TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Rabu, 21 November 2007

jangan bertuankan mereka!!!!

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) membidas ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak berhubung dengan soal masa depan golongan muda di Negara ini yang harus bergantung hidup dengan Barisan Nasional (BN).

Dalam ucapannya yang dipetik oleh Bernama, beliau berkata golongan muda mempunyai cita-cita yang besar terhadap masa depan negara terutama dalam aspek jaminan mereka akan mendapat pekerjaan, mendapat peluang ekonomi dan sebagainya.

“Jadi, kalau itulah harapan mereka, maka Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku,” katanya kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.

Kata-kata bahawa “Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku” merupakan satu hujah yang gampang dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Najib bukan tuhan, dan BN bukannya berhala yang harus disembah oleh golongan muda untuk menuntut masa depan yang lebih baik. Mana-mana pemimpin dalam BN sendiri tidak layak untuk berkata demikian kerana mereka sendiri pun tidak tahu apa yang akan berlaku di esok hari.

Apa yang berlaku dalam Negara pada masa kini sudah cukup untuk membuktikan pada kita bahawa BN gagal untuk memberikan yang terbaik bagi generasi muda masa kini. Setelah memerintah Negara selama 50 tahun, BN hanya mampu menyumbatkan fikiran-fikiran hijau golongan belia Negara ini dengan racun hiburan dan pesta sahaja.

Gejala merempit, bohsia, penagihan dadah dan arak, buli, rogol, ragut, perjudian dan macam-macam lagi agenda maksiat yang sedang berlaku kebanyakan wujud melalui program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN. Pesta Sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru, saban tahun diadakan. Kerajaan BN hanya tahu bazirkan duit rakyat untuk meletupkan bunga api dan mengumpulkan anak-anak muda ditengah-tengah kota bagi meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal.

Indeks gejala sosial kalangan belia negara ini juga semakin meningkat tinggi.

Mereka semakin rosak dengan budaya skin head, black metal dan sebagainya. Gambar-gambar asmaradana anak-anak Nazri Aziz dan Dato’ K sudah cukup untuk perjelaskan pada kita bahawa pemimpin BN sendiri gagal membentuk anak-anak mereka.
Program-program Belia seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara hanya dijadikan tapak bagi mereka merompak hasil negara, walhal apa yang diperolehi oleh generasi muda amatlah sedikit.
Kerajaan BN juga gagal memastikan kualiti pendidikan negara dapat bersaingan dengan baik dipentas varsiti dunia akibat terlalu banyak bermain politik diktatorian didalam kampus. Mahasiswa diugut dan dipaksa tunduk pada kehendak pemimpin BN. Apa yang mereka fikirkan haruslah sesuai dengan kehendak pemimpin BN, jika tidak mereka akan digantung pengajian atau dibuang terus.

Ekoran dari itu, mahasiswa yang keluar dari Universiti kurang berkualiti dan tiada daya kepimpinan yang progreasif dan tidak mampu untuk berdikari. Akibatnya mereka juga susah untuk mencari pekerjaan kerana pihak majikan tidak percaya pada kebolehan mereka yang hanya bermodalkan sijil bisu yang tidak disokong oleh roh seorang belia yang cemerlang.

Pengangguran berlaku bukan sahaja kerana tiada pekerjaan dinegara ini. Ia berlaku kerana pihak Kerajaan BN gagal menyediakan prasarana pendidikan sempurna bagi melatih pada belia ini berhadapan dengan dunia realiti bersama dengan masyarakat. Cerita mahasiswa menganggur bukanlah perkara baru, dan setelah 50 tahun negara merdeka BN masih gagal mencipta generasi kreatif dan dinamik untuk negara.

Apa yang PAS lakukan di Kelantan dan diseluruh negara jauh berbeza. Anak-anak kecil sudah pandai membaca Al-Quran dan berdoa seawal usia 6 tahun melalui program Pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Pusat-pusat pendidikan lanjutan juga berkembang baik dan para belia disadurkan dengan budaya Ilmu agar mereka dapat berdikari dan bukan sahaja sekadar kenal perkara yang baik atau yang buruk malah mereka juga diajar untuk mengenali soal halal dan haram.

Mereka juga didedahkan dengan soal-soal kepimpinan melalui Usrah dan aktivi riadah serta kemasyarakatan yang menuntut mereka mematang diri kala usia masih muda. Mereka juga diberikan kebebasan berfikir dalam konteks yang positif. Hiburan alternatif disajikan dan dunia mereka juga dihiasi dengan pelbagai aktiviti lain selain dari berhibur. Mereka juga diajar berdakwah dan bersosial secara lebih beradab.

Inilah bezanya kualiti kepimpinan negara yang dibawa oleh PAS. Kita didik belia negara ini agar cenderung untuk memikirkan masa depan negara secara menyeluruh, bukan sekadar untuk diri mereka tetapi untuk masyarakat mereka.

Kenyataan PemudaWilayah sebelum ini bahawa ramai generasi muda hadir dalam Himpunan Rakyat adalah satu bukti kukuh bahawa golongan belia yang bersama PAS semakin matang dan mereka lebih cerdik dari pemimpin BN yang hanya tahu memanipulasikan harta rakyat demi kepentingan peribadi.

Pemimpin-pemimpin BN harus melihat realiti massa dan jangan biarkan rakyat khususnya golongan belia terus marah pada mereka. Sejarah membuktikan bahawa golongan belialah yang selalunya menjadi agen perubah dan mencetuskan gelombang revolusi diatas kezaliman pemimpin-pemimpin borjois seperti BN.

Oleh itu, Najib harus berhati-hati dan tidak mengugut atau memaksa belia-belia negara ini untuk tunduk dan taat pada mereka dengan wewenangnya. Dan akan sampai masanya belia-belia negara ini akan bangkit dan menyingkirkan Kerajaan BN dan membuktikan bahawa mereka dapat hidup dengan lebih baik tanpa BN!

Herman Samsudeen
Ketua PeneranganDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tiada ulasan: