TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Jumaat, 1 Februari 2008

Kemaksiatan Yang Nyata


Semoga kalian sihat dan senantiasa dirahmati ALLAH. Yang setia, tawadu` dan istiqomah dalam setiap perjalanan dakwah dan perjuangan menegakkan Agama Allah, moga kalian sentiasa diperoleh keberkatan dan keredhaanNYA.

Di sini, ana ingin ketengahkan mengenai kemaksiatan yang jelas dan nyata yang realiti di depan mata. Tidak dapat tidak ingin ana persoalkan, ke mana perginya para ulama yang duduk di kerusi empuk lagi mewah yang berkhidmat di jabatan kerajaan. Mana suara mereka yang rakyat dan masyarakat harapkan membela Agama juga memperluaskan empayar dakwah di seantero jelajah negara ini

Lihatlah pelbagai permasalahan banyak timbul dan berleluasa tika ini. Peliknya, pihak pendakwah yang berkhidmat di jabatan kerajaan diam membisu. Mana perginya Penasihat Agama dalam kerajaan? Mana Ulama-ulama yang di Jabatan Agama?

Sewajarnya, kalian yang diberi mandat itu bertindaklah. Jangan biarkan kemaksiatan terus bermaharajalela. Jelas lagi nyata, kita dibentangkan dengan ceritera-ceritera di televisyen dengan tayangan yang tidak bermoral. Apa pandangan pihak yang berkenaan. Seolah-olah drama mahupun filem yang ditayangkan semua pelakonnya tidak beragama. Pakaian yang menjolok mata, apalagi lakonan yang dilakukan bukan suami isteri. Lihat sahajalah akan hal ini, ini adalah kemaksiatan yang nyata. Apakah pernah difikirkan?

Selain itu, semacam pihak yang bertanggungjawab membuta mata tidak memantau pengeluaran akhbar mahupun majalah. Yang di dalamnya kebanyakkan terdapat gambar-gambar porno dan menjolok mata. Mana letaknya tanggungjawab mereka yang bertanggungjawab itu?

Ini semua adalah faktor yang menyebabkan berlakunya kehancuran moral apalagi membuatkan imej sebuah ‘Negara Islam’ tercemar. Amat dan sungguh menyedihkan ana tika melewati kedai-kedai akhbar dan majalah. Malu untuk disinggahi. Kerana di kiri kanan terdapat pelbagai majalah yang cover depannya diletakkan gambar wanita sebagai ‘pencacat’ pandangan mata. Segalanya yang merosakkan pandangan mata. Na`uzubillah...

Dengan ini, pihak kerajaan haruslah menjalankan tanggungjawabnya. Jangan dah jatuh baru nak tengadah. Dari apa yang kita lihat, kerajaan hadari ini tidak cekap membuat tindakan terhadap mendepani isu-isu yang diketengahkan. Maka amatlah malang bagi Negara Malaysia mempertahankan pemimpin hadari ini.

Wajibnya adalah memperjuangkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa ini. Kalian yang di atas, sewajarnya cekap bertindak, bukan menanti laporan baru nak mulakan siasatan. Bukalah mata di setiap ketika, jangan leka kerana kalian di kawasan selesa. Jangan kerana itu kalian lupa pada tanggungjawab utama terhadap Agama ALLAH ini!

Contohilah Kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, hebatnya beliau dalam membangunkan negaranya dengan ciri-ciri Islam dan berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Selain itu, contoh di zaman kini ambillah pengajaran dengan Pemerintahan Negara Brunei Darussalam. Sultan yang berjiwa rakyat, yang pentingkan keagamaan. Inilah negara yang memang layak digelar Negara Islam. Amat jauh bezanya dengan Negara Malaysia ini.lihatlah sendiri kenyataannya.

Bukan permasalahan dan alasan Brunei sebuah negara yang kecil, walhal setiap perlaksanaan adalah berdasarkan pemimpin sesebuah negara itu. Bukan beza kecil atau besarnya. Yang penting pemimpin itu mahu dan inginkan negara itu menjadi sebuah Negara Islam dan bukan setakat cakap sahaja dan berbangga dengan pengiktirafan negara luar terhadap negara ini. Sebagaimana contoh yang ana bawakan tadi.

Apa gunanya pengiktirafan negara luar, sedangkan Warga Malaysia sendiri, amat tahu akan hakikat sebenar akan negara yang didudukinya. Maka amatlah malang kalau pihak pimpinan hadari mengutamakan pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam dari pihak luar, sedangkan realitinya amat jauh sekali.

Janganlah dipandang remeh soal maksiat yang berleluasa kini. Tetapi tindakan utama yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menamatkan pengeluaran majalah mahupun akhbar yang menyiarkan gambar yang tidak elok dan lagi porno itu.

Selain itu pihak kerajaan perlu memantau tayangan filem yang banyak berunsur lucah dari kebaikan di setiap stesyen televisyen yang ada. Telah banyak dapat dilihat, tiap-tiap lakonan drama mahupun filem itu ada unsur penghinaan pada Agama kita, Agama Islam. Sedarkah pihak-pihak yang berwajib itu? Ana cukup menyedarinya. Sebagai contoh nyata ana bawakan. Apabila tika berlakon, pelakon ini cukup cantik dan manis, menggayakan watak seorang yang alim iaitu sebagai muslimah. Namun realitinya pelakon ini hanya begitu ketika berlakon sahaja. Ini adalah kenyataan yang tidak dapat di elakkan. Lihatlah berapa ramai pelakon yang menggayakan perwatakan muslimah ketika berlakon drama mahupun filem tetapi tika di alam asalnya, mereka tetap sedemikian? Ana berani kata zero dan sifar. Tiada yang dapat kita jadikan contoh terbaik.

Mana perginya?! Mana perginya Ulama`?! kalian duduk di tempat selesa lupa tanggunggjawab pada agama yang amat dan terpikul. Menagapa kalian jadi demikian? Kerana jawatan yang selesa, kerana harta yang melingkari atau kerana takutkan pimpinan hadari yang banyak menyeleweng dari Dasar-dasar Agama ALLAH Subhanahu Wata`ala ini?? Jawablah wahai Pemimpin-Pemimpin Islam hadari sekalian! Sebelum kalian berhadapan dengan persoalan-persoalan Tuhan Sekalian Alam nanti...

Di sini, ana bagi pihak Muslimah Pejuang Asasi Sejagat, Jaringan Nasional Belia Mapan, serta sekalian yang perjuangkan Agama ALLAH, marilah kita tegakkan yang hak, Amal Ma`aruf Nahi Mungkar. Jangan lihat sahaja. Dan janganlah semata mengharap memperoleh selemah-lemah iman ( kerana doa dalam hati sahaja ) tetapi berazam dan bersungguhlah kita memperolehi iman yang kuat. Pedulikan sekeliling kita kini. Walaupun kubur masing-masing, namun di akhirat sana kita juga akan dipertanggungjawabkan atas setiap sesuatu. Mana nasihat menasihati kita buat insan yang berbuat kemaksiatan ini? Mana cegahan kita? Bukan mudah nak peroleh Jannah ALLAH andai tanggungjawab ini kita abaikan.

Justeru, ana menyeru pada diri ana, pada kalian yang barjawatan di sana, pada sekalian yang membaca ini, perjuangakanlah Agama ALLAH hingga hembusan yang terakhir. Bertindaklah! Perangilah musuh-musuh ALLAH, jangan takut jangan gentar, hadapilah dengan sabar. Sesungguhnya Allah bersama hambanya yang sabar.

Akhir kata, untuk pemimpin hadari, janganlah kalian berterusan begini, sedarlah akan amaran ILLAHI, jangan buat sesuka hati. Pada pejuang-pejuang Agama ALLAH, teruskan langkah JIHAD, mempertahankan Agama tercinta ini.

Salam jihad fi sabilillah.

“SIMPATI, EMPATI, MEMPERJUANGKAN HAK ASASI”
Nasihat menasihati semata mencari keredhaan illahi


SMNS
JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN
20 MUHARRAM 1429H

Tiada ulasan: