TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Jumaat, 15 Februari 2008

Apabila Forum Perdana Ehwal Islam diPOLITIKKAN...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

salam perjuangan buat pejuang-pejuang Agama ALLAH sekalian. kali ini ana nak bawakan satu kisah yang pada awalnya adalah benar, namun lama kelamaan kepalsuan yang ditampakkan mereka. sedar atu tidak kalian fikirkanlah kebenarannya. pada yang menonton malam itu, mungkin mengerti apa yangn ana maksudkan. insya`allah. selamat membaca dan mengertikan maknanya...

Sesiapa yang menonton Forum Perdana Ehwal Islam semalam (Khamis 14 Februari 2008) mereka tentu menyedari tentang apa yang ana perkatakan ini. Tak usahlah ana sebutkan nama ahli panelnya, sekadar nak mendedahkan apa yang mereka bicarakan. Tanggungjawabkanlah kalian atas apa yang diperkatakan itu!

Topik yang dibualkan pada awalnya ok, lama kelamaan menjadi teruk! Tajuknya KOTA APA YANG DIKATA. Dan pada hemat ana, ahli panel tu yang 3 orang jumlahnya itu hanya nak mengampu. Ya. Ana berani katakan begitu sebab ada Ketua Menteri Melaka menjadi audiennya. Bicaralah dia pasal Sungai Melaka, pasal Pembangunan Negeri Melaka, dan tambahnya lagi itulah kata yang telah Ketua Menteri Melaka kotakan. Apa tak mengampu namanya?

Yang melucukan ana mahupun keluarga tika menonton rancangan FPEI itu, pengerusinya bersikap tidak adil apabila pemanggil membuat kenyataan berdasarkan Hadis sahih. Lagi melawakkan, setiap ahli panel forum itu tidak menjawab kenyataan yang sahih yang diketengahkan pemanggil. Apa dah kena batang hidung sendiri, takut nak mengakui? Saksikanlah di Akhirat kelak wahai ahli panel sekalian ( ahli panel malam itu )

Adalah seorang ahli panel ni pulak menghina perancangan Pihak Parti PAS, katanya tentang Negara Kebajikan. Apa kurang diajarkah dia? Ermm..begitulah rasanya. Dia perkatakan Pihak PAS (dalam Forum tu dia kata pembangkang) nak buat Negara Kebajikan, nak suruh rakyat menadah sahaja. Wahai kamu yang mengata begitu, tidakkah kamu mengertikan maksud kebajikan? Negara kebajikan telah dilaksanakan dari zaman Rasulullah lagi dan zaman sebelumnya. Kenapa ana mengatakan begini, kerana kesimpulan ringkasnya, tiada perbezaan antara Rakyat dengan Pemimpin. Lihat contoh yang ulung, tika zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau turun ke segenap daerah, semata mencari kesusahan rakyat untuk mengagihkan hak mereka dari sumber Baitul Mal. Tapi kini ada ke macam tu? Berani ke Kerajaan BN turu ke rakyat sorang-sorang?! Ana yakin mereka tak berani. Buktinya, mereka pergi sana sini ada body guard. Nak pergi jelajah rakyat minta pula ada sambutan dari rakyat. Buat majlis besar-besaran serta segala yang tak dapat diungkapkan yang ianya adalah pembaziran belaka.

Wahai ahli panel yang memutar belitkan kata, saksikanlah di Akhirat kelak. Berapa juta rakyat jelata kalian tipu, kerana nak membela kepalsuan, kalian sanggup belakangkan kenyataan. Sedarlah kalian bukan ana seorang yang kalian bohong. Tetapi berjuta orang!

Selain itu yang membuatkan ana nak tergelak, adalah seorang ahli panel malam tu mengatakan Mengapa orang suka menilai pemimpin yang di atas? Tak menilai diri meraka. Wahai ahli panel yang menyatakan begitu, kamu tak tahukah bahawa Pemimpin itu adalah banyak anaknya. Maka anaknya akan memerhati dan menjadi saksi akan gerak gerinya. Sebab itulah rakyat suka menilai pemimpin itu. Tak kiralah pemimpin Negara ke, pemimpin jabatan ke mahupun sesuatu yang digelar pemimpin.

Insya`allah, ana juga PARA PEJUANG PARTI ISLAM SEMALAYSIA, senantiasa mendoakan agar perjaunagn kita diredhai dan diberkati ALLAH. Dan dengan itu, ana juga meyakini, sekalian rakyat jelata sudah bijak menilai yang mana baik dan sebaliknya. Selain itu, ana nasihatkan diri juga sahabat-sahabat seperjuangan, jangan takut jangan gentar, hadapilah dengan tenang dan sabar. ALLAH bersama kita senantiasa. Teruskan usaha, kalah menang bukan ukuran, nilaikan usaha dengan Ikhlas semata mencari Redha ALLAH. insya`allah kita terima kenikmatan di Akhirat kelak.

Wahai pihak kerajaan sekarang. Hinalah sepuas hatimu, tebarlah fitnah sini sana sesukamu. Kita sama saksikan Janji ALLAH yang telah termaktub dalam Al Quran. Kerana Janji ALLAH itulah yang BENAR dan PASTI AKAN DIKOTAKAN.


SALAM PERJUANGAN BUAT ANSORULLAH SEKALIAN..
JANGAN TAKUT JANGAN GENTAR, HADAPILAH DENGAN SABAR.

SMNS 2008
8 SAFAR 1429H

Sabtu, 9 Februari 2008

WARKAH QURAN buat PEJUANG KEBENARAN

1. orang-orang Yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan Segala amal mereka.

2. dan (sebaliknya) orang-orang Yang beriman dan mengerjakan amal Yang soleh serta beriman kepada Al-Quran Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - Yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di Akhirat).

3. berlakunya Yang demikian, kerana Sesungguhnya orang-orang Yang kafir menurut perkara Yang salah, dan Sesungguhnya orang-orang Yang beriman menurut perkara Yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.

4. Dengan Yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka Dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana Yang hidup) dan ikatlah mereka Dengan kukuhnya. setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu Dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka Dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir Yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab Yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan Yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). dan orang-orang Yang telah berjuang serta gugur Syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.

5. Allah akan memimpin mereka Yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)

6. serta memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.

7. Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (Agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

8. dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.

9. berlakunya Yang demikian, kerana Sesungguhnya mereka tidak menyukai apa Yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran Tauhid dan hukum-hukum Syarak Yang diterangkan di Dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.

10. maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan Bagaimana akibat orang-orang kafir Yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk Yang seperti itu.

11. balasan yang demikian, kerana Sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman, dan Sesungguhnya orang-orang yang kafir: tiada sesiapa pun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.

12. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke Dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

13. dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri Yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (Wahai Muhammad) Yang telah memaksamu keluar (berhijrah) - Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun Yang dapat membela mereka.

14. Dengan Yang demikian, Adakah orang orang (yang beriman dan taat) Yang keadaannya sentiasa berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) Yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan Yang telah menurut hawa nafsunya? (sudah tentu tidak sama)!

15. Sifat Syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air Yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu Yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak Yang lazat bagi orang-orang Yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu Yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (adakah orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam syurga Yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang Yang tinggal kekal di Dalam neraka dan diberi minum dari air Yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)!

16. dan di antara mereka (yang hadir di majlismu Wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) Yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisiMu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang Yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu Yang setia): "Apa Yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang Yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang Yang menurut hawa nafsunya.

17. dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.

18. (kiranya golongan Yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan Yang diberi kepadaNya) maka tidak ada lagi Yang mereka tunggu melainkan saat kiamat Yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana Sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. kalaulah demikian, maka Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan Yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?

19. oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat).

20. dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang Yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, Yang memerintahkan Kami berjuang)?" maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) Yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum Yang mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu Engkau akan melihat orang-orang Yang ada penyakit (kufur) Dalam hatinya memandang kepadamu Dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; Dengan Yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.

21. (Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan Yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan jihad) itu ditetapkan wajibnya, (Mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah Yang demikian itu amat baik bagi mereka.

22. (kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang Kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim Dengan kaum kerabat?

23. (orang-orang Yang melakukan perkara Yang tersebut) merekalah Yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya

24. (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

25. Sesungguhnya orang-orang Yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadaNya), Syaitanlah Yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.

26. berlakunya Yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang Yang tidak menyukai perkara Yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung Dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui Segala (perkataan dan perbuatan) Yang mereka sembunyikan.

27. (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka Bagaimanakah (Mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?

28. (kematian mereka Dalam keadaan Yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara Yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara Yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, Yang pernah mereka lakukan).

29. Patutkah orang-orang (munafik) Yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) Dalam hatinya: menyangka Bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?

30. dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (Wahai Muhammad), lalu Engkau tetap mengenalinya Dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan Demi sesungguhnya, Engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui Segala Yang kamu lakukan.

31. dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang Yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang Yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

32. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.

33. Wahai orang-orang Yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

34. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, kemudian mereka mati Dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.

35. (apabila kamu telah mengetahui Bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (Wahai orang-orang Yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh Yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.

36. (ingatlah) Bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang Yang lebih baik daripadanya).

37. (Tabiat kamu Wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.

38. (ingatlah), kamu ini adalah orang-orang Yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu Yang berlaku bakhil, padahal sesiapa Yang berlaku bakhil maka Sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadanya Dalam Segala hal). dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

SURAH MUHAMMAD, AYAT 1 HINGGA 38

Subhanallah, dalam Surah ini pelbagai janji ALLAH untuk hambaNYA yang Beriman yang Berjuang mempertahankan AgamaNYA. Betapa ramai antara kita yang berjuang ini, yang mengetahui dan mendalami Surah ini? Moga ramai dari tidaknya.

Ana ketengahkan mengenai Surah ini, kerana bagi ana Surah Muhammad ini cukup simbolik saat-saat ini. Inilah waktu perjuangan kita, perjuangan semua dan sekalian Yang Beriman, insya`allah. Mengapa ana katakan demikian? Kerana semua Orang Yang Beriman itu pasti akan diuji. Dan persoalannya, sediakah kita menerima ujian yang diberi ALLAH Subhanahu Wata`ala? Sebelum apa pun, dalami dan mengertilah tafsiran Surah ini, insya`allah kita tentu akan bersedia menghadapi segala yang mendatang. Bersedialah dari sekarang hingga akhir hayat ini, peliharalah iman yang sebenarnya bukan hanya di saat genting seperti ini sahaja.

Ana nasihatkan diri juga sahabat-sahabat yang memperjuangkan kebenaran dan menegakkan Agama ALLAH, ertikan segala yang ini. Moga kita sentiasa bersedia menghadapi segala yang mendatangi walau ada pahitnya... ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR...

INGATLAH JANJI ALLAH ITU PASTI!
Jangan gusar
jangan gentar
Pertahankan keyakinan
jagalah iman
teruskan lagkah
mencari redha ALLAH
berjuanglah
berjuanglah
berjuanglah
kerana ALLAH
insya`allah
mendapat barokah

salam JIHAD FI SABILILLAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


SMNS 2008
1 SAFAR 1429HIJRAH

“Perjuangan yang berpanjangan semata mencari keredhaan”

Rabu, 6 Februari 2008

keSETIAan dalam PERJUANGAN

( orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik ) Dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung Yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum Yang tidak memahami (perkara Yang sebenarnya Yang memberi kebaikan kepada mereka).

AL HASYR, AYAT 14

Apa yang ingin ana sampaikan buat semua pejuang-pejuang Agama ALLAH, yakinlah ALLAH senantiasa bersama kita. Niatkan sesuatu keranaNYA. Jangan berpaling sedikit pun dari melaksanakan segala tuntutan juga suruhanNYA. Selain itu, ISTIQOMAH (setialah) dalam Saf Kebenaran.

Walau apa pun yang akan dan bakal terjadi, hadapilah dengan sabar dan tenang. Jangan kerana ujuan yang mendatang, kita lupa kesetiaan kita terhadap Perjuangan yang ditanamkan pada diri juga yang senantiasa dilaungkan.

Pilihan raya dekatnya dirasa. Segalanya, doakanlah keamanan, andai sebaliknya terjadi jangan diikutkan hati, dan merasa bangga dengan apa yang ditakluki atau dimiliki. Laksanakan segala dengan usaha yang gigih dan iltizam, insya`allah kejayaan milik kita. Asal sahaja kita tidak melanggar batasan kehendak Agama.

Selain itu, ana ingin nasihati diri ana juga sahabat-sahabat perjuangan, peganglah Ayat ALLAH yang di atas ini. Kerana berhati-hati itu perlu, kerana pelbagai boleh berlaku di saat genting seperti ini. Peringatan ALLAH ini jadikanlah perisai buat diri juga saf. Jangan ada lompangnya.

Tamsilankan pada reliti kini, segala kemungkinan boleh terjadi. Namun wajarnya senantiasalah doakan kebaikan untuk Bumi Malaysia ini dan seluruh dunia yang ada Ummat Islam sebagai penghuninya.

Salam ta`zim, salam istiqomah, salam perjuangan dari ana.






“JANGAN TAKUT JANGAN GENTAR, HADAPILAH DENGAN SABAR”

SMNS 2008
28 MUHARRAM 1429H

Ahad, 3 Februari 2008

Buat kedua dua PIHAK

“dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.”

“sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

AL HUJURAT, AYAT 9 & 10

Lihatlah situasi politik Tanah Air kini. Dah makin menjadi-jadi. Apa yang diharapkan Pihak yang membawa kebenaran Agama, fahamilah tentang akan hal ini. Dan pihak yang hanya menyatakan membawa agama, sedarlah agama bukan untuk dipermainkan. Akan tetapi tidaklah wajar bagi sebuah negara Islam, yang pemimpinnya hentamannya terhadap Yang Memperjuangkan Agama dan kebenaran, semakin keterlaluan.
Ingatlah kembali Janji ALLAH yang sangat banyak dalam Al Quran. Lihat juga tentang Suruhan dan LaranganNYA. Jangan anggap Kitab ALLAH itu sebagai coretan biasa. Tetapi hargailah dengan membaca dan memahami isinya.

Untuk mencapai negara Islam yang sebenar, pihak pemimpin teratas wajar melaksanakan hukum-hukum ALLAh. bukan mengetepikan. Bukan pula memberi alasan bahawa negara ini berbilang bangsa dan agama. Mampukah jawapan sedemikian diberikan di hadapan ALLAH kelak? Jangan kerana ada bangsa lain, ada agama lain, kita terhalang melaksanakan hukum Islam. Mengapa corak hukuman British boleh pula dilaksanakan. Sedangkan negara ni bukan negara British lagi?!

Ana harap, dan ana rasa bukan ana sahaja yang mengharap, laksanakanlah hukum Agama yang sebenar. Bukan sebahagian atau suku dari itu. Laksanakan keseluruhannya, kita pasti dapat lihat satu perubahan besar terhadap kegemilangan negara. Dan jangan haraplah kalau nak diishtiharkan sebagai sebuah Negara Islam, tetapi Dasar keseluruhan Islam tak dilaksanakan. Bukan hanya mengejar pembangunan, ekonomi mahupun kebanggaan. Tetapi laksanakanlah perkara utama iaitu Dasar Islam yang sebenarnya.

Jangan apabila pertumpahan darah berlaku, baru saat itu akan terngadah semuanya akan menunding jari, dan menuduh antara satu sama lain. Waktu itu pihak mana yang harus kita berpihak Jangan begitu wahai saudara seAGAMA se AQIDAH ku..

Kita lakukan perubahan sebelum perkara yang tak diingini terjadi. Mak sebelum itu, kembalikan negara ini kepada Dasar Islam yang sebenarnya. Agama bukan tika di Masjid atau di Ceramah Agama sahaja. Tetapi, bawalah Agama kita ini ke mana-mana. Jangan sekali tinggalkan, insya`allah kitalah yang ALLAH redha.

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

ALI IMRAN AYAT 200

Sabarlah mendepani musuh-musuh ALLAH sebgaimana yang ALLAH jaminkan buat hambaNYA yang Beriman melalui ayat ini. Jangan berpaling sedikit pun dari Dasar yang ALLAH nyatakan. Moga kita mampu memperjuangkan Agama kita hingga akhir hayat kita. Insya`allah.

Kepada Yang Berjuang, teruskan perjuangan kita menegakkan Agama tercinta.
jangan takut jangan gentar, bersamalah perjuangankan Agama ALLAH ini.
kepada yang masih leka, sentaklah!
agar kau sedar bahawa hidup ini tidak lama
dan tidak juga seketika masanya
amat panjang dan memakan usia
bersamalah seiringan menuju RedhaNYA
ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan
atas segala perbuatan
sedarlah setiap ketika
agar kita tidak hanyut dengan buaian dunia
yang hanya menipu semata.


Salam jihad fi sabilillah...
SMNS 2008
25 MUHARRAM 1429H

Sabtu, 2 Februari 2008

Nabi Ibrahim sebagai Pemimpin.. Contohilah!

“dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri Yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, Iaitu orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa Yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

surah Al-Baqorah, ayat 126



Wahai pemimpin sekalian
amalkanlah doa yang diajarkan
segalanya ada dalam Al Quran
untuk kemakmuran Negara juga sejagat
pergunakanlah agar membawa berkat
sekalian insan menjadi sepakat

Doa Nabi Ibrahim sebagai perisai
membangun negara makmur sejahtera
laksakanlah wahai pemimpin yang sejati
agar segala bersama redhaNYA
Doa pemimpin ditunggu sentiasa
keadilan, keamanan diidam sejagat
sampai bila ingin bersengketa
musuh banyak semakin dekat

Pemimpin yang adil pejuang Agama
inilah dia sentiasa dihormati
mana pergi sentiasa membela
tiada gentar, tiada disakiti

Tugas utama memimpin negara
tuntutan wajib tetap dilaksana
kemana langkah sentiasa diredhai
rakyat menanti pemimpin yang begini

Wahai sekalian rakyat jelata
gunakan akal yang dianugerah PENCIPTA
pilihlah pemimpin yang takutkan MAHA ESA
jangan hanya pandang rupa dan harta
segala itu tidak bermakna
yang penting jiwanya pada Agama
ke mana pergi sentiasa bersama
Agama ALLAH tetap beserta
solat lima waktu dijaganya
permasalahan rakyat diserta juga
dekat bersama di hati semua
itulah dia pemimpin yang dinanti kita

Insya`allah, moga ALLAH tunjukkan kebenaran yang sebenarnya, buat kita, buat semua dan sekaliannya. Perjuangan mesti diteruskan! Walau siapa pun mereka, jangan takut jangan gentar hadapi dengan sabar dalam menegakkan Agama ALLAH. Amal ma`ruf nahi mungkar.

Moga sekalian kita rasionalkan fikiran dalam memilih pemimpin untuk mentadbir negara.membangun sebenar benar Negara Islam, dengan Ilmu agamanya yang berpandukan tuntutan ALLAH. Bukan kerana mereka seorang yang berkelulusan tinggi, tapi pilihlah yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia, corak diri seperti Nabi berpandukan Al-Quran dan senantiasa membawa Agama ALLAH ke mana-mana. Bukan hanya tika di Masjid atau di tempat pengajian Agama. Tapi ke mana-mana sahaja memegang hukum ALLAH. Moga kita mampu memiliki pemimpin yang sebegini.

Salam perjuangan buat semuanya.
teruskan langkah menegak kabenaran,
selagi hayat dikandung bumi,
takutkan ALLAH adalah utama,
jangan dipersiakan usia yang dianugerahkan,
agar senantiasa mendapat keredhaan Illahi.

Salam jihad fi sabilillah...



“SIMPATI, EMPATI, MEMPERJUANGKAN HAK ASASI”
-YANG DIREDHAI ILLAHI-

SMNS 2008
24 MUHARRAM 1429H
PEJUANG ASASI SEJAGAT

Jumaat, 1 Februari 2008

Kemaksiatan Yang Nyata


Semoga kalian sihat dan senantiasa dirahmati ALLAH. Yang setia, tawadu` dan istiqomah dalam setiap perjalanan dakwah dan perjuangan menegakkan Agama Allah, moga kalian sentiasa diperoleh keberkatan dan keredhaanNYA.

Di sini, ana ingin ketengahkan mengenai kemaksiatan yang jelas dan nyata yang realiti di depan mata. Tidak dapat tidak ingin ana persoalkan, ke mana perginya para ulama yang duduk di kerusi empuk lagi mewah yang berkhidmat di jabatan kerajaan. Mana suara mereka yang rakyat dan masyarakat harapkan membela Agama juga memperluaskan empayar dakwah di seantero jelajah negara ini

Lihatlah pelbagai permasalahan banyak timbul dan berleluasa tika ini. Peliknya, pihak pendakwah yang berkhidmat di jabatan kerajaan diam membisu. Mana perginya Penasihat Agama dalam kerajaan? Mana Ulama-ulama yang di Jabatan Agama?

Sewajarnya, kalian yang diberi mandat itu bertindaklah. Jangan biarkan kemaksiatan terus bermaharajalela. Jelas lagi nyata, kita dibentangkan dengan ceritera-ceritera di televisyen dengan tayangan yang tidak bermoral. Apa pandangan pihak yang berkenaan. Seolah-olah drama mahupun filem yang ditayangkan semua pelakonnya tidak beragama. Pakaian yang menjolok mata, apalagi lakonan yang dilakukan bukan suami isteri. Lihat sahajalah akan hal ini, ini adalah kemaksiatan yang nyata. Apakah pernah difikirkan?

Selain itu, semacam pihak yang bertanggungjawab membuta mata tidak memantau pengeluaran akhbar mahupun majalah. Yang di dalamnya kebanyakkan terdapat gambar-gambar porno dan menjolok mata. Mana letaknya tanggungjawab mereka yang bertanggungjawab itu?

Ini semua adalah faktor yang menyebabkan berlakunya kehancuran moral apalagi membuatkan imej sebuah ‘Negara Islam’ tercemar. Amat dan sungguh menyedihkan ana tika melewati kedai-kedai akhbar dan majalah. Malu untuk disinggahi. Kerana di kiri kanan terdapat pelbagai majalah yang cover depannya diletakkan gambar wanita sebagai ‘pencacat’ pandangan mata. Segalanya yang merosakkan pandangan mata. Na`uzubillah...

Dengan ini, pihak kerajaan haruslah menjalankan tanggungjawabnya. Jangan dah jatuh baru nak tengadah. Dari apa yang kita lihat, kerajaan hadari ini tidak cekap membuat tindakan terhadap mendepani isu-isu yang diketengahkan. Maka amatlah malang bagi Negara Malaysia mempertahankan pemimpin hadari ini.

Wajibnya adalah memperjuangkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa ini. Kalian yang di atas, sewajarnya cekap bertindak, bukan menanti laporan baru nak mulakan siasatan. Bukalah mata di setiap ketika, jangan leka kerana kalian di kawasan selesa. Jangan kerana itu kalian lupa pada tanggungjawab utama terhadap Agama ALLAH ini!

Contohilah Kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, hebatnya beliau dalam membangunkan negaranya dengan ciri-ciri Islam dan berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Selain itu, contoh di zaman kini ambillah pengajaran dengan Pemerintahan Negara Brunei Darussalam. Sultan yang berjiwa rakyat, yang pentingkan keagamaan. Inilah negara yang memang layak digelar Negara Islam. Amat jauh bezanya dengan Negara Malaysia ini.lihatlah sendiri kenyataannya.

Bukan permasalahan dan alasan Brunei sebuah negara yang kecil, walhal setiap perlaksanaan adalah berdasarkan pemimpin sesebuah negara itu. Bukan beza kecil atau besarnya. Yang penting pemimpin itu mahu dan inginkan negara itu menjadi sebuah Negara Islam dan bukan setakat cakap sahaja dan berbangga dengan pengiktirafan negara luar terhadap negara ini. Sebagaimana contoh yang ana bawakan tadi.

Apa gunanya pengiktirafan negara luar, sedangkan Warga Malaysia sendiri, amat tahu akan hakikat sebenar akan negara yang didudukinya. Maka amatlah malang kalau pihak pimpinan hadari mengutamakan pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam dari pihak luar, sedangkan realitinya amat jauh sekali.

Janganlah dipandang remeh soal maksiat yang berleluasa kini. Tetapi tindakan utama yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menamatkan pengeluaran majalah mahupun akhbar yang menyiarkan gambar yang tidak elok dan lagi porno itu.

Selain itu pihak kerajaan perlu memantau tayangan filem yang banyak berunsur lucah dari kebaikan di setiap stesyen televisyen yang ada. Telah banyak dapat dilihat, tiap-tiap lakonan drama mahupun filem itu ada unsur penghinaan pada Agama kita, Agama Islam. Sedarkah pihak-pihak yang berwajib itu? Ana cukup menyedarinya. Sebagai contoh nyata ana bawakan. Apabila tika berlakon, pelakon ini cukup cantik dan manis, menggayakan watak seorang yang alim iaitu sebagai muslimah. Namun realitinya pelakon ini hanya begitu ketika berlakon sahaja. Ini adalah kenyataan yang tidak dapat di elakkan. Lihatlah berapa ramai pelakon yang menggayakan perwatakan muslimah ketika berlakon drama mahupun filem tetapi tika di alam asalnya, mereka tetap sedemikian? Ana berani kata zero dan sifar. Tiada yang dapat kita jadikan contoh terbaik.

Mana perginya?! Mana perginya Ulama`?! kalian duduk di tempat selesa lupa tanggunggjawab pada agama yang amat dan terpikul. Menagapa kalian jadi demikian? Kerana jawatan yang selesa, kerana harta yang melingkari atau kerana takutkan pimpinan hadari yang banyak menyeleweng dari Dasar-dasar Agama ALLAH Subhanahu Wata`ala ini?? Jawablah wahai Pemimpin-Pemimpin Islam hadari sekalian! Sebelum kalian berhadapan dengan persoalan-persoalan Tuhan Sekalian Alam nanti...

Di sini, ana bagi pihak Muslimah Pejuang Asasi Sejagat, Jaringan Nasional Belia Mapan, serta sekalian yang perjuangkan Agama ALLAH, marilah kita tegakkan yang hak, Amal Ma`aruf Nahi Mungkar. Jangan lihat sahaja. Dan janganlah semata mengharap memperoleh selemah-lemah iman ( kerana doa dalam hati sahaja ) tetapi berazam dan bersungguhlah kita memperolehi iman yang kuat. Pedulikan sekeliling kita kini. Walaupun kubur masing-masing, namun di akhirat sana kita juga akan dipertanggungjawabkan atas setiap sesuatu. Mana nasihat menasihati kita buat insan yang berbuat kemaksiatan ini? Mana cegahan kita? Bukan mudah nak peroleh Jannah ALLAH andai tanggungjawab ini kita abaikan.

Justeru, ana menyeru pada diri ana, pada kalian yang barjawatan di sana, pada sekalian yang membaca ini, perjuangakanlah Agama ALLAH hingga hembusan yang terakhir. Bertindaklah! Perangilah musuh-musuh ALLAH, jangan takut jangan gentar, hadapilah dengan sabar. Sesungguhnya Allah bersama hambanya yang sabar.

Akhir kata, untuk pemimpin hadari, janganlah kalian berterusan begini, sedarlah akan amaran ILLAHI, jangan buat sesuka hati. Pada pejuang-pejuang Agama ALLAH, teruskan langkah JIHAD, mempertahankan Agama tercinta ini.

Salam jihad fi sabilillah.

“SIMPATI, EMPATI, MEMPERJUANGKAN HAK ASASI”
Nasihat menasihati semata mencari keredhaan illahi


SMNS
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
20 MUHARRAM 1429H