TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Khamis, 22 Julai 2010

Kerana Ada Jaminannya.

Lama sepinya ruangan ini. Maafkan saya bukan sengaja namun kerana kesibukan tugasan kerja membuatkan berlakunya sedemikian. Dalam kesibukan itu, saya masih berusaha untuk mengikuti perkembangan politik negara sesekali politik dunia.

Tiada cerita sekadar memulakan rutin yang telah lama disepikan.. semoga ada manfaatnya.

Beberapa hari lalu saya didatangi satu syarikat yang membuat kajian sola selidik. Telus sahaja saya katakan, “Ni buat bancian mengenai politik pula ya? Bancian rumah sudah.” Wanita awal 40 an itu senyum dan membalas tidak.

Dia fikir saya ‘anak-anak yang tidak tahu apa-apa.’ Maka saya pun layan dengan tidak sepenuh hati. Kerana soalannya memeng terlalu peribadi bagi saya iaitu tentang politik, kepimpinan dan pemerintahan di Negeri Sembilan.

Soalannya adalah dalam 50 soalan yang perlu menjawab, lemah sehinggalah cemerlang mengikut skala dari 1 hingga 5 dan soalan yang lainnya pula menggunakan ya atau tidak.

Paling menjengkelkan saya, soalannya memang bias! Mmemang nak menyelidik dan mengenakan di samping ingin tahu siapa kita.

Hingga akhir tugasan dia, saya mengatakan “Yang hak tetap hak. Saya tidak berpihak pada yang tidak berhak (melanggar hukum Allah).” Lalu dia senyum dan mengeluarkan sesuatu sebagai cenderamata dari syarikatnya, katanya.

(nokhtah)

Rentetan setiap hari, bermacam situasi yang didengari. Dari isu besar hinggalah yang sangat parah. Masih tidak ada penyelesaiannya hingga kini. Malahan pihak-pihak tertentu dengan bangganya menyediakan pula tempat-tempat yang sewajarnya dituju setelah berlakunya itu sebagai untuk membantu.

Yang saya terfikir, makin hari makin ramailah yang membuat kerosakan kerana tempat untuk menutup kerosakan @ kejahatan itu sudah ada. Semacam kini manusia lebih banyak menggalakkan kerosakan itu daripada mencegahnya.

Bagi saya seperkara sahaja. Laksanakan Hukum Allah! Bukan sebahagian atau sedikit dari itu. Tetapi keseluruhannya.

Fikirkanlah kisah yang saya ketengahkan ini. Tentunya sebagai persediaan mendepaninya sebelum terjadi.

Selasa, 23 Mac 2010

Teruslah Langkah

Tahniah diucapkan kepada Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, atas kewujudan blog rasmi tersebut.

Moga dengan kehadiran laman blog itu memberikan informasi bugar kepada khalayak, khususnya kepada Muslimat Negeri Sembilan dan amnya kepada sekalian warga Negeri Sembilan, insya`allah.

Bersamalah kita mengorak langkah, moga senantiasa dalam redha Allah.

Teruskan menyampaikan wadah bermanfaat..

Silakan bertamu [KLIK SINI]

Ahad, 31 Januari 2010

"Aku tidak menganggap ....."

Abul Faraj Ibnul Jauzi rahimahullahu ketika menerangkan ucapan Abu Thayyib Al-Mutanabbi mengatakan: “Aku tidak menganggap aib-aib manusia sebagai kekurangan, seperti kurangnya orang-orang yang mampu mencapai kesempurnaan.”


Beliau rahimahullahu berkata : ”Sesungguhnya orang yang berakal berusaha menyempurnakan dirinya sampai pada batas maksima yang dia mampu. Seandainya digambarkan kepada anak Adam dirinya dapat naik ke atas langit, sungguh aku memandang kerelaannya tinggal di bumi ini merupakan seburuk-buruknya kekurangan. Jika saja kenabian dapat diperoleh dengan usaha yang sungguh-sungguh, nescaya aku memandang orang-orang yang meninggalkan upaya dalam mendapatkannya berada pada puncak kerendahan. Perjalanan hidup yang baik, menurut para ahli hikmah, adalah keluarnya suatu jiwa menuju puncak kesempurnaan yang mungkin dalam keilmuan dan amalan.”



Beliau berkata : “Secara ringkas, tidaklah dia tinggalkan satu keutamaan pun yang mungkin untuk dia raih melainkan da berusaha mendapatkannya. Kerana sesungguhnya merasa cukup adalah keadaan orang-orang yang rendah. Maka jadilah dirimu seorang yang kedua kakinya berpijak di atas tanah, akan tetapi cita-citanya berada pada bintang Tsurayya.

Jikalau engkau mampu untuk melampaui seluruh ulama dan orang-orang yang zuhud, maka lakukanlah. Kerana sesungguhnya mereka adalah lelaki dan engkau pun juga lelaki, dan tidaklah para pemalas itu bermalas-malasan melainkan karena rendahnya keinginan dan hinanya cita-citanya.



Ketahuilah, sungguh engkau berada pada medan pertempuran, sedangkan waktu itu akan berlalu dengan cepat. Maka janganlah engkau kekal dalam kemalasan. Tidaklah sesuatu itu dapat diluput melainkan kerana kemalasan dan tidaklah seseorang dapat meraih apa yang dicapainya melainkan dengan kesungguhan dan tekadnya yang bulat.”

(Awa’iquth Thalab hal. 51-52 )

Jumaat, 29 Januari 2010

Kembali Lagi..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabat sekalian, maafkan saya kerana lama tidak mengemaskini laman blog ini. Bukan sengaja membiarkan ianya bersawang, tetapi memerapkan idea untuk diterjemahkan menjadi bahan yang kekal untuk perjuangan selain melihat aksi dan rentak-rentak bicara politik tanah air mahupun sejagat. Alhamdulillah. Insya`allah saya akan cuba ‘mengindahkan’ laman yang telah berlalang tinggi ini. Moga dengan azam dan semangat baru 1431 Hijrah, menguatkan saya istiqomah berkongsikan sesuatu yang bermanfaat, insya`allah.

Khamis, 26 November 2009

Telah Tiba Lagi..


MAAF ZAHIR & BATIN


"Bersamalah kita hayati erti sebenar-benar hari mulia ini"



Selamat Berkorban Demi Islam Tercinta


Insya`allah

Isnin, 2 November 2009

Murojaah Ila Hayati...


Saudara-saudara seperjuanganku.

Nasihat ini saya tujukan pada diri dan para pejuang Islam..

Dalam mengharungi bahtera kehidupan ini, kita melihat bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan :-

Golongan pertama adalah manusia dalam lingkungan masyarakat yang cinta akan kebaikan dan gemar melakukan kebajikan serta sangat suka menjalankan yang maaruf.

Golongan kedua adalah manusia dalam lingkungan masyarakat yang cinta kemungkaran, gemar melakukan maksiat dan dosa.

Demikianlah lingkungan di sekitar kita yang wujud hari ini.

Allah Subhanahu Wa ta`ala memberikan peringatan kepada kita dengan tegas dan jelas bahawa musibah akan terjadi kerana kemaksiatan yang dilakukan, tidak hanya menimpa para pelaku sahaja tetapi akan menimpa masyarakat sekitarnya. Firman Allah :-

وَاتَّقُوْا فِتْنَةً لاَ تُصِيْبَنَّ الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ .(الأنفال : 25)

Ertinya :

“Dan takutlah kalian terhadap fitnah (musibah, petaka, bencana, siksa) yang benar-benar tidak hanya menimpa orang-orang zalim di antara kalian secara khusus. Dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha dahsyat siksaNya.”

Subhanallah sungguh peringatan yang Allah berikan bukanlah sebuah bicara kosong yang tak akan berlaku tetapi pasti terlaksana. Sungguh janji Allah adalah sebenar-benar janji dan pasti terjadi, musibah itu pasti akan datang silih berganti dan petaka tentu akan menimpa walau di mana pun berada. Siksaan Allah pasti akan menghancurkan bumi ini.

Apabila kemungkaran dilakukan, ketika maksiat dibiarkan, di saat pelakunya diagungkan di waktu perbuatannya dibiarkan, sungguh musibah itu pasti hadir.

Bagaimanakah dengan diri kita, yang mengaku pecinta kebenaran, para pendukung kema’rufan, seorang penggemar kebajikan, manusia pelaku kebaikan. Apakah kehidupan kita sudah terlepas dari kemungkaran? Apakah amal baik kita sudah terbebas dari dosa? Apakah kelakuan kita sehari-hari sudah murni tanpa kesalahan dan keburukan?

Sungguh naif bila kita mengaku sebagai pasukan pembasmi kemungkaran apabila diri kita terjerumus dalam dosa dan maksiat. Sungguh malulah apabila kita mengaku cinta kemaarufan sedangkan masih terlena dengan pujuk rayu dunia dan harta.

Sungguh zalim apabila kita mengaku gemar menjalankan kebajikan tetapi dalam diam kita melakukan kejelekan dan keburukan atau mungkin kitalah yang menjadi asbab turunnya musibah kerana kita tahu dan berilmu tetapi kita melanggar dan melakukan maksiat serta tidak mengamalkan ilmu yang ada.

Memang manusia sukar untuk terlepas dari lupa dan salah, sulit bagi manusia untuk bebas dari kejahatan dan keburukan kecuali bagi mereka yang Allah lindungi dan mereka yang diberi Rahmat oleh Allah, mereka yang senantiasa ingat kepada Allah, mereka yang selalu menjaga diri dari keburukan dan kejahatan sekecil apa pun.

Sungguh indah nasihat Ulama salaf kita ini..

لاَ تَنْظُرْ إِلَى صِغَرِ الْخَطِيْئَةْ ... ... ... وَلكِنْ اُنْظُرْ إِلَى مَنْ عَصَيْتَهْ

Janganlah engkau melihat akan kecilnya suatu kesalahan,

Akan tetapi lihatlah kepada siapa engkau bermaksiat.

Subhanallah sungguh indah nasihat ini…

Kepada kalian yang cinta kemaarufan…

Kepada kalian yang benci kemugkaran…

Semoga kehadiran nasihat ulama salaf di atas dapat menjadi renungan diri kita

janganlah engkau melihat akan kecilnya suatu dosa

janganlah engkau melihat akan remehnya suatu kesalahan

janganlah engkau melihat akan enaknya suatu maksiat

jangan…!!!

Tetapi lihatlah kepada siapa engkau bermaksiat

Allah… Dia yang sedang engkau maksiati…

Allah… Dia yang sedang engkau derhakai…

Allah… Zat yang telah menciptakanmu…

Tetapi engkau melanggar aturan-aturannya…

Lihatlah… perhatikanlah… siapa yang sedang engkau maksiati…!

Astagfirullahal adzim min kulli dzanbil adzim…

Selayaknya kita menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita dari kemaksiatan, dosa, keburukan, kesalahan, dan kemungkaran…