TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Khamis, 8 Januari 2009

kenali Palestin :: 2

...BUMI PALESTIN...


Sehingga tamatnya Peperangan Dunia Pertama, Palestin masih merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah Islam. Empayar Uthmaniyyah merangkumi Afrika Utara, Semenanjung Arab, melalui kawasan Laut Hitam ke Laut Adriatik. Empayar Uthmaniyyah merupakan kerajaan yang paling bertimbang-rasa sejak berkurun lamanya dan menjadi tempat perlindungan bagi golongan penganut agama minoriti di Eropah terutamanya, tetapi bukan satu-satunya, bangsa Yahudi.







Sifat timbang-rasa ini adalah kerana Empayar ini meletakkan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai asas perlembagaan dan undang-undangnya. Di dalam negara Islam yang luas ini memang tiada sempadan-sempadan geografi. Secara umumnya kawasan di mana bumi Palestin ini berada dikenali sebagai sebahagian daripada Selatan Bilad al-Sham.


Di dalam kawasan ini jugalah letaknya negara-negara yang kini dikenali sebagai Syria, Jordan dan Lebanon. Selepas Peperangan Dunia Pertama, Palestin telah dipisahkan daripada kawasan tersebut oleh penjajah British. Untuk kali pertaman di dalam sejarahnya, Palestin menjadi sebuah negara dengan sempadan-sempadan yang dikenal pasti dan keluasan seluas kira-kira 10,429 batu persegi. Sempadan-sempadannya adalah; Sungai Jordan di sebelah Timur, Laut Mediteranean di sebelah Barat, Lebanon di sebelah Utara manakala di sebelah Selatannya, Gurun Sinai dan Teluk Aqabah.


Tiada ulasan: