TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Isnin, 31 Disember 2007

SURAT KEPADA PERDANA MENTERI

31 hb Disember 2007
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum wr.wb.
BANTAHAN KEPADA PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN

Kami menarik pehatian serius kepada isu Sidang Injil Borneo yang sedang mencabar pihak kerajaan yang melarang kitab Injil terjemahannya ke dalam Negara iniyang mengguna istilah Allah mengganti Tuhan dalam versi bahasa Malaysia.

Tindakan pihak kerajaan untuk mengharamkan kemasukkan buku, risalah dan kitab Injil dalam versi Bahasa Malaysia dan mengguna istilah yang mengelirukan umat Islam yang ingin dibawa masuk oleh Sidang Injil Borneo itu wajar berdasarkan larangan penganut agama lain dari menyebarkan agama lain dari Islam kepada orang Islam. Ini terdapat jelas dalam peruntukan Perkara 4Perlembagaan Persekutuan.

Dengan jelas kegiatan penyebar agama Kristian sememangnya mempunyai hasrat untuk menyasarkan umat Melayu Islam di Negara ini untuk beralih agama, maka tindakan Sidang Injil Borneo itu perlu dihalang agar tidak berlaku ketegangan agama di negara ini.

Alasan bahawa istilah Allah yang sudah lama digunaoleh Kristian Arab tidak dapat diterima kerana fahaman Allah penganut Kristian sema sekali bertentangan dengan konsep keEsaan Allah pada umat Islam. Ia jelas tidak selaras dengan konsep KeTuhanan Triniti yang ada dalam faham penganut Kristian terutama fahaman Roman Katolik.

Sesungguhnya hujah ilmiah dalam teologi agama telah lama memisahkan makna-makna keTuhanan yang ada dalamIslam supaya ia jelas menggariskan KeTauhidan yang tegas dan tidak berkompromi dengan faham KeTuhanan disisi agama lain. Oleh itu dengan hanya beralasankan bahawa Kristian Arab sudah mengguna istilah Allah tidak dapat diterima untuk membolehkan Sidang Injil Borneo sewenang-wenangnya menyebarkan risalahnya diNegara ini.

Untuk beralasan juga bahawa umat Islam tidak harus berfikiran sempit dengan menyekat pengaruh agama lain kepada umat Islam dalam dunia berteknologi canggih juga tidak dapat diterima, kerana tanggungjawab pihak berkuasa Islam di Negara ini adalah untuk menjaga dengan apa cara sekalipun aqidah umat Islam yang kini sedang menjadi sasaran golongan yang bermisi memurtadkan umat.

Kami menarik perhatian juga betapa sensitiviti pemerintah berfahaman komunis seperti Russia telah mengharamkan Rislah an-Nur karya cendekiawan agung Badiuzzaman Said Nursi pada tahun ini, hanya kerana dianggap bertentangan dengan fahaman komunis anutanNegara itu. Bukankah memulihara suatu yang sangat asasi dalam Islam iaitu aqidah KeTuhanan dari dirosakkan oleh dakyah mengenai faham Allah adalah lebih penting dari yang lain. Bagaimana mungkin kita membenarkan umat dikelirukan oleh pendakyah yang bermaksud untuk merosakkan aqidah umat dan mengalihkan mereka kepada agama lain?

Pihak kami menegaskan percubaan bertalu-talu pihakagama lain yang mahu kebebasan beragama di negara inidiamalkan dengan maksud membolehkan orang Melayu Islamboleh bertukar agama dengan mudah sangat berbahayakerana ia boleh memprovokasi kemarahan orang Islam.

Ini tidak bermakna orang Islam bersikap emosional dalam menyekat hak agama lain dari diamalkan secara bebas. Namun gerakan sengaja untuk memurtadkan orangIslam dengan berselindung disebalik istilah dan bahasa adalah sangat jahat dan merbahaya dalam konteks keplebagaian agama dan kaum di Negara ini.

Pengalaman di Indonesia yang memperlihatkan betapa umat Islam dijadikan sasaran oleh misionari Kristian melalui pelbagai cara termasuk mengguna istilah-istilah yang sama dalam agama Islam bagimenarik dan memenangi hati umat Islam kini sudah pun menunjukkan kemarahan orang Islam.

Kami menuntut agar pihak kerajaan bertegas dengan pendiriannya untuk melarang percubaan halus golongan yang mahu menukar wajah Negara ini sebagai Negara majoriti umat Islam.

Muslihat golongan Sidang Injil Borneo ini nampaknyaadalah satu lagi percubaan pihak tertentu untuk terus menimbulkan isu kebebasan beragama seperti yan telah dicuba berkali-kali dalam beberapa kes yang dibawa kemahkamah kebelakangan ini.

Kami mendapati adanya usaha yang berterusan untuk meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk akhirnya tunduk kepada kehendak golongan seperti ini melalui saluran undang-undang. Kami mengesa agar umat Islam berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai pendekatan yang cuba diguna oleh pendakyah agama lain ke atas orang Islam


Syeikh Abu Bakar Awang
YDP Persatuan Ulama Kedah


Hafis Nordin
Pengerusi BADAI


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Tiada ulasan: