Perjuangan yang berpanjangan, semata mencari REDHA ALLAH. AMAL MA`ARUF NAHI MUNGKAR.. mari sama kita bersatu kuatkan SAF perjuangan FI SABILILLAH.. BERIMAN, BERILMU, BERAMAL..SEGALANYA PERJUANGAN MENUJU JANNAH, INSYA`ALLAH..
Moga dengan kehadiran laman blog itu memberikan informasi bugar kepada khalayak, khususnya kepada Muslimat Negeri Sembilan dan amnya kepada sekalian warga Negeri Sembilan, insya`allah.
Bersamalah kita mengorak langkah, moga senantiasa dalam redha Allah.
Abul Faraj Ibnul Jauzi rahimahullahu ketika menerangkan ucapan Abu Thayyib Al-Mutanabbi mengatakan: “Aku tidak menganggap aib-aib manusia sebagai kekurangan, seperti kurangnya orang-orang yang mampu mencapai kesempurnaan.”
Beliau rahimahullahu berkata :”Sesungguhnya orang yang berakal berusaha menyempurnakan dirinya sampai pada batas maksima yang dia mampu. Seandainya digambarkan kepada anak Adam dirinya dapat naik ke atas langit, sungguh aku memandang kerelaannya tinggal di bumi ini merupakan seburuk-buruknya kekurangan. Jika saja kenabian dapat diperoleh dengan usaha yang sungguh-sungguh, nescaya aku memandang orang-orang yang meninggalkan upaya dalam mendapatkannya berada pada puncak kerendahan. Perjalanan hidup yang baik, menurut para ahli hikmah, adalah keluarnya suatu jiwa menuju puncak kesempurnaan yang mungkin dalam keilmuan dan amalan.”
Beliau berkata : “Secara ringkas, tidaklah dia tinggalkan satu keutamaan pun yang mungkin untuk dia raih melainkan da berusaha mendapatkannya. Kerana sesungguhnya merasa cukup adalah keadaan orang-orang yang rendah. Maka jadilah dirimu seorang yang kedua kakinya berpijak di atas tanah, akan tetapi cita-citanya berada pada bintang Tsurayya.
Jikalau engkau mampu untuk melampaui seluruh ulama dan orang-orang yang zuhud, maka lakukanlah. Kerana sesungguhnya mereka adalah lelaki dan engkau pun juga lelaki, dan tidaklah para pemalas itu bermalas-malasan melainkan karena rendahnya keinginan dan hinanya cita-citanya.
Ketahuilah, sungguh engkau berada pada medan pertempuran, sedangkan waktu itu akan berlalu dengan cepat. Maka janganlah engkau kekal dalam kemalasan. Tidaklah sesuatu itu dapat diluput melainkan kerana kemalasan dan tidaklah seseorang dapat meraih apa yang dicapainya melainkan dengan kesungguhan dan tekadnya yang bulat.”
Sahabat sekalian, maafkan saya kerana lama tidak mengemaskini laman blog ini. Bukan sengaja membiarkan ianya bersawang, tetapi memerapkan idea untuk diterjemahkan menjadi bahan yang kekal untuk perjuangan selain melihat aksi dan rentak-rentak bicara politik tanah air mahupun sejagat. Alhamdulillah. Insya`allah saya akan cuba ‘mengindahkan’ laman yang telah berlalang tinggi ini. Moga dengan azam dan semangat baru 1431 Hijrah, menguatkan saya istiqomah berkongsikan sesuatu yang bermanfaat, insya`allah.
Nasihat ini saya tujukan pada diri dan para pejuang Islam..
Dalam mengharungi bahtera kehidupan ini, kita melihat bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan :-
Golongan pertama adalah manusia dalam lingkungan masyarakat yang cinta akan kebaikan dan gemar melakukan kebajikan serta sangat suka menjalankan yang maaruf.
Golongan kedua adalah manusia dalam lingkungan masyarakat yang cinta kemungkaran, gemar melakukan maksiat dan dosa.
Demikianlah lingkungan di sekitar kita yang wujud hari ini.
Allah Subhanahu Wa ta`ala memberikan peringatan kepada kita dengan tegas dan jelas bahawa musibah akan terjadi kerana kemaksiatan yang dilakukan, tidak hanya menimpa para pelaku sahaja tetapi akan menimpa masyarakat sekitarnya. Firman Allah :-
“Dan takutlah kalian terhadap fitnah (musibah, petaka, bencana, siksa) yang benar-benar tidak hanya menimpa orang-orang zalim di antara kalian secara khusus. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha dahsyat siksaNya.”
Subhanallah sungguh peringatan yang Allah berikan bukanlah sebuah bicara kosong yang tak akan berlaku tetapi pasti terlaksana. Sungguh janji Allah adalah sebenar-benar janji dan pasti terjadi, musibah itu pasti akan datang silih berganti dan petaka tentu akan menimpa walau di mana pun berada. Siksaan Allah pasti akan menghancurkan bumi ini.
Apabila kemungkaran dilakukan, ketika maksiat dibiarkan, di saat pelakunya diagungkan di waktu perbuatannya dibiarkan, sungguh musibah itu pasti hadir.
Bagaimanakah dengan diri kita, yang mengaku pecinta kebenaran, para pendukung kema’rufan, seorang penggemar kebajikan, manusia pelaku kebaikan. Apakah kehidupan kita sudah terlepas dari kemungkaran? Apakah amal baik kita sudah terbebas dari dosa? Apakah kelakuan kita sehari-hari sudah murni tanpa kesalahan dan keburukan?
Sungguh naif bila kita mengaku sebagai pasukan pembasmi kemungkaran apabila diri kita terjerumus dalam dosa dan maksiat. Sungguh malulah apabila kita mengaku cinta kemaarufan sedangkan masih terlena dengan pujuk rayu dunia dan harta.
Sungguh zalim apabila kita mengaku gemar menjalankan kebajikan tetapi dalam diam kita melakukan kejelekan dan keburukan atau mungkin kitalah yang menjadi asbab turunnya musibah kerana kita tahu dan berilmu tetapi kita melanggar dan melakukan maksiat serta tidak mengamalkan ilmu yang ada.
Memang manusia sukar untuk terlepas dari lupa dan salah, sulit bagi manusia untuk bebas dari kejahatan dan keburukan kecuali bagi mereka yang Allah lindungi dan mereka yang diberi Rahmat oleh Allah, mereka yang senantiasa ingat kepada Allah, mereka yang selalu menjaga diri dari keburukan dan kejahatan sekecil apa pun.
Awalnya, saya mohon kemaafan kerana lama tak mengemaskini blog.
Bukan malas atau apa, tetapi saya merasakan banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan. Insya`allah selepas ini saya akan cuba mengemaskininya selalu. Apa yang saya akan bicarakan kali ini adalah berbentuk hak saya sebagai seorang manusia biasa yang perlu melontarkan sesuatu untuk menemui pencerahan dalamparti yang saya ikuti.
Semakin hari bermacam terjadi dengan parti yang saya sertai ini. Alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada parti dan ahli-ahli berkenaan untuk menyelesaikannya. Namun setiap waktu juga pihak-pihak tertentu membuat provokasi terhadap parti ini.
Beberapa orang inginkan pendapat saya. ”Akan ok lagi kalau PAS keluar dari PKR.” saya cuma membalas, ”Mungkin ada baiknya. Tetapi ada juga sebaliknya.”
Sebenarnya satu kesimpulan besar yang ingin saya buat terhadap parti yang saya sayangi kerana Allah ini, kembalilah tunding pada diri sendiri. Saya meyakini masih ada yang keruh antara ahli-ahli jamaah. Dan saya pasti setiap yang berlaku itu penyebabnya ada. Macam pokoklah, kalau akar tunjangnya tak elok, maka akan terbantut dan rosaklah pokok itu. Justeru, wajar saya kata, tunjang kepada parti itu sendiri telah rosak.
Dengan ini saya menyeru, kembalilah kepada Yang Syumul, ISLAM.buanglah segala sifat yang buruk. Dan seringlah muhasabah. Jadilah seorang manusia yang memiliki `satu rupa’.
Cantaslah mana yang perlu sebelum virusnya merebak hingga berkudis, bernanah, parah dan akhirnya... moga tidaklah itu terjadi.
Ok, setakat ini dulu. Moga di ambil perhatian. Jom Muhasabah.
Melihat tuasi pilihanraya kecil (PRK) DUN Bagan Pinang secara dekat dan sepenuhnya, pelbagai pengalaman baru bertamu. Dari menyertai perarakan di hari penamaan calon seminggu yang lalu, meruntinkan diri menjejakki Port Dickson di setiap malam, melaksanakan tugasan-tugasan yang perlu, menjadi kenangan istimewa bagi diri saya semenjak menyertai sama dalam safmuslimat.
Berlainan suasana tika Pilihan Raya Umum (PRU-12)lalu, bersama kumpulan muslimat berkhidmat di DUN Paroi, Parlimen Rembau demi memperjuangkan Islam bersama parti PAS. Berbeza juga dengan PRK yang telah sebanyak 8 kali berlngsungnya (tidak termasuk Bagan Pinang) perkhidmatan dari sekalian warga PAS di negeri-negeri lain diperlukan. Tidak sewaktu PRU, hanya memandang wajah yang setia yang sama sahaja Dari hari awal menyusun strategi hinggalah hari pengundian.
Ragam, perilaku dan perbuatan kedua-dua pihak penyokong parti yang bertanding dapat dilihat jelas. Selama ini, tidaklah saya pernah menginfakkan diri sepenuhnya di PRK yang telah berlangsung sebanyak 8 kali itu.
Bertemu sahabat-sahabat dari negeri-negeri lain yang membantu menjadikan diri bertambah ‘terhibur’ dan saling bertukar cerita dan yang utama menimba pengalaman berharga dari mereka yang telah bergiat aktif di setiap PRK yang berlangsung semenjak PRU tahu lalu.
Bagi diri kalah menang bukan alasannya, yang penting usaha-usaha kita yang sedikit itu diredhai Allah. Sangat saya berharap mewakili pihak muslimat, janganlah kita kesalkan kiranya kekalahan mentamui. Sesungguhnya seberat-berat ujian dalam perjuangan melawan ’Parti Rasuah dan Pemusnah’ itu adalah ketika Allah memberi kemenangan. Kerana Allah inginkan kita sekaliannya mempersiapkan diri dengan ilmu juga pengisian rohani.
Bersyukurlah kita walaupun kalah dalam PRK kali ini. Allah ingin menguji kekuatan diri kita. Adakah kita menyesal dengan perjuangan yang dilakukan selama menanti hari pengundian? Atau adakah kita akan terus menunding jari ke pihak mereka? Apa pun, fikirkanlah HIKMAH yang Allah Yang Maha Esa hidangkan buat kita.
Pertamanya kita perlu teruskan perjuangan mendaulatkan Agama Allah di muka bumi Malaysia ini. Bukan sekadar kata-kata tetapi perbuatan juga adalah peringatan yang utama Allah jamukan kepada kita.
Tuasi yang menjelekkan terlihat dari pihak bn-umno. Pelbagai provokasi dilemparkan oleh mereka demi untuk memulakan pertelingkahan dengan Pakatan Rakyat. Aksi ejek mengejek yang dicetuskan penyokong bn-umno tika meraih undi di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan.
Lain pula reaksi di penyokong Pakatan Rakyat, ada yang tenang tidak ketinggalan juga ada yang membalas dengan nada emosi juga.
Bagi saya yang ingin suasana yang harmoni dan diredhai, tadzkirah ringkas mengenai Sabarnya Rasulullah dalam mendepani ejekan-ejekan yang dilemparkan kepada baginda. Kata-kata keramat ’Fasbir Sabran Jamila’ tetap ana lontarkan penenang hati sendiri juga sekalian yang melalui tuasi tersebut. Ada sebahagiannyamenerima dengan terbuka tidak lain mencebikkan bibir tanda tidak menyetujui.
Perti acara ’kanak-kanak’ dapat disaksikan di sini. Pihak yang melakukan provokasi memulakan membaling botol tanda geram dan semua itu disusuli oleh Pakatan Rakyat pula kerana serangan di pihak bn-umno bertalu-talu.
Situasi sedemikian berterusan berlaku beberapa ketika yang lain akibat dari penggunaan kata-kata yang ’melampau’. Puak-puak mereka memulakan balingan batu. Dalam beberapa keadaan yang lain pertelingkahan itu dileraikan oleh pasukan unit simpanan persekutuan (FRU), namun perkara yang tidak diingini itu menyebabkan ada beberapa orang cedera.
Begitulah ragam dan gelagat seharian di tempat meraih undi. Apa yang ana rasakan kita perlulah berilmu dan senantiasa mempertingkatkan usaha pada diri untuk bersifat sabar dan tabah serta kentalkan jiwa apalagi raga untuk mendepani ’musuh-musuh Allah’ itu.
Saat ana melakarkan kata bagi rungan blog ini, pengumuman ketidakjayaan telah diketahui. Apapun, ana mengharapkan kita sekaliannya muhasabah kembali dengan ujian yang Allah hidangkan ini. Santaplah dengan hati yang terbuka dan redha, insya`allah.
Diterima juga sms dari teman-teman dan sahabat-sahabat, mencuitkah hibakah rasa diri di atas ketidakjayaan PAS dalam PRK kali ini? Demi Allah sesungguhnya ana sangat merasakan syukur walaupun tidak menang. Kerana ana tahui Allah sedang berbicara dengan diri juga sekalian kita. Sedarlah ujian itu bukanlah bersifat kekal, insya`allah kita sama muhasabah kembali, dan redhalah akan ketentuan Illahi.
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam, begitu juga sebaliknya. Semulia-mulia kamu ialah orang yang BERTAQWA.
"kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan suatu jaminan yang kekal. Apa yang ada hanyalah percubaan, kesabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi"