TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH
Memaparkan catatan dengan label Da`wah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Da`wah. Papar semua catatan

Rabu, 10 November 2010

Wajib Peduli!

Isu politik yang makin entah apa-apa semenjak kebelakangan ini, membuatkan saya muak untuk mencatatkan sesuatu. Maaf kerana ketulusan ini. Jangan risau, perjalanan politik juga tarbiyyah, masih saya sertai. Allah bersama hamba-hamba yang senantiasa mengingatiNya. Saya pasti dan yakin!

Saya memang banyak nak kongsikan dengan ummat bermacam. Tapi saya sepikan beberapa lama hingga memandangkan betapa negara ini sudah kacau bilau dek kerana politik. Saya tidak bermaksud menolak politik! Harap faham apa yang dimaksudkan.

Setiap pagi sebelum saya melakukan rutin harian iaitu bekerja, sambil bersarapan, sempat saya memasang telinga mendengar khabar palsu arus perdana. Saya sungguh bosan menontonnya. Dalam Al-Quran Allah banyak ulang ayat yang maksudnya, “Adakah kamu berfikir.”

Banyak manusia yang belajar tinggi hingga bertaraf global atau seantero, tapi bab menggunakan akal untuk berfikir, sangat ketinggalan. Buktinya, kenapa ramai yang boleh membutakan mata dan memekakkan telinga apabila ‘orang ternama’ menyinggung agama. Bayangkanlah jika yang terlepas cakap dengan tak sengaja mengenai agama apa pun, wah ISA atau bermacam tindakan dikenakan. Kejam lagi zalim! Tapi bagi manusia yang terang-terang hina dan menginjak-injak agama, tidak pula ‘yang ahli’ membuat fatwa atau menyuarakan bahawa “itu berdosa!”.

Sifir untuk Malaysia ini mudah sahaja, bagi mereka yang berharta, bertakhta, berjawatan selesa, boleh buat sesuka BERBANDING rakyat jelata, yang tidak punya apa-apa, boleh ditindas sesuka = inilah 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.. sungguh retorik semata-mata!

Isu parti biru cair pula berdendang beberapa hari ini. Kalau saya jujurnya, saya tidak tertarik langsung dengan apa yang dibawa flag biru cair itu! Kalian fikirlah sendiri ya!

Kini kita lihat sahaja apa tragedi selanjutnya yang akan terjadi.

Kepada parti yang saya sayangi kerana Allah. Banyak kewaspadaan dan semakan perlu diteliti. Bukan menunding jari padi manusia-manusia yang tidak punya harga diri!

Tunaikan apa yang pernah dijanji, kerana Allah itu sifatnya amat benci kepada yang memungkiri janji! AYUH tunaikan manifesto yang kalian lagukan sebelum dicalonkan. Allah menantikan apa yang telah kamu janjikan.

Salam perjuangan.

Jumaat, 23 Julai 2010

Jika aku, kau dan semua tahu!!


“Jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan iman. Ketika itulah terasa bahawa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil berbanding balasan dan siksa Allah.

Menyedari bahawa dosa diri tidak akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun kita, jangan pernah berfikir bahawa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain! Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang banyak pengikutnya, orang kayakah? Semua kebaikan dan keburukan akan kembali kepada si yang melakukannya.

Maha Benar Allah dengan firmanNya dalam surah Al-An`am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu akan kembali dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Pernahkah kita menghitung dosa yang telah kita lakukan? Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Mungkin, hitungannya tiada beza dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.

Masihkah kita merasa selesa dengan mutu diri seperti itu?! Belumkah tersedar kalau tidak seorang pun mampu menjamin bahawa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersedar kalau tidak seorang pun merasa yakin bahawa esok dia masih dapat beramal? Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.

Menyedari bahawa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung. Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahawa kita begitu hina di hadapan Allah. Ketika itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Dia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun kerana jasa baik orang lain.

Apa yang kita dapatkan pun tidak lebih dari anugerah Allah yang tersalur melalui lingkungan kita. Kita pandai kerana ibu bapa memasukkan kita ke sekolah. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh adalah berasal dari warisan ibu bapa atau kerana berkah lingkungan yang Allah hidangkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah.

Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 hingga 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia mengkhendaki, nescaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah.”

Menyedari bahawa Syurga tidak akan dapat di masuki hanya dengan amal yang sedikit. Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahawa sudah menjadi kemestian sekiranya Allah akan memasukkan kita kedalam Syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tidak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti, pasti saya akan masuk Syurga,” begitulah keyakinan diri itu muncul kerana melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahawa, para generasi sehebat sahabat pun tidak pernah selesa kalau pun sudah ada jaminan mereka akan masuk Syurga. Dan seperti itulah dasar mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.



Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan : Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tidak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan perkara mudah : nyawa. Semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih Syurga.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-baqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Menyedari bahawa azab Allah teramat pedih. Apa yang boleh kita bayangkan ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tidak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tidak ada. Yang jelas dalam benak manusia ketika itu cuma pada dua pilihan : Syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang golongan manusia.


“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)


Mulalah bayangkan betapa pedihnya seksa neraka jika tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus dan selamanya.

Seperti apakah seksa neraka?? Rasulullah pernah menggambarkan suatu contoh seksa yang paling ringan. “Sesungguhnya seringan-ringan seksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan dia berpendapat bahawa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah? Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita? Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu.

Moga tausyiah ini bermanfaat buat diriku juga sekaliannya, insya`allah.

Isnin, 2 November 2009

Murojaah Ila Hayati...


Saudara-saudara seperjuanganku.

Nasihat ini saya tujukan pada diri dan para pejuang Islam..

Dalam mengharungi bahtera kehidupan ini, kita melihat bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan :-

Golongan pertama adalah manusia dalam lingkungan masyarakat yang cinta akan kebaikan dan gemar melakukan kebajikan serta sangat suka menjalankan yang maaruf.

Golongan kedua adalah manusia dalam lingkungan masyarakat yang cinta kemungkaran, gemar melakukan maksiat dan dosa.

Demikianlah lingkungan di sekitar kita yang wujud hari ini.

Allah Subhanahu Wa ta`ala memberikan peringatan kepada kita dengan tegas dan jelas bahawa musibah akan terjadi kerana kemaksiatan yang dilakukan, tidak hanya menimpa para pelaku sahaja tetapi akan menimpa masyarakat sekitarnya. Firman Allah :-

وَاتَّقُوْا فِتْنَةً لاَ تُصِيْبَنَّ الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ .(الأنفال : 25)

Ertinya :

“Dan takutlah kalian terhadap fitnah (musibah, petaka, bencana, siksa) yang benar-benar tidak hanya menimpa orang-orang zalim di antara kalian secara khusus. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha dahsyat siksaNya.”

Subhanallah sungguh peringatan yang Allah berikan bukanlah sebuah bicara kosong yang tak akan berlaku tetapi pasti terlaksana. Sungguh janji Allah adalah sebenar-benar janji dan pasti terjadi, musibah itu pasti akan datang silih berganti dan petaka tentu akan menimpa walau di mana pun berada. Siksaan Allah pasti akan menghancurkan bumi ini.

Apabila kemungkaran dilakukan, ketika maksiat dibiarkan, di saat pelakunya diagungkan di waktu perbuatannya dibiarkan, sungguh musibah itu pasti hadir.

Bagaimanakah dengan diri kita, yang mengaku pecinta kebenaran, para pendukung kema’rufan, seorang penggemar kebajikan, manusia pelaku kebaikan. Apakah kehidupan kita sudah terlepas dari kemungkaran? Apakah amal baik kita sudah terbebas dari dosa? Apakah kelakuan kita sehari-hari sudah murni tanpa kesalahan dan keburukan?

Sungguh naif bila kita mengaku sebagai pasukan pembasmi kemungkaran apabila diri kita terjerumus dalam dosa dan maksiat. Sungguh malulah apabila kita mengaku cinta kemaarufan sedangkan masih terlena dengan pujuk rayu dunia dan harta.

Sungguh zalim apabila kita mengaku gemar menjalankan kebajikan tetapi dalam diam kita melakukan kejelekan dan keburukan atau mungkin kitalah yang menjadi asbab turunnya musibah kerana kita tahu dan berilmu tetapi kita melanggar dan melakukan maksiat serta tidak mengamalkan ilmu yang ada.

Memang manusia sukar untuk terlepas dari lupa dan salah, sulit bagi manusia untuk bebas dari kejahatan dan keburukan kecuali bagi mereka yang Allah lindungi dan mereka yang diberi Rahmat oleh Allah, mereka yang senantiasa ingat kepada Allah, mereka yang selalu menjaga diri dari keburukan dan kejahatan sekecil apa pun.

Sungguh indah nasihat Ulama salaf kita ini..

لاَ تَنْظُرْ إِلَى صِغَرِ الْخَطِيْئَةْ ... ... ... وَلكِنْ اُنْظُرْ إِلَى مَنْ عَصَيْتَهْ

Janganlah engkau melihat akan kecilnya suatu kesalahan,

Akan tetapi lihatlah kepada siapa engkau bermaksiat.

Subhanallah sungguh indah nasihat ini…

Kepada kalian yang cinta kemaarufan…

Kepada kalian yang benci kemugkaran…

Semoga kehadiran nasihat ulama salaf di atas dapat menjadi renungan diri kita

janganlah engkau melihat akan kecilnya suatu dosa

janganlah engkau melihat akan remehnya suatu kesalahan

janganlah engkau melihat akan enaknya suatu maksiat

jangan…!!!

Tetapi lihatlah kepada siapa engkau bermaksiat

Allah… Dia yang sedang engkau maksiati…

Allah… Dia yang sedang engkau derhakai…

Allah… Zat yang telah menciptakanmu…

Tetapi engkau melanggar aturan-aturannya…

Lihatlah… perhatikanlah… siapa yang sedang engkau maksiati…!

Astagfirullahal adzim min kulli dzanbil adzim…

Selayaknya kita menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita dari kemaksiatan, dosa, keburukan, kesalahan, dan kemungkaran…



Khamis, 25 Disember 2008

Untuk Kita :: Untuk Semua

PENDAKWAH WAJIB MENGUASAI ILMU ALAT

Tidaklah wajar bagi seorang pendakwah untuk terus berucap di hadapan khalayak ramai sahaja tanpa menguasai ilmu alat yang secukupnya bagi menyampaikan ilmu Islam yang diluar kemampuannya.


Contoh Ilmu Alat Dalam Islam

(Sila baca buku Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah : Al-Fadhil Syeikh Ismail Bin Omar)

Perkataan hadis "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat" tidak wajar menjadi alasan dan hujah untuk mencari makan dengan agama dan mengambil upah menyampaikan mesej Islam yang tersasar.

Matan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar yang berbunyi : "Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada bahan api neraka." (hadis riwayat Bukhari & Tirmidzi)

Ketahuilah, maksud hadis ini ialah menyampaikan "sebijik-sebijik seketul" seperti yang disampaikan oleh Rasulullah, sedangkan yang "kita/ kalian/mereka" lakukan pula bukan menyampaikan sebaliknya "mengulas, menokok tambah, mentafsir ucapan tersebut, mensyarahkannya dan lain-lain yang menyalahi maksud penyampaian."

Hal itu mengakibatkan alasan kita/kalian/ mereka "hanya menyampaikan" tidak lagi dapat diguna pakai untuk berdakwah kerana lesen dakwah itu ditarik balik di atas kesalahan yang dilakukan kerana mencemari maksud asal arahan Rasulullah.

Seperti yang dimaksudkan oleh hadis dengan riwayat yang lain apabila menyebut : "Semoga Allah memberikan nikmat kepada orang yang mendengar kata-kataku lalu dia menghafalnya kemudian menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana yang dia dengar."

Bahkan perlu diingatkan, kesilapan menafsirkan hadis dan agama dengan harapan untuk mengaitkan dengan isu semasa boleh jadi tidak menjadi tujuan ucapan Rasulullah atau memenuhi "Maqasid Syarak" (kehendak syarak) mengakibatkan pendakwah hanya mengundang dosa menyampaikan apa yang tidak benar dalam erti kata lain berdusta.

Ada orang bertanya saya, apakah benar ada hadis yang mempromosikan bumi hijau? Saya kata ada hadis mengalakkan kita memelihara alam sekitar lalu orang yang bertanya mengatakan apakah ada hadis yang menyebut sekiranya di tangan kita masih ada benih tanaman dan dunia sudah hampir kiamat maka hendaklah dia berusaha menanam benih itu sebagai bukti Islam mempromosikan pertanian ? Saya menjawab ada hadis lain yang maksudnya mempromosikan pertanian sebagai usaha kebajikan seperti hadis yang menyebut sekiranya tanamannya dimakan burung dan manusia maka dia mendapat pahala sedekah namun bukan hadis ini yang mana maksudnya ialah perumpamaan beramal seperti yang diriwayatkan oleh para ulama, iaitu kesempatan beramal itu hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya sekalipun hampir pada hari kiamat. (Iklan)

Menyampaikan bererti mengungkapkan mesej Rasulullah sama seperti yang disebutkan oleh baginda tanpa takwil, tanpa tambahan atau pengurangan dan tanpa pula menafsirkannya dengan maksud-maksud lain yang tidak diketahui pendek kata, hadis di atas bermaksud supaya yang hadir di majlis rasul itu berperanan menjadi perawi hadis, dan sampaikanlah walau sepotong ayat sekiranya jika itu sahaja yang mampu mereka hafal dari ucapan baginda.

Ini ditambah pula dengan baki hadis yang seumpama dengannya yang menyebut : "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu."

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi Wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Mengambil iktibar hadis yang bermaksud : "Moga-moga yang hadir apabila mendengar ucapanku akan lebih memahaminya daripada mereka yang tidak hadir."

Ini menandakan tugas perawi (serta peranan sebenar mereka yang nak berpegang dengan hadis ini) ialah menyampaikan sebijik-sebijik ucapan Rasulullah atau potongan fakta dari agama ini tanpa tokok tambah dan sebagainya.

Seterusnya tinggalkan tugas mengulas, mengupas dan mensyarahkan ucapan tersebut kepada para ulama dan ahli yang pakar di dalam urusan agama untuk menunaikan kewajipan mereka.

Menurut riwayat Abdullah Ibnu Mas'ud pernah menyebut : “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari Ashaghir dan buruk, mereka pasti hancur.” (Ibn Abd Bar' Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248). Yang dimaksud Ashaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?” "Dia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal iaitu menafsir sendiri tanpa merujuk dalil) Adapun orang yang mengambil ilmu daripada pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir.” (Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 246

Dimaksudkan dengan pengetahuan mendalam ialah mereka (ulama’) haruslah memiliki kekuatan ilmu secara ilmiah terhadap kitab Allah iaitu Al-Quran dengan menguasai ilmu alat dan kaedah seperti Bahasa Arab dan sasteranya, hadith dan usulnya serta ilmu tafsir dan kaedah penafsiran yang sahih, usul fiqh dan lain-lain ilmu yang berkaitan.

Firman Allah yang bermaksud : “ Maka kami memberi kefahaman kepada Sulaiman dan masing-masing kami berikan hukum (keputusan) dan pengetahuan.” (Al-Anbiya :79).

Kerana itulah pada kitab Al-Faqih Wal Mutafaqih oleh Imam Khatib al-Baghdadi ra menyebutkan bahawa Imam Syafie ra pernah menyebut : "Tidak halal bagi seseorang itu memberikan fatwa dalam agama kecuali mereka yang mengetahui tentang kitab Allah baik nasakh dan mansukhnya, muhkamat dan mutasyabihat, ta’wil dan penurunannya, makkiyah dan madaniyah dan lain-lain serta juga menguasai hadith seperti mana perlunya dia menguasai Al-Quran, mahir Bahasa Arab dan juga mahir ilmu usul dan kemahiran yang berkaitan." (lihat Al-Faqih Wal-Mutafaqih dan I’lamul Muwaqi’in oleh Imam Ibn Qayyim m/s 45 Jilid 1 dengan tambahan perkataan dari penulis).

Pengajaran daripada tulisan di atas :

1) Boleh berdakwah (bagi orang yang tak banyak ilmu & tak alim macam kita) dengan syarat menyampaikan ilmu yang dihafal sebijik-sebijik.

2) Alasan "Sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat" boleh diguna pakai jika kita hanya menyampaikan apa yang kita hafal atau dengar & baca dari sumber ilmu tanpa olah, ubah suai dan tokok tambah.

3) Mengulas ayat Quran dan hadis tanpa merujuk tafsiran dan menguasai ilmu alat adalah ditegah kerana dibimbangi maksudnya menyalahi tuntutan syarak (maqosid syarak) atau kehendak sebenar dalil.

4) Marilah kita bersama-sama menguasai ilmu alat dan bantu membantu, siapa "teror" maka silalah ajar kawan-kawan yang lain dan jangan memperendahkan semangat mereka atau padamkan semangat mereka dengan celaan tapi berilah sokongan dan bantuan.

Allahua'alam

http://mujahidah-fisabilillah.blogspot.com