TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Rabu, 23 Mac 2011

DNA? Apa tu?

Lama tidak mencatat sesuatu, serasa nak dicurahkan segala yang dirasa. Namun, kesuntukan waktu, membatasi diri untuk terus menghemburkan.

Satu.

Dato` T (apakah maksud T ini adalah Tipu?). Saya sangat meluat dengan cerita-cerita karut dan semakin marut ini. Apa yang nak saya katakan, “Woi pak-pak menteri, sedarlah diri kamu! Ada akal ke otak jer?!”

2.

Dengan peristiwa tsunami yang melanda Jepun, “Apakah rakyat di Malaysia tak mengambil iktibar atas peringatan Maha besar itu?! Jangan diimbau murka Allah.” Doaku, “Ya Allah, selamatkanlah diri ini dan hamba-hambaMu yang menuruti segala perintahMua, Amin Ya rabbal `Alamin.”

Tiga.

Kalau ulama terkemuka Yusuf Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa ‘diizinkan’ tembak Ghadaffi, “Saya teringin juga menjadi salah seorang yang menyahut tuntutan itu. Namun alangkah kaki ini tak tertapak di sana. Moga ada yang melaksanakan!.” Terfikir juga, sekiranya fatwa itu ditujukan buat ‘orangoranggilakuasapemfitnahbesarnegara’ di Malaysia, “Saya akan berusaha kedepan untu melaksanakan yang itu! Ya Allah, sampaikanlah.”

4

Kalau DNA itu bukan sejenis cecair, tentu dah lama permintaan ‘orangorangdungulagi bodah’ itu tertunai. Sebab bijaknya si tertuduh. “Sesungguhnya, saya menyarankan kepada DSAI, jangan berikan! Kita saksikan apa yang depa akan buat. Kalau onar baru, saya doakan tuan DSAI akan diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapinya.”

Dan Najib Altantuya (DNA) tu apa cerita? Sepi dah pula ya! Senangnya mereka-mereka yang menjadi pemimpin negara dan sekutu-sekutu BN. Dah himpun sebanyak manalah amalan kalian?!

Hang tak belajar agama Islam ka masa skolah dulu? Mana pinya Sheikh-sheikh agama di Jabatan Agama?! Tolonglah jangan jadi boneka sahaja. Tak halal apa yang hang dapat tu! Kalau nak tuduh pun, kemukakan saksi yang siddiq! Ni ntah siapa-siapalah dato Tipu la pula membuat pendedahan baru.

“Ya Allah, selamatkanlah hamba-hambaMu dari fitnah manusia, syaitan dan dajjal. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang mentaati perintah dan meninggalkan laranganMu dalam apa jua keadaan, Allahumma Amin.”

[kiranya ayat saya agak mengejutkan, sesungguhnya saya saya sangat benci dengan segala angkara yang terjadi kini. “Ya Allah, sedarkanlah mereka dengan perngatanMu.]

Khamis, 3 Mac 2011

Bagilah ini kepada mereka yang 'masih buta!'

SILA KLIK


DI SINI

DI SINI

DI SINI

DI SINI

DI SINI



Berapa ramai lagi yang masih buta dan membuta?


Jadi, tanggungjawab kita mecelikkan mereka


Walau dengan satu ayat


Moga hati mereka mendekat



Jangan di ingat esok masih ada


Andai hari ini perginya kita


Siapa yang layak disalahkan


Sedangkan ayat 'Adakah kamu berfikir' sering diulangkan

Kau fikir lamakah hidup yang diberiNya?
Amatlah kau tertipu jika demikian
Sesaat dijemputNya

Rabu, 2 Mac 2011

Revolusi Pasti Terjadi

Kebangkitan rakyat terus bergema di sana sini. Tidak ketinggalan di negara kita. Kekuatan yang ada, diperguna sebaiknya bagi mereka menggemburkan suasana menuntut sesuatu keinginan terutamanya dari pemerintahan yang menindas, pemerintah yang menakluki kuasa besar.

Beberapa hari ini, keadaan sangat meruncing di Tanah Arab. Bermulanya Tunisia dan Mesir, di mana rakyat-rakyatnya inginkan revolusi dari pemerintahnya dan kini, Libya mengikut jejak nagara jirannya itu setelah Syiria dan beberapa negara lainnya.

Sasaran yang logik dan realistik digunakan rakyat untuk menggulingkan presidennya sebagimana Tunisia dan Mesir. Namun kerakusan kuasa itu, membuatkan mereka ‘tidak bersedia’ berundur walaupun rakyat sudah lagi tidak menginginkan mereka dan menggesa berundur.

Mungkinkah angin semilir Tunisia, Mesir dan khususnya Negara Arab yang memuncak kini akan berlegar di Asia, utamanya Malaysia?

Segalanya tidak mustahil sebagaimana tidak ada siapa pun yang meramalkan pemimpin negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang.

Boleh sahaja ianya terjadi atau ianya tidak akan terjadi. Segala itu adalah berbalik kepada pemerintahan. Jangka masa pemerintahan dan kewibawaan pemimpin itu tentunya ‘dimata-matai’ rakyat. Namun kiranya tidak dikisahkan, sebagai contoh apa yang telah terjadi itu, tempiasnya akan terkena hingga ke mana pun.

‘Revolusi’

Wujud sebilangan persekitaran kita yang agak takut atau mungkin gerun dengan perkataan ini. Mungkinkah perkataan ini pedas atau memutuskan urat leher mereka, tidaklah tahu.

Menurut Kamus Dewan, revolusi bermaksud perubahan. Tenang sahaja bunyinya jika di sebut demikian. Seperti gah bunyinya pabila disebut sebaliknya itu. Ianya biasa diguna untuk sesuatu mengenai pemerintahan.

Sungguh mengenai satu perkataan keramat itu, ianya mampu menumbang atau mempertahankan sesuatu pemerintahan sesebuah kerajaan. Tidak dapat tidak ianya tidak mampu dihalang sesiapa. Kekuatan membuak revolusi itu yang akan menentukan.

Mungkin sahaja percikan revolusi itu makin menghampiri. Siapa tahu, bersedialah.