TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Ahad, 26 April 2009

Masuk Islam Ketika Bertugas Di Kem Guantanamo


Hayatilah untuk perjuangan bersama...


Tentera AS Terry Holdbrooks baru enam bulan bertugas di kem penjara Guantanamo, Kuba. Seperti penjaga lainnya, tugasnya adalah menjaga dan mengawasi para tahanan, mendampingi tawanan yang sedang diinterogasi, berkeliling sel dan memeriksa tahanan agar tidak saling bertukar pesan dengan tahanan lainnya. Tetapi malam itu, di awal tahun 2004, Holdbrooks yang sedang shift jaga malam, merasakan malam berjalan begitu lambat dan membosankan. Tapi siapa yang mengira, malam itu menjadi malam bersejarah baginya kerana membawanya pada agama Islam.

Untuk membunuh rasa bosan setelah berkeliling memeriksa seluruh sel, Holdbrooks berbincang-bincang dengan seorang tahanan berkebangsaan Moroko yang dikenal dengan julukan "Jenderal". Meski baru enam bulan bertugas di kem Guantanamo, persahabatan antara Holdbrooks dan sang "Jenderal" yang nama aslinya Ahmed Errachidi, cukup dekat.

Saat itu hampir tengah malam, perbincangannya dengan Errachidi membuat Holdbrooks merasa makin prejudis tentang kem penjara Guantanamo dan beliau mula memikirkan masa depan hidupnya. Holdbrooks lalu memesan buku-buku tentang Arab dan Islam.

Masih di awal tahun 2004, suatu malam, Holdbrook kembali berbincang-bincang dengan "Jenderal" kali ini tentang kalimat syahadat dalam Islam, sebagai pernyataan seseorang bahawa dirinya seorang Muslim. Malam itu, Holdbrooks memberikan pena dan selembar kertas lewat celah jeriji penjara dan meminta sang "Jenderal" untuk menuliskan kalimat syahadat dalam bahasa Arab dan ertinya dalam bahasa Inggeris. Holdbrooks kemudian membaca kalimat syahadat dengan sudara keras, saat itulah, di lorong sel kem Delta di Guantanamo, Holdbrooks menjadi seorang Muslim.

Cuma setahun, Holdbrooks bertugas di kem ketenteraan AS, tahun 2005 ia meninggalkan kumpulan ketenteraan. Dalam beberapa wawancara dengan Newsweek, beliau dan beberapa mantan pejaga penjara kem Guantanamo mengakui tindakan sadis dan penyiksaan terhadap para tahanan di kem tersebut. Namun beliau juga mengungkapkan adanya interaksi yang baik antara sejumlah penjaga dengan para tahanan. Mereka sering berbincang tentang politik, agama bahkan muzik. Hal itu diakui Errachidi yang mendekam di kem Guantanamo selama lima tahun dan dibebaskan tahun 2007.

"Para tahanan biasanya bicara dengan para penjaga yang menunjukkan sikap hormat pada para tahanan. Kami bicara soal apa saja, hal-hal yang biasa dan hal-hal yang sama-sama menarik perhatian kami," kata Errachidi dalam email yang dikirimnya dari Maroko ke majalah Newsweek, menguatkan keterangan Holdbrooks.

Terry Holdbrooks adalah produk keluarga yang bercerai berai. Beliau tumbuh dewas di Phoenix, kedua orang tuanya adalah penagih dadah dan Holdbrooks sendiri seorang penagih minuman keras sebelum menyertai ketenteraan AS pada tahun 2002. Menurut TJ-panggilang akrab Holdbrooks- beliau memutuskan menyertai ketenteraan karana tidak ingin hidupnya berakhir seperti orang tuanya.

Holdbrooks adalah jenis anak muda yang hanya menuruti kata hati dan sedang mencari kestabilan dalam jiwanya. Seumur hidupnya, beliau jarang bersentuhan dengan masalah keagamaan. Tidak disangka, di kem Gitmo beliau berteman dengan seorang tahanan yang taat dengan ajaran agamanya. "Banyak orang Amerika yang tidak peduli lagi dengan Tuhan, tapi di tempat seperti ini (kamp Gitmo) para tahanan dengan taat menunaikan solat," kata TJ.

Ketika Holdbrooks mengungkapkan keinginannya memeluk agama Islam, "Jenderal" Errachidi mengingatkannya bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah keputusan yang sangat serius, apalagi di kem Guantanamo. "Errachidi ingin memastikan bahawa saya faham betul apa yang sedang saya bicarakan," kenang Holdbrooks. Namun beliau tetap memutuskan menjadi seorang Muslim dan beliau hanya memberitahu kemuslimannya pada dua rakan sekamarnya.

Para tentera lainnya mulai mencium adanya perubahan pada Holdbrooks kerana mereka mendengar para tahanan memanggil Holdbrook dengan nama "Mustapha" dan melihat Holdbrooks dengan terang-terangan belajar bahasa Arab. Hingga suatu malam, ketua kumpulannya memanggil ke sebuah lapangan di mana sudah ada lima penjaga lainnya. "Mereka mulai berteriak pada saya dan menanyakan apakah saya seorang pengkhianat, apakah saya beralih," tutur Holdbrooks. Dan malam itu, ketuanya meninjunya, begitu juga dua penjaga lainnya.

Holdbrooks kemudian dikucilkan dan beliau dipindahkan ke Ford Leonard Wood. Tetapi beberapa bulan kemudian beliau menerima surat pemberhentian secara hormat dari ketenteraan, dua tahun sebelum kontraknya berakhir. Pihak tentera AS tidak memberikan alasan ataupun penjelasan juga "pemecatan"nya itu.

TJ kembali ke Phoenix dan kembali ke kebiasaan lamanya, minum-minuman keras. Beliau juga menceraikan isterinya. Kebiasaan minum alkohol akhirnya membawa Holdbrooks ke rumah sakit. Tidaak diduga, Holdbrooks kembali bertemu dengan Errachidi yang ternyata juga mengalami persoalan menyesuaikan diri setelah dibebaskan dari kem Guantanamo. Dua sahabat ini saling berkirim email dan menyambung kembali persahabatan yang terputus.


Tiga bulan yang lalu, Holdbrooks yang kini berusia 25 tahun, berhasil menghentikan kebiasaan minumnya. Beliau juga mendapatkan pekerjaan sebagai konsultan pendaftaran di Universitai Phoenix. Di dekat universiti ada sebuah masjid serta pusat kegiatan Islam, Tempe Islamic Center. Holdbrooks rajin datang ke masjid itu untuk menunaikan solat berjamaah.

Ketika Imam Masjid Tempe Islamic Center, Amr Elsamny yang asal Mesir mengenalkan Holdbrooks kepada seluruh jamaah dan menjelaskan bahawa Holdbrooks masuk Islam saat bertugas di kem Guantanamo, para jamaah berebutan menyalami Holdbrooks.

Holdbrooks kini menjalankan ajaran Islam dengan taat. Bekas luka panjang di dahinya, hampir tidak kelihatan kerana tertutup kopiah yang selalu dikenakannya. "Saya selalu berfikir bahawa kem penjara Guantanamo dijaga oleh tentera-tentera yang bengis dan kejam. Saya tidak berfikir bahawa ada tentera seperti TJ, yang justeru mendapat hidayah Islam juga di sana," komentar Imam Amr Elsamny, tentang Holdbrooks.

Khamis, 23 April 2009

Tuan Guru..

Bernilainya Dia
(Dedikasi untuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat)



Dia yang kami hormati
Pabila berkata penuh berisi
menusuk terus hingga ke hati
merencam adun hingga menangisi
Penuh hikmah, bijak saksama
selamanya kan tersemat dinubari
diperguna untuk perjalanan hari-hari
diingati sampai ajal mendekati
dialah Mursyidul Am yang kami sayangi

Bicaranya sering kami nanti
Kalau dapat ingin selalu dengari
segalanya penuh erti
membangun diri dan motivasi
Rindu senantiasa bersama kalimah yang diucapi
Moga sentiasa diredhai Illahi

Selasa, 21 April 2009

Malampaunya Budak Ini!!

Peluk Irma tak jejas ekonomi negara- Nabil.

Tapi tahukah engkau bahawa menjejaskan maruah negara secara realitinya. Bangsa Melayu khususnya. Puak Umno, mana melayu yang kalian pertahankan itu. Tang budak ini jika engkau Melayu kau pertahankan.

Artikel ni ana ambil dari Utusan Malaysia online.

Persoalan yang bermain di minda, kenapa pihak-pihak yang berwajib di puak kerajaan pemerintah buat tak tahu je soal ni? Sedangkan ianya jelas mengotorkan imej Melayu itu sendiri. Apa komen anda mengenai berita ini.

Seperti yang dijangka, Nabil telah pun dipilih sebagai bintang paling popular. Populariti yang dimiliki oleh Nabil mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan lain-lain. Namun, di sebalik itu ramai yang terkejut apabila melihat Nabil dengan spontan memeluk seorang pelakon yang tidak kurang cantiknya selepas diumumkan sebagai bintang paling popular.

Tindakan Nabil memeluk Irma Hasmie, kekasihnya itu mengundang rasa kurang senang peminat. Ada yang berkata, adakah artis kita sudah jadi artis Hollywood yang tidak tahu adab sopan?

Malah ada juga yang berkata, tindakan beginilah yang merosakkan nama baik artis lain yang jauh lebih bersopan. Ada juga berkata, kasihannya artis kita yang hilang akal.

Walaupun ada yang menyokong tindakan itu, tetapi Nabil juga terus menerima kritikan terhadap tindakannya itu yang dilihat sangat sumbang dan biadab.

Ketika dihubungi, Nabil menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.

Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?

Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?

Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.

Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?

Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.

Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?

Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

Bila lagi nak kahwin?

Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

Adakah keluarga menerima pilihan Nabil?

Keluarga saya tak kisah dengan siapa juga pilihan saya. Mereka tak ada masalah. Memang mereka ada cakap umur macam saya ni dah boleh kahwin. Tapi duit masih tak cukuplah. Biar saya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin ni.

Khamis, 9 April 2009

Ke Arah Kebaikan, Insya`allah


Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan barisan kabinet kerajaan Malaysia bagi tahun 2009.
Dalam suasana politik dan ekonomi yang serba tidak stabil dan tidak menentu, barisan kabinet kali ini, pada pandangan saya, adalah merupakan barisan kabinet yang akan meyakinkan. Ada banyak orang diletakkan pada tempat yang betul. Hal ini pastinya memberikan harapan yang lebih besar agar pentadbiran negara ini akan dapat dijalankan dengan lebih baik.
Benar, masih ada kelemahan dan kekurangan dalam pelantikan barisan kabinet ini; tapi tidak perlulah hal itu sehingga kita mengabaikan bahagian yang baik dan positif. Jangan sampai kutu di seberang laut nampak, tetapi gajah di depan mata tidak.

Sekarang ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan bagaimana prestasi barisan kepemimpinan baru negara kita ini. Dalam masa yang sama, marilah kita memberikan sokongan, bantuan, teguran dan kritikan yang membina, bukan semata-mata mencerca dan menghina kerana tanggungjawab membina negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah Subhanahu wa ta’ala akan terus mengurniakan hidayah dan melimpahkan Rahmat-Nya ke atas para pemimpin negara ini.



Senarai Penuh Anggota Kabinet Kerajaan Malaysia 2009

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
(Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
(Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
(Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
(Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan
1. Datuk Dr Wee Ka Siong2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S Subramaniam

TimbalanDatuk
Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan
Datuk M Saravanan

Rabu, 8 April 2009

TAHNIAH :: Pakatan Rakyat


PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.


Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.



Calon BN Malcolm Mussem Lamoh mendapat sebanyak 3,907 undi telah mengalahkan calon PKR Jawah Gerang yang mendapat undi sebanyak 1,854. Majoriti BN menang dengan 2,053 undi. Peningkatan undi majoriti adalah sebanyak 1247 undi



:: Mana pergi kata-kata yang puak-puak BN taburkan? kononnya Pakatan Rakyat takkan diterima rakyat lagi. Siapa kata?? Sekarang terbukti Pakatan Rakyat adalah pilihan utama rakyat daripada Umno.

:: Sangat kelakarlah.. sedari malam hari mengundi, saat-saat ana ingin sangat mengetahui keputusan yang sebenar ini. Media arus perdana depa (Umno) macam tak sanggup nak menyampaikan yang BN kalah di 2 Bukit. Namun lagi sangat kelakar, asyik-asyik TV saluran Umno tu hebahkan kemenangan Umno yang di Batang Ai. Alahaii, menang 1 tempat, kecoh bagai nak rak. Sangat lucu. Itu setakat Dun, banyak kali pula diulang-ulang.

:: Sebelum tu pula adalah lagu di siaran TV arus perdana yang bukan main rancaknya. Tapi kesudahannya, setelah diumumkan kemenangan milik Pakatan Rakyat, terus hilang membisu.

:: Sehingga pagi tadi TV arus Umno itu, bagai kelu tak terkata. Maklumlah tak dapat nak 'hebahkan hadiah kepada PM baru 2 Bukit itu'

:: Kesimpulan dari semua itu, ana doakan moga kalian semua yang Umno dan puak-puak BN yang tak dapat terima hakikat kemenangan Pakatan Rakyat ini, kembalilah ke pangkal jalan sebab ana kata macam ni, sedarlah RAKYAT TAK MENERIMA RESTU KAMU.


:: Selamat bermuhasabah kepada Sahabat-sahabat Pakatan Rakyat. Gunakan terus kekutan yang telah Allah kurniakan iaitu DOA. Jangan bongkak, ego apalagi sombong macam apa yang telah kita saksikan oleh puak-puak BN Umno itu.

:: Selamat Berjuang Sahabat-sahabat, Jangan Takut Jangan Gentar, Hadapinya dengan Sabar.

:: TAKBIR!!! Allahu Akbar.


Selasa, 7 April 2009

Dia Pengkhianat!!


"Katakanlah kepada orang-orang Badwi yang tertinggal: "Kamu akan diajak untuk (memerangi) kaum yang mempunyai kekuatan yang besar, kamu akan memerangi mereka atau mereka menyerah (masuk Islam). Maka jika kamu patuhi (ajakan itu) niscaya Allah akan memberikan kepadamu pahala yang baik dan jika kamu berpaling sebagaimana kamu telah berpaling sebelumnya, niscaya Dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih."
Quran Surat, Al Fath ayat 16

Ana nak ketengahkan pasal orang ini. ana ada sahabat yang waktu awal-awal dulu tertarik pada politik gara-gara lelaki ini. Bukan terpikat apa. Tetapi kagum akan perjuangannya masa zaman reformasi dulu. Tapi dia ni kini pengkhianat pada perjuangannya. Pengkhianat pada segalanya.

Sangat ana terkejut juga dengan tindakannya yang keluar parti dan masuk puak-puak yang pernah dia kata yang bukan-bukan tu (UMNO).
Sehingga kini ana sangat naik muak dengan dia ni. "Ya Allah, Engkau berilah petunjuk kepada mereka yang berpaling."

"kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri."

Al Mudatsir, 23
Suka dia buat cerita yang bukan-bukan pula pada seseorang yang sebelum ini yang dia perjuangkan...

Di manakah letaknya maruah dia! Yang pasti di pandangan mata kami muslimat, dia hanyalah makhluk perosak.

Perjuangan Hari Ini :: UNDI Pakatan Rakyat

Mengundilah kerana Allah ta`ala.
Perjuangkan yang hak, ketepikan calon yang hanya pura-pura dan mengumpan sahaja. Undilah Pakatan Rakyat.



Sengit pertaruhan kali ini. Apa yang ana harap dan doakan semoga 2 Bukit dan 1 Batang ini adalah milik Pakatan Rakyat.

Yang benar pasti tertegak, yakinlah itu. Suka ana memetik kata dari satu blog yang suka mengatakan DOA adalah senjata dan kekuatan bagi orang Mukmin. Apa kata kita gunakan senjata yang utama ini. Setelah penat dan lelah dengan usaha, kita terus perkuatkan dengan DOA, insya`allah. TAKBIR!!!


.ALLAHU AKBAR.

Jumaat, 3 April 2009

Puisi Biasa Untuk PM Malaysia


Rasmi dah PM Malaysia itu Najib.

Apa kita rasa ya?
Apa yang beliau rasa ya?

Mendabik dadakah dia?
atau takutkah dia dengan ancaman Allah
terhadap pemimpin yang tidak adil?

Aku tak fikir apa-apa
selain rasa dia tidaklah layak
dan aku juga sedar
tiada siapa yang dapat layak lagi
kecuali dialah

Tika berundurnya Pak Lah
apa yang dia rasa?
sedangkan rakyat jelata tidak selesa
bolehkah dia memimpin Malaysia?
sedangkan telah banyak ceritanya
yang tidak sedap diterima
apakah dia layak?

Bukan aku kata ikut suka aku
tetapi mampukah dia
hapuskan ISA?
sanggupkah dia!
bahagiakan rakyat dengan seadilnya?
berlapar kerana kemiskinan jelata?
memberikan disaat rakyat tidak perlu meminta?

Walau aku hanya rakyat biasa
kan terus kusampaikan hak yang sepatutnya
agar dia tidak terus menindas
agar tidak terus dia terkadas
dengan perbuatan dirinya sendiri

Adililah dirimu sendiri sebelum diadili oleh Maha Pencipta.. Wahai PM baru Malaysia...

aku nasihati untuk diriku jua
juga untuk semua
hayatilah