TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Jumaat, 24 Disember 2010

IMeGa

PAROI – Inisiatif yang di ambil setiap tahun, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (YAM, NS) & Surau Taman Alamanda patut diiikuti kerana mengadakan Bengkel Info Menara Gading atau lebih dikenali ‘ImeGa’.

Program yang bertujuan memberikan panduan pemilihan kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kepada lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan, memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain, membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading.

Fasilitator IMeGa terdiri daripada Kaunselor berpengalaman dan terlatih, golongan profesional dan usahawan bagi memudahkan para peserta bertanya langsung mengenai sesuatu bidang yang diminati dan ingin diceburi mereka.

Kali ini ImeGa akan diadakan di Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 26 Disember 2010 bermula 8.30 pagi hingga 5 petang

Dalam pada itu, program yang menyasarkan 100 penyertaan ini dilihat mampu memberikan panduan kepada para remaja bagi menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR), ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus kepada bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka sebelum itu.

Kepada yang berminat untuk pendaftaran sila hubungi En Sufian 013-3589328 atau Pn Norwani 013-3851202