Dalam pengumuman di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.
Mat Sah
dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu. Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini. Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002. Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007. Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.
"Perjuangan buat pembebasan tahanan ISA yang lain tetap diteruskan", itulah bicara seoaang aktivis GMI yang menghubungi saya tika dalam perjalanan balik tadi.
Ya, insya`allah perjuangan itu mesti diteruskan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan