TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Selasa, 15 April 2008

'Bimbang Azreen tak kenal saya'.. begitulah luah seorang bapa..

SEPANG - "Saya tidak marah dia, sebaliknya ingin tanya adakah dia masih kenal saya dan pujuk untuk pulang ke pangkuan kami.''

Itu harapan Che Ishak Che Kob, 47, ketika ditanya reaksi pertamanya apabila dijangka berjumpa semula dengan anaknya, Che Siti Nor Azreen, 12, yang terpisah sejak tahun lepas di Lombok Timur, Indonesia hari ini.

"Cuma, perkara yang paling saya takut adalah sekiranya dia (Azreen) tidak mengenali saya," katanya ketika ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Che Ishak berlepas ke Jakarta, Indonesia bersama wakil sukarelawan Migrant CARE, Alex Ong dan aktivis sosial, Zulkefly Mohamad Omar dan Mohamad Taufek Abd. Ghani.

Rombongan yang menaiki penerbangan pukul 2.30 petang semalam dijangka menemui wakil kedutaan di Jakarta sebelum dijangka tiba di Lombok kira-kira pukul 10.30 malam.

Semua mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 April ini.

"Sudah tentu saya tersangat gembira dan tidak sabar untuk bertemu dengannya, tapi sebenarnya saya juga rasa takut, maklumlah, kita tidak tahu keadaan sebenar di sana dan undang-undang serta adat mereka memungkinkan segala rintangan yang bakal dihadapi,'' ujar Che Ishak.

Azreen dilaporkan hilang pada Hari Raya Aidiladha lalu di Kampung Kuala Sawah, Rantau, kemudian ditemui berada di Lombok Timur dengan bantuan Migrant CARE.

Dalam pada itu, Che Ishak memberitahu, dia membawa bersama segala dokumen yang diperlukan bagi membuktikan bahawa Azreen adalah anaknya berserta dua helai pakaiannya.

Dalam pada itu, Alex ketika ditemui memberitahu, cabaran utama yang bakal dihadapi kelak adalah mengetahui apa status Azreen di sana adakah dia sudah dinikahi atau belum.

"Pelbagai perkara perlu diselidik dan dikaji sebelum sebarang tindakan diambil kerana kita memasuki negara orang yang mempunyai undang-undang dan adat tersendiri.

"Kita tidak boleh terus mengambil Azreen dan membawanya pulang ke Malaysia tanpa melalui pihak berkuasa di sana memandangkan Azreen masuk haram tanpa sebarang dokumen perjalanan," katanya.

selanjutnya di.. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Tiada ulasan: