TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Selasa, 25 Disember 2007

SENTAKLAH SEMUA INSAN!!

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagaimana khabar anda sekalian, moga sihat dan senantisa dalam rahmat juga keberkatan dariNYA.

Dikesempatan ruangan ini, ingin saya ketengankan serba sedikit mengenai isu yang hangat diperkatakan kini iaitu mengenai isu politik.

Banyak yang menyentakkan saya bahkan sekalian yang lain, bahawa politik negara kita kini terlalu jauh berbanding di musim-musim pemerintahan lampau. Ya segalanya banayak penyelewengan, penipuan, penindasan, kekejaman, kezaliman dan bermcam lagi. Saya minati politik di usia yang masih muda. Hingga ke usia yang telah menjangkau ini. Itulah yang saya dapat lihat segala kepincangan yang terjadi. Dari sudut lain pula, saya amat sedari masih ramai warga yang tidak memahami mengenai apa itu Politik Islam. Insya`allah akan saya ketengahkan berdasarkan landasan yang serenar yang dituntut dalam Agama Islam.

Sahabat sekalian,

Pernahkan anda fikirkan, sebuah Parti Islam diberi julukan sebagai ‘Pembangkang’??.. ya cukup pelik kan! Di mana letaknya sebuah kebanggaan yang diperkatakan sebagai ‘Negara Islam’ memberi iktiraf sebuah Parti Islam sebagai pembangkang! Anda pernah terfikir? Di mana martabat yang dibanggakan itu? Sebuah Negara Islam?

Hingga rakan taulan dari negara luar mengetengahkan pandangan mereka terhadap negara ini. Tidak dapat saya menyangkal kerana saya juga telah lama terfikir, tapi apakah ramai yang menyedari hakikat ini? Ambillah masa memikirkannya dari Semarang! Pertanyaan rakan taulan saya itu “Mana letaknya Sebuah Negara Islam? Sedangkan sebuah Parti Islam yang memperjuangkan segala Hukum Islam dikatakan Parti Pembangkang?”
Pelik kan. Tapi itulaha nyatanya pada Malaysia ini.
Ayuh sahabat, kita bangkit dari lena itu, kita BERSIH kan minda dari kekotoran yang menutupi.

Semua saya campur tika usia belum selayaknya mengundi mahupun terlibat dalam politik. Hingga segala program sama ada Parti Pemerintah buat atau Parti Perjuangan Islam ( Parti Islam Malaysia ) buat, saya hadiri sebagai pendengar. Tapi kini kesetiaan yang ada tidak akan saya palingkan seperti itu..insya`allah selamanya.

Sahabat sekalian,

Adakah anda fahami apa maksud hadari yang diteraju oleh pemerintah kini? Saya mencari dan mencari tidak ketinggalan juga saya bertanya pada yang arif tentang Bahasa Arab dan agama, jawapannya adalah ada pada diri Pak Lah itu sendiri dan… kita dapat lihat hadarinya adalah bebas dari segala aspek yang membelakangkan agama. Fikirkanlah kebenaran ini. Minta saya ulas, cukup panjang sekali. Kita lihat persekitaran kini, itulah hadari yang dicipta mereka. Pelbagai yang bertentangan sahaja.

Menyentuh isu banjir, ramai pula yang mengutuk Pencipta. Mengata yang tak sepatutnya. Siapakah yang menciptakan anda? Pencipta yang anda kata itulah yang menciptakan anda. Kenapa sanggup kata “Allah turunkan bala. Allah tak sayang kita” tak patut bicara begitu wahai insan sekalian. Dalam Al-quran dah perjelaskan. Itu adalah sebagai tanda-tanda Hari Qiamat sudah hampir. “Kerosakkan berlaku atas perbuatan tangan-tangan kamu sendiri”
Mana perginya hutan tempat makhluk yang lain?
Mana hilangnya tanah-tanah yang ranah?
Mana agin ingin pergi?
Akhirnya apa yang terjadi??

Tidak salah mengejar kemajuan, yang salahnya menggunakan segala untuk pembangunan dan kemewahan. Jadi di mana binatang-binatang dan makhluk-makhluk lain tu nak bertapa? Sarangnya dah tiada. Afala ta`kilun.. afala ta`kilun… afala ta`kilun. Berapa banyak ayat ni dalam Al-Quran? Segalanya memerintah kepada hambaNYA supaya berfikir.
Takutlah dengan ancaman Allah jangan takutkan ancaman manusia! Tapi kini banyak yang takutkan manusia daripadaa takutkan PENCIPTA.


Saya teruskan pada awal bicara tadi, moga sedikit sebanyak, ada manfaatnya, janganlah kita fikir, rezeki hanya datang jika mereka dan koncu-koncu mereka memerintah. Ketahuilah! Rezeki Allah berada di mana-mana dan telah ditentukan. Juga ketahuilah bahawa sesuatu yang dapatannya dengan cara kotor, itu bukanlah namanya rezeki. Anda ciptalah namanya yang tersendiri!



POLITIK KUFUR VS POLITIK ISLAM

Kebelakangan ini banyak perkembangan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar Negara telah menggugat kondisi parti pemerintah. Sekali gus telah membuka mata banyak pihak bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ telah terjadi atau sedang melanda system pemerintahan yang ada pada hari ini. berbanding dengan dulu, rakyat hanya menutup mata serta memendam rasa, berbunyi sini sana, dengan kezaliman dan ketidak adilan parti pemerintah, lantas kesedaran rakyat telah timbul dan bangkit menentang penindasan yang dicipta oleh pihak pemerintah. Dan parti pemerintah pula dilihat semakin tertekan dan terdesak dengan gelombang dan arus perubahan yang menerpa mereka, yang seakan amaran dari rakyat cukup serius tanpa gentar. Lihat apa yang telah berlaku di Pakistan. Myanmar, Indonesia dan tidak terkecuali di negara-negara kafir sekalipun seperti Amerika, United Kingdom mahupun Australia di mana iklim perubahan dah mula melanda. Rakyat pula semakin nampak dan membenci pemerintah dengan kezaliman, penyelewengan yang mereka laksanakan. Di negara kita, baru-baru ini telah membuat kejutan besar pada kerajaan dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang diadakan pada 10 November lalu yang dinamakan Perhimpunan BERSIH dan beberapa hari kemudiannya, wujud pula perhimpunan yang dianjurkan Hindu Rights Action Force yang singkatannya HindRAF, yang segalanya itu adalah menuntut keadilan kerana menyedari selama ini telah ditindas oleh parti ‘yang berkuasa sendiri’.

Wujud jua pandangan pro juga contra dengan apa yang berlaku, apa yang pasti ahíla telah muncul satu mekanisme kesedaran politik di kalangan rakyat bahawa terdapat banyak kepincangan dengan ‘orang’ atau ‘sistem’ yang menguruskan mereka. Kesedaran ini muncul apabila rakyat mula merasa bahawa hak-hak mereka selama ini telah dirampas dan tidak ditunaikan oleh pemerintah. Justeru, tidak hairanlah jika di Myanmar, sami-sami-sami Budha yang sela ini tidak pernah berkecimpung dalam politik tiba-tiba turun padang dan bukan sekadar menyertai malah mengetuai himpunan besar-besaran menuntut perubahan dan hak-hak mereka. Jika dikalangan orang-orang kafir telah wujud statu kesedaran, apalagi kita yang Umat Islam ‘wajib’ mempunyai kesedaran yang melebihi meraka. Ini kerana kita seharusnya sedar bahawa kita wajib diurus oleh pemerintah dengan lunas-lunas Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya dengan sistem taghut ( selain Allah ). Kita juga berkewajipan mengetahui apakah hak dan tanggungjawab pemerintah berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Maka dengan ini, barulah kita tahu bahawa sama ada kita diatur dengan cara betul ( dengan hak ) atau dengan batil oleh pemerintah yang ada, dan jika diatur dengan batil maka wajib pula kita mengetahui apakah kewajipan yang Allah kenakan ke atas kita untuk membetulkan kebatilan ini. Inilah yang dinamakan ‘kesedaran politik’ dan kesedaran ini wajib ada pada setiap Umat Islam agar kita semua dapat memastikan satu sama lain hidup hanya dalam keadaan tunduk dan patuh hanya kepada ketentuan Allah dan Rasul.

wallahu `alam








Tiada ulasan: