TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Selasa, 18 Disember 2007

Propaganda : Kabus di Ufuk Minda

Baca! Sangat menarik!
Oleh rausyanfikir
Anda tidak perlu memiliki ijazah malah membaca buku teks yang tebal bagi memahami bagaimana minda anda dikawal oleh pemerintah yang zalim. Propaganda merupakan manipulasi pemikiran yang cukup bahaya kerana ianya berlaku ke atas seseorang individu itu tanpa disedarinya sepertimana yang berlaku kepada individu-individu yang lain di dalam masyarakat. Untuk kita mempertahankan diri kita daripada dikawal oleh propaganda syarat utama ialah anda harus mengetahui apakah propaganda tersebut. Propaganda merupakan satu modus operandi ataupun cara mengawal pemikiran manusia dalam keadaan sedar mahupun separa sedar mengikut seperti apa yang dihajatkan oleh si pembuatnya. Sebagai manusia kita mempunyai nafsu seperti mana haiwan dan di sudut 'kehaiwanan' inilah propaganda paling mudah untuk menusuk ke pemikirankita iaitu di sudut paling asas: nafsu. Seseorang manusia itu turut mempunyai cara melihat dan berfikir yang tersendiri yang dipanggil sebagai persepsi. Mekanisme kepada pemahaman seseorang itu terhadap sesuatu bergantung kepada persepsi awalnya dimana selalunya persepsi ini harus menempuhi bahagian emosi dalam minda, kemudian barulah ke fakulti pemikiran yang bersifat rasional.Maka, propanda ini secara umumnya sangat mudah dipengaruhi ke atas individu dan masyarakat dalam tiga corak pemikiran iaitu emotionalism (emosi), tribalism (perkauman/kumpulan) dan narcissism (pemusatan diri). Kita bersama, mereka tidakPemikiran tribalism ataupun perkauman wujud dalam diri setiap manusia di mana kita menyedari bahawa dalam sekumpulan manusia itu perlu ada hierarki kepimpinan dan pemimpin seperti mana yang ditunjukkan oleh sekumpulan Singa dan Gajah. Dalam ilmu psikologi Barat, antara prinsip asas yang dipersetujui oleh ahli psikologi ialah bahawasanya manusia pasti memerlukan seorang ketua untuk bergantung kepadanya dalam kehidupan sehari-harian.Dalam sekumpulan manusia ini, kadang kala berlaku pergeseran yangmenimbulkan masalah terhadap kumpulan tersebut. Contohnya, seseorang indvidu itu telah melanggar adat resam ataupun status quo (keadaansemasa) kumpulannya maka oleh sebab yang demikian individu tersebut akan dimarahi, dibenci dan dicemuh dengan begitu hebat oleh ahli kumpulan yang lain. Kita ambil senario `Perang Menentang Keganasan' yang dianjurkan olehPresiden Bush. Rakyat Amerika yang tidak menyokong perang ini akan dilabel sebagai pengkhianat Negara dan tidak patriotik dengan begitue mosional sekali ( tentunya isu ini sangat emosional).Mereka beranggapan dengan menyokong peperangan tersebut dengan sepenuh hati tentunya membuat mereka berasa patriotik, hakikatnya, sekumpulan manusia yang meluahkan perasaan sebegitu tidak ubah seperti sekumpulan haiwan. Ini kerana tindakan mereka itu jikalau dikaji dengan teliti menunjukkan kriteria tindak balas sekumpulan haiwan yang mana merekahanya menggunakan cara berfikir yang sangat emosional, tidak waras,dan cenderung kepada perasaan takut yang melahirkan perasaan untuk lari ataupun mempertahankan diri terhadap ancaman pengganas tersebut. Tidak lebih dari itu. Senario ini dapat disimpulkan bahawasanya seseorang individu mampu berfikir tetapi sekumpulan manusia yang berada dalam keadaan perkauman/perkumpulan tidak `berfikir' malah tidak mampu `berfikir' dengan baik. Aku tetap Aku Narcissism lahir dari susuk pemikiran yang dikotomi (dualistik)sifatnya iaitu melihat dunia ini antara keagungan ataupun kehinaan,baik ataupun buruk di mana tidak ada ruang langsung bagi idea yang berada di tengah-tengah antara kedua-duanya. Maka wujudlah masyarakat yang melabelkan diri mereka sebagai " Yang Terpilih" seperti mana orang Barat merasakan diri mereka agung dan kita di Timur ini tidak bertamadun sewaktu zaman penjajahan dahulu. Secara automatik dengan pemikiran narcissism ini, semua pengaruh ataupun idea yang tidak dipercayai atau diterimanya akan dianggap tidak berguna langsung malah tidak boleh wujud di dalam lingkaran pengaruh masyarakat yang berfikiran sebegini.Sebab itu bagi tentera Amerika untuk membunuh orang Iraq adalah tidak menjadi satu masalah yang besar kerana bagi mereka yang mana masyarakatnya begitu memusatkan diri mereka sebagai bangsa yang paling maju dan betamadun, justifikasi pembunuhan itu tidaklah begitu tragik sifatnya kerana orang Iraq pada tanggapan mereka hanyalah bangsa pengganas seperti mana yang dipropagandakan dalam media massa mereka. Daripada minda kepada tindakan Jikalau kita gabungkan ketiga-tiga elemen tersebut maka berlakulah propaganda seperti mana yang diharapkan oleh si pembuatnya. Jikalau seorang ketua sekumpulan manusia (baca: rakyat) itu membertahu ahlinya bahawa kedamaian dan prinsip kita sedang terancam oleh sekumpulan manusia yang ganas yang ingin memusnahkan kumpulan itu maka ahli kumpulan tadi akan tidak semena-mena bertindak seperti haiwan ( kerana tidak berfikir dan analisa) dan terus menyerang dalam segenap segi berupa fizikal ataupun mental. Satu-satunya Kementerian Propaganda yang pernah wujud di dunia ini ialah sewaktu rejim Nazi memerintah Jerman dahulu pada awal abadke-20. Joseph Goebbels yang merupakan Menteri Propaganda bagi rejimNazi pernah menyatakan:"…Untuk memastikan rakyat melangkah keluar untuk berperang, seseorang pemimpin itu hanya perlu memberitahu rakyatnya bahawa mereka sedang diserang, melabel orang yang tidak menyokong tindakan berperangitu sebagai pengkhianat yang membahayakan kepada masyarakat. Maka dengan itu, rakyat yang menerima panggilan peperangan itu akan betindak memulau dan melenyapkan sekumpulan manusia yang membantah itu daripada wujud di tengah-tengah masyarakat…dan teknik ini mampu dilaksanakan di setiap Negara yang ada di dunia ini. "Bapa kepada Public Relation (PR) ataupun Perhubungan Awam moden, Edward L. Bernays merupakan ahli propaganda yang paling agung diBarat. Beliau juga merupakan pendokong pemikiran psikoanalisis Sigmund Freud, ahli psikologi Yahudi yang cukup terkenal di Barat pada abad ke-20. Sebenarnya, PR dan Propaganda merupakan satu perkara yang sama kerana ia mempraktikkan manipulasi psikologi manusia mengikut kehendak pembuatnya. Pada tahun 1928, dalam buku bertajuk Propaganda, Bernays menulis:" Dalam sesebuah masyarakat yang demokratik, manipulasi kesedarandan pemikiran masyarakat terhadap pandangan dan pendapat umum adalah sangat penting. Sesiapa yang mampu memanipulasi mekanisme yang tidak dapat dilihat ini sebenarnya merupakan sebuah kerajaan yang tidak dapat dilihat yang juga dapat ditafsirkan sebagai hakikat pemerintahan yang sebenar dalam sesebuah Negara…"Dalam bukunya yang lain dengan tajuk In Crystallizing Public Opinion,Bernays menyatakan bahawa kerajaan dan industri pengiklanan dapat`menyusun dan mengarah pemikiran masyarakat seperti mana tentera dilatih untuk menerima arahan dengan begitu berkesan' dengan mengambil kesempatan terhadap kecenderungan manusia untuk tidak menganalisa idea yang berlawanan dengan status quo (keadaan) sekarang, mempergunakan semangat perkauman/perkumpulan yang sedia ada dalam diri setiap individu, mempergunakan sifat individualistik yang juga sedia ada dalam setiap individu dan mempergunakan kuasa pengaruh yang ada pada seseroang pemimpin yang berpengaruh.Bernay turut melahirkan dua kenyataan yang penting dalam karya tersebut. Yang pertama, beliau menyatakan bahawa:" Sesebuah kumpulan tidak akan berfikir dalam erti kata lain, tidak berfikir dengan cara yang betul. Dalam membuat keputusan, reaksi dalaman pertama yang timbul kebiasaannya ialah dengan mencontohi reaksi yang ditampilkan oleh pemimpin yang dipercayainya"Kenyataan yang ditampilkan oleh Bernays merupakan satu prinsip yang sudah sedia diterima pakai dalam pemikiran psikologi berkumpulan. Kenyataan yang kedua berfokus kepada sifat narcissism yang ada pada diri manusia iaitu sifat dikotomi dalam berfikir pada dua titik ekstrim (seperti contoh: baik atau buruk tidak ada sederhana) dan juga sifat eksklusif terhadap sesuatu perkara yang dipercayainya yang juga lahir daripada sifat narcissism tersebut:" individu harus mengambil tempat dalam hal ini. Dia tidak boleh hanya menjadi penonton kepada konflik dan harus berada di atas pentas konflik bagi menjadi sebahagian daripada hero penentangan `Kebaikkan ke atas Kejahatan'. Individu juga kebiasaanya cenderung untuk bersama dengan sesuatu yang lebih besar dan kuat daripadanya dan apabila berlaku sebegini minda mereka akan cenderung berfikiran secara stereotype (pukul rata) dan idea yang bersifat stereotype ini tidak semestinya menggambarkan kebenaran yang sepatutnya lahir daripada idea tersebut…Persepi adalah segalanya, kebenaran hanyalah masalah kecil ataupun tidak diperlukan langsung. "Merumuskan Propaganda Setelah meninjau penjelasan di atas kita dapat merumuskan bahawa:
1. Sekumpulan manusia yang ramai tidak dapat `berfikir' dengan baik dan cenderung dipengaruhi oleh emosi dalam proses `berfikir'.
2. Sekumpulan manusia itu akan pasti menuntut seorang pemimpin bagi melindungi mereka.
3. Cara mudah untuk melaksanakan propaganda ialah dengan memberitahu sekumpulan manusia itu bahawa mereka sedang diserang.
4. Sekumpulan manusia itu akan bersatu, mereka akan menentang sesiapa yang tidak akan berkesan dengan menconteng imej yang cukup buruk terhadap `musuh' mereka bagi melahirkan pemikiran dikotomi yang bersifat `Kita' (Us) and `Mereka' (Them).
5. Perlu melahirkan pemikiran bersetuju dengan idea yang diperjuangkan mereka dan terus keluar `berperang'.
6. Propaganda an suasana yang histeria ataupun tidak selamat bagi menjustifikasikan keburukkan `musuh' mereka.
7. Kebenaran tidak penting dalam hal ini yang penting hanyalah memanipulasi persepi sekumpulan manusia tersebut. Setelah anda mampu memahami penjelasan yang diberikan di atas, cuba kaitkan dengan keadaan semasa yang ada di Negara kita ini.
Seperkara lagi, dalam memastikan propanda berjalan dengan baik :-
antara faktor utama yang dapat membantunya ialah dengan mengulangi perkara tersebut dengan kerap pada setiap masa dan setiap keadaan. Selamat melindungi diri anda dari dipropagandakan.
Hak cipta terpelihara.

Tiada ulasan: