TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Selasa, 24 Mac 2009

Tindakan Pengecut UMNO & BN Sebelum 3 PRK

Tak mampu nak diolah lagi oleh saya kali ini. Rakyat sendiri sudah tampak 'kedunguan' kerajaan yang memerintah kini. Takut segala informasi benar tersebar, maka diambillah tindakan menggantungkan akhabar kebenaran selama tiga bulan. Manalah tali yang depa dok gantungkan tu??


Wahai pak menteri yang sedang bersidang UMNO, jangan fikir Kebenaran akan tergendala kerana agenda yang kalian lakukan. Kami ada kekuatan kami sendiri dan kelemahan kalian telah kalian bukakan. Sangat berterima kasih saya mewakili semua yang memimpin kebenaran, sebab tak payah bersusah-susah nak provok macam-macam.


Yang pasti alternatif lain masih ada.


"Ya Allah bantulah kami agar terus istiqomah dalam Memperjuangkan AgamaMu Yang Haq ini. Berilah peringatan kepada mereka yang menzalimi kami pejuang-pejuangMu Ya Allah. Bantulah kami menghadapi musuh-musuhMu itu Ya Rabbul Jalil.."


JANGAN LAGI BERI MEREKA PELUANG UNTUK MENINDAS KITA. REALITIKAN DALAM 3 PRK YANG BAKAL BERLANGSUNG NANTI..

TAKBIR!!!

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR

Salam Perjuangan


KUALA LUMPUR. 24 Mac (Hrkh) - Penggantungan tiga bulan yang dikenakan ke atas Harakah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah semata-mata tindakan 'desperado' kerajaan Umno-BN.

Demikian tegas Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu penggantungan akhbar milik PAS itu berkuat-kuasa serta merta.

"Ini satu tindakan terdesak, 'desperado' yang memperlihatkan sekatan ke atas maklumat, menyekat kebebasan suara rakyat yang diterjemahkan melalui akhbar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penggantungan ini katanya memperlihatkan sebenarnya kerajaan Umno-BN tidak mampu untuk menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan akhbar ini yang menjadi suara rakyat.

Namun tindakan ini sebenarnya hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat yang sudah tidak percaya kepada laporan media arus perdana yang terlalu banyak manipulasi, ujarnya.

Mengulas mengenai syarat akhbar parti seperti Harakah hanya perlu melaporkan berita mengenai perkembangan parti sahaja, beliau menempelak peraturan tersebut.

"Ini satu peraturan yang mundur, terkebelakang dan tidak bertamadun.Mengapa akhbar parti tidak boleh melaporkan perihal politik?" soalnya.

Dr Hatta tidak menolak kemungkinan penggantungan ini sebenarnya adalah usaha menutup sebaran maklumat lebih-lebih lagi dalam negara menghadapi krisis kepimpinan yang dahsyat.

Selain itu katanya usaha ini adalah untuk menutup ruang kempen bagi tiga pilihan raya kecil (PRK), Parlimen Bukit Gantang; Dun Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini.

Beliau seterusnya melahirkan rasa kecewa dengan sikap KDN ini yang sekaligus menutup ruang demokrasi di negara ini.

KDN semalam menggantung permit akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5.00 petang semalam.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

1 ulasan:

Stance of Muslimah berkata...

SAlamualaikum tuan rumah

Ulasan yang menarik

Jemput lawat blog kami.Salam kenalan.Harap dapat add kami,