TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Sabtu, 13 Jun 2009

Perlukah Wala` Pada Yang Mencipta Kacau Bilau??


Situasi sangat meruncing setelah Muktamar baru-baru ini. Sangat bosan rasanya dengan propaganda dan polimik politik yang dimainkan oleh pihak tertinggi parti.

Rasa macam dah tak semangat dengan parti ni. Dengan jawatan kuasa muslimat yang tak menyenangkan. Dengan presiden parti yang mengacau bilaukan.. Ahh.. Apakah semua ini??

Bukan saya sahaja yang merasakan seperti ini. Saat saya melalui kedai-kedai makan di tepi jalan untuk ke destinasi saya, orang-orang politik hingga warga biasa dalam parti banyak bicarakan ini.

Saya mushkil kenapa presiden yang sekarang ini terlalu drastik mengeluarkan kenyataannya sedari Muktamar lalu. Sedangkan sebelum ini telah diperingatkan oleh Mursyidul Am. Jadilah seperti Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang sangat tawadu`, istiqomah, qanaah..

Hentikanlah segala kata tentang perpadun sebelum ramai yang akan lari dari parti ini. Selain itu, atas dasar apakah perkara ini diteruskan??

Wajar semua pihak menghentikan dan yang utama Presiden sendiri harus menarik balik segala rasa hati yang diketengahkannya.

Jangan sampai wala` itu hilang.. setelah dari pelbagai sudut menegur. Namun masih ada lagi yang berbunyi.

Tiada ulasan: