TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Jumaat, 26 September 2008

IMAN Seekor Makhluk

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman melihat seekor semut berjalan di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa heran bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:

"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?".Semut pun menjawab:

" Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku."

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:

"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?Apakah yang engkau sering makan?".Dan berapa banyak yang engkau makan dalamsebulan?".

Jawab semut:

"Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan;

"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu berjalan di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, lalu Nabi Sulaiman mengangkat semut itu dan di masukkan ke dalam bekas. Kemudian Nabi sulaiman mengambil sebiji gandum. Lalu di letakkan di dalam bekas dan di tutup.

Kemudian Nabi Sulaiman meninggalkan semut di dalam bekas itu dengan sebiji gandum selama sebulan.
Setelah sebulan, Nabi Allah Sulaiman melihat sebiji gandum itu hanya di makan setengahnya sahaja oleh semut itu, lantas Nabi Allah Sulaiman menegur semut:

" Kamu rupanya berbohong padaku! Bulan lalu kamu makan sebiji gandum dalam sebulan, kini sudah sebulan tapi kamu makan setengahnya sahaja". Jawab semut:

"Aku tidak berbohong padamu Ya Nabi Allah, aku tidak berbohong! kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya dari Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi apabila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tidak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah saja supaya biji gandum ini tahan untuk dua bulan. Aku takut kamu lupa!!!!”.


:: ITULAH IMAN SEMUT ::

…Persoalannya…
؟؟؟BAGAIMA IMAN KITA HARI INI???

Kesimpulannya wahai sahabat-sahabat… jadilah kalian orang yang senantiasa bersyukur dengan apa yang ada. Dan senantiasalah mengenangkan nasib orang yang lebih kekurangan daripada apa yang kalian ada… insya`allah segalanya akan diketahui apabila kita sering bermuhasabah diri.


“SELAMAT MENGISI MALAM AKHIR RAMADHAN DENGAN SESUNGGUH MUNGKIN”

Selasa, 22 Julai 2008

KURSUS PENGENDALIAN KAMERA VIDEO

KURSUS
PENGENDALIAN KAMERA VIDEO

ANJURAN

JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
TERAS

dengan kerjasama

UNIT KERJAYA
NEGERI SEMBILAN
Dan
UNIT MEDIA
JAMAAH ISLAH MALAYSIA
JIM

TARIKH

10 OGOS 2008

TEMPAT

DEWAN D’ARK
TAMAN SRI KASIH, SENAWANG
SEREMBAN
9.30 PAGI
MAKLUMAT LANJUT & pendaftaran
HUBUNGI
Ukht Ainul Sharazad – 0136971176 @ Ukht Hanadia – 0132069775.


Sekalian anda dijemput hadir mengimarahkan program ini. Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang diketengahkan oleh para panel. SEBARKAN

JOM SERTAI

Diskusi
WANITA & AIR MATA
ANJURAN
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
TERAS
dengan kerjasama

JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
NEGERI SEMBILAN
&
MUSLIMAT
9 OGOS 2008
DEWAN D’ARK
TAMAN SRI KASIH, SENAWANG,
SEREMBAN
9.30 PAGI
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI
Ukht Ainul Sharazad – 0136971176 @ Ukht Hanadia – 0132069775.


Sekalian anda dijemput hadir mengimarahkan program ini. Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang diketengahkan oleh para panel. SEBARKAN

Ahad, 8 Jun 2008

:: Krisis Terjadi, Muhasabahlah Kembali ::

Betapa sekarang ini tidak habis-habisan pelbagai krisis melanda Warga Malaysia. Memang kita sedia maklum, dari satu ke satu permasalahan menimpa. Yang adakalanya mengancam kehidupan kini. Namun senadainya kita fikirkan ke sudut positifnya iaitu dengan kembali kepada Ayat-Ayat Allah Subhanahu Wata`ala, betapa segalanya ini telah ada dan pernah berlaku tika zaman ummat-ummat terdahulu sebagaimana yang berlaku di Zaman Nabi Yusuf Alaihis Salam. Walhal semua yang Allah subhanahu wata`ala lakarkan dalam al Quran adalah sebagai peringatan buat hamba-hambaNYA yang kemudian. Namun berapa ramai antara kita berfikir akan hal ini, tanpa beranggapan negatif terhadap apa yang berlaku ini. Fahamilah maksud ayat 46, 47 dan 48 surah Yusuf ini...

46. (setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".

47. Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan.

48. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

Segala ini adalah sebagai bukti peringatan kepada kita hambaNYA.

Mengimbas kembali saat kecil, tika dibangku sekolah Taska, segalanya dilatih agar cermat dan berjimat dalam segala hal. Alhamdulillah sediit sebanyak apa yang diterapkan sewaktu usia awal kanak-kanak itu, berjaya diamalkan tika kini. Apa yang utama bagi ana ialah berkaitan ketika makan nasi. Sebagaimana yang diajarkan jimatlah nasi yang dipinggan sehingga tidak bersisa pun. Itulah menjadi amalan hingga kini, alhamdulillah.

Namun tika meningkat remaja dan melalui tingkatan dewasa, banyak bergaul bersama rakan seperjuangan juga sekeliling dan masyarakat, kadang-kala mereka menyenda ana “eh lapar sangat lagi dia tu?” sedangkan kita diajar agar tidak meninggalkan sebutir nasi pun dalam pinggan ketika makan. Jadi tanggapan mereka jauh tersasar dari landasan sepatutnya. “Mungkin yang tinggal sebutir nasi di atas pinggan itulah nasi yang berkat” begitulah seringnya emak ana mengajarkan buat diri juga kakak dang abang. Hingga kini, ana sering mnyampaikan pada sahabat-sahabat juga anak kemenakan yang disayangi.

Betapa saat mengingat semua itu, mengembalikan kembali ke kehidupan kini. Ramai yang baru tersentak dengan satu-satu barangan keperluan yang naiknya mendadak tanpa disangka.
Justeru apabila merujuk kembali kepada Al quran kita pasti temui akan seperti apa yang berlaku di persekitaran kita kini.

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

“Ya Allah jadikanlah kami termasuk dalam golongan mereka yang sabar menghadapi ujianMU ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha menjadikan sesuatu tanpa kami ketahui.”... Amiin.

Di sini sana, banyak ana lihat pelbagai macam juga ragam tentang krisis yang melanda. Tetapi sejauh manakah kita nilai dan lihat akan sesuatu yang terjadi ini? Kebanyakkan masing-masing menunding kepada yang menguasai. Bukan ingin berpihak kepada sesiapa. Namun atas dasar perjuangan, biar pahit untuk diterima, kebenaranlah yang paling utama.

Sewajarnya kita wajar kembali kepada Al quran atas sesuatu hal, bukan untuk membebani tetapi untuk kita bermuhasabah kembali. Apakah yang datang ini sebagai bala atau penguji keimanan?

Sini sana ana lihat memperkatakan isu kenaikan minyak. Ajak ke kampung, alasannya minyak naik. Ajak melaksakan aktiviti kebiasaan sebelum kenaikan harga minyak pun akan dijawabnya dengan jawapan yang sama. Walhal sebelum ini agak panjang langkah untuk ke sana ke mari. Namun mengapa alasan sedemikian boleh menjadi asbab tergendalanya aktiviti harian dan yang sepatutnya.

Alangkah indah dan eloknya kita rujuk Ayat Allah Subhanahu Wata`ala ini.. Surah al Hadid ayat 22, 23, 24...

22. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

24. Orang-orang Yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan Yang menghina); dan sesiapa Yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Di saat seperti inilah kita selaku hambaNYA, memohon petunjuk dari Allah akan atas apa yang berlaku ini, selain doa yang utama dipanjatkan agar kita memperolehi jalan keluar atas segala permaslahan yang menimpa ini. Moga kita mampu mengubah mentaliti kita ke arah yang rasional dan positif bagi menyedarkan diri agar senantiasa kembali kepada Al Quran. Bukan hanya sekadar menolak, mengkritik juga mempersoalkan. Tetapi seharusnya kita mencari penyelesaian perkara yang lebih utama iaitu soal Maruah Agama Islam yang diperkotak-katikkan, soal Kemaksiatan yang berleluasa, soal Jihad Fi Sabilillah dalam membantu mangsa seAqidah yang berjuang di Bumi Palestine, yang mempertahankan Tanah Qudus juga membantu Umat Islam yang memerlukan...

Ayuh sahabat juga pembaca sekalian, lantang ana untuk kebenaran. Moga segala yang disampaikan ini bermanfaat buat diri juga berguna buat sekalian yang lainnya.

SMNS
4 Jamadil Akhir 1429H
Teratak Muhasabah

Isnin, 26 Mei 2008

JEMPUTAN BUAT SEMUA



TALK SHOW
“KEMELUTMENCARICINTA”
::PERJUANGAN YANG BERMULA TANPA ADA KESUDAHAN::
BICARA BERSAMA
PENULIS TERSOHOR INDONESIA
USTAZ HERRY NURDI
KETUA EDITOR MAJALAH SABILI
SELASA
27 MEI 2008
3.30 PETANG
SARA GEDUNG LALANG
AMPANGAN
SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MALAYSIA
ANJURAN UTAMA
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
TERAS
SEKALIA WANITA & MUSLIMAT DIJEMPUT HADHIR
MOGA ADA MANFAATNYA
INSYA`ALLAH


Ahad, 25 Mei 2008

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar dibidas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Hishamuddin memberitahu bahawa aspek pakaian sama ada pelajar mahupun orang dewasa telah ditentukan oleh Islam kepada penganutnya bagi mengelakkan gejala tidak bermoral berlaku dengan berleluasa.

"Tuntutan agama ialah menutup dan menjaga aurat termasuk memakai tudung bagi pelajar perempuan Islam. Oleh itu Kementerian mestilah mengambil kira cadangan pelbagai pihak khususnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk memastikan soal berpakaian ini dititik beratkan.

"Walaupun si pelaku atau penjenayah seks tidak mengira soal pakaian namun bagi semua pihak khususnya kaum wanita tidaklah boleh memandang remeh bab pakaian ini bahkan agama memberi garis panduan yang jelas tentang pakaian yang boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nuridah menyatakan bahawa sesuatu kejadian itu terutama yang melibatkan maksiat ataupun jenayah seks tidak akan berlaku sekiranya tidak melibatkan kedua-dua pihak atau keadaan sekeliling yang mengundang kepada perbuatan tidak senonoh itu.

"Pintu ransangan itu mestilah ditutup terlebih dahulu sebagai langkah awal kerana sudah jelas bahawa pakaian yang menjolok mata seperti pakaian seragam sekolah yang nipis dan telus (transparent) mengundang nafsu orang lain melihatnya.

"Saya harap Hishamuddin merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan seweang-wenangnya malah mesti dilihat mahu membuat perubahan demi keselamatan pelar-pelajar sekolah khususnya perempuan," katanya

Beliau juga mahu ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.

Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu perubahan drastik dilakukan ke atas pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

"Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai," katanya memberi saranan.

ya ana setuju dengan kenyataan Ketua Dewan Muslimat ini. faktor utama mendorong kemeksiatan itu berlaku adalah disebabkan tidak menutup aurat. apalagi sebahagian aurat yang tampak, akan merangsangkan peerbuatan yang tidak baik. apapun, selaku wanita juga muslimat, ana menyarankan agar Menteri Pelajaran Malaysia itu memikirkan tuntutan dan kehendak Agama. bukan mengikut sesuka sahaja. fahamilah permintaan kami selaku muslimat, perempuan, mahupun wanita. bukan sekadar mahu menyeragamkan pakaian sahaja. fikirkan kembali. moga jenayah seksual dapat dan mampu ditangani sehikmahnya.

::Konvensyen Naqibat USRAH Remaja::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah semalam 24 Mei 2008, saya juga beberapa Jamaah Muslimat serta NISA` dari Negeri Sembilan telah menyertai Konvensyen Naqibat Remaja anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat di Dewan Anjung Rahmat, Gombak.

Saya bersama 3 sahabat dikalangan Jamaah Muslimat Rembau iaitu Ukht Jazilah, Ukht Rashidah dan Salma menaiki satu kenderaan yang dipandu oleh Ukht Jazilah. Buat pertama kalinya saya menyertai Konvensyen Naqibat Remaja yang dianjurkan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Sekitar jam 846 minit pagi kami tiba di perkarangan Anjung Rahmat. Lama saya tak sampai ke sini. Seingat saya kali terakhir, tika sewaktu zaman mahasiswa lalu. Selainnya sekadar menumpang lalu untuk ke destinasi yang dituju iaitu UIA atau ke Cameron.

Saat awal kami tiba, agak tidak ramai lagi. Tidak lama selepas itu tanpa kami sangka, penuhlah semua kerusi yang kosong pada awalnya. Alhamdulillah kami duduk di bahagian hadapan. Jadi sedikit sebanyak dapat diberikan tumpuan dari apa yang disampaikan.

Di sini ingin saya kongsikan sekitar aturcara program sepanjang sehari konvensyen yang disertai...

8.00 : Pendaftaran
9.00 : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
910 : Asma`ul Husna & Nyayian Lagu PAS
915 : Bacaan Ayat Suci Al-Quran
925 : Ucapan Pengerusi Program
930 : Ucapan Perasmian
940 : Pelancaran Manhaj Usrah Remaja
945 : Persembahan Pentas / Kudapan
1025 : Pembentangan Manhaj Usrah Remaja
1135 : Sesi Soal Jawab
1235 : Tayangan Montaj
1240 : Makan Tengahhari / Solat Dzuhur
210 : DISKUSI “Memahami Jiwa Remaja : Pendekatan Holistik”
350 : Persembahan Nayid
400 : Ucapan Penutup
420 : Doa Wehdah


Begitulah aturcara yang dirancangkan pada konvensyen tersebut. Rasa bertuah kerana dapat meneyertai Konvensyen ini. Apa tidaknya, sahabat-sahabat Muslimat lain bagi Kawasan Rembau, banyak menyertai rombongan ke Kedah. Makanya saya merasa bertuah kerana dapat mengikuti konvensyen ini bersama sahabat-sahabat yang mengikuti. Alhamdulillah.

Betapa sepanjang konvensyen ini dijalankan banyak input yang diperoleh oleh saya juga insya`allah muslimat yang lain. Antara kata-kata awal yang amat menarik perhatian saya (kerana lama dah tak mendengarkan) iaitu kata-kata Pengarah Program bagi Konvensyen ini iaitu Dr Rosni Adam.. “Meninggi jangan sampai lupa diri, Merendah jangan sampai hilang maruah”. Ya memang benar kata-kata ini bagi permualaan sekan ‘warm up’ bagi peserta-peserta konvensyen ini. Kerana kita adalah pendidik kepada generasi akan datang. Selain itu maksud dari kata-kata tersebut adalah sebagai keyakinan bagi kaum muslimat memimpin anak-anak usrah dengan sebaiknya. Bukan kerana kita selaku wanita muslimah, kita bersifat terkebelakan dari kaum muslimin, malahan kita mampu lebih juga seiringan dalam merealisasikan kemantapan dalam jamaah yang kita sertai. Bukan dengan kelemahan yang ada akan tetapi dengan semangat serta keyakinan yang mendalam untuk turut sama membangunkan kendiri sebagaimana kaum muslimin tika ini, insya`allah

Seperti kata-kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika berucap merasmikan Konvensyen Naqibat Usrah Remaja tersebut .. kita tidak akan dapat merelisasikan segala apa yang diimpikan jika tiada perisai utama yang kukuh iaitu Ilmu Agama serta perlaksanaan terhadap ilmu yang ada itu. Tambah beliau untuk peserta-peserta “Jika kamu berbuat baik segalanya adalah untuk diri kamu sendiri dan begitujuga jika kamu berbuat tidak baik adalah untuk diri kamu sendiri”

Maka dari situ wajarlah sebelum membuat sesuatu tindakan, kita fikirkan bagi memperoleh imbalan yang baik. Dan dapatlah dielakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik, insya`allah. Selain itu dengan menyuburkan Fikrah Islam yang syumul dan tidak membelakangkan Kitabbullah, maka mampulah kita menerajui tugas esbagai pemimpin tika Usrah tanpa ada rasa kekok dan janggal. Dengan melaksanakan Amal Ma`ruf dan membenteras juga meninggalkan yang mungkar, adalah menjadi satu tuntutan dalam melaksanakan kehendak Agama Allah di muka bumi ini.

Untuk menjadi ketua usrah yang berjaya diri kita perlulah mempunyai sahsiah Islam yang mantap dan pokok utamanya adalah ikhlas dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Antara lain 3 aspek yang penting perlu ada ialah akhlak yang baik, ubudiyyah dan sempadan (hudud)

Sebagai contoh yang ana masih ingat yang diprkatakan oleh KDMPP ini iaitu sebatang pokok pisang. Sebelum ditebang telah ada anak pokok pisang. Tamsilan yang dibawakan ini memberi gambaran jelas bahawa apabila kita tidak ada lagi di muka bumi ini, sekurang-kurangnya, ada yang telah mewarisi ilmu yang kita ada serta mempergunakannya. Maka dengan melalui usrah, kita berupaya membentuk satu generasi yang berpengetahuan selain dengan pengetahuan ilmu yang dituntutinya tika di bangku sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian.

Terfikir saya akan tamsilan yang dibawakan ini. Ada banyak benarnya. Kerana mungkin disebabkan saya belum pernah mendengarnya. Agak tertarik saya jadinya. Moga dapat saya pergunakan sebagai untuk mendidik diri juga sesiapa sahaja yang selayaknya. Insya`allah.
Mengenai TEEN CIRCLE CENTRE yang nama Bahasa melayunya Unit Pembangunan Pelapis telah disampaikan oleh Ustazah Teh Izanuri Jamaludin selaku penyusun buku ‘Panduan Kendali USRAH Remaja’ & buku ‘Tajuk-Tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh’. Semua itu telah disampaikan ketiak slot ‘TAKLIMAT’ sukatan Usrah Remaja.

Pengenalan awal tenteng remaja juga ditakrifkan oleh beliau. Selain mengaitkan tentang perubahan remaja tika tiba waktunya. Teringat saya sewaktu mempelajari subjek psikologi tika zaman mahasiswa dulu. Remaja banyak ranjau dan duagaannya. Apakah kita mampu tangani perkara-perkara yang agak sensitif kini, iaiatu seprti kata beliau dalam penerangan tersebut bilangan remaja berziana dalam satu minit iaitu dua puluh orang (1 minit : 20 ORANG REMAJA YANG BERZINA) amat memeranjat bukan? Apakah tugasan kita selaku muslimat untuk menangani perangkaan tersebut? Bayangkan satu hari sahaj berapa banyak remaja yang terjebak dengan aktiviti yang merosakkan ini...
Ya, amat saya tersentak dengan kenyatan yang dikaji itu.

Dengan tindakan bersama, insya`allah kita selaku muslimah mampu menangani kes tersebut sedikit demi sedikit. Selain tanggungjawab ibu bapa dan kesedaran remaja itu sendiri dalam mengikuti kawan sosialnya. Bukan hanya mengharapkan tindakan orang lain. Malahan yang utama adalah dari diri sendiri. Insya`allah dengan melaui proses usrah yang diikuti, pihak remaja tentu akan mengelakkan diri dari terjebak dalam situasi yang tidak bermanfaat dan berdosa itu.

Seperti yang diimpikan oleh pelaksana Konvensyen Naqibat Usrah Remaja ini, iaitu menjelang 31 Disember 2008 mensasarkan 2 kumpulan usrah di setiap kawasan terlaksana begitujuga menjelang 31 Disember 2009 mensasarkan 5 kumpulan usrah di setiap kawasan wujud. Moga-moga apa yang diimpikan oleh pelaksana juga peserta-peserta Konvensyen Naqibat Usrah Remaja berjaya sama kita realisasikan.

Seperti slot-slot awal konvensyen ini, slot Diskusi pada sebelah petangnya, banyak ilmu yang dicurahkan oleh ahli-ahli panelnya iaitu Ustaz Mohd Zamri Mohd Syapiq, Ustazah Nor Hafizah Musa & juga Dr Nurul Huda Mohd Jaid.

Kami setia mengikuti hingga usai konvensyen walau banyak kerusi di belakan telah kosong menandakan ramai juga telah beransur pulang. Maklumlah datang dari kejauhan, mungkin mendapatkan tempat. Mungkin juga berkejar mendapatkan bas untuk kembali ke destinasi asal.

Segala yang dilalui semlam, insya`allah akan kami pergunakan sebaiknya. Moga diberkati ALLAh dan dapat kami laksanakan segala apa yang telah dipelajari semalam.. salam perjuangan buat sahabat-sahabat peserta “KONVENSYEN NAQIBAT USRAH REMAJA 2008”...

Salam bertemu di akan datang, insya`allah

Khamis, 22 Mei 2008

Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi




Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi akan dirasmikan pada 26 Mei ini pada jam 9 Malam.

Pusat Khidmat Dun Paroi terletak di Taman Tasik Jaya, Senawang telah didirikan oleh Adun Paroi, Hj Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan sejurus selepas menang dalam pilihan raya umum yang lalu menewaskan calon BN, Dato' Mohd Zaharuddin Shariff.

Perasmian Pusat Khidmat Dun ini akan disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan pada masa yang sama satu ceramah umum akan diadakan.

Ceramah umum ini akan turut menampilkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammed Omar, Mohd Taufek (Adun Paroi) dan Ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin sejurus selepas perasmian Pusat Khidmat Dun.

Semua penduduk Paroi dan rakyat Negeri Sembilan serta Malaysia dijemput hadir.

"Hipokrit Dahhh..."

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

saya merasakan agak lucu dengan apa yang berlaku sejak kebelakang ini. walau menyepi lama, namun situasi arena politik tanah air, masih saya perhatikan walau tak membuat apa-apa artikel di ruangan ini. sedikit sebanyak, saya rasa ingin membuat seklainnya membuka mata, membaca tuliasan yang dikeluarkan di HarakahDaily hari ini...

apakah kesudahan yang dimainkan oleh orang yang terhebat ini suatu ketika dulu. mampukan apa yang dilakukan mengalih pandangan sekalian warga Malaysia. namun bagi saya, ianya taklah sehebat sewaktu DSAI dibuang segalanya akibat perilaku Tun yang melulu ini.

mungkinkah ini hukum karma bagi dirinya... Tun Dr Mahathir..


Dr Mahathir Mohamad



Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.'

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak.

Satu lagi pemimpin Umno ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar Umno, jadi calon bebas dan lawan dengan Umno, dalam Pilihan raya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato' dibenar kembali ke pangkuan Umno, Dato' akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato' masuk balik Umno.

Saya ucap tahniah kerana Dato' dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih,
Katakan orang awak yang lebih

Rabu, 21 Mei 2008

:: Tafsirkan Maknanya ::

BINGIT

Suasana yang mengancam keadaan
Adakala merosakkan
Terus bisingnya tanpa ada yang menghentikan
Samapi bila?
Detik itu belum tampak pengakhirannya
Nokhtahkanlah!
Agar ketenangan dan kedamaian
Tidak menderitakan suasana
Moga keharmonian
Kembali bergema dalam sudut kehidupan
Dan membahagiakan penghuni alam


SMNS 2003
SEREMBAN

Rabu, 14 Mei 2008

Media Alternatif : Rakan Kongsi Pembangunan

Selepas Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan hampir mrntadbir kerajaan pusat, media alternatif terutama akhbar (organ) parti Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR), dan Roket (DAP) – tentunya dalam keadaan sukar untuk mengimbangi peranannya. Jika dulu pembabitannya `hampir seratu peratus di luar kerajaan` tetapi kini terpaksa menyesuaikan dirinya bagi menyokong program pembangunan kerajaan baru

Apabila berjaya membentuk kerajaan, sekalipun diperingkat negeri, kini tiba masanya untuk kepimpinan politik dengan dibantu pelbagai pihak termasuk media juga blogger berperanan mengisi erti kemenangan itu. Peranan ini lebih sukara daripada dulu kerana ‘berjuang untuk mendapatkan sesuatu adalah lebih mudah daripada mempertahankan apa yang ada dalam tangan’


Tanggungjawab mengisi kemenangan ini bukan tanggungjawab akhbar alternatif sahaja. Dalam dunia persuratkhabaran, media massa sebenarnya bertanggungjawab kepada kerajaan masa kini. Dalam konteks kerajaan pusat, media massa yang mendakwa diri mereka sebagai bersifat arus perdana, bertindak betul apabila berpihak kepada kerajaan pusat, tetapi bagaimana peranan mereka di peringkat negeri?

Sewajarnya mereka mengikut dasar bertanggungjawab kepada kerajaan masa kini di negeri masing-masing seperti terungkap dalam peribahasa Melayu – di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung -. Adalah tidak manis mereka mempamerkan sikap ‘sikap kurang ajar’ di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Mengungkap kata-kata pengarang Veteran A Kadir Jasin, wartawan perlulah membantu kerajaan yang memerintah dalam menjelaskan dasarnya kepada rakyat dan bertanggungjawab memajukan masyarakat.

Akhbar memang condong kepada kerajaan bagi memastikan ia dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya . jika ditaqdirkan kerajaan bertukar, sokongan akhbar akan beralaih kepada kerajaan baru itu.

Berikut dengan tertegaknya kerajaan baru (Pakatan Rakyat) di lima negei yang ditawan, apakah media massa arus perdana bersedia memainkan peranan baru mereka? Berdasarkan pengalaman iaitu apa yang berlaku di Negeri Kelantan perkara ini tidak berlaku. Media massa arus perdana berterusan menyerang kerajaan PAS Kelantan, terlupa sama sekali di bumi mana mereka berpijak, di langit mana mereka junjung.

Selepas menyedari media massa arus perdana tidak langsung dapat diharapkan, kini harapan tertumpu kepada Harakah, Suara Keadilan , Roket dan media alternatif lain termasuk penerbitan baru yang mesti diusahakan kerajaan Pakatan Rakyat. Akhbar-akhbar ini perlu diorientasikan sebagai sebahagian elemen pembangunan kerajaan baru – rakan kongsi pembangunan.

Di negara-negara sedang membangun atau negara dunia ketiga, peranan media berita tempatan dalam menyokong dan membantu usaha-usaha pembangunan adalah dititikberatkan. Peranan ini dilihat sebagai tanggungjawab sosial.

Quebral (1975) mendifinisikan komunikasi untuk pembangunan sebagai komunikasi yang digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan sesebuah negara atau negeri dan rakyatnya daripada aspek sosial, ekonomi dan kebudayaan.

Definisi ini memberi pengertian dan penekanan bahawa komunikasi pembangunan adalah penderas untuk meningkatkan kadar kecepatan proses pembangunan. Dalam konteks inilah media berita dapat mempengaruhi rakyat supaya terlibat dalam usaha pembangunan, di samping mendidik dan mengubah psiko budaya mereka ke arah kemajuan. Ringkasnya media berita adalah rakan kongsi pembangunan.

Berdasarkan teori yang diketengahkan ini, adalah penting untuk akhbar-akhbar artelnatif juga yang seumpamanya dibimbing untuk mengisi lompang sebagai rakan kongsi pembangunan di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Jika dulu diberi kepada kritikan kepada keranjaan lama dan polisinya, kini bagaimana program dan rancangan pembangunan Kerajaan Pakatan mahu dibentang dan disampaikan kepada rakyat.

Ini adalah cabaran yang terbesar pengamal media massa Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika program dan projek pembangunan berjalan lancar, ditambah keberkesanan media dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada rakyat, insya`allah kerajaan ini akan diberi mandat untuk terus memerintah lima negeri tersebut serta negeri-negeri lain serta kerajaan pusat dalam masa terdekat.

TAKBIR!!
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

Kuliah Bulanan Presiden TERAS

Kupasan Kitab Riyadhus Sholihin
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Sabtu 17 Mei 2008
Selepas Solat Maghrib
Jam 7:30 mlm
Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1,
Senawang