TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Isnin, 26 Mei 2008

JEMPUTAN BUAT SEMUA



TALK SHOW
“KEMELUTMENCARICINTA”
::PERJUANGAN YANG BERMULA TANPA ADA KESUDAHAN::
BICARA BERSAMA
PENULIS TERSOHOR INDONESIA
USTAZ HERRY NURDI
KETUA EDITOR MAJALAH SABILI
SELASA
27 MEI 2008
3.30 PETANG
SARA GEDUNG LALANG
AMPANGAN
SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MALAYSIA
ANJURAN UTAMA
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
TERAS
SEKALIA WANITA & MUSLIMAT DIJEMPUT HADHIR
MOGA ADA MANFAATNYA
INSYA`ALLAH


Ahad, 25 Mei 2008

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar dibidas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Hishamuddin memberitahu bahawa aspek pakaian sama ada pelajar mahupun orang dewasa telah ditentukan oleh Islam kepada penganutnya bagi mengelakkan gejala tidak bermoral berlaku dengan berleluasa.

"Tuntutan agama ialah menutup dan menjaga aurat termasuk memakai tudung bagi pelajar perempuan Islam. Oleh itu Kementerian mestilah mengambil kira cadangan pelbagai pihak khususnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk memastikan soal berpakaian ini dititik beratkan.

"Walaupun si pelaku atau penjenayah seks tidak mengira soal pakaian namun bagi semua pihak khususnya kaum wanita tidaklah boleh memandang remeh bab pakaian ini bahkan agama memberi garis panduan yang jelas tentang pakaian yang boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nuridah menyatakan bahawa sesuatu kejadian itu terutama yang melibatkan maksiat ataupun jenayah seks tidak akan berlaku sekiranya tidak melibatkan kedua-dua pihak atau keadaan sekeliling yang mengundang kepada perbuatan tidak senonoh itu.

"Pintu ransangan itu mestilah ditutup terlebih dahulu sebagai langkah awal kerana sudah jelas bahawa pakaian yang menjolok mata seperti pakaian seragam sekolah yang nipis dan telus (transparent) mengundang nafsu orang lain melihatnya.

"Saya harap Hishamuddin merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan seweang-wenangnya malah mesti dilihat mahu membuat perubahan demi keselamatan pelar-pelajar sekolah khususnya perempuan," katanya

Beliau juga mahu ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu perubahan drastik dilakukan ke atas pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

"Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai," katanya memberi saranan.

ya ana setuju dengan kenyataan Ketua Dewan Muslimat ini. faktor utama mendorong kemeksiatan itu berlaku adalah disebabkan tidak menutup aurat. apalagi sebahagian aurat yang tampak, akan merangsangkan peerbuatan yang tidak baik. apapun, selaku wanita juga muslimat, ana menyarankan agar Menteri Pelajaran Malaysia itu memikirkan tuntutan dan kehendak Agama. bukan mengikut sesuka sahaja. fahamilah permintaan kami selaku muslimat, perempuan, mahupun wanita. bukan sekadar mahu menyeragamkan pakaian sahaja. fikirkan kembali. moga jenayah seksual dapat dan mampu ditangani sehikmahnya.

::Konvensyen Naqibat USRAH Remaja::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah semalam 24 Mei 2008, saya juga beberapa Jamaah Muslimat serta NISA` dari Negeri Sembilan telah menyertai Konvensyen Naqibat Remaja anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat di Dewan Anjung Rahmat, Gombak.

Saya bersama 3 sahabat dikalangan Jamaah Muslimat Rembau iaitu Ukht Jazilah, Ukht Rashidah dan Salma menaiki satu kenderaan yang dipandu oleh Ukht Jazilah. Buat pertama kalinya saya menyertai Konvensyen Naqibat Remaja yang dianjurkan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sekitar jam 846 minit pagi kami tiba di perkarangan Anjung Rahmat. Lama saya tak sampai ke sini. Seingat saya kali terakhir, tika sewaktu zaman mahasiswa lalu. Selainnya sekadar menumpang lalu untuk ke destinasi yang dituju iaitu UIA atau ke Cameron.

Saat awal kami tiba, agak tidak ramai lagi. Tidak lama selepas itu tanpa kami sangka, penuhlah semua kerusi yang kosong pada awalnya. Alhamdulillah kami duduk di bahagian hadapan. Jadi sedikit sebanyak dapat diberikan tumpuan dari apa yang disampaikan.

Di sini ingin saya kongsikan sekitar aturcara program sepanjang sehari konvensyen yang disertai...

8.00 : Pendaftaran
9.00 : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
910 : Asma`ul Husna & Nyayian Lagu PAS
915 : Bacaan Ayat Suci Al-Quran
925 : Ucapan Pengerusi Program
930 : Ucapan Perasmian
940 : Pelancaran Manhaj Usrah Remaja
945 : Persembahan Pentas / Kudapan
1025 : Pembentangan Manhaj Usrah Remaja
1135 : Sesi Soal Jawab
1235 : Tayangan Montaj
1240 : Makan Tengahhari / Solat Dzuhur
210 : DISKUSI “Memahami Jiwa Remaja : Pendekatan Holistik”
350 : Persembahan Nayid
400 : Ucapan Penutup
420 : Doa Wehdah


Begitulah aturcara yang dirancangkan pada konvensyen tersebut. Rasa bertuah kerana dapat meneyertai Konvensyen ini. Apa tidaknya, sahabat-sahabat Muslimat lain bagi Kawasan Rembau, banyak menyertai rombongan ke Kedah. Makanya saya merasa bertuah kerana dapat mengikuti konvensyen ini bersama sahabat-sahabat yang mengikuti. Alhamdulillah.

Betapa sepanjang konvensyen ini dijalankan banyak input yang diperoleh oleh saya juga insya`allah muslimat yang lain. Antara kata-kata awal yang amat menarik perhatian saya (kerana lama dah tak mendengarkan) iaitu kata-kata Pengarah Program bagi Konvensyen ini iaitu Dr Rosni Adam.. “Meninggi jangan sampai lupa diri, Merendah jangan sampai hilang maruah”. Ya memang benar kata-kata ini bagi permualaan sekan ‘warm up’ bagi peserta-peserta konvensyen ini. Kerana kita adalah pendidik kepada generasi akan datang. Selain itu maksud dari kata-kata tersebut adalah sebagai keyakinan bagi kaum muslimat memimpin anak-anak usrah dengan sebaiknya. Bukan kerana kita selaku wanita muslimah, kita bersifat terkebelakan dari kaum muslimin, malahan kita mampu lebih juga seiringan dalam merealisasikan kemantapan dalam jamaah yang kita sertai. Bukan dengan kelemahan yang ada akan tetapi dengan semangat serta keyakinan yang mendalam untuk turut sama membangunkan kendiri sebagaimana kaum muslimin tika ini, insya`allah

Seperti kata-kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika berucap merasmikan Konvensyen Naqibat Usrah Remaja tersebut .. kita tidak akan dapat merelisasikan segala apa yang diimpikan jika tiada perisai utama yang kukuh iaitu Ilmu Agama serta perlaksanaan terhadap ilmu yang ada itu. Tambah beliau untuk peserta-peserta “Jika kamu berbuat baik segalanya adalah untuk diri kamu sendiri dan begitujuga jika kamu berbuat tidak baik adalah untuk diri kamu sendiri”

Maka dari situ wajarlah sebelum membuat sesuatu tindakan, kita fikirkan bagi memperoleh imbalan yang baik. Dan dapatlah dielakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik, insya`allah. Selain itu dengan menyuburkan Fikrah Islam yang syumul dan tidak membelakangkan Kitabbullah, maka mampulah kita menerajui tugas esbagai pemimpin tika Usrah tanpa ada rasa kekok dan janggal. Dengan melaksanakan Amal Ma`ruf dan membenteras juga meninggalkan yang mungkar, adalah menjadi satu tuntutan dalam melaksanakan kehendak Agama Allah di muka bumi ini.

Untuk menjadi ketua usrah yang berjaya diri kita perlulah mempunyai sahsiah Islam yang mantap dan pokok utamanya adalah ikhlas dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Antara lain 3 aspek yang penting perlu ada ialah akhlak yang baik, ubudiyyah dan sempadan (hudud)

Sebagai contoh yang ana masih ingat yang diprkatakan oleh KDMPP ini iaitu sebatang pokok pisang. Sebelum ditebang telah ada anak pokok pisang. Tamsilan yang dibawakan ini memberi gambaran jelas bahawa apabila kita tidak ada lagi di muka bumi ini, sekurang-kurangnya, ada yang telah mewarisi ilmu yang kita ada serta mempergunakannya. Maka dengan melalui usrah, kita berupaya membentuk satu generasi yang berpengetahuan selain dengan pengetahuan ilmu yang dituntutinya tika di bangku sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian.

Terfikir saya akan tamsilan yang dibawakan ini. Ada banyak benarnya. Kerana mungkin disebabkan saya belum pernah mendengarnya. Agak tertarik saya jadinya. Moga dapat saya pergunakan sebagai untuk mendidik diri juga sesiapa sahaja yang selayaknya. Insya`allah.
Mengenai TEEN CIRCLE CENTRE yang nama Bahasa melayunya Unit Pembangunan Pelapis telah disampaikan oleh Ustazah Teh Izanuri Jamaludin selaku penyusun buku ‘Panduan Kendali USRAH Remaja’ & buku ‘Tajuk-Tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh’. Semua itu telah disampaikan ketiak slot ‘TAKLIMAT’ sukatan Usrah Remaja.

Pengenalan awal tenteng remaja juga ditakrifkan oleh beliau. Selain mengaitkan tentang perubahan remaja tika tiba waktunya. Teringat saya sewaktu mempelajari subjek psikologi tika zaman mahasiswa dulu. Remaja banyak ranjau dan duagaannya. Apakah kita mampu tangani perkara-perkara yang agak sensitif kini, iaiatu seprti kata beliau dalam penerangan tersebut bilangan remaja berziana dalam satu minit iaitu dua puluh orang (1 minit : 20 ORANG REMAJA YANG BERZINA) amat memeranjat bukan? Apakah tugasan kita selaku muslimat untuk menangani perangkaan tersebut? Bayangkan satu hari sahaj berapa banyak remaja yang terjebak dengan aktiviti yang merosakkan ini...
Ya, amat saya tersentak dengan kenyatan yang dikaji itu.

Dengan tindakan bersama, insya`allah kita selaku muslimah mampu menangani kes tersebut sedikit demi sedikit. Selain tanggungjawab ibu bapa dan kesedaran remaja itu sendiri dalam mengikuti kawan sosialnya. Bukan hanya mengharapkan tindakan orang lain. Malahan yang utama adalah dari diri sendiri. Insya`allah dengan melaui proses usrah yang diikuti, pihak remaja tentu akan mengelakkan diri dari terjebak dalam situasi yang tidak bermanfaat dan berdosa itu.

Seperti yang diimpikan oleh pelaksana Konvensyen Naqibat Usrah Remaja ini, iaitu menjelang 31 Disember 2008 mensasarkan 2 kumpulan usrah di setiap kawasan terlaksana begitujuga menjelang 31 Disember 2009 mensasarkan 5 kumpulan usrah di setiap kawasan wujud. Moga-moga apa yang diimpikan oleh pelaksana juga peserta-peserta Konvensyen Naqibat Usrah Remaja berjaya sama kita realisasikan.

Seperti slot-slot awal konvensyen ini, slot Diskusi pada sebelah petangnya, banyak ilmu yang dicurahkan oleh ahli-ahli panelnya iaitu Ustaz Mohd Zamri Mohd Syapiq, Ustazah Nor Hafizah Musa & juga Dr Nurul Huda Mohd Jaid.

Kami setia mengikuti hingga usai konvensyen walau banyak kerusi di belakan telah kosong menandakan ramai juga telah beransur pulang. Maklumlah datang dari kejauhan, mungkin mendapatkan tempat. Mungkin juga berkejar mendapatkan bas untuk kembali ke destinasi asal.

Segala yang dilalui semlam, insya`allah akan kami pergunakan sebaiknya. Moga diberkati ALLAh dan dapat kami laksanakan segala apa yang telah dipelajari semalam.. salam perjuangan buat sahabat-sahabat peserta “KONVENSYEN NAQIBAT USRAH REMAJA 2008”...

Salam bertemu di akan datang, insya`allah

Khamis, 22 Mei 2008

Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi




Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi akan dirasmikan pada 26 Mei ini pada jam 9 Malam.

Pusat Khidmat Dun Paroi terletak di Taman Tasik Jaya, Senawang telah didirikan oleh Adun Paroi, Hj Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan sejurus selepas menang dalam pilihan raya umum yang lalu menewaskan calon BN, Dato' Mohd Zaharuddin Shariff.

Perasmian Pusat Khidmat Dun ini akan disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan pada masa yang sama satu ceramah umum akan diadakan.

Ceramah umum ini akan turut menampilkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammed Omar, Mohd Taufek (Adun Paroi) dan Ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin sejurus selepas perasmian Pusat Khidmat Dun.

Semua penduduk Paroi dan rakyat Negeri Sembilan serta Malaysia dijemput hadir.

"Hipokrit Dahhh..."

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

saya merasakan agak lucu dengan apa yang berlaku sejak kebelakang ini. walau menyepi lama, namun situasi arena politik tanah air, masih saya perhatikan walau tak membuat apa-apa artikel di ruangan ini. sedikit sebanyak, saya rasa ingin membuat seklainnya membuka mata, membaca tuliasan yang dikeluarkan di HarakahDaily hari ini...

apakah kesudahan yang dimainkan oleh orang yang terhebat ini suatu ketika dulu. mampukan apa yang dilakukan mengalih pandangan sekalian warga Malaysia. namun bagi saya, ianya taklah sehebat sewaktu DSAI dibuang segalanya akibat perilaku Tun yang melulu ini.

mungkinkah ini hukum karma bagi dirinya... Tun Dr Mahathir..


Dr Mahathir Mohamad



Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.'

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak.

Satu lagi pemimpin Umno ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar Umno, jadi calon bebas dan lawan dengan Umno, dalam Pilihan raya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato' dibenar kembali ke pangkuan Umno, Dato' akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato' masuk balik Umno.

Saya ucap tahniah kerana Dato' dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih,
Katakan orang awak yang lebih

Rabu, 21 Mei 2008

:: Tafsirkan Maknanya ::

BINGIT

Suasana yang mengancam keadaan
Adakala merosakkan
Terus bisingnya tanpa ada yang menghentikan
Samapi bila?
Detik itu belum tampak pengakhirannya
Nokhtahkanlah!
Agar ketenangan dan kedamaian
Tidak menderitakan suasana
Moga keharmonian
Kembali bergema dalam sudut kehidupan
Dan membahagiakan penghuni alam


SMNS 2003
SEREMBAN

Rabu, 14 Mei 2008

Media Alternatif : Rakan Kongsi Pembangunan

Selepas Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan hampir mrntadbir kerajaan pusat, media alternatif terutama akhbar (organ) parti Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR), dan Roket (DAP) – tentunya dalam keadaan sukar untuk mengimbangi peranannya. Jika dulu pembabitannya `hampir seratu peratus di luar kerajaan` tetapi kini terpaksa menyesuaikan dirinya bagi menyokong program pembangunan kerajaan baru

Apabila berjaya membentuk kerajaan, sekalipun diperingkat negeri, kini tiba masanya untuk kepimpinan politik dengan dibantu pelbagai pihak termasuk media juga blogger berperanan mengisi erti kemenangan itu. Peranan ini lebih sukara daripada dulu kerana ‘berjuang untuk mendapatkan sesuatu adalah lebih mudah daripada mempertahankan apa yang ada dalam tangan’


Tanggungjawab mengisi kemenangan ini bukan tanggungjawab akhbar alternatif sahaja. Dalam dunia persuratkhabaran, media massa sebenarnya bertanggungjawab kepada kerajaan masa kini. Dalam konteks kerajaan pusat, media massa yang mendakwa diri mereka sebagai bersifat arus perdana, bertindak betul apabila berpihak kepada kerajaan pusat, tetapi bagaimana peranan mereka di peringkat negeri?

Sewajarnya mereka mengikut dasar bertanggungjawab kepada kerajaan masa kini di negeri masing-masing seperti terungkap dalam peribahasa Melayu – di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung -. Adalah tidak manis mereka mempamerkan sikap ‘sikap kurang ajar’ di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Mengungkap kata-kata pengarang Veteran A Kadir Jasin, wartawan perlulah membantu kerajaan yang memerintah dalam menjelaskan dasarnya kepada rakyat dan bertanggungjawab memajukan masyarakat.

Akhbar memang condong kepada kerajaan bagi memastikan ia dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya . jika ditaqdirkan kerajaan bertukar, sokongan akhbar akan beralaih kepada kerajaan baru itu.

Berikut dengan tertegaknya kerajaan baru (Pakatan Rakyat) di lima negei yang ditawan, apakah media massa arus perdana bersedia memainkan peranan baru mereka? Berdasarkan pengalaman iaitu apa yang berlaku di Negeri Kelantan perkara ini tidak berlaku. Media massa arus perdana berterusan menyerang kerajaan PAS Kelantan, terlupa sama sekali di bumi mana mereka berpijak, di langit mana mereka junjung.

Selepas menyedari media massa arus perdana tidak langsung dapat diharapkan, kini harapan tertumpu kepada Harakah, Suara Keadilan , Roket dan media alternatif lain termasuk penerbitan baru yang mesti diusahakan kerajaan Pakatan Rakyat. Akhbar-akhbar ini perlu diorientasikan sebagai sebahagian elemen pembangunan kerajaan baru – rakan kongsi pembangunan.

Di negara-negara sedang membangun atau negara dunia ketiga, peranan media berita tempatan dalam menyokong dan membantu usaha-usaha pembangunan adalah dititikberatkan. Peranan ini dilihat sebagai tanggungjawab sosial.

Quebral (1975) mendifinisikan komunikasi untuk pembangunan sebagai komunikasi yang digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan sesebuah negara atau negeri dan rakyatnya daripada aspek sosial, ekonomi dan kebudayaan.

Definisi ini memberi pengertian dan penekanan bahawa komunikasi pembangunan adalah penderas untuk meningkatkan kadar kecepatan proses pembangunan. Dalam konteks inilah media berita dapat mempengaruhi rakyat supaya terlibat dalam usaha pembangunan, di samping mendidik dan mengubah psiko budaya mereka ke arah kemajuan. Ringkasnya media berita adalah rakan kongsi pembangunan.

Berdasarkan teori yang diketengahkan ini, adalah penting untuk akhbar-akhbar artelnatif juga yang seumpamanya dibimbing untuk mengisi lompang sebagai rakan kongsi pembangunan di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Jika dulu diberi kepada kritikan kepada keranjaan lama dan polisinya, kini bagaimana program dan rancangan pembangunan Kerajaan Pakatan mahu dibentang dan disampaikan kepada rakyat.

Ini adalah cabaran yang terbesar pengamal media massa Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika program dan projek pembangunan berjalan lancar, ditambah keberkesanan media dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada rakyat, insya`allah kerajaan ini akan diberi mandat untuk terus memerintah lima negeri tersebut serta negeri-negeri lain serta kerajaan pusat dalam masa terdekat.

TAKBIR!!
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

Kuliah Bulanan Presiden TERAS

Kupasan Kitab Riyadhus Sholihin
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Sabtu 17 Mei 2008
Selepas Solat Maghrib
Jam 7:30 mlm
Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1,
Senawang

Isnin, 12 Mei 2008

PIDATO PERDANA

PENCERAMAH:

1.YB TAUFEK ABD GHANI

(ADUN PAS PAROI,N.SEMBILAN)



2.YB SYED HAMID SYED MOHAMED

(ADUN PAS SEMANTAN,PAHANG)



TARIKH:16 MEI 2008(JUMAAT 9.30 MLM)



TEMPAT:BLOCK C JENGKA 16,BDR JENGKA ,PAHANG



marilah kita hadhir bersama menyaksikan pidato YB DUN PAROI, wakil sulung PAS dari Negeri Sembilan

insya`allah...

TAKBIR!!

Program DUN Hulu Kelang

Rabu, 7 Mei 2008

JEMPUTAN : MUSLIMAH



Program Pemantapan Muslimah
Anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan
&
NISA` Negeri Sembilan
10 Mei 2008
9.30 Pagi – 3.30 Petang
Dewan D`ARK,
Taman Sri Kasih, Senawang,
Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

SEMUA MUSLIMAH DIJEMPUT HADHIR,
MOGA ADA MANFAATNYA
INSYA`ALLAH

Jumaat, 2 Mei 2008

KEMPEN HAPUSKAN KEKEJAMAN ISA

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Amat ana tersentak dengan jawapan yang diberi oleh Parlimen Rembau ini. walaupun bukan mendengar dari bicaranya, tapi membaca pun sudah serasa tidak senang. dia sanggup mengatakan begitu kerana keluarganya tiada yang dikenakan ISA. wajarkah seorang manusia bergelar pemimpin mengatakan sedemikian? sombong lagi ego. sedarlah kalian sebelum kalian disedarkan...



Ya, marilah kita sama turut kempen hapuskan kekejaman ISA. mereka yang pemimpin kerajaan BN memang mencabar Pakatan Rakyat pada hemat ana... apalagi Kemunting itu di Negeri Perak.. sama-sama kita berdoa.. moga mereka mendapat petunjuk dan dilembutkan hati mereka2 yang ego itu..

selanjutnya di..http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14214&Itemid=28

"Angkuhnya Khairy pertahan ISA"
Norlaila Othman (Keluarga Tahanan ISA 6 tahun)
Fri | May 02, 08 | 12:16:51 pm MYT

Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka yang begitu 'sayang' dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA.

Image"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo` Lo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"

Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu. Itulah antara kata-kata sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.

Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting (Kemta) segera dibebaskan.

ImageDalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Dato' Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka.

Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem, tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera.

Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.

Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka.

Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia.

Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh rakyat.

Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA.

Mungkin mereka akan sedar jika UMNO sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.


"YA ALLAH TUNJUKKANLAH KEBENARAN INI"