TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Rabu, 30 Januari 2008

Rakyat Menunggu Calon Yang BENAR & JUJUR

Dalam kepanasan suhu piliharaya ke 12 kian meningkat, kami ingin menarik perhatian kepada semua pihak yang nampak ghairah untuk melancarkan perang-perang habis-habisan untuk merebut kerusi di DUN mahupun di Parlimen.

Kita telah melalui pengelaman 50 tahun merdeka dan proses demokrasi yang sudah mencecah pilharanraya kali yang ke 12. Semada mekanisme atau proses demokrasi kita tidak ada yang cacat atau disebaliknya , namun yang penting kita telah mengakui akan menjaga demokrasi dan memilih jalan demokrasi untuk menguruskan pemilihan sebuah kerajaan setiap kira-kira 5 tahun sekali. Dalam pahit manis dan kegetiran menyertai pilihanraya sejak 1955 , seharusnya kita semakin matang dan berjiwa besar untuk berlaku adil dan bersikap benar kepada rakyat.
Sebenarnya berkhidmat kepada rakyatlah yang sepatutnya menjadi asas kenapa kita beria-ia untuk mendapat mandat memimpin dan merangkul kuasa. Sepatutnya hasrat ingin mengangkat nasib rakyat terbanyak terutama dikalangan mereka yang terus mendudukki strata terbawah dalam masyarakatlah yang seharusnya merangsang seseorang itu menawarkan diri untuk menjadi calon.

Sementara mereka yang ghairah menjadi calon itu kerap berbuih mulut cuba meyakinkan bahawa mereka mahu berkhidmat untuk rakyat , namun tidak dapat dinafikan ramai pula melihat kedudukan sebagai wakil rakyat sebagai peluang membuka pintu seluasnya untuk hidup selesa dan lumayan.

Kerap juga atas nama parti mereka mendakwa mahu bertanding kerana mahu mewakli hasrat kepimpinan parti , akan tetapi sudah terlalu kerap mereka itulah juga yang akhirnya dijangkiti sindrom mencari kesempatan membolot kekayaan setelah berjaya dipilih dalam pilihanraya.

Maka akan sering kita melihat seorang calon yang menang pilihanraya tidak akan menjadi lebih miskin atau lebih susah dari sebelum ia menjadi wakil rakyat. Kebanyakannya akan jelas menjadi lebih senang, lebih bergaya dan lebih mewah kehidupaannya dari sebelumnya. Bagi mereka yang dicalonkan semula dan menang , akan kelihatan mereka menjadi lebih selesa kerana sudah matang dan cekap menghidu kesempatan yang ada untuk membolot kekayaan.

Maka petanda seorang wakil rakyat dengan sifat-sifat ini dapat dilihat melalui rumah yang
besar , kereta yang mewah , perhiasan diri dan rumah yang berjenama , pejabat yang bergaya dan menginap di hotel-hotel mewah.

Lantaran itu rakyat yang awalnya benar-benar berharap bahawa calon yang dimenangkan itu akan meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat berakhir dengan kekecewaan .

Calon yang sebelumnya sanggup meredah jalan kampung yang tidak berturap , cuba menemui setiap insan rakyat di kawasan yang ditandingi dan sanggup merendah diri untuk bersama dengan orang tua yang terlantar dan hidup melarat , kemudian tidak menampakkan bayang selepas itu.

Semua ini hanya berlaku dalam tempoh yang sangat terbatas. Bila pilihanraya selesai , kenduri kemenangan dirayakan dengan terkorbannya lembu dan kambing dan bila ia sudah semakin terbiasa dengan karenah menguruskan pelbagai masalah rakyat , akan didapatilah wakil rakyat jenis ini segera belajar bagaimana untuk bergimik atau berPR dengan rakyat.

Asalkan jangan terlalu nyata tidak turun padang dan tidak menunjukkan diri ketika rakyat sangat memerlukan bantuan , wakil rakyat tersebut tidak akan berasa bersalah kerana urusan rakyat sebenarnya tidak menjadi terlalu penting berbandingkan urusannya untuk mencari peluang memantapkan kekayaannya.

Dengan yang demikian kami mengingatkan ,bahawa PR 12 ini yang memasuki umur kemerdekaan ke 50 tahun perlu menunjukkan wajah yang baru dikalangan aktor dan para politikus pilihanraya .
Pengumuman untuk mahu menarik diri dengan niat untuk memberi kata dua kepada pucuk pemimpin dan ada yang mendakwa masih boleh menawarkan diri untuk menjadi calon hendaklah dihentikan. Gimik untuk menarik perhatian rakyat tidak harus terus diamalkan.

PR 12 adalah pilihanraya yang penting dari sudut waktu yang sedang dilalui oleh rakyat Negara ini. Jangan hendaknya mereka yang ghairah menjadi calon berakhir menjadi pengkhianat kepada rakyat. Rakyat perlu menjadi semakin matang dan celik ketika memilih wakil mereka. Negara ini terlalu mahal untuk diperjudikan oleh mereka yang mempunyai niat mahu mengaut keuntungan bila menang pilihan raya.


Mohd Azmi Abdul Hamid
PRESIDEN TERAS

Selasa, 29 Januari 2008

Pembohongan Yang entah Ke Berapa...

BOHONGNYA DOLLAH

Penghapusan Kemiskinan Tegar Hampir Capai Sasaran, Kata AbdullahPUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Sasaran kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negara ini kini hampir mencapai matlamatnya; lebih awal daripada jangka waktu yang ditetapkan pada 2010, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata kemiskinan tegar telah dikurangkan daripada 1.2 peratus pada 2004 kepada 0.7 peratus tahun lepas.Angka itu diperolehi daripada statistik awal "household income survey" (tinjauan pendapatan isi rumah) yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun lepas dan kajian itu akan dimuktamadkan Mac depan, katanya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.Beliau berkata jika angka muktamad nanti menunjukkan bahawa kemiskinan tegar hanya 0.7 peratus daripada penduduk Malaysia, jentera pentadbiran kerajaan harus berusaha mengenalpasti siapa dan di mana baki keluarga kemiskinan tegar itu berada.

Jentera pentadbiran harus melihat kembali program-program yang tersedia dan membuat penambahbaikan agar sasaran tercapai, katanya.Bagi kadar kemiskinan pula, Abdullah berkata statistik awal menunjukkan ia telah dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 ke 3.5 peratus tahun lepas.Beliau berkata jurang pendapatan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar berkurangan dari nisbah pendapatan 1 kepada 2.11 pada 2004 ke 1 kepada 1.99 pada tahun 2007.(Maksudnya, pada 2004, jika setiap penduduk luar bandar berpendapatan RM1 maka setiap penduduk bandar pula berpendapatan RM2.11.

Dalam bahasa mudah, pendapatan penduduk bandar lebih dua kali ganda berbanding pendapatan penduduk luar bandar pada 2004 tetapi jurang itu telah dikurangkan tidak sampai dua kali ganda pada tahun lepas).TIBA TIBA .......

Program Jejak Fakir berjaya kesan kemiskinan tegar di kawasan PM

Mohd Sabri SaidKEPALA BATAS, 28 Jan (Hrkh) - Program Jejak Fakir anjuran PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) Kepala Batas semlam berjaya menyaksikan kemiskinan tegar masih ketara di parlimen yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional (BN) khusunya Parlimen Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selama ini, BN sengaja melindungi isu berkenaan dengan memaparkan cerita kemiskinan di negeri yang dimenangi pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya mereka boleh jatuh papa kedana ekoran pembangkang tidak boleh memberi kemodenan atau tidak bijak mengurus ekonomi.Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak berkata, rupa-rupanya di kawasan yang dikuasai Umno terutamanya di parlimen Perdana Menteri sendiri tahap kemiskinan masih tinggi.

Tidak sangka sambungnya, ada lagi golongan miskin hanya merasai tempias pembangunan sahaja walhal sekumpulan kroni yang rapat dengan tokoh nombor satu negara itu ketawa besar di samping menikmati habuan yang diterokai."BN dan Umno harus menilai pemerintahan mereka kerana terlalu banyak masyarakat miskin hidup dalam kesukaran berlainan dengan slogan yang dipaparkan," ujarnya. More...

sambungannya:

Sementara itu, Ketua KeAdiLan Bahagian Kepala Batas, Zaini Awang dalam kenyataanya menegaskan, sungguh malu bila mengetahui isu kemiskinan masih ketara di Pulau Pinang iaitu sebuah negeri yang kaya dengan percaturan politik Umno.

Masih ada lagi, rakyat yang tidak dapat bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ), Orang Kurang Upaya (OKU) diabaikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlepas pandang dan tiada bekalan air yang sempurna sedangkan negara sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan.

"Sedih sungguh melihat realiti rakyat sekarang ini terpaksa menanggung bebanan yang kerajaan lakukan. Inilah waktu yang paling sesuai untuk rakyat buat penilaian tukar pemerintahan yang menindas," katanya.

Program Jejak Fakir itu sekali gus membantu keluarga Yaacob Mat Isa yang menjagai kakaknya yang cacat penglihatan dan pekak, Jamilah @ Sharifah Mat Isa dari Kampung Permatang Tiga Ringgit.

Kehidupan mereka sekeluarga tempang kerana tiada sebarang bantuan dihulurkan, lebih menghairankan kakaknya adalah OKU yang diperakui kerana mempunyai kad berdaftar nombor LD024159.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tinggal selang dua buah rumah dari rumah usang mereka sekeluarga tidak prihatin terhadap nasib mereka yang daif.
Satu lagi keluarga yang sempat Jejak Fakir meninjau ialah Puan Che Tom Hashim seorang penyokong setia Umno sejak dulu.

Kini beliau mula sedar dengan kenaikan harga barang dan kesukaran mendapatkan rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) mendorong jiwanya untuk tidak memberi undi pada BN lagi.

Penghidupan tanpa air bersih dan menumpang tanah rezab Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dari 1991 sehingga kini banyak mengajarnya erti kebenaran.

"Orang yang kita undi kaya raya, kita yang bekerja penat memenangkan mereka tetap hidup dalam kepayahan sampai hari ini," jelasnya dengan nada sayu mengenangkan suaminya terpaksa memanjat kelapa untuk menyara hidup mereka yang tinggal berdekatan tali air Bumbung Lima, Kepala Batas.

Turut menziarahi keluarga miskin di Kepala Batas ialah YDP Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kepala Batas, Nasir Abu Bakar, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Suzriman Mohamad, Ketua KeAdiLan Bahagian Tasek Gelugor, Mohamad Hashim, Ketua Wanita KeAdiLan Tasek Gelugor, Puan Rosiah Arshad dan jawatankuasa peringkat bahagian dan kawasan masing-masing.

Pandainya Mengaburi...

Roslan SMS Corner

Kerajaan Malaysia keenam paling cekap di dunia!Ramai yang ternanti-nanti perjumpaan kakitangan awam dengan Perdana Menteri yang dijadualkan hari ini sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam kelapan tadi. Ada yang yakin ketika perjumpaan itu nanti, demi meringankan beban yang ditanggung oleh kakitangan awam ekoran kenaikkan kos hidup, PM Dollah Badawi akan mengumumkan pembayaran honorarium kepada semua kakitangan awam sebagaimana yang dituntut CUEPACS.Memandangkan kerajaan tidak membayar bonus pada hujung tahun lalu, CUEPACS telah menuntut agar kerajaan sebaliknya membayar honorarium kepada semua kakitangan awam iaitu sebanyak RM2,000.

Dengan kenaikkan kos hidup yang ternyata menekan itu, kenaikkan gaji kakitangan awam tahun lepas jelas tidak mencukupi untuk membantu kakitangan disektor ini berhadapan dengan harga barangan dan perkhidmatan yang terus-menerus naik.Lalu apabila berjumpa di Putrajaya siang tadi saya dapat membayangkan betapa hancurnya hati seluruh kakitangan awam apabila PM tidak pun menyentuh berkenaan tuntutan berkenaan. Apa yang disebut adalah bahawa kerajaan Malaysia adalah yang keenam paling terbaik di dunia dari sudut kecekapan menurut World Competitiviness Year Book yang dikelaurkan oleh IMD yang berpusat di Switzerland.Saya yang mendapat tahu perkara itu turut kagum dengan kakitangan awam kita tetapi saya tidak pasti samada PM sedar atau tidak, pencapaian tersebut adalah untuk tahun 2000 bukannya semasa.

Pada tahun 2000 bukannya beliau PM tetapi Tun Dr M. Mengapakah beliau tidak dedahkan pencapaian terbaru?Apa pun yang patut menerima kredit bagi saya adalah kakitangan awam, jika benar sudah baik maka wajarlah kerajaan berbelanjan untuk mereka. Malah CUEPACS puns ebelum ini telah menyatakan jika tidak dapat RM2,000 dapat RM1,000 pun tidak mengapa asalkan ia diberi dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Saya tidak pasti apakah pengumumannya, jika ada, sengaja dilewat-lewatkan sehingga menjelang pilihan raya atau memang tidak ada? Inilah perkara pokok yang perlu diberi perhatian kepada mana-mana kerajaan yang mahu berjuang untuk kebajikan rakyatnya. Mungkinkah Negara Berkebajikan yang mahu diperjuangkan PAS bakal mengambil kira perkara ini?

JOm Baca..

Bila Akhbar Menjadi Komik!

Min Ketua Perusuh

Selalunya bila kita membaca akhbar, kita akan dapati hanya berita yang serius dan penting sahaja yang akan menjadi tatapan kita. Ramai pemberita muda dan tua yang sanggup berkejar kesana kesini hanya untuk mendapatkan berita yang terkini dan sensasi. Malah ada yang diketahui sanggup mengeluarkan modal sendiri hanya untuk mendapatkan secebis maklumat yang kemudiannya diolah sebegitu baik dan boleh menjadikan bahan untuk tatapan semua pembaca (itupun setelah ditapis sewajarnya oleh pihak editor).

Biasanya bahan atau berita yang tersiar hanyalah bahan yang serius, namun kini anda dan saya boleh menjadikan akhbar sebagai satu bahan lawak yang boleh menggantikan komik. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengandaikan bahawa modal penulis dan penerbit siaran akhbar kini tidak lebih daripada sebahagian dari modal dalam sesebuah komik.

Bahan berita yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah kini menerobos ruang bacaan kita pada dada-dada akhbar harian. Malah ada beberapa akhbar harian yang semakin hari semakin berubah bentuknya sehinggakan boleh diklasifikasikan sebagai komik atau majalah. Ini kerana muta berita dan artikel yang disiarkan boleh diterjemahkan sebagai mengarut ataupun lelucon.
Bayangkan dalam beberapa waktu menghampiri kepada pilihanraya umum ke-12, hampir semua akhbar harian (pro BN) seperti sehaluan dengan memuji habis-habisan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi dan kerabatnya. Sehinggakan boleh dikatakan habis beberapa muka akhbar harian utama menunjukkan bahawa Kerajaan Bariasn Nasional prihatin dan mesra rakyat, sedangkan semua pihak tahu betapa buruknya pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Beberapa Menteri, Timbalan Menteri, Penasihat Agama dan Menteri Besar yang IQ mereka ditahap yang rendah seperti Najib Razak, Zainudin Maidin, Shahrizat Abdul Jalil, dan beberapa oleh lagi termasuk Khir Toyo nampaknya mudah sangat melatah dengan usikan daripada wartawan sehinggakan terlepas satu dua perkataan yang tidak sesuai.

Akhbar kini dilihat lebih menyediakan bahan-bahan yang berbentuk mengampu, membodek dan mengarut yang layaknya menjadi komik. Malah ada editor akhbar harian yang sanggup menggadaikan maruah diri dengan menjadi hamba kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan bahawa permit penerbitan akhbar harian ditukar menjadi permit (lesen) penerbitan komik atau majalah picisan. Barulah kena dengan maklumat yang dipaparkan olehnya. Jika mereka (pemilik syarikat akhbar) tidak berani menukarkan permit (lesen) mereka maka kita boleh melihat berapa hipokritnya mereka.

Jika mereka tidak mampu mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas daripada sumber-sumber mereka yang terhad, maka tiadalah salah untuk mereka mendapatkaannya dari mana-mana blog yang berintegriti.

Kepada para editor, wartawan dan jurugambar akhbar harian seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Harian Metro, Sinar Harian dan sebagainya yang masih lagi tidak mahu berubah daripada menjadi kuda tunggangan kepada parti pemerintan, maka eloklah anda berbuat demikian. Jangan biarkan orang ketawa bila membaca akhbar harian andaƂ… Jangan Jadi Komik.

Ahad, 27 Januari 2008

IMBASAN MINGGU LALU TIKA HADIRNYA PRESIDEN BERTEMU RAKYAT...


saat-saat awal ketibaan Presiden PAS. Penantian yang menjadi kenyataan. Alhamdulillah.




Kenderaan berkuasa besar masuk ke Dataran Muhibbah mendahului kederaan insan yang dinanti






Berkibarnya bendera PAS, menyambut kedatangan tetamu yang dinanti, Presiden yang dikasihi. berarak bersama rakyat hingga ke Dataran Muhibbah, bersama dibaitkan Thola al Badru alaina...


Langkah Barokah... Moga membawa perubahan pada negeriku ini setelah jejaknya Seorang Presiden ke Kawasan Dataran Muhibbah ini.. insya`allah. bersamalah kita doakan!


En Zulkifli, Tuan Presiden Yang dikagumi dan Timbalan Presiden yang menemui



Solat Zuhur berjemaah diimamkan seorang Presiden. Moga Berkatnya kita seluruh rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia dapat.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

bersamalah kita pergunakan amanat yang bermanfaat yang diberi oleh pemimpin kita. Teruskan perjuangan, jangan takut jangan gentar, hadapilah dengan sabar!

SALAM JIHAD FI SABILILLAH



ALHAMDULILLAH

Ketua Muslimat PAS bebas jam 1 pagi, 47 masih ditahan


KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh adalah antara 11 individu awal yang dibebaskan jam 1 pagi tadi dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), manakala 47 yang lain masih lagi dalam tahanan. -->
Turut dibebaskan bersama Ustazah Nuridah ialah suami beliau Mohd Azmi Azman dan mereka adalah antara 58 orang yang ditahan semalam atas dakwaan menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini.

Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Demikian menurut Ustazah Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengetahui perkembangan terkini kesemua tahanan terbabit.

"Saya dan suami dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Bagi saya penangkapan semalam adalah salah kerana saya tidak berhimpun sama sekali malah saya sedang membantu seorang wanita berketurunan India yang cedera akibat dikasari polis.

"Apabila polis arahkan bersurai, saya patuh tetapi mereka mengekori dan mengepung saya seterusnya menangkap saya dan lain-lain," katanya yang sedang bersiap untuk ke IPKKL tengah hari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Sementera itu, Nuridah turut menjelaskan kepada Harakahdaily, bahawa beliau tidak dapat mengenal pasti nama 9 individu yang dibebaskan pagi tadi namun menyatakan tujuh daripadanya berketurunan India mankala dua lagi berbangsa Cina.

"Ada yang ditangkap sekitar Wisma Central Jalan Ampang, dan bukannya di lokasi himpunan sepatutnya diadakan malah turut ditangkap individu yang memakai baju warna kuning," katanya.

"Nampaknya kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin takut dengan kebangkitan rakyat yang mahu memprotes kenaikan harga minyak dan barang yang 'menindas' hidup mereka. Oleh itu mereka melakukan pelbagai halangan untuk menyekat daripada mendengar suara hati rakyat," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberi semangat kepada semua pendokong, pejuang, aktivis dan pemimpin politik agar meneruskan perjuangan membela nasib hidup rakyat di samping mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan oleh BN tanpa rasa gentar.

"Jangat takut. Ini adalah lumrah perjuangan, pasti ada pelbagai halangan dan insya-Allah kita akan berjaya,", mengungkap kata-kata beliau.

"TERUSKAN PERJUANGAN WALAU BANYAK RINTANGAN, HADAPILAH DENGAN SABAR DAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN"

"YAKINLAH, janji ALLAH itu pasti"

macam-macam yang mereka cipta untuk membuatkan rakyat membenci mereka... alahaii... Pak Lah dan kuncu-kuncu kamu itu, nantikanlah saatnya!

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!


DR HATTA RAMLI DAN TIAN CHUA DITANGKAP POLIS KETIKA MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI DEPAN KLCC

Tangkapan sudah meningkat lebih 20 orang termasuk wartawan malaysiakini. Tak pasti pula apakah ada orang awam yang mahu membeli-belah atau lepak-lepak sekitar KLCC juga ditahan? Penangkapan terhadap wartawan adalah petanda kezaliman melampau dan gugatan besar terhadap kebebasan bersuara.

KUALA LUMPUR: Belum pun demonstrasi membantah kenaikan harga barang bermula di KLCC, tangkapan sudahpun dilakukan oleh pihak polis. Difahamkan sekurang-kurangnya enam orang Unit Amal PAS telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur.Haprak betul pasukan polis yang diperalat dan diperkudakan oleh Umno-BN. Haprak betul polis di bawah menterinya Abdullah Ahmad Badawi.Khabarnya seramai 5 orang muslimat PAS turut ditahan. Juga terbabit wartawan malaysiakini. Apa cerita ini Dollah, pemberita yang nak buat liputan pun kena serkup??? mana hak kebebasan seorang wartawan?!

Oopp, kawan bagitahu, ada lagi tangkapan .... Memang betul-betul takut Umno-nak hadapi suara rakyat yang makin menderita dengan keperitan bebanan hidup.Tak pasti sama ada demo Protes ini dapat dilangsungkan atau tidak. Dulu orang bercakap di Malaysia ada kebebasan bersuara tetapi tiada kebebasan selepas bersuara. Sekarang semuanya haprak, nak menuju ke tempat demonstrasi pun tak boleh, apatah lagi untuk nak sama-sama demo!

makin menjadi-jadi kezaliman yang mereka cipta. jangan takut jangan gentar, hadapinya dengan sabar. " innallah ha ma`assobirin". seolah-olah mereka nak jadi seperti MOSSAD mahupun Shin bet. kejam, zalim, tak peri insani. macam Israel laknatullah tu. manakah letaknya kebebasan bersuara di Malaysia kini...seolah-olah kita yang berjuang ni seperti musafir di negara sendiri.

marilah rakan seAgama ku... kita laksanakan tuntutan beragama. jangan sesekali berpaling. biarpun ancaman diberi mereka, hadapi dengan sebaiknya. INGATLAH janji-janji ALLAH itu pasti. teruskan langkah memperjuangkan Agama ALLAH ini.

jihad fi sabilillah

"SIMPATI, EMPATI, MEMPERJUANGKAN HAK ASASI"

-SMNS-
Jaringan Nasional Belia Mapan

Sabtu, 26 Januari 2008

IKHLASLAH DALAM BERDAKWAH

Titik akhir yang didambakan dari perjuangan kita adalah syahid di jalan Allah, kematian yang mulia di sisi Allah, syahid fi sabilillah. Menjadi seorang syuhada adalah impian semua pejuang di jalan Allah. Ada yang sudah menunaikannya, ada pula yang masih menunggu gilirannya.

" Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya) "
( QS. Al Ahzab: 23 )

Untuk mencapai cita-cita tertinggi itu bukan satu jalan yang mudah. Jalan untuk mencapainya penuh dengan o­nak dan duri, badai mahupun rintangan. Segala tentangan dan cubaan senantiasa muncul, baik dari diri kita mahupun dari persekitan. Untuk itu diperlukan kebersihan hati dan keikhlashan dalam setiap ketika. Apabila kita menemukan seorang aktivis yang tidak ikhlas, lepaskan dia dari barisan kita. Kerana hanya akan membuat barisan ini menjadi cacat dan pincang.

Ali bin Abi Thalib pernah mengatakan mengenai 4 sikap yang terpuji tapi susah dilakukan oleh sekaliannya. Keempat sikap itu ialah:

1. Memberi maaf ketika kita sedang marah.
2. Bersikap dermawan pada saat-saat krisis.
3. Menjaga diri dari perbuatan dosa ketika tidak ada orang lain (yang melihat kita).
4. Mengatakan yang haq kepada orang yang kita harapkan kebaikan darinya atau orang
yang kita takuti.

Keempat-empat sikap di atas memang sulit dan sukar untuk dilakukan, tetapi tidak akan sulit apabila pelakunya ikhlas. Kerana orang yang tidak ikhlas, mereka sebenarnya sedang tergelincir, tergelincir mengikuti hawa nafsunya. Salafus soleh mengatakan bahwa menundukkan hawa nafsu itu sebenarnya indah, sedangkan mengikuti hawa nafsu itulah yang sebenarnya padah.
Moga kita tidak menjadi seperti orang ini: dia sudah bertahun-tahun terlibat dalam dakwah dan tarbiyah, namun tidak ada pengaruh positif bagi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Orang ini pasif, ada atau tidak adanya dia tidak berpengaruh. Dia tidak memberi dukungan terhadap aktiviti dakwah. Tidak nampak perubahan positif padanya. Dia tidak memperhatikan unsur ketidak hadirannya dalam aktiviti dakwah. Dan dia tidak menyatakan keuzuran apabila menolak amanah dakwah.

Jadilah kita pejuang yang ikhlas dalam berdakwah. Berani menempuh perjalanan dan jangan sekali-kali gentar pada tentangan, perjalanan yang pernah ditempuh oleh Rasul dan para sahabatnya, perjalanan yang penuh dengan o­nak dan duri, untuk menggapai Redha Allah. Dan memiliki cita-cita tertinggi, iaitu mati syahid fisabilillah.

Insya`allah, moga kita mencapai maksud mencapai syahid. Ikhlaskan hati, bersihkan diri, istiqomah pada perbuatan yang diredhai, moga kitalah pejuang dakwah yang diberkati.
Salam jihad fi sabilillah.

MUJAHIDAH FI SABILILLAH
Muharam 1429 Hijrah

Isnin, 31 Disember 2007

SURAT KEPADA PERDANA MENTERI

31 hb Disember 2007
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum wr.wb.
BANTAHAN KEPADA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN

Kami menarik pehatian serius kepada isu Sidang Injil Borneo yang sedang mencabar pihak kerajaan yang melarang kitab Injil terjemahannya ke dalam Negara iniyang mengguna istilah Allah mengganti Tuhan dalam versi bahasa Malaysia.

Tindakan pihak kerajaan untuk mengharamkan kemasukkan buku, risalah dan kitab Injil dalam versi Bahasa Malaysia dan mengguna istilah yang mengelirukan umat Islam yang ingin dibawa masuk oleh Sidang Injil Borneo itu wajar berdasarkan larangan penganut agama lain dari menyebarkan agama lain dari Islam kepada orang Islam. Ini terdapat jelas dalam peruntukan Perkara 4Perlembagaan Persekutuan.

Dengan jelas kegiatan penyebar agama Kristian sememangnya mempunyai hasrat untuk menyasarkan umat Melayu Islam di Negara ini untuk beralih agama, maka tindakan Sidang Injil Borneo itu perlu dihalang agar tidak berlaku ketegangan agama di negara ini.

Alasan bahawa istilah Allah yang sudah lama digunaoleh Kristian Arab tidak dapat diterima kerana fahaman Allah penganut Kristian sema sekali bertentangan dengan konsep keEsaan Allah pada umat Islam. Ia jelas tidak selaras dengan konsep KeTuhanan Triniti yang ada dalam faham penganut Kristian terutama fahaman Roman Katolik.

Sesungguhnya hujah ilmiah dalam teologi agama telah lama memisahkan makna-makna keTuhanan yang ada dalamIslam supaya ia jelas menggariskan KeTauhidan yang tegas dan tidak berkompromi dengan faham KeTuhanan disisi agama lain. Oleh itu dengan hanya beralasankan bahawa Kristian Arab sudah mengguna istilah Allah tidak dapat diterima untuk membolehkan Sidang Injil Borneo sewenang-wenangnya menyebarkan risalahnya diNegara ini.

Untuk beralasan juga bahawa umat Islam tidak harus berfikiran sempit dengan menyekat pengaruh agama lain kepada umat Islam dalam dunia berteknologi canggih juga tidak dapat diterima, kerana tanggungjawab pihak berkuasa Islam di Negara ini adalah untuk menjaga dengan apa cara sekalipun aqidah umat Islam yang kini sedang menjadi sasaran golongan yang bermisi memurtadkan umat.

Kami menarik perhatian juga betapa sensitiviti pemerintah berfahaman komunis seperti Russia telah mengharamkan Rislah an-Nur karya cendekiawan agung Badiuzzaman Said Nursi pada tahun ini, hanya kerana dianggap bertentangan dengan fahaman komunis anutanNegara itu. Bukankah memulihara suatu yang sangat asasi dalam Islam iaitu aqidah KeTuhanan dari dirosakkan oleh dakyah mengenai faham Allah adalah lebih penting dari yang lain. Bagaimana mungkin kita membenarkan umat dikelirukan oleh pendakyah yang bermaksud untuk merosakkan aqidah umat dan mengalihkan mereka kepada agama lain?

Pihak kami menegaskan percubaan bertalu-talu pihakagama lain yang mahu kebebasan beragama di negara inidiamalkan dengan maksud membolehkan orang Melayu Islamboleh bertukar agama dengan mudah sangat berbahayakerana ia boleh memprovokasi kemarahan orang Islam.

Ini tidak bermakna orang Islam bersikap emosional dalam menyekat hak agama lain dari diamalkan secara bebas. Namun gerakan sengaja untuk memurtadkan orangIslam dengan berselindung disebalik istilah dan bahasa adalah sangat jahat dan merbahaya dalam konteks keplebagaian agama dan kaum di Negara ini.

Pengalaman di Indonesia yang memperlihatkan betapa umat Islam dijadikan sasaran oleh misionari Kristian melalui pelbagai cara termasuk mengguna istilah-istilah yang sama dalam agama Islam bagimenarik dan memenangi hati umat Islam kini sudah pun menunjukkan kemarahan orang Islam.

Kami menuntut agar pihak kerajaan bertegas dengan pendiriannya untuk melarang percubaan halus golongan yang mahu menukar wajah Negara ini sebagai Negara majoriti umat Islam.

Muslihat golongan Sidang Injil Borneo ini nampaknyaadalah satu lagi percubaan pihak tertentu untuk terus menimbulkan isu kebebasan beragama seperti yan telah dicuba berkali-kali dalam beberapa kes yang dibawa kemahkamah kebelakangan ini.

Kami mendapati adanya usaha yang berterusan untuk meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk akhirnya tunduk kepada kehendak golongan seperti ini melalui saluran undang-undang. Kami mengesa agar umat Islam berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai pendekatan yang cuba diguna oleh pendakyah agama lain ke atas orang Islam


Syeikh Abu Bakar Awang
YDP Persatuan Ulama Kedah


Hafis Nordin
Pengerusi BADAI


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Selasa, 25 Disember 2007

SENTAKLAH SEMUA INSAN!!

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagaimana khabar anda sekalian, moga sihat dan senantisa dalam rahmat juga keberkatan dariNYA.

Dikesempatan ruangan ini, ingin saya ketengankan serba sedikit mengenai isu yang hangat diperkatakan kini iaitu mengenai isu politik.

Banyak yang menyentakkan saya bahkan sekalian yang lain, bahawa politik negara kita kini terlalu jauh berbanding di musim-musim pemerintahan lampau. Ya segalanya banayak penyelewengan, penipuan, penindasan, kekejaman, kezaliman dan bermcam lagi. Saya minati politik di usia yang masih muda. Hingga ke usia yang telah menjangkau ini. Itulah yang saya dapat lihat segala kepincangan yang terjadi. Dari sudut lain pula, saya amat sedari masih ramai warga yang tidak memahami mengenai apa itu Politik Islam. Insya`allah akan saya ketengahkan berdasarkan landasan yang serenar yang dituntut dalam Agama Islam.

Sahabat sekalian,

Pernahkan anda fikirkan, sebuah Parti Islam diberi julukan sebagai ‘Pembangkang’??.. ya cukup pelik kan! Di mana letaknya sebuah kebanggaan yang diperkatakan sebagai ‘Negara Islam’ memberi iktiraf sebuah Parti Islam sebagai pembangkang! Anda pernah terfikir? Di mana martabat yang dibanggakan itu? Sebuah Negara Islam?

Hingga rakan taulan dari negara luar mengetengahkan pandangan mereka terhadap negara ini. Tidak dapat saya menyangkal kerana saya juga telah lama terfikir, tapi apakah ramai yang menyedari hakikat ini? Ambillah masa memikirkannya dari Semarang! Pertanyaan rakan taulan saya itu “Mana letaknya Sebuah Negara Islam? Sedangkan sebuah Parti Islam yang memperjuangkan segala Hukum Islam dikatakan Parti Pembangkang?”
Pelik kan. Tapi itulaha nyatanya pada Malaysia ini.
Ayuh sahabat, kita bangkit dari lena itu, kita BERSIH kan minda dari kekotoran yang menutupi.

Semua saya campur tika usia belum selayaknya mengundi mahupun terlibat dalam politik. Hingga segala program sama ada Parti Pemerintah buat atau Parti Perjuangan Islam ( Parti Islam Malaysia ) buat, saya hadiri sebagai pendengar. Tapi kini kesetiaan yang ada tidak akan saya palingkan seperti itu..insya`allah selamanya.

Sahabat sekalian,

Adakah anda fahami apa maksud hadari yang diteraju oleh pemerintah kini? Saya mencari dan mencari tidak ketinggalan juga saya bertanya pada yang arif tentang Bahasa Arab dan agama, jawapannya adalah ada pada diri Pak Lah itu sendiri dan… kita dapat lihat hadarinya adalah bebas dari segala aspek yang membelakangkan agama. Fikirkanlah kebenaran ini. Minta saya ulas, cukup panjang sekali. Kita lihat persekitaran kini, itulah hadari yang dicipta mereka. Pelbagai yang bertentangan sahaja.

Menyentuh isu banjir, ramai pula yang mengutuk Pencipta. Mengata yang tak sepatutnya. Siapakah yang menciptakan anda? Pencipta yang anda kata itulah yang menciptakan anda. Kenapa sanggup kata “Allah turunkan bala. Allah tak sayang kita” tak patut bicara begitu wahai insan sekalian. Dalam Al-quran dah perjelaskan. Itu adalah sebagai tanda-tanda Hari Qiamat sudah hampir. “Kerosakkan berlaku atas perbuatan tangan-tangan kamu sendiri”
Mana perginya hutan tempat makhluk yang lain?
Mana hilangnya tanah-tanah yang ranah?
Mana agin ingin pergi?
Akhirnya apa yang terjadi??

Tidak salah mengejar kemajuan, yang salahnya menggunakan segala untuk pembangunan dan kemewahan. Jadi di mana binatang-binatang dan makhluk-makhluk lain tu nak bertapa? Sarangnya dah tiada. Afala ta`kilun.. afala ta`kilun… afala ta`kilun. Berapa banyak ayat ni dalam Al-Quran? Segalanya memerintah kepada hambaNYA supaya berfikir.
Takutlah dengan ancaman Allah jangan takutkan ancaman manusia! Tapi kini banyak yang takutkan manusia daripadaa takutkan PENCIPTA.


Saya teruskan pada awal bicara tadi, moga sedikit sebanyak, ada manfaatnya, janganlah kita fikir, rezeki hanya datang jika mereka dan koncu-koncu mereka memerintah. Ketahuilah! Rezeki Allah berada di mana-mana dan telah ditentukan. Juga ketahuilah bahawa sesuatu yang dapatannya dengan cara kotor, itu bukanlah namanya rezeki. Anda ciptalah namanya yang tersendiri!



POLITIK KUFUR VS POLITIK ISLAM

Kebelakangan ini banyak perkembangan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar Negara telah menggugat kondisi parti pemerintah. Sekali gus telah membuka mata banyak pihak bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ telah terjadi atau sedang melanda system pemerintahan yang ada pada hari ini. berbanding dengan dulu, rakyat hanya menutup mata serta memendam rasa, berbunyi sini sana, dengan kezaliman dan ketidak adilan parti pemerintah, lantas kesedaran rakyat telah timbul dan bangkit menentang penindasan yang dicipta oleh pihak pemerintah. Dan parti pemerintah pula dilihat semakin tertekan dan terdesak dengan gelombang dan arus perubahan yang menerpa mereka, yang seakan amaran dari rakyat cukup serius tanpa gentar. Lihat apa yang telah berlaku di Pakistan. Myanmar, Indonesia dan tidak terkecuali di negara-negara kafir sekalipun seperti Amerika, United Kingdom mahupun Australia di mana iklim perubahan dah mula melanda. Rakyat pula semakin nampak dan membenci pemerintah dengan kezaliman, penyelewengan yang mereka laksanakan. Di negara kita, baru-baru ini telah membuat kejutan besar pada kerajaan dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang diadakan pada 10 November lalu yang dinamakan Perhimpunan BERSIH dan beberapa hari kemudiannya, wujud pula perhimpunan yang dianjurkan Hindu Rights Action Force yang singkatannya HindRAF, yang segalanya itu adalah menuntut keadilan kerana menyedari selama ini telah ditindas oleh parti ‘yang berkuasa sendiri’.

Wujud jua pandangan pro juga contra dengan apa yang berlaku, apa yang pasti ahĆ­la telah muncul satu mekanisme kesedaran politik di kalangan rakyat bahawa terdapat banyak kepincangan dengan ‘orang’ atau ‘sistem’ yang menguruskan mereka. Kesedaran ini muncul apabila rakyat mula merasa bahawa hak-hak mereka selama ini telah dirampas dan tidak ditunaikan oleh pemerintah. Justeru, tidak hairanlah jika di Myanmar, sami-sami-sami Budha yang sela ini tidak pernah berkecimpung dalam politik tiba-tiba turun padang dan bukan sekadar menyertai malah mengetuai himpunan besar-besaran menuntut perubahan dan hak-hak mereka. Jika dikalangan orang-orang kafir telah wujud statu kesedaran, apalagi kita yang Umat Islam ‘wajib’ mempunyai kesedaran yang melebihi meraka. Ini kerana kita seharusnya sedar bahawa kita wajib diurus oleh pemerintah dengan lunas-lunas Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya dengan sistem taghut ( selain Allah ). Kita juga berkewajipan mengetahui apakah hak dan tanggungjawab pemerintah berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Maka dengan ini, barulah kita tahu bahawa sama ada kita diatur dengan cara betul ( dengan hak ) atau dengan batil oleh pemerintah yang ada, dan jika diatur dengan batil maka wajib pula kita mengetahui apakah kewajipan yang Allah kenakan ke atas kita untuk membetulkan kebatilan ini. Inilah yang dinamakan ‘kesedaran politik’ dan kesedaran ini wajib ada pada setiap Umat Islam agar kita semua dapat memastikan satu sama lain hidup hanya dalam keadaan tunduk dan patuh hanya kepada ketentuan Allah dan Rasul.

wallahu `alam








Selasa, 18 Disember 2007

Propaganda : Kabus di Ufuk Minda

Baca! Sangat menarik!
Oleh rausyanfikir
Anda tidak perlu memiliki ijazah malah membaca buku teks yang tebal bagi memahami bagaimana minda anda dikawal oleh pemerintah yang zalim. Propaganda merupakan manipulasi pemikiran yang cukup bahaya kerana ianya berlaku ke atas seseorang individu itu tanpa disedarinya sepertimana yang berlaku kepada individu-individu yang lain di dalam masyarakat. Untuk kita mempertahankan diri kita daripada dikawal oleh propaganda syarat utama ialah anda harus mengetahui apakah propaganda tersebut. Propaganda merupakan satu modus operandi ataupun cara mengawal pemikiran manusia dalam keadaan sedar mahupun separa sedar mengikut seperti apa yang dihajatkan oleh si pembuatnya. Sebagai manusia kita mempunyai nafsu seperti mana haiwan dan di sudut 'kehaiwanan' inilah propaganda paling mudah untuk menusuk ke pemikirankita iaitu di sudut paling asas: nafsu. Seseorang manusia itu turut mempunyai cara melihat dan berfikir yang tersendiri yang dipanggil sebagai persepsi. Mekanisme kepada pemahaman seseorang itu terhadap sesuatu bergantung kepada persepsi awalnya dimana selalunya persepsi ini harus menempuhi bahagian emosi dalam minda, kemudian barulah ke fakulti pemikiran yang bersifat rasional.Maka, propanda ini secara umumnya sangat mudah dipengaruhi ke atas individu dan masyarakat dalam tiga corak pemikiran iaitu emotionalism (emosi), tribalism (perkauman/kumpulan) dan narcissism (pemusatan diri). Kita bersama, mereka tidakPemikiran tribalism ataupun perkauman wujud dalam diri setiap manusia di mana kita menyedari bahawa dalam sekumpulan manusia itu perlu ada hierarki kepimpinan dan pemimpin seperti mana yang ditunjukkan oleh sekumpulan Singa dan Gajah. Dalam ilmu psikologi Barat, antara prinsip asas yang dipersetujui oleh ahli psikologi ialah bahawasanya manusia pasti memerlukan seorang ketua untuk bergantung kepadanya dalam kehidupan sehari-harian.Dalam sekumpulan manusia ini, kadang kala berlaku pergeseran yangmenimbulkan masalah terhadap kumpulan tersebut. Contohnya, seseorang indvidu itu telah melanggar adat resam ataupun status quo (keadaansemasa) kumpulannya maka oleh sebab yang demikian individu tersebut akan dimarahi, dibenci dan dicemuh dengan begitu hebat oleh ahli kumpulan yang lain. Kita ambil senario `Perang Menentang Keganasan' yang dianjurkan olehPresiden Bush. Rakyat Amerika yang tidak menyokong perang ini akan dilabel sebagai pengkhianat Negara dan tidak patriotik dengan begitue mosional sekali ( tentunya isu ini sangat emosional).Mereka beranggapan dengan menyokong peperangan tersebut dengan sepenuh hati tentunya membuat mereka berasa patriotik, hakikatnya, sekumpulan manusia yang meluahkan perasaan sebegitu tidak ubah seperti sekumpulan haiwan. Ini kerana tindakan mereka itu jikalau dikaji dengan teliti menunjukkan kriteria tindak balas sekumpulan haiwan yang mana merekahanya menggunakan cara berfikir yang sangat emosional, tidak waras,dan cenderung kepada perasaan takut yang melahirkan perasaan untuk lari ataupun mempertahankan diri terhadap ancaman pengganas tersebut. Tidak lebih dari itu. Senario ini dapat disimpulkan bahawasanya seseorang individu mampu berfikir tetapi sekumpulan manusia yang berada dalam keadaan perkauman/perkumpulan tidak `berfikir' malah tidak mampu `berfikir' dengan baik. Aku tetap Aku Narcissism lahir dari susuk pemikiran yang dikotomi (dualistik)sifatnya iaitu melihat dunia ini antara keagungan ataupun kehinaan,baik ataupun buruk di mana tidak ada ruang langsung bagi idea yang berada di tengah-tengah antara kedua-duanya. Maka wujudlah masyarakat yang melabelkan diri mereka sebagai " Yang Terpilih" seperti mana orang Barat merasakan diri mereka agung dan kita di Timur ini tidak bertamadun sewaktu zaman penjajahan dahulu. Secara automatik dengan pemikiran narcissism ini, semua pengaruh ataupun idea yang tidak dipercayai atau diterimanya akan dianggap tidak berguna langsung malah tidak boleh wujud di dalam lingkaran pengaruh masyarakat yang berfikiran sebegini.Sebab itu bagi tentera Amerika untuk membunuh orang Iraq adalah tidak menjadi satu masalah yang besar kerana bagi mereka yang mana masyarakatnya begitu memusatkan diri mereka sebagai bangsa yang paling maju dan betamadun, justifikasi pembunuhan itu tidaklah begitu tragik sifatnya kerana orang Iraq pada tanggapan mereka hanyalah bangsa pengganas seperti mana yang dipropagandakan dalam media massa mereka. Daripada minda kepada tindakan Jikalau kita gabungkan ketiga-tiga elemen tersebut maka berlakulah propaganda seperti mana yang diharapkan oleh si pembuatnya. Jikalau seorang ketua sekumpulan manusia (baca: rakyat) itu membertahu ahlinya bahawa kedamaian dan prinsip kita sedang terancam oleh sekumpulan manusia yang ganas yang ingin memusnahkan kumpulan itu maka ahli kumpulan tadi akan tidak semena-mena bertindak seperti haiwan ( kerana tidak berfikir dan analisa) dan terus menyerang dalam segenap segi berupa fizikal ataupun mental. Satu-satunya Kementerian Propaganda yang pernah wujud di dunia ini ialah sewaktu rejim Nazi memerintah Jerman dahulu pada awal abadke-20. Joseph Goebbels yang merupakan Menteri Propaganda bagi rejimNazi pernah menyatakan:"…Untuk memastikan rakyat melangkah keluar untuk berperang, seseorang pemimpin itu hanya perlu memberitahu rakyatnya bahawa mereka sedang diserang, melabel orang yang tidak menyokong tindakan berperangitu sebagai pengkhianat yang membahayakan kepada masyarakat. Maka dengan itu, rakyat yang menerima panggilan peperangan itu akan betindak memulau dan melenyapkan sekumpulan manusia yang membantah itu daripada wujud di tengah-tengah masyarakat…dan teknik ini mampu dilaksanakan di setiap Negara yang ada di dunia ini. "Bapa kepada Public Relation (PR) ataupun Perhubungan Awam moden, Edward L. Bernays merupakan ahli propaganda yang paling agung diBarat. Beliau juga merupakan pendokong pemikiran psikoanalisis Sigmund Freud, ahli psikologi Yahudi yang cukup terkenal di Barat pada abad ke-20. Sebenarnya, PR dan Propaganda merupakan satu perkara yang sama kerana ia mempraktikkan manipulasi psikologi manusia mengikut kehendak pembuatnya. Pada tahun 1928, dalam buku bertajuk Propaganda, Bernays menulis:" Dalam sesebuah masyarakat yang demokratik, manipulasi kesedarandan pemikiran masyarakat terhadap pandangan dan pendapat umum adalah sangat penting. Sesiapa yang mampu memanipulasi mekanisme yang tidak dapat dilihat ini sebenarnya merupakan sebuah kerajaan yang tidak dapat dilihat yang juga dapat ditafsirkan sebagai hakikat pemerintahan yang sebenar dalam sesebuah Negara…"Dalam bukunya yang lain dengan tajuk In Crystallizing Public Opinion,Bernays menyatakan bahawa kerajaan dan industri pengiklanan dapat`menyusun dan mengarah pemikiran masyarakat seperti mana tentera dilatih untuk menerima arahan dengan begitu berkesan' dengan mengambil kesempatan terhadap kecenderungan manusia untuk tidak menganalisa idea yang berlawanan dengan status quo (keadaan) sekarang, mempergunakan semangat perkauman/perkumpulan yang sedia ada dalam diri setiap individu, mempergunakan sifat individualistik yang juga sedia ada dalam setiap individu dan mempergunakan kuasa pengaruh yang ada pada seseroang pemimpin yang berpengaruh.Bernay turut melahirkan dua kenyataan yang penting dalam karya tersebut. Yang pertama, beliau menyatakan bahawa:" Sesebuah kumpulan tidak akan berfikir dalam erti kata lain, tidak berfikir dengan cara yang betul. Dalam membuat keputusan, reaksi dalaman pertama yang timbul kebiasaannya ialah dengan mencontohi reaksi yang ditampilkan oleh pemimpin yang dipercayainya"Kenyataan yang ditampilkan oleh Bernays merupakan satu prinsip yang sudah sedia diterima pakai dalam pemikiran psikologi berkumpulan. Kenyataan yang kedua berfokus kepada sifat narcissism yang ada pada diri manusia iaitu sifat dikotomi dalam berfikir pada dua titik ekstrim (seperti contoh: baik atau buruk tidak ada sederhana) dan juga sifat eksklusif terhadap sesuatu perkara yang dipercayainya yang juga lahir daripada sifat narcissism tersebut:" individu harus mengambil tempat dalam hal ini. Dia tidak boleh hanya menjadi penonton kepada konflik dan harus berada di atas pentas konflik bagi menjadi sebahagian daripada hero penentangan `Kebaikkan ke atas Kejahatan'. Individu juga kebiasaanya cenderung untuk bersama dengan sesuatu yang lebih besar dan kuat daripadanya dan apabila berlaku sebegini minda mereka akan cenderung berfikiran secara stereotype (pukul rata) dan idea yang bersifat stereotype ini tidak semestinya menggambarkan kebenaran yang sepatutnya lahir daripada idea tersebut…Persepi adalah segalanya, kebenaran hanyalah masalah kecil ataupun tidak diperlukan langsung. "Merumuskan Propaganda Setelah meninjau penjelasan di atas kita dapat merumuskan bahawa:
1. Sekumpulan manusia yang ramai tidak dapat `berfikir' dengan baik dan cenderung dipengaruhi oleh emosi dalam proses `berfikir'.
2. Sekumpulan manusia itu akan pasti menuntut seorang pemimpin bagi melindungi mereka.
3. Cara mudah untuk melaksanakan propaganda ialah dengan memberitahu sekumpulan manusia itu bahawa mereka sedang diserang.
4. Sekumpulan manusia itu akan bersatu, mereka akan menentang sesiapa yang tidak akan berkesan dengan menconteng imej yang cukup buruk terhadap `musuh' mereka bagi melahirkan pemikiran dikotomi yang bersifat `Kita' (Us) and `Mereka' (Them).
5. Perlu melahirkan pemikiran bersetuju dengan idea yang diperjuangkan mereka dan terus keluar `berperang'.
6. Propaganda an suasana yang histeria ataupun tidak selamat bagi menjustifikasikan keburukkan `musuh' mereka.
7. Kebenaran tidak penting dalam hal ini yang penting hanyalah memanipulasi persepi sekumpulan manusia tersebut. Setelah anda mampu memahami penjelasan yang diberikan di atas, cuba kaitkan dengan keadaan semasa yang ada di Negara kita ini.
Seperkara lagi, dalam memastikan propanda berjalan dengan baik :-
antara faktor utama yang dapat membantunya ialah dengan mengulangi perkara tersebut dengan kerap pada setiap masa dan setiap keadaan. Selamat melindungi diri anda dari dipropagandakan.
Hak cipta terpelihara.

Jangan Samakanlah!!!

ROSLAN SMS
Saya membaca kenyataan Ketua Polis Negara di dalam Utusan Malaysia hari ini dengan penuh bimbang. Dari Kota Kinabalu beliau dilaporkan berkata bahawa pihak polis kini menumpukan siasatan terhadap dalang utama disebalik perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 10 November lalu. Kononnya selepas menahan lima pemimpin Hindraf (di bawah ISA) kini tumpuan polis beralih ke BERSIH. Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!BERSIH menganjurkan perhimpunan tempuh hari untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Istana Negara setelah diperkenankan oleh Tuanku. BERSIH terdiri dari gabungan NGO dan parti-parti politik (lebih 70 buah) yang berdaftar secara sah menurut lunas undang-undang. Mereka telah pun bertemu dengan pihak polis, dinasihatkan memohon permit, mereka pohon tetapi ditolak oleh pihak polis apabila menantu PM dan PM sendiri memberikan pelbagai ancaman. Rakyat jelata yang hadir pada 10 November lalu hadir dalam keadaan aman, tiada niat untuk mencetuskan sebarang kekacauan, malah unit khas untuk mengawal perhimpunan tersebut serta menjaga kebersihan turut dikerahkan. Pada dasarnya, tuntutan BERSIH yang diserahkan kepada Istana Negara juga masih waras, dalam lingkungan demokrasi yang merupakan amalan negara ini. Tiada kandungannya yang bertentangan dengan perlembagaan negara apalagi berbau perkauman, melampau atau mahu mencetuskan huru hara. Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!Beberapa aktivis yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH telah pun ditahan dan didakwa di mahkamah. Proses undang-undang perlulah dibiarkan berjalan tanpa dipengaruhi oleh apa-apa tekanan politik lebih-lebih lagi dari parti yang memerintah. Sebagaimana yang telah saya tulis dalam blog saya sebelum ini saya yakin yang mereka yang menyertai himpunan aman BERSIH itu semuanya terlibat atas kerelaan dan kesedaran masing-masing. Semuanya sayangkan negara dan mahu sistem demokrasi yang menjadi tunggak amalan negara diselamat dan dipulihkan. Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!Tindakan kami tidak mengancam keselamatan negara kecuali mungkin keselamatan dan keselesaan politik parti pemerintah. Kami yang hadir terdiri dari pelbagai kaum dan agama merelakan diri berhimpun secara aman atas keinsafan mahukan sebuah Malaysia yang bersih dan aman. Kami menyerahkan memorandum kepada Raja kami membuktikan kami percaya dan taat kepada Rukunegara, dan setelah berhimpun secara aman kami turut bersurai dengan aman juga. Tidak ada yang cedera atau kenderaan polis atau harta awam yang musnah kecuali dikalangan kami sendiri yang diperlakukan oleh pihak polis.Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!Oleh kerana BERSIH menjunjung kedaulatan undang-undang, maka anggotanya yang didakwa di mahkamah terbuka akan membela diri, tanpa pun mahu merayu kepada Presiden Umno atau MIC atau mengisytiharkan kononnya dipaksa menyertai himpunan ini. Tetapi jangan anggap kami sama dengan Hindraf lalu pemimpin kami mahu ditahan di bawah ISA sebagaimana pemimpin Hindraf! Jika ini berlaku, terbukti kerajaan yang ada ditadbir oleh mereka yang sudah hilang fokus dan tidak tahu membezakan antara hak masyarakat sivil dan mereka yang sengaja mahu mencetuskan huru-hara dan keganasan. Jika kerana menganjurkan himpunan aman BERSIH ini maka pemimpin BERSIH ditahan di bawah ISA kerana kononnya mengancam keselamatan negara, maka masyarakat sivil semuanya perlu bangun dan pastikan mereka yang anda berikan amanah untuk memimpin pada tahun 2004 lalu segera digantikan dalam pilihan raya umum ke 12 nanti kerana merekalah sebenarnya merupakan ancaman kepada negara, membiarkan mereka terus berkuasa bermakna mengundang bencana kepada negara. Jangan samakan Hindraf dengan BERSIH!