TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH
Memaparkan catatan dengan label Usrah Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usrah Diri. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Januari 2011

Revolusi Rakyat Malaysia : Bilakah?


Sebuah kebangkitan realistik perlu ada dalam setiap diri kita. Mengapa demikian? Cuba kalian lihat situasi dunia dari lensa politiknya. Kebangkitan yang hebat menguasi dalam setiap diri manusia-manusia itu.

Sering ana menguak lembaran demi lembaran politik dunia, ternyata situasi politik negara kita khususnya sangat terkebelakang! Ya, buktinya rakyat tidak dapat bersuara, anggota-anggota keselamatan ‘dikerajaankan’. Kenapa demikian? Jawablah mereka yang berkenaan.

Terkagum ana mengenai beberapa negara di Tanah Arab yang sering dipanggil Timur Tengah itu, kebangkitannya menggulingkan kerajaannya disepakati sekalian rakyat jelata. Bukan hanya golongan kecil sahaja menginginkan pemerintah mereka itu turun, golongan besar juga berperanan mengembalikan kedaulatan negaranya hinggakan kerajaan mereka ‘sempat’ lari ke luar negara dek nak menyelamatkan diri. Sampai bilakah demikian ya?

Kembali ke dunia realiti, situasi politik negara kita Malaysia yang dicintai, kuasa kita sebagai rakyat tak didengari. Apa suda jadi?! Sewajarnya satu anjakan paradigma mengenai semangat kebangkitan Rakyat Mesir dan seterusnya yang diikuti Tunisia juga Raja Abdullah II, dilakukan oleh kita Warga Malaysia.

Suara Rakyat tak diambil peduli, dengan kuasa lapuk selama beberapa tahun syok sendiri menguasai Malaysia, apalah salahnya pihak kerajaan Malaysia mengundur diri sebelum suara kebangkitan rakyat yang berjuta ini membuak!

Caranya mudah lagi berkesan, berikan mandat parti lain menguasi Bumi Malaysia ini! Bukan UMNO atau BN dan spisis-spisisnya lagi. Kalau kerajaan Malaysia telus dan berani, tentunya mereka berani memberikan ‘ruang’ dan’peluang’ kepada parti lain.

Justeru, dari apa yang dapat dilihat, politik dunia dan Malaysia sangat jauh kebelakangnya apalagi dari segi kepimpinan kerajaannya. Lihat sahajalah, Malaysia sebuah negara yang ‘sekangkang kera’ ini, pemimpinnya tidak mampu tangani masalah kemiskinan, kesihatan, ekonomi juga yang utamanya soal kemahuan rakyatnya yang inginkan Syariat ditegakkan!

Bagaimanalah dikatakan sebuah negara Islam, sedangkan tuasinya amat ‘jauh panggang dari api’. Dengan sewenangnya Pemimpin Persatuan Kaum Cina (MCA) menyenda dan memperlekehkan hukum Allah dan seterusnya menyakiti Ummat Islam Penghayatan (yang mengambil peduli)

Ya benar Perdana Menteri Malaysia beragama Islam (insya`allah) namun mengapa isterinya tidak didik melaksanakan Agama dengan penuh beretika dan tidak mengambil peduli akan kenyataan yang menyakitkan ummat Islam, yang dilakukan menterinya tidak di ambil peduli?!

Kalau inginkan rakyat mengambil tindakan, dia akan menggunakan kuasa vetonya pula. Ini bukan soal remeh. Tapi dia boleh buat tak tahu. Mungkin pemimpin itu tidak segan silu lagi kiranya murka Allah bertamu? Dan tentunya, senjata Orang Mukmin dengan kekuatan doa akan dipanjatkan!

Teruslah mengadu pada Pencipta, agar orang-orang yang tidak mempedulikan itu diberi peringatanNya.

Tenang, tentunya sudah berkocak semenjak umumnya calon bertanding. Dari kejauhan di bumi asing ini, ana doakan Tenang akan kembali tenang bersama kebangkitan rakyatnya yang tenang seterusnya Tentera-Tentera Allah turut sama hadir dalam perlawanan 1 lawan 1 yang menentukan, insya`allah berpihak kepada Parti Islam SeMalaysia.

Ingat janji yang ditaburi dan utamanya, perjuangkan Agama Allah. Pasti kalian selamat dunia Akhirat, Amin Ya Rabbal `Alamin.

Jumaat, 23 Julai 2010

Jika aku, kau dan semua tahu!!


“Jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan iman. Ketika itulah terasa bahawa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil berbanding balasan dan siksa Allah.

Menyedari bahawa dosa diri tidak akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun kita, jangan pernah berfikir bahawa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain! Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang banyak pengikutnya, orang kayakah? Semua kebaikan dan keburukan akan kembali kepada si yang melakukannya.

Maha Benar Allah dengan firmanNya dalam surah Al-An`am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu akan kembali dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Pernahkah kita menghitung dosa yang telah kita lakukan? Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Mungkin, hitungannya tiada beza dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.

Masihkah kita merasa selesa dengan mutu diri seperti itu?! Belumkah tersedar kalau tidak seorang pun mampu menjamin bahawa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersedar kalau tidak seorang pun merasa yakin bahawa esok dia masih dapat beramal? Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.

Menyedari bahawa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung. Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahawa kita begitu hina di hadapan Allah. Ketika itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Dia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun kerana jasa baik orang lain.

Apa yang kita dapatkan pun tidak lebih dari anugerah Allah yang tersalur melalui lingkungan kita. Kita pandai kerana ibu bapa memasukkan kita ke sekolah. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh adalah berasal dari warisan ibu bapa atau kerana berkah lingkungan yang Allah hidangkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah.

Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 hingga 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia mengkhendaki, nescaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah.”

Menyedari bahawa Syurga tidak akan dapat di masuki hanya dengan amal yang sedikit. Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahawa sudah menjadi kemestian sekiranya Allah akan memasukkan kita kedalam Syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tidak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti, pasti saya akan masuk Syurga,” begitulah keyakinan diri itu muncul kerana melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahawa, para generasi sehebat sahabat pun tidak pernah selesa kalau pun sudah ada jaminan mereka akan masuk Syurga. Dan seperti itulah dasar mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.



Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan : Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tidak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan perkara mudah : nyawa. Semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih Syurga.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-baqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Menyedari bahawa azab Allah teramat pedih. Apa yang boleh kita bayangkan ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tidak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tidak ada. Yang jelas dalam benak manusia ketika itu cuma pada dua pilihan : Syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang golongan manusia.


“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)


Mulalah bayangkan betapa pedihnya seksa neraka jika tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus dan selamanya.

Seperti apakah seksa neraka?? Rasulullah pernah menggambarkan suatu contoh seksa yang paling ringan. “Sesungguhnya seringan-ringan seksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan dia berpendapat bahawa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah? Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita? Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu.

Moga tausyiah ini bermanfaat buat diriku juga sekaliannya, insya`allah.

Jumaat, 29 Januari 2010

Kembali Lagi..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabat sekalian, maafkan saya kerana lama tidak mengemaskini laman blog ini. Bukan sengaja membiarkan ianya bersawang, tetapi memerapkan idea untuk diterjemahkan menjadi bahan yang kekal untuk perjuangan selain melihat aksi dan rentak-rentak bicara politik tanah air mahupun sejagat. Alhamdulillah. Insya`allah saya akan cuba ‘mengindahkan’ laman yang telah berlalang tinggi ini. Moga dengan azam dan semangat baru 1431 Hijrah, menguatkan saya istiqomah berkongsikan sesuatu yang bermanfaat, insya`allah.

Khamis, 20 Ogos 2009

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

Wahai manusia....
Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah, bulan termulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama!
Malam-malamnya adalah malam yang dinanti. Jam-jamnya adalah jam yang ditunggu.

Inilah bulan,"Dimana engkau DIUNDANG menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya. Pada bulan ini nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amalan-amalanmu diterima dan doa serta pintamu diijabah(dikabulkan). Bermohonlah kepada Allah untuk : Membimbingmu dalam melakukan sauum dan membaca kitabNya.
SUNGGUH CELAKA! ORANG YG TIDAK MENDAPAT AMPUNAN DI BULAN INI!!!Kenanglah rasa lapar dan hausmu sebagaimana kelaparan dan kehausan pada hari kiamat.

Bersedekahlah pada kaum fakir miskin...
Muliakan orang tuamu...
Sambunglah tali persaudaraan...
Jagalah lidahmu...!
Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal kamu memandangnya
dan tahan pula pendengaranmu dari apa yg tidak halal kamu mendengarnya..

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya anak yatim dikasihani manusia
Bertaubatlah kepada Allah akan dosa-dosamu..
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa disetiap sholatmu...
karena itulah saat utama ketika Allah azza wajala memandang hamba-Nya dgn PENUH KASIH.
Allah menjawab ketika mereka menyeru kepada-Nya. Dia MENYAMBUT ketika mereka memanggilnya dan Dia mengabulkan doa-doa ketika mereka bermunajat kepada-Nya.

Wahai manusia...
Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian maka bebaskanlah dirimu dengan istigfar...
Punggung-punggungmu berat kerana bebanan dosamu maka ringankanlah dengan melamakan sujudmu....Ketahuilah, Allah Subhanahu Wa Ta'ala bersumpah dgn SEGALA KEBESARAN-NYA bahawa ia tidak akan mengazab orang yang bersujud, tidak akan mengancam mereka dengan azabNya pada hari manusia berdiri di hadapanNya.

Wahai manusia...
Barangsiapa diantaramu memberi makan berbuka kepada kaum mukminin yg melaksanakan puasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan diberi ampunan atas dosa-dosanya yg lalu / Ada sahabat yg menyela khutbah Rasulullah ini..


"Kami tiada mampu berbuat demikian (menjamu orang berbuka) ?!
/ Lalu Rasulullah melanjutkan khutbahnya..
Jagalah diri kalian walaupun dengan SEBIJI KURMA.
Jagalah diri kalian walaupun dengan SETEGUK AIR


Wahai Manusia.
Barangsiapa yang memperindahkan akhlaknya di bulan ini...ia akan berhasil melewati siratalmustaqim...pada hari kaki-kaki tergelincir...
Barangsiap yang meringankan beban pekerjaan orang-orang yng dimilki tangan kanannya(orang yang dibawah kuasanya) dan membantunya di bulan ini...maka Allah akan meringankan PEMERIKSAAN ATAS DIRINYA di hari kiamat.
Barangsiapa yg menahan mazmumahnya (kejelekannya) di bulan ini, Allah akan menahan murkanya tatkala ia bertemu denganNya dihari kiamat.
Barangsiapa yg memuliakan anak yatim dibulan ini..Allah akan memuliakannya tatkala ia bertemu denganNya.
Barangsiapa yg menyambungkan tali silaturahim di bulan ini Allah akan menghubungkan ia dengan rahmatNya tatkala ia berjumpa denganNya.
Dan siapa yang memutuskan tali silaturahim di bulan ini, Allah akan memutuskan ia dari rahmatNya.

Barangsiapa yang melakukan solat sunat di bulan Ramadhan, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka...
Barangsiapa yang melaksanakan solat fardhu, baginya ganjaran seperti 70 solat fardhu di bulan lain.
Barangsiapa yang memperbanyak selawat kepadaku dibulan ini, Allah akan memperberatkan timbangan kebajikannya...pada hari ketika timbangan meringan.

Wahai manusia...
Sesungguhnya pintu-pintu Syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tak pernah lagi Ia akan menutupkannya bagimu...
Pintu-pintu neraka tertutup, maka bermohonlah kepada Rabbmu agar tidak akan pernah dibukakan bagimu.
Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar mereka tidak akan pernah lagi menguasaimu.


Lalu... Amirul Mukminin, Ali bin Abi Thalib bertanya; "Ya Rasulullah, amal apa yang paling utama di bulan ini?"
Rasulullah yang mulia menjawab, "Ya Abul Hasan, amalan yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah Subhanahuwata'ala."

(Hadist Riwayat Imam Ali)