TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Selasa, 4 Januari 2011

Menawan Puncak - Realisasi Negara Berhukum Islam


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebuah entiti politik yang besar akan kembali kepada individu-individu. Individu-individu menjadi struktur yang paling kecil dari sebuah entiti politik, yang bernama negara. Maka, jika diperhatikan kewujudan sebuah negara adalah dengan adanya individu yang membentuk komuniti bernama masyarakat, kemudian mereka membuat urusan sosial. Hakikatnya, perilaku politik yang dibentangkan dalam sebuah kebijakan negara, tidak lain merupakan refleksi dari tingkah laku, orientasi dan kecenderungan dari individu itu sendiri.

Sayyid Qutb rahimahumullah, ketika Jamaah Ikhwan menghadapi kesulitan luar biasa, antara tahun 1954 – 1962, dan berada di penjara ketenteraan ‘Liman Turoh’, ia berhasil merakamkan persoalan yang sangat mendasar yang dihadapi bangsa Mesir ketika itu.

Beliau memikirkan bagaimana mencegah kemunduran, mencapai harakah Islamiyah, sebagaimana harakah Ikhwanul Muslimin di Mesir yang terus-menerus menghadapi ‘mihnah’ (cubaan), termasuk di masa pemerintahan Gamal Abdul Nasser. Di bahagian lain, kaum Zionis dan Salibis, tidak menginginkan harakah ini tetap ada dan keduanya dengan sekuat tenaga berusaha menghancurkannya.

Rancangan itu sangatlah jelas melalui dokumen-dokumen, buku-buku, ucapan-ucapan, tindakan dan skenario (gambaran) yang mereka susun. Tujuannya adalah melemahkan aqidah Islam, menghapus akhlak Islam dan mencegah agar Islam tidak menjadi landasan hukum dan pemikiran. Dari semua itu, tujuannya adalah menghancurkan aqidah, akhlak dan dilanjutkan dengan merobohkan sendi-sendi yang mendasar dalam masyarakat Islam.

Maka, melalui cara-cara yang mereka rancang itu, tentu akan sangat mudah menjalankan rencana mereka. Di bahagian lain, dengan tersebarnya harakah Ikhwan dan lumpuhnya seluruh aktiviti mereka, kaum Zionis-Salibis, berhasil dan melumpuhkan perlawanan di kalangan Umat Islam. Dan tujuannya mereka akan berhasil menguasai Dunia Islam.

Sekarang, sangatlah berleluasa kerosakan umat di seluruh lapisan. Kerosakan aqidah, akhlak dan tashawur (konsep berfikir) mereka. Islam tidak lagi difahami oleh masyarakat. Islam tidak lagi menjadi etika dalam kehidupan bermasyarakat. Islam tidak lagi menjadi pedoman masyarakat. Mereka kosong dari nilai-nilai Islam. Lalu, masyarakat Islam hanyut (talawutz) ke dalam kehidupan jahiliyah. Di mana-mana Islam tidak lagi menjadi ‘tayyar’ (arus) utama dan yang nampak adalah konsep jahiliyah serta perbuatan-perubatan yang inhirof (menyimpang).

Masyarakat Islam atau Kaum Muslimin, berpedoman kepada ‘manhaj’ (method) kaum jahiliyah, dan berperilaku seperti orang jahiliyah. Mereka tidak menjadikan Islam sebagai manhaj hidupnya. Gaya hidup mereka juga sudah seperti orang-orang jahiliyah. Itulah, yang disampaikan oleh Sayyid Qutb Rahimahumullah, tentang apa yang disebut oleh beliau sebagai bentuk jahiliyah moden.

Sayyid Qutb, mengumpamakan keadaan masyarakat sekarang ini, tidak ubahnya seperti ketika pertama kali datangnya Islam. Masyarakat tidak mengenal hakikat aqidah Islam, jauhnya dari nilai-nilai moral Islam dan bukan hanya sekadar jauh dari sistem dan syariah Islam. Dalam waktu yang bersamaan, kaum Zionis dan Salibis, melalui kekuatan yang dimiliki, mereka berusaha menghancurkan setiap kekuatan dakwah Islam, melalui tangan-tangan mereka dan sistem kufur yang mereka perkenalkan di setiap negara Islam.

Di sisi lain, menurut Sayyid Qutb, harakah-harakah Islam, hanyut dan sibuk dengan aktiviti-aktiviti politik dan mereka kehilangan keseimbangan, ketika mereka melakukan amal-amalnya. Mereka sibuk dengan isu-isu yang tidak penting dan melakukan gerakan politik yang menghabiskan kekuatan dan potensi-potensi yang mereka miliki. Harakah Islam menjadi ranting 'kering', kerana meninggalkan prinsip-prinsip (mabda') Islami.


Menurut tokoh yang mengakhiri hidupnya di tiang tali gantungan ini, para pemimpin parti sibuk berkerjasama dan rundingan dengan musuh-musuh Islam. Selain itu, ada di antara mereka yang sibuk menyampaikan tuntutan-tuntutan kepada pemerintah agar melaksanakan sistem Islam dan syariah Islam. Padahal, hakikatnya masyarakat secara keseluruhan telah jauh dari pemahaman aqidah Islam dan semangat memperjuangkannya, serta jauh dari akhlak Islam. Tentunya, tidak mungkin mereka dapat melaksanakan cita-cita sebuah negara Islam.

Sayyid Qutb memberikan solusi bagi masa depan pergerakan Islam yang harus dijalaninya iaitu harakah Islamiyah harus dimulai dari dasar iaitu menghidupkan aqidah Islam, di dalam hati dan akal, serta mendidik (tarbiyah) orang kembali dan menerima Islam. Tidak lagi mempersiakan waktu dalam pelbagai aktiviti politik yang menyimpang dan meyalahi.

Tidak melakukan usaha memaksakan sistem Islam dengan cara menguasai pemerintahan sebelum terbentuk dasar Islam yang kukuh di tengah-tengah masyarakat yang kemudian mereka menuntut sistem Islam. Ini akan lebih berumur panjang bagi sebuah kekuasaan Islam.

Itulah sebuah pemikiran Sayyid Qutb rahimahumullah, yang memahami dasar Mesir dan segala fitnah, ancaman juga kekejaman yang dilakukan musuh-musuh Islam, kaum Zionis dan Salibis serta harakah Ikhwan di Mesir, sehingga sekarang tetap ada dan hinggakan berkembang di pelbagai pelusuk. Ikhwan mempunyai landasan dan dasar yang kukoh di tengah-tengah masyarakat. Kerana benar-benar hidup bersama-sama masyarakat dan sering memahami kehidupan bermasyarakat.

Sayyid Qutb tidak mengizinkan pemaksaan kepada sistem Islam pada sebuah pemerintahan dengan cara menguasai pemerintahan itu, tanpa memiliki sebuah landasan atau dasar kukuh di kalangan masyarakatnya. Inilah hakikat jalan untuk menuju sebuah kekuasaan.

Kembalilah kita mendidik masyarakat agar mereka memiliki aqidah yang benar, akhlak yang bersih dan memiliki komitmen (iltizam) kepada Islam yang kuat. Inilah hakikat jalan menuju kekuasaan yang sebenarnya.

Justeru segala ini mulanya di lingkungan diri. Maka melalui itu jejak-jejak menggapai sebuah negara yang mengetahui, mengamal dan melaksanakan Islam tercapai. Tiada siapa yang boleh kita tundingkan sekiranya kita juga ingin menggenggam erat segala itu. Insya`allah.

Salam perjuangan buat para pejuang Agama Allah!

Tiada ulasan: