TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Rabu, 14 Mei 2008

Media Alternatif : Rakan Kongsi Pembangunan

Selepas Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan hampir mrntadbir kerajaan pusat, media alternatif terutama akhbar (organ) parti Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR), dan Roket (DAP) – tentunya dalam keadaan sukar untuk mengimbangi peranannya. Jika dulu pembabitannya `hampir seratu peratus di luar kerajaan` tetapi kini terpaksa menyesuaikan dirinya bagi menyokong program pembangunan kerajaan baru

Apabila berjaya membentuk kerajaan, sekalipun diperingkat negeri, kini tiba masanya untuk kepimpinan politik dengan dibantu pelbagai pihak termasuk media juga blogger berperanan mengisi erti kemenangan itu. Peranan ini lebih sukara daripada dulu kerana ‘berjuang untuk mendapatkan sesuatu adalah lebih mudah daripada mempertahankan apa yang ada dalam tangan’


Tanggungjawab mengisi kemenangan ini bukan tanggungjawab akhbar alternatif sahaja. Dalam dunia persuratkhabaran, media massa sebenarnya bertanggungjawab kepada kerajaan masa kini. Dalam konteks kerajaan pusat, media massa yang mendakwa diri mereka sebagai bersifat arus perdana, bertindak betul apabila berpihak kepada kerajaan pusat, tetapi bagaimana peranan mereka di peringkat negeri?

Sewajarnya mereka mengikut dasar bertanggungjawab kepada kerajaan masa kini di negeri masing-masing seperti terungkap dalam peribahasa Melayu – di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung -. Adalah tidak manis mereka mempamerkan sikap ‘sikap kurang ajar’ di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Mengungkap kata-kata pengarang Veteran A Kadir Jasin, wartawan perlulah membantu kerajaan yang memerintah dalam menjelaskan dasarnya kepada rakyat dan bertanggungjawab memajukan masyarakat.

Akhbar memang condong kepada kerajaan bagi memastikan ia dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya . jika ditaqdirkan kerajaan bertukar, sokongan akhbar akan beralaih kepada kerajaan baru itu.

Berikut dengan tertegaknya kerajaan baru (Pakatan Rakyat) di lima negei yang ditawan, apakah media massa arus perdana bersedia memainkan peranan baru mereka? Berdasarkan pengalaman iaitu apa yang berlaku di Negeri Kelantan perkara ini tidak berlaku. Media massa arus perdana berterusan menyerang kerajaan PAS Kelantan, terlupa sama sekali di bumi mana mereka berpijak, di langit mana mereka junjung.

Selepas menyedari media massa arus perdana tidak langsung dapat diharapkan, kini harapan tertumpu kepada Harakah, Suara Keadilan , Roket dan media alternatif lain termasuk penerbitan baru yang mesti diusahakan kerajaan Pakatan Rakyat. Akhbar-akhbar ini perlu diorientasikan sebagai sebahagian elemen pembangunan kerajaan baru – rakan kongsi pembangunan.

Di negara-negara sedang membangun atau negara dunia ketiga, peranan media berita tempatan dalam menyokong dan membantu usaha-usaha pembangunan adalah dititikberatkan. Peranan ini dilihat sebagai tanggungjawab sosial.

Quebral (1975) mendifinisikan komunikasi untuk pembangunan sebagai komunikasi yang digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan sesebuah negara atau negeri dan rakyatnya daripada aspek sosial, ekonomi dan kebudayaan.

Definisi ini memberi pengertian dan penekanan bahawa komunikasi pembangunan adalah penderas untuk meningkatkan kadar kecepatan proses pembangunan. Dalam konteks inilah media berita dapat mempengaruhi rakyat supaya terlibat dalam usaha pembangunan, di samping mendidik dan mengubah psiko budaya mereka ke arah kemajuan. Ringkasnya media berita adalah rakan kongsi pembangunan.

Berdasarkan teori yang diketengahkan ini, adalah penting untuk akhbar-akhbar artelnatif juga yang seumpamanya dibimbing untuk mengisi lompang sebagai rakan kongsi pembangunan di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Jika dulu diberi kepada kritikan kepada keranjaan lama dan polisinya, kini bagaimana program dan rancangan pembangunan Kerajaan Pakatan mahu dibentang dan disampaikan kepada rakyat.

Ini adalah cabaran yang terbesar pengamal media massa Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika program dan projek pembangunan berjalan lancar, ditambah keberkesanan media dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada rakyat, insya`allah kerajaan ini akan diberi mandat untuk terus memerintah lima negeri tersebut serta negeri-negeri lain serta kerajaan pusat dalam masa terdekat.

TAKBIR!!
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR

Tiada ulasan: