucaptama Presiden – SM Idris
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.45 pm : Sesi 1
- “ Tanggungjawab Belia sebagai Generasi Pewaris ”
3.30 pm : Pembianaan Perspektif
- “ Realiti Masyarakat & Generasi Muda. Dahulu & kini..”
- Politik
- Sosio – budaya
- Pentadbiran
- Ekonomi
- Pendidikan
- Konsumerism
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Sesi 2
- Persembahan Filem
10.30 pm : Sesi 3
Pembinaan Daya Intelektual
- Membangun kekuatan berfikir generasi muda
- Cabaran pemikiran generasi muda masa kini
11.30 pm : Rehat

HARI 3
24 NOVEMBER 2007 – SABTU

5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Pembahagian tugas
9.30 am : Sesi 4
- Bagaimana Menjadi Belia Yang Peka?
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 5
Membentuk aktivis yang berfungsi
Membentuk karekter seorang aktivis
- Tanggungjawab aktivis belia
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Sesi 6
- Memahami misi untuk transformasi masyarakat
3.30 pm : Memangsa kaum wanita – apa tindakan kita?
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
8.45 pm : Sesi 7
- Persembahan Filem
10.30 pm : Sesi 8
- Pembentangan kumpulan bagi pembangunan sahsiah belia
11.30 pm : Rehat

HARI 4
25 NOVEMBER 2007 – AHAD
5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Sesi 9
Kepimpinan dalam berorganisasi
- Siapa itu pemimpin?
- Apakah fungsi seorang pemimpin?
- Skil yang diperlukan sebagai seorang pemimpin
- Pembentukkan semangat berpasukan dalam memimpin
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 10
Sambungan - Kepimpinan dalam berorganisasi
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Sesi 11
Kemahiran yang diperlukan sebagai agen perubahan
- Pengurusan dalam mesyuarat
- Kemahiran dalam menulis
- Merangka aktiviti / program
- Semangat berpasukan
- Dokumentasi dan laporan
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Perbincangan dalam kumpulan
“ Jika saya sebagai pemimpin.. ”
- Bagaimana anda berkhidmat kepada dalam masyarakat?
11.30 pm : Rehat

HARI 5
26 NOVEMBER 2007 – ISNIN

5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Aktiviti Turun ke Lapangan Masyarakat
“ Mempelajari & memahami kehendak rakyat ” – Tanjung Tokong
“ Harga yg perlu dibayar utk sebuah pembangunan ” – Kg Makam
“ Menyelusuri penyakit barah sosial dlm masyarakat ” – Jelutong
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Perbincangan dalam kumpulan 4
- Kesimpulan dan laporan aktiviti turun padang
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Pembentangan Kumpulan
11.30 pm : Rehat
HARI 6
27 NOVEMBER 2007 – SELASA

5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Sesi 12
Membina jaringan ke arah transformasi belia
- Bagaimana hendak bekerjasama dengan pelbagai pihak
- Menggunakan sumber dari pelbagai pihak
- Merancang program yang memberi impak kepada masyarakat
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 13
Pembentukan sebuah badan belia yang efektif
- Ciri-ciri badan belia yang efektif
- Mempelajari dari badan belia di seluruh dunia
- Membentuk inisiatif dan kreativiti dalam gerak kerja
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Sesi 14
- Pembentukkan sebuah badan belia yang berkesan
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Pemetaan tindakan
11.30 pm : Rehat

HARI 7
28 NOVEMBER 2007 – SELASA

5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Sesi 15
Komitmen kita untuk melakukan perubahan?
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 16
Bermulanya dengan yang utama – Langkah seterusnya
12.45 am : Majlis Penutupan
2.30 pm : Makan tengahari / Solat Zuhur
Penutup

Jumaat, 2 November 2007

KiTaLaH PeNeRuS PeRjUaNgAn iNi


KISAH SEJARAH TERCIPTA SUDAH
ISLAM DIKENALI DIMERTA DUNIA
SESEKALI PANTANG KITA BERPATAH
WALAU NYAWA MENJADI KORBANNYA

ALLAHU AKBAR!!!

Ambillah secebis ketabahan Khadijah
Secangkir keluhuran Fatimah Az-Zahrah
Sequdus taqwa Rabiah Al-Adawiyah
Semurni rindu Ainul Mardhiah
Sekelumit kesabaran Asiah
Teruskan langkah!
Seperti perjuangan Nabi
Kemaraan bagai Saidina Ali
Kewarasan macam Ahli Sufi
Kerana semua itu adalah pejuang Rabbul `izzati



SMNS 2007

segalanya dari hati..

SALAM TARBIYAH PENGERAT UKHWAH

PENYEBAR DAKWAH MENGWUJUD QUDWAH

PENYERI ALAM TUNTUTAN UMMAH

TIADA GENTAR TIADA MENGALAH.

Indahnya rasa bila iman memenuhi

Hati senantiasa dekat dengan Illahi

Tiada ragu dan bimbang lagi

Segala ujianNYA tabah diharungi

Namun harus diawasi

Setiap langkah yang dijejaki

Cabaran yang hebat cukup berbaki

Iblis laknatullah tidak putus memujuki

Walau sakarat hampir pada diri

Sesekali tidak membelakangkan Illahi

Telajak jauh patahlah kembali

Agar ditemui Cinta Yang Hakiki

Lagi sejati, Cinta Rabbul `izzati

SM.NS 2006