TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Selasa, 29 Januari 2008

JOm Baca..

Bila Akhbar Menjadi Komik!

Min Ketua Perusuh

Selalunya bila kita membaca akhbar, kita akan dapati hanya berita yang serius dan penting sahaja yang akan menjadi tatapan kita. Ramai pemberita muda dan tua yang sanggup berkejar kesana kesini hanya untuk mendapatkan berita yang terkini dan sensasi. Malah ada yang diketahui sanggup mengeluarkan modal sendiri hanya untuk mendapatkan secebis maklumat yang kemudiannya diolah sebegitu baik dan boleh menjadikan bahan untuk tatapan semua pembaca (itupun setelah ditapis sewajarnya oleh pihak editor).

Biasanya bahan atau berita yang tersiar hanyalah bahan yang serius, namun kini anda dan saya boleh menjadikan akhbar sebagai satu bahan lawak yang boleh menggantikan komik. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengandaikan bahawa modal penulis dan penerbit siaran akhbar kini tidak lebih daripada sebahagian dari modal dalam sesebuah komik.

Bahan berita yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah kini menerobos ruang bacaan kita pada dada-dada akhbar harian. Malah ada beberapa akhbar harian yang semakin hari semakin berubah bentuknya sehinggakan boleh diklasifikasikan sebagai komik atau majalah. Ini kerana muta berita dan artikel yang disiarkan boleh diterjemahkan sebagai mengarut ataupun lelucon.
Bayangkan dalam beberapa waktu menghampiri kepada pilihanraya umum ke-12, hampir semua akhbar harian (pro BN) seperti sehaluan dengan memuji habis-habisan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi dan kerabatnya. Sehinggakan boleh dikatakan habis beberapa muka akhbar harian utama menunjukkan bahawa Kerajaan Bariasn Nasional prihatin dan mesra rakyat, sedangkan semua pihak tahu betapa buruknya pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Beberapa Menteri, Timbalan Menteri, Penasihat Agama dan Menteri Besar yang IQ mereka ditahap yang rendah seperti Najib Razak, Zainudin Maidin, Shahrizat Abdul Jalil, dan beberapa oleh lagi termasuk Khir Toyo nampaknya mudah sangat melatah dengan usikan daripada wartawan sehinggakan terlepas satu dua perkataan yang tidak sesuai.

Akhbar kini dilihat lebih menyediakan bahan-bahan yang berbentuk mengampu, membodek dan mengarut yang layaknya menjadi komik. Malah ada editor akhbar harian yang sanggup menggadaikan maruah diri dengan menjadi hamba kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan bahawa permit penerbitan akhbar harian ditukar menjadi permit (lesen) penerbitan komik atau majalah picisan. Barulah kena dengan maklumat yang dipaparkan olehnya. Jika mereka (pemilik syarikat akhbar) tidak berani menukarkan permit (lesen) mereka maka kita boleh melihat berapa hipokritnya mereka.

Jika mereka tidak mampu mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas daripada sumber-sumber mereka yang terhad, maka tiadalah salah untuk mereka mendapatkaannya dari mana-mana blog yang berintegriti.

Kepada para editor, wartawan dan jurugambar akhbar harian seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Harian Metro, Sinar Harian dan sebagainya yang masih lagi tidak mahu berubah daripada menjadi kuda tunggangan kepada parti pemerintan, maka eloklah anda berbuat demikian. Jangan biarkan orang ketawa bila membaca akhbar harian andaƂ… Jangan Jadi Komik.

Tiada ulasan: