Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu kerana pengkhianatan,
Aku bangga andai dikau syahid dari dikau hidup tanpa Keredhaan Islam,
kita mulia hanya kerana Islam... Nur IMAN
sahabatku...
bumi kita bumi payah.. peluh, air mata dan mungkin darah.. bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca, peganglah tanganku... kita beriringan sebagai pejuang, bila ku katakan padamu 'perjuangan itu pahit!' kau katakanlah padaku 'syurga itu manis..'
bersama kita teruskan perjuangan ini...
"Ya ALLAH..permudahkanlah jalan kami"
[dedikasi buat pejuang-pejuang Agama ALLAH]
2 Rabi`ul Akhir 1429H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan