TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Isnin, 14 April 2008

Misi YB Menyelamat.. doakan...

Adalah dimaklumkan YB Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani ADUN Paroi, N.Sembilan telah ke Lombok, Indonesia bersama Che Ishak, bapa kepada adik Azreen remaja 13 tahun dari Rantau, N.Sembilan yang dilarikan ke Indonesia pada tahun lepas. Mereka akan bertolak pada hari Isnin 14 April 2008. Bapa adik Azreen akan berusaha untuk membawa anak kesayangannya pulang ke Malaysia. Misi Jejak Kasih Adik Azreen ini memerlukan belanja yang agak besar. Justeru itu sumbangan kewangan adalah amat diharapkan. Mereka yang ingin menyumbang sila e-melkan ke mdtaufek@yahoo.com. Rakyat Malaysia juga disarankan agar berdoa Misi Jejak Kasih ini berjaya. Sekiranya segalanya berjalan lancar Misi Jejak Kasih ini dijangka akan selesai dalam tempoh seminggu.

Tiada ulasan: