Perjuangan yang berpanjangan, semata mencari REDHA ALLAH. AMAL MA`ARUF NAHI MUNGKAR.. mari sama kita bersatu kuatkan SAF perjuangan FI SABILILLAH.. BERIMAN, BERILMU, BERAMAL..SEGALANYA PERJUANGAN MENUJU JANNAH, INSYA`ALLAH..
Tidaklah wajar bagi seorang pendakwah untuk terus berucap di hadapan khalayak ramai sahaja tanpa menguasai ilmu alat yang secukupnya bagi menyampaikan ilmu Islam yang diluar kemampuannya.
Contoh Ilmu Alat Dalam Islam
(Sila baca buku Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah : Al-Fadhil Syeikh Ismail Bin Omar)
Perkataan hadis "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat" tidak wajar menjadi alasan dan hujah untuk mencari makan dengan agama dan mengambil upah menyampaikan mesej Islam yang tersasar.
Matan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umaryang berbunyi : "Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada bahan api neraka." (hadis riwayat Bukhari & Tirmidzi)
Ketahuilah, maksud hadis ini ialah menyampaikan "sebijik-sebijik seketul" seperti yang disampaikan oleh Rasulullah, sedangkan yang "kita/ kalian/mereka" lakukan pula bukan menyampaikan sebaliknya "mengulas, menokok tambah, mentafsir ucapan tersebut, mensyarahkannya dan lain-lain yang menyalahi maksud penyampaian."
Hal itu mengakibatkan alasan kita/kalian/ mereka "hanya menyampaikan" tidak lagi dapat diguna pakai untuk berdakwah kerana lesen dakwah itu ditarik balik di atas kesalahan yang dilakukan kerana mencemari maksud asal arahan Rasulullah.
Seperti yang dimaksudkan oleh hadis dengan riwayat yang lain apabila menyebut : "Semoga Allah memberikan nikmat kepada orang yang mendengar kata-kataku lalu dia menghafalnya kemudian menyampaikannya kepada orang lain sebagaimana yang dia dengar."
Bahkan perlu diingatkan, kesilapan menafsirkan hadis dan agama dengan harapan untuk mengaitkan dengan isu semasa boleh jadi tidak menjadi tujuan ucapan Rasulullah atau memenuhi "Maqasid Syarak" (kehendak syarak) mengakibatkan pendakwah hanya mengundang dosa menyampaikan apa yang tidak benar dalam erti kata lain berdusta.
Ada orang bertanya saya, apakah benar ada hadis yang mempromosikan bumi hijau? Saya kata ada hadis mengalakkan kita memelihara alam sekitar lalu orang yang bertanya mengatakan apakah ada hadis yang menyebut sekiranya di tangan kita masih ada benih tanaman dan dunia sudah hampir kiamat maka hendaklah dia berusaha menanam benih itu sebagai bukti Islam mempromosikan pertanian ? Saya menjawab ada hadis lain yang maksudnya mempromosikan pertanian sebagai usaha kebajikan seperti hadis yang menyebut sekiranya tanamannya dimakan burung dan manusia maka dia mendapat pahala sedekah namun bukan hadis ini yang mana maksudnya ialah perumpamaan beramal seperti yang diriwayatkan oleh para ulama, iaitu kesempatan beramal itu hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya sekalipun hampir pada hari kiamat. (Iklan)
Menyampaikan bererti mengungkapkan mesej Rasulullah sama seperti yang disebutkan oleh baginda tanpa takwil, tanpa tambahan atau pengurangan dan tanpa pula menafsirkannya dengan maksud-maksud lain yang tidak diketahui pendek kata, hadis di atas bermaksud supaya yang hadir di majlis rasul itu berperanan menjadi perawi hadis, dan sampaikanlah walau sepotong ayat sekiranya jika itu sahaja yang mampu mereka hafal dari ucapan baginda.
Ini ditambah pula dengan baki hadis yang seumpama dengannya yang menyebut : "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu."
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi Wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)
Mengambil iktibar hadis yang bermaksud : "Moga-moga yang hadir apabila mendengar ucapanku akan lebih memahaminya daripada mereka yang tidak hadir."
Ini menandakan tugas perawi (serta peranan sebenar mereka yang nak berpegang dengan hadis ini) ialah menyampaikan sebijik-sebijik ucapan Rasulullah atau potongan fakta dari agama ini tanpa tokok tambah dan sebagainya.
Seterusnya tinggalkan tugas mengulas, mengupas dan mensyarahkan ucapan tersebut kepada para ulama dan ahli yang pakar di dalam urusan agama untuk menunaikan kewajipan mereka.
Menurut riwayat Abdullah Ibnu Mas'ud pernah menyebut : “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari Ashaghir dan buruk, mereka pasti hancur.” (Ibn Abd Bar' Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248). Yang dimaksud Ashaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?” "Dia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal iaitu menafsir sendiri tanpa merujuk dalil) Adapun orang yang mengambil ilmu daripada pembesar (Ulama') bukan termasuk Ashaghir.” (Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 246
Dimaksudkan dengan pengetahuan mendalam ialah mereka (ulama’) haruslah memiliki kekuatan ilmu secara ilmiah terhadap kitab Allah iaitu Al-Quran dengan menguasai ilmu alat dan kaedah seperti Bahasa Arab dan sasteranya, hadith dan usulnya serta ilmu tafsir dan kaedah penafsiran yang sahih, usul fiqh dan lain-lain ilmu yang berkaitan.
Firman Allah yang bermaksud : “ Maka kami memberi kefahaman kepada Sulaiman dan masing-masing kami berikan hukum (keputusan) dan pengetahuan.” (Al-Anbiya :79).
Kerana itulah pada kitab Al-Faqih Wal Mutafaqih oleh Imam Khatib al-Baghdadi ra menyebutkan bahawa Imam Syafie ra pernah menyebut : "Tidak halal bagi seseorang itu memberikan fatwa dalam agama kecuali mereka yang mengetahui tentang kitab Allah baik nasakh dan mansukhnya, muhkamat dan mutasyabihat, ta’wil dan penurunannya, makkiyah dan madaniyah dan lain-lain serta juga menguasai hadith seperti mana perlunya dia menguasai Al-Quran, mahir Bahasa Arab dan juga mahir ilmu usul dan kemahiran yang berkaitan." (lihat Al-Faqih Wal-Mutafaqih dan I’lamul Muwaqi’in oleh Imam Ibn Qayyim m/s 45 Jilid 1 dengan tambahan perkataan dari penulis).
Pengajaran daripada tulisan di atas :
1) Boleh berdakwah (bagi orang yang tak banyak ilmu & tak alim macam kita) dengan syarat menyampaikan ilmu yang dihafal sebijik-sebijik.
2) Alasan "Sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat" boleh diguna pakai jika kita hanya menyampaikan apa yang kita hafal atau dengar & baca dari sumber ilmu tanpa olah, ubah suai dan tokok tambah.
3) Mengulas ayat Quran dan hadis tanpa merujuk tafsiran dan menguasai ilmu alat adalah ditegah kerana dibimbangi maksudnya menyalahi tuntutan syarak (maqosid syarak) atau kehendak sebenar dalil.
4) Marilah kita bersama-sama menguasai ilmu alat dan bantu membantu, siapa "teror" maka silalah ajar kawan-kawan yang lain dan jangan memperendahkan semangat mereka atau padamkan semangat mereka dengan celaan tapi berilah sokongan dan bantuan.
Beberapa kisah yang di bawakan ini bukanlah fiktif, namun ianya benar-benar terjadi di dalam perjalanan da`wah kita yang berliku lagi sukar, sebagai sebuah sunnatullah untuk memisahkan orang-orang munafiq dari barisan orang-orang yang beriman, sebagai peringatan dari Allah Subhanahu Wa Ta`ala untuk membezakan antara loyang dan juga emas.
Janganlah berpecah belah, kita semua adalah bersaudara.
Janganlah merasa lebih, sesama kita.
Mengapa kau patahkan pedangmu sehingga musuh mampu menembusi bentengmu.
Seorang ustaz ana pernah berkisah tentang dua orang akhowat yang sangat berkualiti di jalan da`wah. Mereka ada dalam satu kumpulan da`wah. Namun sayangnya, hal itu menimbulkan persaingan da`wah yang tidak sihat di antara mereka. Futur melanda, situasi. ‘Panas’ dan akhirnya seorang dari mereka melepaskan auratnya dan yang lainnya, berpaling dari jalan da`wah. Kekecewaan sangat mendalam, hingga berguguranlah mereka dari jalan yang mulia ini.
'Ana tak ingin ikut lagi, habis adik-adik itu tak ikut apa yang ana sampaikan?' ucap seorang kader senior yang mendapat amanah sebagai mas`ul sebuah pengurusan da`wah. Ia memutuskan untuk tidak mahu terlibat lagi dalam pergerakan da`wah. Ia mengaku kesal, kecewa dan sedih dengan sikap adik-adik kampus yang ‘teruk’ iaitu tidak taat pada perintahnya dan sering protes. Kini dia berjalan sendiri di tengah dunia, keluar dari lingkungan da`wah. Dia merasa ‘menang’ dengan tindakannya itu kerana dia beranggapan bahawa dengan demikian, lembaga da`wah telah kehilangan satu kadernya.
Di sebuah pengajian harian, dua orang ikhwan dalam keadaan perang dingin. Bila yang seorang datang, yang lain pasti tidak datang hingga muncul motto, ‘Tidak boleh ada dua singa dalam satu kandang’
Sebab-Sebab Kekecewaan
Tidak ada asap kalau tidak ada api. Kekecewaan dapat muncul kerana ada keinginan yang tidak dipenuhi. Kecewa yang kita bicarakan adalah kecewa di jalan da`wah. Kekecewaan ini terjadi di sebabkan oleh pelbagai faktor, dan penyebab kekecewaan yang seringkali terjadi adalah:
Pertama, kekecewaan aktivis kerana jengah melihat jurang yang dalam antara idealisme dan realitisme, antara ilmu dan amal. Sebagai contoh, seorang aktivis membaca Seerah Nabawiyah yang di dalamnya dikisahkan bagaimana indahnya ukhwah Seorang Nabi bersama para sahabat, firman Allah Subhanahu Wa Ta`ala bahawa, ‘Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.’ Tetapi realitinya, ukhwah itu tidak baginda dapatkan di lapangan, justeru sebaliknya.
Kedua, kekecewaan akitivis yang lebih mengikut hawa nafsu dan tipu daya syaitan, kerana tidak tercapainya kehendak peribadi. Contoh ambisi peribadi itu adalah, ingin menjadi pemimpin, ingin kata-katanya selalu didengar, ingin pendapatnya diterima, tidak mahu menerima nasihat dari yang dia anggap ‘lebih rendah’ dan merasa diri paling berjasa dengan motto, ‘Kalau bukan kerana ana, maka terkandaslah jalan da`wah ini’
Ketiga, kekecewaan aktivis kerana tidak puas dengan kebijakan-kebijakan qiyadah (pemimpin), keputusan syura, keadaan da`wah yang selalu dibebankan padanya dan pengurusan da`wah.
Feed Back Positif dan Negatif
Tidak ada manusia yang tak pernah kecewa kerana sesungguhnya kecewa itu salah satu sifat manusiawi. Hanya, feed back dari kekecewaan itu berbeza pada diri setiap orang. Ada orang yang mampu mengatasi dan mengubah kekecewaan itu dengan energi positif yang konstruktif, namun ada juga yang tidak mampu mengatasinya kerana lebih didominasikan energi negatif yang desdruktif.
Kekecewaan tidak lagi syar`i apabila didasari hawa nafsu, dan bukan atas dasar kebenaran (al haq). Tidak lagi rasional apabila kemudian berubah menjadi kedengkian dan kebencian yang menghancurkan diri sendiri dan memporak-porandakan teman-teman di sekelilingnya, menjadi duri dalam daging. Maka motto yang sebaiknya ada dalam diri kita ialah, ‘Jangan terlalu banyak mengharap, jadikan diri kita bermanfaat bagi orang lain.`
9 Kekuatan Positif
Ada sembilan kekuatan positif yang dapat menjadi bahan bakar di dalam jiwa untuk mengatasi kekecewaan yang melanda, iaitu:
1. Tentera utamamu adalah keikhlasan
`Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan?’ (QS. An Nisaa: 125)
Meminjam istilah dari sebuah artikel yang pernah ana baca, Tentera utamamu adalah Keikhlasan. Istilah ini sangat tepat kerana memang keikhlasan adalah yang utama bagi kita untuk menghadapi segala rintangan di jalan da`wah. Keikhlasan membuat kita tidak kenal lelah dan tak kenal henti dalam menyampaikan Al Haq kerana tujuan kita hanya satu, Allah Subhanahu Wa Ta`ala. Jika tujuan kita menyimpang kepada yang sifatnya duniawi, maka saat tujuan itu tidak tercapai, kita akan mudah kecewa dan berpatah. Bila berda`wah lantaran mengharapkan apa-apa yang ada pada manusia, berupa penghormatan, penghargaan, pengakuan kehebatan diri, populariti, pangkat, pengikut dan pujian, maka hakikatnya kita telah berubah menjadi hamba manusia, bukan lagi hamba Allah Subhanahu Wa Ta`ala.
Kisah yang sangat menarik ketika KhalidAl-Walid selaku panglima perang yang utama sangat berjasa pada kaum muslimin, tiba-tiba diturunkan pangkatnya menjadi tentera biasa, oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Namun Umar melakukan itu kerana melihat banyaknya kaum muslimin yang mengagung-agungkan kepahlawanan dan kehebatan Khalid, sehingga Umar khuatir hal itu akan menjadikan Khalid menjadi ujub (bangga diri), yang akan menyebabkan hilangnya pahala amal-amal Khalid di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala. Subhanallah… Khalid tidak marah ataupun kecewa kerana pangkatnya di turunkan, akan tetapi beliau tetap turut berperang di bawah pimpinan yang baru. Ketika di tanya tentang hal itu, Khalid menjawab dengan tenang, ‘Aku berperang kerana Allah Subhanahu Wa Ta`ala, bukan kerana Seorang Umar.’
2. Hendaklah tahan beramal Jama`i
’Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai’ (QS. Ali Imran: 103)
Beramal jama`i itu jalannya tidak selalu datar atau lurus, ada kalanya mendaki, kerana dalam beramal jama`i, kita akan menemui berbagai macam sifat manusia, berbagai pemikiran, fitnah dari luar mahupun dari dalam. Namun bagaimanapun buruknya keadaan jamaah, tetaplah dalam amal jama`i itu lebih baik dan lebih utama daripada sendirian. Ali bin Abi Thalib berkata, ‘Keruhnya amal jama`i, lebih aku sukai daripada jernih tetapi sendirian.’
Kekuatan utama kita adalah kesatuan kaum muslimin. Sesungguhnya kekalahan kita saat ini bukanlah kerana kehebatan bersatunya kaum kuffar, tetapi kerana tidak bersatunya kaum muslimin.
Orang-orang yang memisahkan diri dan lari dari barisan da`wah, sesungguhnya tidak akan membuat barisan da`wah itu menjadi lemah atau kehilangan kader, tetapi barisan itu akan semakin solid dan kukuh kerana menyingkirkan orang yang tidak ikhlas di dalamnya, tinggallah orang-orang yang teruji memiliki jiwa-jiwa kesatuan. Inilah sebuah sunnatullah yang senantiasa berlaku untuk membezakan antara loyang dan juga emas. Jadi, kita harus teguh beramal jamaa`i !
3. Bermanfaat bagi orang lain
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.' (HR. Qudsi dari Jabir).
Apabila kita melihat ukhwah dalam barisan da`wah ternyata belum seindah seperti seerah yang kita baca, atau ternyata hijab di kesatuan da`wah amat lemah, maka adalah sangat wajar kita kecewa. Tetapi kekecewaan itu janganlah dipelihara hingga membiak, jangan menjadikan kita bersungut, menuntut sesuatu, berkeluh kesah, apatah lagi sampai memisahkan diri dari saf. ‘Mari kita ubah sudut pandang dan kita tekankan bahawa segala kekurangan yang ada pada barisan da`wah kita adalah menjadi kewajipan kita untuk memperbaikinya. Jangan banyak mengharapkan, jadikan diri kita bermanfaat bagi orang lain. Insya`allah’
4. Penuhi hak sesama muslim
- Saling menasihati. (QS. Al Asr: 1-3)
Kekurangan dalam diri qiyadah, jundi, persatuan, pengurusan, hendaklah disampaikan dalam bentuk nasihat. Untuk yang sifatnya peribadi - sebagai adab nasihat- adalah disampaikan tidak dalam forum, tetapi disampaikan secara peribadi juga, berdua saja, dalam tujuan saling berpesan untuk nasihat menasihati dalam menatapi kesabaran. Kerana apabila kita memberi nasihat dihadapan orang banyak, maka itu sama seperti membuka aibnya dan menjatuhkan maruahnya, apalagi apabila sampai melakukan sidang seperti menghakimi seorang pendakwa. Sangatlah tipis perbezaan antara orang yang ingin menasihati kerana landasan kasih sayang, dengan orang yang menasihati kerana sekaligus ingin membuka aib saudaranya, sehingga membuat diri yang dinasihati seakan lebih rendah, dari yang menasihati.
- Lemah lembut. Allah Subhanahu Wa Ta`ala berfirman tentang salah satu ciri jundullah (tentara Allah), iaitu ‘.yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu`min’ (QS. Al Maidah: 54)
- Jangan dengki. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa Sallam bersabda, ‘Takutlah kamu semua akan sifat dengki kerana sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.’ (Riwayat Abu Daud dari Abi Hurairah)
- Jangan su`udzhan. Allah Subhanahu Wa Ta`ala berfirman, ‘Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain’ (QS. Al Hujuurat: 12)
- Rendah Hati. Allah Subhanahu Wa Ta`ala berfirman, ‘Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.’ (QS. An Naml: 215)
- Jangan Berbantahan Allah Subhanahu Wa Ta?ala berfirman, ‘..dan Janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menjadikan kamu gentar, dan hilang kekuatanmu’ (QS. Al Anfaal:46). Janganlah berbantah-bantahan sesama kita, padahal musuh di luar, sudah siap menerkam.
5. Musuh terbesar kita adalah syaitan
Musuh kita bukanlah seorang muslim, apatah lagi sesama aktivis. Musuh terbesar kita adalah syaitan dan bala tenteranya. Mereka senantiasa akan merosak ukhwah kita dari kiri, kanan, depan, dan belakang (QS. Al A`raf : 17). Hendaknya kita senantiasa ingat akan janji syaitan untuk menyesatkan hamba-hamba-Nya (QS. Al Israa : 62). Ini akan menjadi landasan kita untuk selalu menatap saudara kita dengan penuh kasih sayang kerana boleh jadi saat saudara kita menyakiti kita, adalah lantaran banyaknya syaitan di sekelilingnya yang terus menerus membisiknya untuk membenci kita, demikian pula sebaliknya, boleh jadi syaitan menghembuskan prasangka-prasangka di dalam fikiran kita. Maka, mari kita jadikan syaitan sebagai musuh utama.
6. Berjaya dalam da`wah bukanlah kerana kehebatan kita.
Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman, ‘Maka, bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka. Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melemparkan’ (Al Anfal 1)
Ayat ini menyatakan bahawa kemenangan dalam medan peperangan, juga dalam kejayaan da`wah, bukanlah kerana kepintaran kita dalam membuat strategi da`wah, tetapi adalah kerana pertolongan dari Allah. Jika tidak, maka apa bezanya kita dengan Qarun yang berkata, ‘Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku’(QS. Al Qashash : 78). Kita dapat lihat bagaimana kisah akhir kehidupan Seorang Qarun yang ditenggelamkan Allah Subhnahu Wa Ta`ala ke perut bumi.
7. Mujahid itu teman kita sendiri
Mujahid dan mujahidah itu sesungguhnya ada di sekeliling kita, di dekat kita, bersama kita. Ya, boleh jadi mereka adalah teman-teman kita sendiri. Maka sangat aneh apbila kita kerap kali menitikkan air mata saat ingat mujahid-mujahid di Palestin, Iraq, Chechnya, Afghanistan, dan lain-lain, tetapi dengan saudara-saudara mujahid di sesama persatuan sahaja, kita tidak mampu berlapang dada.
8. Ingat Mati
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Perbanyaklah kalian mengingat mati, sebab seorang hamba yang banyak mengingat mati, maka Allah akan menghidupkan hatinya, dan Allah akan meringankan baginya rasa sakit saat kematian.'
9. Berdoa ketika Solat malam.
Doa adalah senjata bagi orang-orang beriman dan apabila kita mendoakan saudara muslim kita yang lain tanpa pengetahuannya, maka para Malaikat akan berkata, ‘untuk kamu juga’. Rasulullah Salallahu Alaihi wa sallam bersabda, "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan Malaikat mendoakannya pula. Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula.' (HR. Muslim)
:: Penutup ::
Menyatakan diri sebagai orang beriman, sebagai seorang du`at (pengembang da`wah), sebagai seorang aktivis da`wah, sesungguhnya mengandungi pikulan yang tidak ringan. Iaitu kita senantiasa akan mendapat ujian keimanan dari Maha Pemilik 99 Al Asmaul Husna. Allah Subhanahu Wa Ta`ala berfirman, ‘Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara Kamu’ (QS. 9:16). Dan di surah lainnya, ‘Apakah kamu mengira kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta bermacam cubaan." (QS. Al-Baqarah : 214)
Tersenyumlah dalam duka dan tenanglah dalam suka. Insya`allah dengan mengingat sembilan kekuatan positif ini, akan membuat kita bersabar dan enggan berpisah dari jalan da`wah. ‘Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.’ (QS. Ali Imran : 139)
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat manfaat daripada ilmu ini. Wallahualam
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam, begitu juga sebaliknya. Semulia-mulia kamu ialah orang yang BERTAQWA.
"kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan suatu jaminan yang kekal. Apa yang ada hanyalah percubaan, kesabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi"