TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Isnin, 4 Julai 2011

PM Najib wajar taat - DMPKR


Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak wajar taat dengan titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Moga PM Malaysia sedar dan memahami dengan apa yang Tunku Mizan titahkan.

Berikut adalah teks penuh titah khas tersebut :

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikanwalaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara,bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlahbumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Isnin, 16 Mei 2011

Memorabilia Muktamar 57

WAWANCARA Wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB, SAADON AKHSAH dan Jurugambar, MOHD NASIR SUDIN dengan Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Setiausaha Agung, Ahmad Sabki Yusof dan jawatankuasa Panitia Muktamar PAS ke-57 Drs Syed Mohammad Syed Hassan



Bagaimana persediaan awal mengenai Muktamar PAS ke-57, boleh Dato’ dan sidang jawatankuasa panitia jelaskan?

MUSTAFA ALI: Muktamar tahun ini apa yang menariknya ialah kita balik semula ke Melewar (Markas PAS Taman Melewar yang kini dikenali sebagai Kolej Universiti Zulkifli Muhammad -KUIZM) selepas beberapa tahun sejak 2003 kita tak dibuat di sini.

Ini kerana kita telah menyerahkan kepada pusat pendidikan kita (KUIZM) untuk menjalankan pengajiannya di sini. Kini untuk tahun 2011, kita kembali ke sini dengan ada proses baik pulih markas dan dirasakan tahun ini kita memutuskan untuk buat di sini dengan jika keadaan infrastrukturnya baik. Perjalanannya setakat ini di dalam dan luar berjalan lancar, dan insya-Allah akan selesai menjelang Muktamar ini.

Sinonimnya pemilihan Markas Taman Melewar sebagai lokasi kali ini?

Barangkali ini nostalgia, sejak tahun 2003 di sini pemilihan, kini tahun 2011, sembilan tahun telah berlalu, ini kita rasakan bahawa adanya nostalgia.

AHMAD SABKI YUSOF: Sebenarnya di Taman Melewar ini pada tahun 2003, masa itu adanya kerja-kerja pembianaan pembaikpulihan longkang membabitkan projek kerajaan di kawasan sekitar berdekatan Markas PAS Pusat ketika itu.Kemudiannya kita putuskan untuk membaikpulih bagi tujuan menempatkan KUIZM di sini.Oleh yang demikian, sejak dari tahun 2003, semua Muktamar PAS berlangsung di luar Kuala Lumpur. Sekarang ini kita boleh buat dan kembali semula di sini.

MUSTAFA: Sebab itu biasanya dahulu amalanya, tahun yang tiada pemilihan kita buat di negeri-negeri kita gilirkan.Tetapi apabila datangnya pemilihan kita akan buat di Melewar.Jadi kali ini ianya tepat pada masanya kita kembali ke Melewar semula untuk Muktamar kali ini adanya pemilihan, insya-Allah.

Kita adakan setelah semua kemudahan asasnya dapat diselesaikan, dan pada waktu ini mesyuarat menjelang muktamar kita adakan di sana (Melewar) untuk kita lihat pencapaian persediaan dewan untuk kita pantau, samada luar dalam bangunan dan pentasnya. Sebab kalau ikutkan pembinaan KUIZM tidak perlu ditambah dengan pentas, tetapi memandangkan adanya Muktamar, perlu adanya pentas dan dibesarkan dan akan diselesaikan beberapa hari lagi.Selain itu sedikit sebanyak akan ada ketidakselesaannya dari sudut tempat letak keretanya, kerana tiada lot khusus diletakkan itu. Diharapkan perwakilan dapat memahamilah.

AHMAD SABKI: Jawatankuasa mahu pesan kepada perwakilan, jika memakir kenderaan itu, jangan menghalang kenderaan tuan-tuan rumah yang berada di sekitar Melewar, kerana ianya mungkin akan menimbulkan masalah di sana. Kita tidak mahu mengganggu tuan rumah.

Apa yang menarik dengan Muktamar kali ini?

SYED MOHAMAD SYED HASSAN: Menariknya dibuat semula di Melewarlah, dan kali ini pemilihan.Tetapi nostalgia kembali ke tempat asal, parkir susah tetapi kita akan adakan ‘shuttle bas’ untuk dibawa ke tempat muktamar. Walaupun letak kereta jauh tetapi ada pengangkutan , jadi tidak terhalang.Saya mahu mengambil kesempatan menyeru perwaklan agar menghantar segera nama pemgesahan menjadi perwakilan, bermula sekarang ini. Masih ramai yang belum hantar pengesahan dan nama perwakilan, jangan hantar saat muktamar dan berlangsung, kita mahu uruskan persediaan lebih mudah.

Apa isu besar yang akan difokus dalam muktamar kali ini Dato’?

Saya rasa antara lain adalah soal pilihan raya ke -13 yang akan menjadi fokus. Sebenarnya ada satu Jawatankuasa Khusus Ucapan Dasar ini, tetapi saya sendiri tidak melihat apa yang dibincangkan, saya tak tahu apa, cuma dalam agakan saya PRU-13 persiapan jentera dan anggota parti tentulah akan disentuh, bagaimana peranan Dewandewan (Ulama, Pemuda dan Muslimat), kawasan dan negeri, ini akan disentuh dalam ucapan dasar.

Ada program yang sekretariat telah rancangkan untuk memeriahkan Muktamar kali ini?

Program ini barangkali seperti muktamar lalu, ceramah umum dan gerai. Lain-lain lagi oleh kerana adanya pemilihan tiada program yang banyak, cuma semasa perasmian penuh Muktamar PAS Pusat adalah sedikit sebanyak gimmick dan slot ringkasnya. Kita masih belum tentukan.Dari sudut kehadiran pula kita akan jemput semua pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan perwakilan asing yang akan ada datangnya.

Lebih separuh dan hampir selesai Kawasan dan Negeri bermuktamar selain dewan di peringkat negeri, bagaimana perkembangannya?

MUSTAFA: Lebih 90 peratus yang mesyuarat cuma ada beberapa kawasan belum bermesyuarat seperti Selayang, Seremban, Bachok dan beberapa lagi yang saya kira tidak sampai 10 kawasan sahaja lagi. Soal pencalonan itu mereka sedang hantar dan kita akan tahu pada 15 Mei ini. Jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa) akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan siapa yang layak bertanding pelbagai jawatan dalam parti. Umumkan siapa yang layaklah, tetapi terpulang kepada mereka yang dicalonkan itu untuk menerima kerana kita tetapkan masa untuk mereka mengesahkan pencalonan itu jika tidak silap sehingga 26 Mei ini.

Mereka yang mahu bertanding kena jawablah surat yang akan kita hantar. Soal layak bertanding yang telah diputuskan parti ialah dua pencalonan bagi jawatan kecuali Dewan Ulama kerana pencalonan ulama hanya negeri, jadi hanya memerlukan satu sahaja pencalonan untuk melayakkan pencalonan.

Nampak pemilihan kali ini ada yang menyatakan gelombangnya kurang panas berbanding tahun 2009, apakah faktornya?

Mungkinlah masing-masing sedar bahawa kita ada etika dan ada kaedah yang kita pakai dalam PAS ini. Ada perkara-perkara dari sudut kempen ini siapa sahaja yang lebih-lebih berkempen ini biasanya sukar untuk menang, dan saya tidak nampak ada kempen daripada calon setakat ini, hanya ada daripada penyokong, itu kita tidak boleh elaklah, Pemilihan kali ini cukup beretika, masing-masing sedari tentang etika dan kita dah putuskan Harakah sendiri tidak boleh mempromosi mana-mana calon, sebab yang kita benarkan hanya senarai calon. Ada pihak yang cadangkan siarkan biodata calon dalam Harakah, tetapi bagi saya semua dah kenal calon, bila kita kemukakan 17 Mei ini, semua akan tahu.

Semua calon akan tahu senarai dan pencalonan masing-masing, bermula 17 Mei ini. Kita akan serahkan surat kepada merekamereka yang layak bertanding, dan mengapa kita buat pengesahan ini kita mahu mereka bertanggungjawab jika mereka benar mahu bertanding menawarkan diri, ini menawarkan ‘fastabikul khaira’ (berumba-lumba berbuat kebajikan).

Kali ini bagaimana dengan perhatian media terhadap pemilihan?

Mereka terlalu berminat sebenarnya, siang malam saya dapat panggilan, cuma saya kata tunggu 17 Mei ini siapa yang terpilih, selepas itu siapa sahaja nak buat spekulasi terpulanglah. Maknanya saya nak tegaskan di sini, apa sahaja yang keluar di akhbar lain ketika ini mengenai pencalonan ini setakat ini adalah tidak benar kerana jawatankuasa ini belumpun umumkan berapa pencalon yang diperolehi oleh siapa sahaja calon.

Malah pada 17 Mei ini, walaupun kita akan umumkan nama calon yang layak, tetapi berapa pencalonannya kita tidak akan dedahkan kerana calon itu sendiri akan tahu berapa dia dapat, terpulanglah kepada media untuk terus mendapatkan maklumat melalui calon-calon. Jawankuasa tidak akan dedahkan jumlah, kerana tujuannya adalah untuk kerahsiaan sedikit dan supaya masing-masing boleh menilai pencalonan masing-masing.

Apa pesanan Dato’ kepada perwakilan?

Sebagaimana biasalah kita harapkan perwakilan akan memanfaatkan muktamar kita kali ini sebagai medan muhasabah, mereka boleh bagi pandangan dalam perbahasan ucapan dasar, masing-,masing akan melihat apa yang perlu mereka berikan pandanga teguran atau sebagainya, muhasabah yang terbuka menilai perjalanan parti kita dalam hadapi PRU-13 ini, perkara-lerkara yang remeh-temeh jangan diperbesarkan, benda yang isu yang substance, dalam konteks kita Pakatan Rakyat bersamasama hadapi pilihan raya menuju matlamat perjuangan bersama.Ini perlu diletakkan, soal akhlak orang PAS insya-Allah semua menjaga akhlak.

Dikutip dari (SINI)

Selasa, 26 April 2011

Buat Muslimat : Bukakanlah Mindamu!

Kenapa masih ramai ahli jamaah khususnya muslimat PAS masih elergi dengan jamaah Islam lain, sedangkan ia pertubuhan bukan kerajaan (NGO)?

Bukakanlah fikiran kalian!

Bagaimana mahu memimpin sebuah negara yang berbilangan bangsa dan agamanya, sekiranya berfikiran cetek demikian?!

Saya nasihatkan, ubahlah fikiran kolot itu.

Moga segala ini diketengahkan dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS nanti. Sungguh saya menantikan.

Moga suara hati ini didengar oleh mereka para pimpinan.

Selamat berjuang membuka minda.

Selasa, 19 April 2011

Video Lucah, Pengakuan RPK & Sarawak

Sepatutnya, catatan ini saya masukkan sebelum PRN, tapi kesempatannya baru kini. Renung-renungkanlah..

Video Lucah, pengakuan RPK dan Sarawak

Kalau dulu rakan karib, kini menjadi sebaliknya. Apakah segala ini tumbukan hebat daripada seseorang untuk seseorang?

Cuaca politik di Malaysia, kian kritikal. Entah cerminan mana dipandang oleh puak-puak tertentu untuk kepentingan parti, menjadi ‘aliran normal’. Adakah semua itu mudah digunapakai untuk menawan hati penduduk Sarawak menjelang kurang 24 jam PRN Sarawak?

Awal pengumuman mengenai PRN Sarawak, Malaysia digemparkan dengan kisah Datuk T tetang video membabitkan mantan TPM, dan kini dalam tempoh kempen pilihan raya Sarawak yang hanya berbaki sehari, serangan ke atas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan melalui siaran temuramah dengan penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin.

Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 kali ke 10 yang akan diadakan kurang 24jam lagi dengan penamaan calon telahpun dimuktamadkan pada 6 April 2011 yang lalu, sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan dan kali terakhir Negeri Sarawak mengadakan pilhanraya adalah pada 20 Mei 2006.

Kali ini, isu-isu politik semakin kuat dimainkan.Lebih-lebih lagi, persoalan mengenai Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telah menjangkau tahun ke-30 menjadi Ketua Menteri Sarawak, lebih lama dari mana-mana menteri yang ada sebelum ini, namun beliau masih lagi bertanding untuk pilihanraya Negeri Sarawak kali ini dalam DUN Balingian.

Persoalannya, kita sering nampak, apabila tibanya pilihanraya, barulah wakil-wakil rakyat ini turun padang untuk berjumpa dengan rakyat jelata dan masyarakat pribumi. Sedangkan sebelum pilihanraya, nak nampak batang hidung pun susah, apatah lagi ingin minta bantuan sebagaimana majoritinya, masyarakat negeri Sarawak bukanlah dari orang yang senang.

Negeri yang paling banyak menghasilkan pendapatan buat Kerajaan Malaysia, pada kami, semacam dianak tirikan. Sedangkan apa yang di lihat, negeri Sarawak adalah aset tetap kepada Kerajaan Malaysia, berbanding negeri-negeri lain yang kebanyakannya banyak menjadi liabiliti.

Harapan rakyat negeri Sarawak, mereka memilih yang benar-benar dapat membantu mereka dan memacu rakyat dan ekonomi negeri Sarawak ke arah yang lebih baik dan maju dari segi kemudahan awam dan insfrastruktur yang lebih baik.

Sekalian rakyat Sarawak khususnya dan umumnya Malaysia, mendambakan satu politik rasional tanpa ada tipu daya semata menabur janji dan seterusnya dalam tempoh 5 tahun akan datang, puak-puak itu akan kembali meyerakkan mutiara indah.

Setiap kita ada agenda pasti. Namun yang utama, ia bersih dan telus dan tidak bertentangan fitrah dan syariat. Teruslah berdoa untuk malaysia agar sinarnya menerangi umat sejagat!

Khamis, 7 April 2011

"Ya Allah, hapuskanlah mereka..."

Katakan apa saja yang nak dikata. Saya? Saya sudah sangat muak dan benci apalagi marah dengan puak-puak yang sama bersekongkol dengan konspirasi ini. Memang bodoh! (kalau ada perkataan yang lebih sangat rendah, akan saya ketakan!)

Manusia-manusia itu gila. Ya gila dan sangat gila mempertahankan puak-puak dan kroninya. Sedarlah wahai kalian! Balasan untukmu sudah pasti tersedia. Dan sedialah menerimanya.

Ayuhlah saudara-saudara seIslamku,

Marilah sama kita menadah tangan dan berdoa dengan penuh mengharap. Ya Allah perkenankanlah doa-doa kami…

“Ya Allah Kau hapuskanlah manusia-manusia yang zalim itu di muka bumi ini. Ya Allah, hancurkanlah mereka sebagaimana Engkau menenggelamkan Firaun, Engkau mengalahkan musuh-musuhMu di medan Peperangan. Ya Allah sesungguhnya yang haram, mereka halalkan dan bertentangan dengan syariatMu. Ya Allah, negara kami dilanda wabak fitnah menfitnah, didatangi virus kemunafiqan yang nyata, ditamui ancaman syaitan di alam nyata juga dajjal perosak muka bumi. Ya Allah selamatkanlah kami dari mereka yang zalim lagi hina itu, segeralah tunjukkan kebenaran itu dan berjayakanlah kami menentang musuh-musuhMu itu. Amin Ya Allah.”