TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2011

Buat Muslimat : Bukakanlah Mindamu!

Kenapa masih ramai ahli jamaah khususnya muslimat PAS masih elergi dengan jamaah Islam lain, sedangkan ia pertubuhan bukan kerajaan (NGO)?

Bukakanlah fikiran kalian!

Bagaimana mahu memimpin sebuah negara yang berbilangan bangsa dan agamanya, sekiranya berfikiran cetek demikian?!

Saya nasihatkan, ubahlah fikiran kolot itu.

Moga segala ini diketengahkan dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS nanti. Sungguh saya menantikan.

Moga suara hati ini didengar oleh mereka para pimpinan.

Selamat berjuang membuka minda.

Selasa, 19 April 2011

Video Lucah, Pengakuan RPK & Sarawak

Sepatutnya, catatan ini saya masukkan sebelum PRN, tapi kesempatannya baru kini. Renung-renungkanlah..

Video Lucah, pengakuan RPK dan Sarawak

Kalau dulu rakan karib, kini menjadi sebaliknya. Apakah segala ini tumbukan hebat daripada seseorang untuk seseorang?

Cuaca politik di Malaysia, kian kritikal. Entah cerminan mana dipandang oleh puak-puak tertentu untuk kepentingan parti, menjadi ‘aliran normal’. Adakah semua itu mudah digunapakai untuk menawan hati penduduk Sarawak menjelang kurang 24 jam PRN Sarawak?

Awal pengumuman mengenai PRN Sarawak, Malaysia digemparkan dengan kisah Datuk T tetang video membabitkan mantan TPM, dan kini dalam tempoh kempen pilihan raya Sarawak yang hanya berbaki sehari, serangan ke atas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan melalui siaran temuramah dengan penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin.

Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 kali ke 10 yang akan diadakan kurang 24jam lagi dengan penamaan calon telahpun dimuktamadkan pada 6 April 2011 yang lalu, sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan dan kali terakhir Negeri Sarawak mengadakan pilhanraya adalah pada 20 Mei 2006.

Kali ini, isu-isu politik semakin kuat dimainkan.Lebih-lebih lagi, persoalan mengenai Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telah menjangkau tahun ke-30 menjadi Ketua Menteri Sarawak, lebih lama dari mana-mana menteri yang ada sebelum ini, namun beliau masih lagi bertanding untuk pilihanraya Negeri Sarawak kali ini dalam DUN Balingian.

Persoalannya, kita sering nampak, apabila tibanya pilihanraya, barulah wakil-wakil rakyat ini turun padang untuk berjumpa dengan rakyat jelata dan masyarakat pribumi. Sedangkan sebelum pilihanraya, nak nampak batang hidung pun susah, apatah lagi ingin minta bantuan sebagaimana majoritinya, masyarakat negeri Sarawak bukanlah dari orang yang senang.

Negeri yang paling banyak menghasilkan pendapatan buat Kerajaan Malaysia, pada kami, semacam dianak tirikan. Sedangkan apa yang di lihat, negeri Sarawak adalah aset tetap kepada Kerajaan Malaysia, berbanding negeri-negeri lain yang kebanyakannya banyak menjadi liabiliti.

Harapan rakyat negeri Sarawak, mereka memilih yang benar-benar dapat membantu mereka dan memacu rakyat dan ekonomi negeri Sarawak ke arah yang lebih baik dan maju dari segi kemudahan awam dan insfrastruktur yang lebih baik.

Sekalian rakyat Sarawak khususnya dan umumnya Malaysia, mendambakan satu politik rasional tanpa ada tipu daya semata menabur janji dan seterusnya dalam tempoh 5 tahun akan datang, puak-puak itu akan kembali meyerakkan mutiara indah.

Setiap kita ada agenda pasti. Namun yang utama, ia bersih dan telus dan tidak bertentangan fitrah dan syariat. Teruslah berdoa untuk malaysia agar sinarnya menerangi umat sejagat!

Rabu, 10 November 2010

Wajib Peduli!

Isu politik yang makin entah apa-apa semenjak kebelakangan ini, membuatkan saya muak untuk mencatatkan sesuatu. Maaf kerana ketulusan ini. Jangan risau, perjalanan politik juga tarbiyyah, masih saya sertai. Allah bersama hamba-hamba yang senantiasa mengingatiNya. Saya pasti dan yakin!

Saya memang banyak nak kongsikan dengan ummat bermacam. Tapi saya sepikan beberapa lama hingga memandangkan betapa negara ini sudah kacau bilau dek kerana politik. Saya tidak bermaksud menolak politik! Harap faham apa yang dimaksudkan.

Setiap pagi sebelum saya melakukan rutin harian iaitu bekerja, sambil bersarapan, sempat saya memasang telinga mendengar khabar palsu arus perdana. Saya sungguh bosan menontonnya. Dalam Al-Quran Allah banyak ulang ayat yang maksudnya, “Adakah kamu berfikir.”

Banyak manusia yang belajar tinggi hingga bertaraf global atau seantero, tapi bab menggunakan akal untuk berfikir, sangat ketinggalan. Buktinya, kenapa ramai yang boleh membutakan mata dan memekakkan telinga apabila ‘orang ternama’ menyinggung agama. Bayangkanlah jika yang terlepas cakap dengan tak sengaja mengenai agama apa pun, wah ISA atau bermacam tindakan dikenakan. Kejam lagi zalim! Tapi bagi manusia yang terang-terang hina dan menginjak-injak agama, tidak pula ‘yang ahli’ membuat fatwa atau menyuarakan bahawa “itu berdosa!”.

Sifir untuk Malaysia ini mudah sahaja, bagi mereka yang berharta, bertakhta, berjawatan selesa, boleh buat sesuka BERBANDING rakyat jelata, yang tidak punya apa-apa, boleh ditindas sesuka = inilah 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.. sungguh retorik semata-mata!

Isu parti biru cair pula berdendang beberapa hari ini. Kalau saya jujurnya, saya tidak tertarik langsung dengan apa yang dibawa flag biru cair itu! Kalian fikirlah sendiri ya!

Kini kita lihat sahaja apa tragedi selanjutnya yang akan terjadi.

Kepada parti yang saya sayangi kerana Allah. Banyak kewaspadaan dan semakan perlu diteliti. Bukan menunding jari padi manusia-manusia yang tidak punya harga diri!

Tunaikan apa yang pernah dijanji, kerana Allah itu sifatnya amat benci kepada yang memungkiri janji! AYUH tunaikan manifesto yang kalian lagukan sebelum dicalonkan. Allah menantikan apa yang telah kamu janjikan.

Salam perjuangan.

Isnin, 28 September 2009

PAS : Calon MB - Insya`allah

Analisis oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Sept 24 — Ketika para pemimpin Umno di Teluk Kemang dan di pusat sedang dilihat berbeza pendapat tentang calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS juga berhadapan dengan dilema pemilihan calonnya.

Bagi Umno pemilihan bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjanjikan kemenangan mudah di Bagan Pinang, tetapi memberikan implikasi besar di peringkat nasional seperti yang telah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, kerana rekod salah laku ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu.

PAS pula yang dijangka tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan itu pula berhadapan dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pertimbangan politik sebelum memilih calonnya.

Negeri Sembilan dilihat para pendukung Pakatan Rakyat (PR) sebagai negeri keenam yang akan ditawan mereka.

Barisan Nasional (BN) kini memerintah tanpa majoriti dua pertiga buat kali pertama selepas memenangi hanya 21 daripada 36 kerusi negeri pada pilihan raya umum lalu.

DAP menang 10, sementara PKR 4 dan PAS hanya mendapat satu walaupun bertanding 13 kerusi — terbanyak antara tiga parti PR.

Maka Bagan Pinang menjadi medan untuk PAS — yang dalam semua pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan kehebatan jenteranya — membuktikan bahawa parti itu yang paling layak mengepalai PR di Negeri Sembilan dan mempunyai bakat-bakat yang boleh diketengahkan untuk kepimpinan negeri dan menjadi menteri besar.

DAP walaupun sudah tentu akan mendominasi pentadbiran Negeri Sembilan jika PR mengambil alih, belum tentu dapat menawarkan calon menteri besar kerana perlembagaan negeri itu juga meletakkan syarat jawatan itu hanya untuk orang Melayu dan Islam kecuali dikehendaki sebaliknya oleh Yang DiPertuan Besar.

PAS Negeri Sembilan telah mencadangkan tiga nama kepada jawatankuasa pusat — pengerusi negeri Zulkefli Omar, ketua PAS Teluk Kemang Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri Kassim Tahir.

Ramli adalah seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat di Port Dickson sehingga tahun 1990 dan pengaruhnya diharap dapat membantu kempen PAS di Bagan Pinang yang mengandungi hampir 5,000 pengundi pos yang kebanyakannya anggota tentera.

Kassim pula adalah penduduk asal Kampung Si Rusa di pesisir pantai Port Dickson dan berpengaruh di kampung sekitarnya kerana latar belakangnya sebagai guru agama dan pada usia 69 tahun, masih lagi aktif memberikan kuliah agama di kawasannya.

“Jika bercakap soal calon menteri besar, maka Zulkefli Omar adalah orang yang boleh dipersiapkan, dia juga adalah ahli politik sepenuh masa,” kata ahli strategi PAS Dr Zulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider tetapi menambah soal calon menteri besar belum difikirkan oleh parti itu lagi.

Zulkefli, 45, adalah seorang pemegang ijazah sarjana dan telah tewas tiga kali dalam pilihan raya sebelum ini — beliau dikatakan mempunyai peluang paling cerah menjadi calon di Bagan Pinang.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau tewas di kerusi Lenggeng dengan majoriti 1,285.

Bagaimanapun di kalangan pemimpin PAS ada juga yang bimbang pencalonan Zulkefli akan membawa kesan buruk kepada parti itu.

“Tidak baik untuk parti sekiranya seorang pesuruhjaya negeri tewas dengan teruk dalam pilihan raya kecil,” kata seorang lagi pemimpin PAS yang bimbang dengan kewujudan pengundi pos yang tinggi —kira-kira 30 peratus daripada jumlah pemilih.

Jawatankuasa PAS pusat akan bermesyuarat pada 29 September ini di Port Dickson untuk menetapkan nama calonnya dan pengumuman akan dibuat dalam satu ceramah pada malam itu juga.

Jika Zulkefli dicalonkan, ia menjadi isyarat paling jelas bahawa parti itu sedang mempersiapkan diri untuk mentadbir Negeri Sembilan.


Selasa, 25 Ogos 2009

Kemenangan Untuk Islam


Alhamdulillahi Rabbai `alamin…

Walaupun pelbagai taktik kotor yang digunakan Umno-BN dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir namun taktik berkenaan terbukti gagal apabila calon Pas Salleh Man dipilih pengundi Dun berkenaan untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Salleh Man yang mendapat 9618 undi, menang dengan majoriti 4551 undi sekaligus mengalahkan calon Umno-BN Rohaizat Othman yang hanya mendapat 5067 undi.

Sebelum ini, bekas Adun Permatang Pasir - Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman telah mengalahkan calon Umno-BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti sebanyak 5,433 undi.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan seramai 20,350 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi dengan peratusan pengundi - 72 peratus terdiri daripada kaum Melayu, 25.7 peratus kaum Cina, 1.2 peratus kaum India dan 0.2 peratus lain-lain.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Salleh Man dapat mengekalkan dan sekaligus mempertahankan kerusi Dun N11 yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Mohd Hamdan sejak pilihan raya umum 1999.

Kejayaan ini juga menyaksikan Pas berjaya mempertahankan kerusi tradisi yang telah disandang sejak tahun 1999.

Pilihanraya kali ini memperlihatkan kekalahan kali ke-7 berturut-turut BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu.

Malam ini bertempat di Markaz induk Permatang Pasir juga, akan diadakan satu ceramah bagi meraikan kemenangan Pas yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.


Jumaat, 22 Mei 2009

Kembalikan Kepada Mahkamah Rakyat

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Realitinya dari keputusan mahkamah rayuan itu tidak bersikap adil dan hanya semata-mata berpihak kepada parti kerajaan khususnya BN dan Umno.

Sewajarnya pihak BN dan Umno, kembalikan kepada MAHKAMAH RAKYAT untuk membuat keputusan atas apa yang dimaklumkan.

Apa pun ana mewakili sekalian muslimat mendoakan YAB MB Dato Seri Ir NIzar (MB yang sah Perak yang telah diputuskan oleh mahkamah tinggi minggu lalu) tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Teruskan perjuangan dato hingga yang hak kembali kepada yang hak.

Kalau kerajaan BN dan Umno berani, dengan slogan satu Malaysia nya, berilah Rakyat membuat keputusan atas kemelut politik Negeri Perak ini. Kembalikan keputusan kepada rakyat, bukan kepada hakim yang mengikut telunjuk kerajaan. Ingatlah balasan Allah.

Moga Allah tunjuki hati kalian.

Rabu, 8 April 2009

TAHNIAH :: Pakatan Rakyat


PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.


Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.



Calon BN Malcolm Mussem Lamoh mendapat sebanyak 3,907 undi telah mengalahkan calon PKR Jawah Gerang yang mendapat undi sebanyak 1,854. Majoriti BN menang dengan 2,053 undi. Peningkatan undi majoriti adalah sebanyak 1247 undi



:: Mana pergi kata-kata yang puak-puak BN taburkan? kononnya Pakatan Rakyat takkan diterima rakyat lagi. Siapa kata?? Sekarang terbukti Pakatan Rakyat adalah pilihan utama rakyat daripada Umno.

:: Sangat kelakarlah.. sedari malam hari mengundi, saat-saat ana ingin sangat mengetahui keputusan yang sebenar ini. Media arus perdana depa (Umno) macam tak sanggup nak menyampaikan yang BN kalah di 2 Bukit. Namun lagi sangat kelakar, asyik-asyik TV saluran Umno tu hebahkan kemenangan Umno yang di Batang Ai. Alahaii, menang 1 tempat, kecoh bagai nak rak. Sangat lucu. Itu setakat Dun, banyak kali pula diulang-ulang.

:: Sebelum tu pula adalah lagu di siaran TV arus perdana yang bukan main rancaknya. Tapi kesudahannya, setelah diumumkan kemenangan milik Pakatan Rakyat, terus hilang membisu.

:: Sehingga pagi tadi TV arus Umno itu, bagai kelu tak terkata. Maklumlah tak dapat nak 'hebahkan hadiah kepada PM baru 2 Bukit itu'

:: Kesimpulan dari semua itu, ana doakan moga kalian semua yang Umno dan puak-puak BN yang tak dapat terima hakikat kemenangan Pakatan Rakyat ini, kembalilah ke pangkal jalan sebab ana kata macam ni, sedarlah RAKYAT TAK MENERIMA RESTU KAMU.


:: Selamat bermuhasabah kepada Sahabat-sahabat Pakatan Rakyat. Gunakan terus kekutan yang telah Allah kurniakan iaitu DOA. Jangan bongkak, ego apalagi sombong macam apa yang telah kita saksikan oleh puak-puak BN Umno itu.

:: Selamat Berjuang Sahabat-sahabat, Jangan Takut Jangan Gentar, Hadapinya dengan Sabar.

:: TAKBIR!!! Allahu Akbar.