TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Sabtu, 17 November 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Moga sahabat, teman, rakan dan sekalian penziarah sihat dan senantiasa dalam keberkatan Allah Subhanahu wata `ala.
Semalam yang hadir dan berlalu… membuat ana mengingati pada seseorang yang banyak memimpin ana kejalan tarbiyah tika awal ana menjadi warga kampus.. yang di sana banyak ranjau serta indah khabar dari rupa.. kerana tarbiyah dia yang seorang mujahidah, ana kuat menerus langkah walau ada terasa janggalnya…
Ukhti Nuris.. bagaimana khabarmu tika ini? Moga perjuanganmu masih berterusan dilandasan Islami selamanya. Jangan ada pincangnya. Moga masih ada pertemuan antara kita walau bilanya tak diketahui. Namun, ana senantiasa menanti dengan doa.
Segalanya amat bermakna buat perjuangaku.. perjuangan kalian… hargailah…

WARKAH LAMPAU YANG MASIH LAKU..

Muslimahku…
Kutulis ini dengan rasa kasih yang menggunung di hati, bagi meneruskan perjuangan suci mendambakan redha Illahi. Renungkanlah isinya, hayatilah maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan langkah perjuanganmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan Agama Allah, selamanya… Insya`allah

Mujahidahku..
Sesungguhnya kejadian kita terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah yang senantiasa menjadi perhatian sang kumbang.
Kita umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekati. Namun tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari lingkungannya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya begitu memukau siapa–siapa yang memandangnya. Tapi, berawaslah, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati.

Muslimahku…
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.

Hiasilah wajah dengan titisan wudhu`. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umapama sebutir permata yang dipamerkan untuk tontonan umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang bertutup. Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu keinginannya melebihi yang terdedah.. fikirlah muslimah generasi ini..

Muslimah Solehahku…
Taatlah kita pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba serta ranjaunya. Dengan keta`atan itu, kita adalah harapan pada setiap insane yang bernama Adam.. Hebatnya kita kerana kehebatan itu adalah kurniaan Allah yang perlu kita jaga sepanjang masa. Namun ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya sesuatu yang sukar diraih di zaman ini. Lantas yang perlu dilaksanakan dalam hidup berjuang ini adalah tingkatkan amalan kebaikkan istiqomahlah dalam perbuatan..

Namun ingatlah wahai srikandiku…
Sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan-jalan kearah itu.
Yang penting…
Kita mestilah mempunyai azam, usaha, doa dah istiqomah diiringi rasa tawakkal yang tinggi kepada Pencipta

Mujahidahku..jadikan setiap langkah dan tindakanmu berpaksikan Al Quran dan As Sunnah. Jangan biarkan dirimu dieksploitasikan untuk kepentingan pihak tertentu yang bertentangan dengan Perintah Allah

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabat kita sebaris dengan Kaum Adam. Kitalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut cuma. Betapa hebatnya kita… pertahankanlah!

Muslimahku… Mujahidahku..
Dalam hidup ini pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah yang dilakarkan Maha Kuasa buat makhluknya.. itulah fitrah semulajadi setiap insani. Namun ramai diantara kalian yang tewas kerana cinta.

Wahai Muslimah Tunggak Perjuangan Agama!!
Ketahuilah, bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itulah yang menyalahi. Kerana cinta, manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.

Benarlah kata-kata ini…
Cinta itu buta.. melainkan cinta pada Pencipta..

Sebelum kalian mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih utama. Mengkaji hakikat kejadian yang begitu simbolik.. melalui acuan Pencipta kita… tiada siapa dapat menandingiNYA. Sungguh itu adalah hakikat…

Mujahidah Solehah..
Cintailah Allah dan rasul melebihi cinta manusia kerana itulah cinta yang abadi dan hakiki kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan menjadi hancur dan berderai. Tetapi apabila hati diserahkan kepada Allah, sudah pasti segala yang dilalui tidaklah haru dan buntu. Dalam usia perjuangan ini, sibukkan diri menyauh ilmu-ilmu Illahi yang mampu mempertahankan iman dan taqwa dalam diri. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak pada hati orang-orang yang cenderung melakukan maksiat. Jangan kalian takuti tiada kelulusan tertinggi.. tapi jangan pula kalian ambil lewa kerana tidak memiliki ilmu. Tiada kelulusan, tetapi memiliki ilmu dan diamalkan adalah lebih baik dari segalanya.

Lihatlah kini.. segalanya dipandang pada kelulusan… sama ada diploma, ijazah, sarjana dan lainnya.. tapi muslimahku.. apa yang ada pada semua itu sekiranya ilmu itu hanya setakat pada segulung pengiktirafan. Takutlah akan hal ini.. doaku agar sesekali diri kalian tidak sebegitu.

Mujahidahku…
Perjuangan ini masih jauh dan tidak tahu di mana nokhtah nya. Jadi jangan sekali-kali kita lupa, kita leka dengan gertakan dan ugutan manusia yang busuk hatinya pada perjuangan fi sabilillah. Pertahankan kebenaran walau kalian berseorangan. Ya..aku juga menasihati buat diriku agar terus istiqomah walau masig-masingnya telah berjauhan. Jangan kalian khuatir… Allah bersama insan yang memperjuangkan AgamaNYA.

Buat akhirnya.. ingin aku memetik kata-kata Kekasih Allah Rabiah Al-Adawiyah.. Ahli sufi yang patut dicontohi..
“ Cintakan manusia tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan, kerana ianya tidak akan kekal. Cintakan manusia sering membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, derita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan serta kenikmatan yang kekal abadi melainkan CINTA KEPADA PENCIPTA CINTA ITU SENDIRI ”

NURISH


Begenang air mata ini tika mengulangi bacaan untuk ke sekian kalinya. Meresapnya kata mujahidah moga tumbuhnya mekar hingga ke akhir usia.

Ukhti…
Kata-kata ini kanku semat dalam nubari,
dalam menkjalani perjuangan tak bertepi,
bertunjangkan keikhlasan di hati,
semata mencari redha Illahi.

Moga Ukhti Nurish, muslimah-muslimah sekalian begitujuga.
SALAM UKHWAH SALAM TARBIYAH SALAM FI SABILILLAH... INSYA`ALLAH

Tiada ulasan: