TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Khamis, 23 Oktober 2008

Kenyataan Dewan Muslimat Pas Pusat

Athirah, Salbiah bertukar jawatan


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sedang merangka beberapa strategi bagi memantapkan pentadbiran DMPP. Beberapa langkah Pelan Induk DMPP sedang diteruskan. Pelan Induk tersebut merangkumi semua sektor wanita.
Iklan


Dengan pembentukan Pelan Induk DMPP 2008-2012, gerak kerja Dewan Muslimat di semua peringkat akan lebih bersistematik dan lebih terarah. Pelan induk ini memastikan peranan Dewan Muslimat di dalam parti, masyarakat, kerajaan Pakatan Rakyat dan negara akan lebih berkesan dalam membantu PAS mencapai Visi dan Misi parti.

Pengurusan pejabat akan dikemaskini dengan penambahan beberapa pekerja sepenuh masa. Penstrukturan kepada lajnah-lajnah akan dibuat dari semasa ke semasa.

Pertukaran jawatan antara Setiausaha DMPP, Saudari Aiman Athirah Al Jundi dan Hajah Salbiah binti Wahab daripada Lajnah Penerangan & Dakwah telah dibuat.

Saudari Aiman Athirah diberi tanggungjawab memimpin Lajnah Penerangan & Dakwah memandangkan potensi dan kebolehan yang ada pada diri beliau.

Bagi memantap dan melancarkan lagi urusan sekretariat, Hajah Salbiah diberi tugas menjawat�jawatan Setiausaha DMPP menggantikan Aiman Athirah.

Dewan Muslimat PAS Pusat amat berharap dengan pertukaran ini, gerak kerja DMPP akan menjadi lebih lancar. Moga ALLAH sentiasa memberkati dan membantu gerak kerja Islam bagi setiap hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

Dewan Muslimat PAS Pusat juga menyeru semua jentera PAS di setiap peringkat menggiatkan lagi gerak kerja dan aktiviti parti agar dapat mendatangkan manfaat kepada seluruh ahli dan warga Malaysia.

Nuridah Mohd Salleh

Ketua DMPP

23 Oktober 2008

Tiada ulasan: