JIHAD FI SABILILLAH
Rabu, 21 November 2007
jangan bertuankan mereka!!!!
Dalam ucapannya yang dipetik oleh Bernama, beliau berkata golongan muda mempunyai cita-cita yang besar terhadap masa depan negara terutama dalam aspek jaminan mereka akan mendapat pekerjaan, mendapat peluang ekonomi dan sebagainya.
“Jadi, kalau itulah harapan mereka, maka Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku,” katanya kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.
Kata-kata bahawa “Barisan Nasional sahaja yang boleh memungkinkan keadaan yang lebih baik akan berlaku” merupakan satu hujah yang gampang dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Najib bukan tuhan, dan BN bukannya berhala yang harus disembah oleh golongan muda untuk menuntut masa depan yang lebih baik. Mana-mana pemimpin dalam BN sendiri tidak layak untuk berkata demikian kerana mereka sendiri pun tidak tahu apa yang akan berlaku di esok hari.
Apa yang berlaku dalam Negara pada masa kini sudah cukup untuk membuktikan pada kita bahawa BN gagal untuk memberikan yang terbaik bagi generasi muda masa kini. Setelah memerintah Negara selama 50 tahun, BN hanya mampu menyumbatkan fikiran-fikiran hijau golongan belia Negara ini dengan racun hiburan dan pesta sahaja.
Gejala merempit, bohsia, penagihan dadah dan arak, buli, rogol, ragut, perjudian dan macam-macam lagi agenda maksiat yang sedang berlaku kebanyakan wujud melalui program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan BN. Pesta Sambutan Hari Merdeka dan Tahun Baru, saban tahun diadakan. Kerajaan BN hanya tahu bazirkan duit rakyat untuk meletupkan bunga api dan mengumpulkan anak-anak muda ditengah-tengah kota bagi meraikan pesta maksiat yang tidak terkawal.
Indeks gejala sosial kalangan belia negara ini juga semakin meningkat tinggi.
Mereka semakin rosak dengan budaya skin head, black metal dan sebagainya. Gambar-gambar asmaradana anak-anak Nazri Aziz dan Dato’ K sudah cukup untuk perjelaskan pada kita bahawa pemimpin BN sendiri gagal membentuk anak-anak mereka.
Program-program Belia seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara hanya dijadikan tapak bagi mereka merompak hasil negara, walhal apa yang diperolehi oleh generasi muda amatlah sedikit.
Kerajaan BN juga gagal memastikan kualiti pendidikan negara dapat bersaingan dengan baik dipentas varsiti dunia akibat terlalu banyak bermain politik diktatorian didalam kampus. Mahasiswa diugut dan dipaksa tunduk pada kehendak pemimpin BN. Apa yang mereka fikirkan haruslah sesuai dengan kehendak pemimpin BN, jika tidak mereka akan digantung pengajian atau dibuang terus.
Ekoran dari itu, mahasiswa yang keluar dari Universiti kurang berkualiti dan tiada daya kepimpinan yang progreasif dan tidak mampu untuk berdikari. Akibatnya mereka juga susah untuk mencari pekerjaan kerana pihak majikan tidak percaya pada kebolehan mereka yang hanya bermodalkan sijil bisu yang tidak disokong oleh roh seorang belia yang cemerlang.
Pengangguran berlaku bukan sahaja kerana tiada pekerjaan dinegara ini. Ia berlaku kerana pihak Kerajaan BN gagal menyediakan prasarana pendidikan sempurna bagi melatih pada belia ini berhadapan dengan dunia realiti bersama dengan masyarakat. Cerita mahasiswa menganggur bukanlah perkara baru, dan setelah 50 tahun negara merdeka BN masih gagal mencipta generasi kreatif dan dinamik untuk negara.
Apa yang PAS lakukan di Kelantan dan diseluruh negara jauh berbeza. Anak-anak kecil sudah pandai membaca Al-Quran dan berdoa seawal usia 6 tahun melalui program Pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Pusat-pusat pendidikan lanjutan juga berkembang baik dan para belia disadurkan dengan budaya Ilmu agar mereka dapat berdikari dan bukan sahaja sekadar kenal perkara yang baik atau yang buruk malah mereka juga diajar untuk mengenali soal halal dan haram.
Mereka juga didedahkan dengan soal-soal kepimpinan melalui Usrah dan aktivi riadah serta kemasyarakatan yang menuntut mereka mematang diri kala usia masih muda. Mereka juga diberikan kebebasan berfikir dalam konteks yang positif. Hiburan alternatif disajikan dan dunia mereka juga dihiasi dengan pelbagai aktiviti lain selain dari berhibur. Mereka juga diajar berdakwah dan bersosial secara lebih beradab.
Inilah bezanya kualiti kepimpinan negara yang dibawa oleh PAS. Kita didik belia negara ini agar cenderung untuk memikirkan masa depan negara secara menyeluruh, bukan sekadar untuk diri mereka tetapi untuk masyarakat mereka.
Kenyataan PemudaWilayah sebelum ini bahawa ramai generasi muda hadir dalam Himpunan Rakyat adalah satu bukti kukuh bahawa golongan belia yang bersama PAS semakin matang dan mereka lebih cerdik dari pemimpin BN yang hanya tahu memanipulasikan harta rakyat demi kepentingan peribadi.
Pemimpin-pemimpin BN harus melihat realiti massa dan jangan biarkan rakyat khususnya golongan belia terus marah pada mereka. Sejarah membuktikan bahawa golongan belialah yang selalunya menjadi agen perubah dan mencetuskan gelombang revolusi diatas kezaliman pemimpin-pemimpin borjois seperti BN.
Oleh itu, Najib harus berhati-hati dan tidak mengugut atau memaksa belia-belia negara ini untuk tunduk dan taat pada mereka dengan wewenangnya. Dan akan sampai masanya belia-belia negara ini akan bangkit dan menyingkirkan Kerajaan BN dan membuktikan bahawa mereka dapat hidup dengan lebih baik tanpa BN!
Herman Samsudeen
Ketua PeneranganDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Selasa, 20 November 2007
WARKAH BUAT KHALIFAH.. FAHAMILAH..
Isnin, 19 November 2007
PROPAGANDA MEREKA, HAPUSKAN SEGERA...
Ahad, 18 November 2007
buat yang memiliki rasa fikirkan seketika...laksanakan kewajipan segera
sedarkah dirimu tantang rakyat di bawah
banyak yang termuntah
akibat pelbagai yang disepah
diulit ucapan menyampah
menyokong bicara bercanggah
menuduh dan pelbagai tohmah
sedangkan dirimu tak sudah-sudah
hebat sungguh melafaz kata
menabur jua pelbagai nista
bagaimana rakyat mahu percaya
berjela kata laksananya tiada
banyak janji tidak dikota
sampai bila akan terbuka?
mahligai indah tempat bertakhta
santapan mewah penghias usia
sedangkan rakyat papa kedana
mengikat perut lapar dahaga
fikirkanlah wahai yang memiliki rasa
jangan dibaca sekadar suka-suka
sedarlah wahai yang terlena
jangan ditambah pikulan dosa
apakah yang akan dipersembah di akhirat sana
dosa bertimbun pahala tak terbawa
MUSLIMAH 2007
Sabtu, 17 November 2007
Moga sahabat, teman, rakan dan sekalian penziarah sihat dan senantiasa dalam keberkatan Allah Subhanahu wata `ala.
Semalam yang hadir dan berlalu… membuat ana mengingati pada seseorang yang banyak memimpin ana kejalan tarbiyah tika awal ana menjadi warga kampus.. yang di sana banyak ranjau serta indah khabar dari rupa.. kerana tarbiyah dia yang seorang mujahidah, ana kuat menerus langkah walau ada terasa janggalnya…
Ukhti Nuris.. bagaimana khabarmu tika ini? Moga perjuanganmu masih berterusan dilandasan Islami selamanya. Jangan ada pincangnya. Moga masih ada pertemuan antara kita walau bilanya tak diketahui. Namun, ana senantiasa menanti dengan doa.
Segalanya amat bermakna buat perjuangaku.. perjuangan kalian… hargailah…
WARKAH LAMPAU YANG MASIH LAKU..
Muslimahku…
Kutulis ini dengan rasa kasih yang menggunung di hati, bagi meneruskan perjuangan suci mendambakan redha Illahi. Renungkanlah isinya, hayatilah maknanya, aplikasikan ilmunya dan sematkan di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesananku ini sebagai azimat dalam meneruskan langkah perjuanganmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan Agama Allah, selamanya… Insya`allah
Mujahidahku..
Sesungguhnya kejadian kita terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah yang senantiasa menjadi perhatian sang kumbang.
Kita umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekati. Namun tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari lingkungannya.
Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya begitu memukau siapa–siapa yang memandangnya. Tapi, berawaslah, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati.
Muslimahku…
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajah dengan titisan wudhu`. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umapama sebutir permata yang dipamerkan untuk tontonan umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang bertutup. Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu keinginannya melebihi yang terdedah.. fikirlah muslimah generasi ini..
Muslimah Solehahku…
Taatlah kita pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba serta ranjaunya. Dengan keta`atan itu, kita adalah harapan pada setiap insane yang bernama Adam.. Hebatnya kita kerana kehebatan itu adalah kurniaan Allah yang perlu kita jaga sepanjang masa. Namun ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya sesuatu yang sukar diraih di zaman ini. Lantas yang perlu dilaksanakan dalam hidup berjuang ini adalah tingkatkan amalan kebaikkan istiqomahlah dalam perbuatan..
Namun ingatlah wahai srikandiku…
Sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan-jalan kearah itu.
Yang penting…
Kita mestilah mempunyai azam, usaha, doa dah istiqomah diiringi rasa tawakkal yang tinggi kepada Pencipta
Mujahidahku..jadikan setiap langkah dan tindakanmu berpaksikan Al Quran dan As Sunnah. Jangan biarkan dirimu dieksploitasikan untuk kepentingan pihak tertentu yang bertentangan dengan Perintah Allah
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabat kita sebaris dengan Kaum Adam. Kitalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut cuma. Betapa hebatnya kita… pertahankanlah!
Muslimahku… Mujahidahku..
Dalam hidup ini pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah yang dilakarkan Maha Kuasa buat makhluknya.. itulah fitrah semulajadi setiap insani. Namun ramai diantara kalian yang tewas kerana cinta.
Wahai Muslimah Tunggak Perjuangan Agama!!
Ketahuilah, bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itulah yang menyalahi. Kerana cinta, manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.
Benarlah kata-kata ini…
Cinta itu buta.. melainkan cinta pada Pencipta..
Sebelum kalian mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih utama. Mengkaji hakikat kejadian yang begitu simbolik.. melalui acuan Pencipta kita… tiada siapa dapat menandingiNYA. Sungguh itu adalah hakikat…
Mujahidah Solehah..
Cintailah Allah dan rasul melebihi cinta manusia kerana itulah cinta yang abadi dan hakiki kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan menjadi hancur dan berderai. Tetapi apabila hati diserahkan kepada Allah, sudah pasti segala yang dilalui tidaklah haru dan buntu. Dalam usia perjuangan ini, sibukkan diri menyauh ilmu-ilmu Illahi yang mampu mempertahankan iman dan taqwa dalam diri. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak pada hati orang-orang yang cenderung melakukan maksiat. Jangan kalian takuti tiada kelulusan tertinggi.. tapi jangan pula kalian ambil lewa kerana tidak memiliki ilmu. Tiada kelulusan, tetapi memiliki ilmu dan diamalkan adalah lebih baik dari segalanya.
Lihatlah kini.. segalanya dipandang pada kelulusan… sama ada diploma, ijazah, sarjana dan lainnya.. tapi muslimahku.. apa yang ada pada semua itu sekiranya ilmu itu hanya setakat pada segulung pengiktirafan. Takutlah akan hal ini.. doaku agar sesekali diri kalian tidak sebegitu.
Mujahidahku…
Perjuangan ini masih jauh dan tidak tahu di mana nokhtah nya. Jadi jangan sekali-kali kita lupa, kita leka dengan gertakan dan ugutan manusia yang busuk hatinya pada perjuangan fi sabilillah. Pertahankan kebenaran walau kalian berseorangan. Ya..aku juga menasihati buat diriku agar terus istiqomah walau masig-masingnya telah berjauhan. Jangan kalian khuatir… Allah bersama insan yang memperjuangkan AgamaNYA.
Buat akhirnya.. ingin aku memetik kata-kata Kekasih Allah Rabiah Al-Adawiyah.. Ahli sufi yang patut dicontohi..
“ Cintakan manusia tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan, kerana ianya tidak akan kekal. Cintakan manusia sering membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, derita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan serta kenikmatan yang kekal abadi melainkan CINTA KEPADA PENCIPTA CINTA ITU SENDIRI ”
NURISH
Begenang air mata ini tika mengulangi bacaan untuk ke sekian kalinya. Meresapnya kata mujahidah moga tumbuhnya mekar hingga ke akhir usia.
Ukhti…
Kata-kata ini kanku semat dalam nubari,
dalam menkjalani perjuangan tak bertepi,
bertunjangkan keikhlasan di hati,
semata mencari redha Illahi.
Moga Ukhti Nurish, muslimah-muslimah sekalian begitujuga.
Ahad, 4 November 2007
Makanan Rohani, marilah sama fahami.
- Menjaga makan minum dan memastikan segalanya itu dari sumber yang bersih dan halal serta menjauhi segala yang syubahat ( meragukan )
- Memperbanyakkan sedekah
- Tidak menahan membuang air besar atau kecil. selesaikan hajat itu sebelum solat
- Mengambil wuduk dengan sempurna dan tertib
- Memakai pakaian yang bersih
- Sentiasa Solat di awal waktu
- Tiada yang menjadi bahan pengganggu ketika solat ( tiada barang-barang yang merubah pandangan )
- Sentiasa mengingati mati ( seolah-olah itulah solat yang terakhir sebelum dipanggil Illahi )
- Meyakini bahawa Allah melihat kita & kita sedang menghadap Allah
- Memahami bacaan dalam Solat
- Istighfar sebelum mengangkat Takbir ( menjauhkan dari gangguan syaitan )
- Membulatkan hati pada Allah ( tiada selain itu )
Marilah sama kita fahami dan laksanakan, moga kita mampu menjadi insan yang dipilihNYA untuk khusyuk dalam mengerjakan Solat, perintah yang utama ini. semoga apa yang ana sampaikan ini dapat ana manfaatkan pada diri ana juga pada diri sekalian yang membacanya, insya`allah.
Sabtu, 3 November 2007
Insya`allah kita bersua di USM
semoga tamu sekalian sihat senantiasa dan diberkati Allah..
insya`allah jika berkesempatan kita pasti bersua di USM nanti..itupun kalau sahabat sekalian sertai. alhamdulillah, ana akan sertai mewakili Negeri Sembilan bersama sahabat ana yang sama berjuang dalam TERAS. Nurul Balqis namanya. moga persahabatan ana semakin erat dan utuh dan dapat manfaat serta bertambah kuat untuk meneruskan perjuangan yang terpikul, insya`allah. harap tiada aral yang melintang.
salam jumpa ana ucapkan pada rakan yang bakal menyertai. moga ada manfaatnya buat diri serta sekalian yang menyertai.
Perjuangan kita.. daftarlah segera!
BENGKEL PEMERKASAAN BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2007
TARIKH : 22 – 28 NOVEMBER 2007 / 12 – 21 ZULKAEDAH 1428H
TEMPAT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
SASARAN : 80 ORANG ( MAHASISWA IPT, BELIA-BELIA )
OBJEKTIF : MEMBENTUK SEKUMPULAN AKTIVIS BELIA YANG
MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK BERGERAK SEBAGAI
AGEN PERUBAH MASYARAKAT.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan urusetia program
MOHD SHAH RIZAN SAZALI : 016 – 4731816
MOHD RIDZUAN YUSOF : 012 – 967 5690
PERJALANAN PROGRAM
HARI PERTAMA
22 NOVEMBER 2007 – KHAMIS
4.30 pm : Pendaftaran
5.30 pm : Taklimat Program
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Isya`
9.00 pm : Ta`aruf –
“ Kenapa kita berada di sini? ”
“ Muhasabah Diri ”
11.00 pm : Rehat
HARI 2
23 NOVEMBER 2007 – JUMAAT
5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Perasmian :- Menteri KPDNHEP
10.30 am : Kudapan
11.00 am : Ucaptama Presiden – SM Idris
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.45 pm : Sesi 1
- “ Tanggungjawab Belia sebagai Generasi Pewaris ”
3.30 pm : Pembianaan Perspektif
- “ Realiti Masyarakat & Generasi Muda. Dahulu & kini..”
- Politik
- Sosio – budaya
- Pentadbiran
- Ekonomi
- Pendidikan
- Konsumerism
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Sesi 2
- Persembahan Filem
10.30 pm : Sesi 3
Pembinaan Daya Intelektual
- Membangun kekuatan berfikir generasi muda
- Cabaran pemikiran generasi muda masa kini
11.30 pm : Rehat
HARI 3
24 NOVEMBER 2007 – SABTU
5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Pembahagian tugas
9.30 am : Sesi 4
- Bagaimana Menjadi Belia Yang Peka?
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 5
Membentuk aktivis yang berfungsi
Membentuk karekter seorang aktivis
- Tanggungjawab aktivis belia
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Sesi 6
- Memahami misi untuk transformasi masyarakat
3.30 pm : Memangsa kaum wanita – apa tindakan kita?
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
8.45 pm : Sesi 7
- Persembahan Filem
10.30 pm : Sesi 8
- Pembentangan kumpulan bagi pembangunan sahsiah belia
11.30 pm : Rehat
HARI 4
25 NOVEMBER 2007 – AHAD
5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Sesi 9
Kepimpinan dalam berorganisasi
- Siapa itu pemimpin?
- Apakah fungsi seorang pemimpin?
- Skil yang diperlukan sebagai seorang pemimpin
- Pembentukkan semangat berpasukan dalam memimpin
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 10
Sambungan - Kepimpinan dalam berorganisasi
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Sesi 11
Kemahiran yang diperlukan sebagai agen perubahan
- Pengurusan dalam mesyuarat
- Kemahiran dalam menulis
- Merangka aktiviti / program
- Semangat berpasukan
- Dokumentasi dan laporan
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Perbincangan dalam kumpulan
“ Jika saya sebagai pemimpin.. ”
- Bagaimana anda berkhidmat kepada dalam masyarakat?
11.30 pm : Rehat
HARI 5
26 NOVEMBER 2007 – ISNIN
5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Aktiviti Turun ke Lapangan Masyarakat
“ Mempelajari & memahami kehendak rakyat ” – Tanjung Tokong
“ Harga yg perlu dibayar utk sebuah pembangunan ” – Kg Makam
“ Menyelusuri penyakit barah sosial dlm masyarakat ” – Jelutong
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Perbincangan dalam kumpulan 4
- Kesimpulan dan laporan aktiviti turun padang
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Pembentangan Kumpulan
11.30 pm : Rehat
HARI 6
27 NOVEMBER 2007 – SELASA
5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Sesi 12
Membina jaringan ke arah transformasi belia
- Bagaimana hendak bekerjasama dengan pelbagai pihak
- Menggunakan sumber dari pelbagai pihak
- Merancang program yang memberi impak kepada masyarakat
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 13
Pembentukan sebuah badan belia yang efektif
- Ciri-ciri badan belia yang efektif
- Mempelajari dari badan belia di seluruh dunia
- Membentuk inisiatif dan kreativiti dalam gerak kerja
12.45 am : Makan tengahari / Solat Zuhur / Rehat
2.30 pm : Sesi 14
- Pembentukkan sebuah badan belia yang berkesan
5.00 pm : Minum petang / Solat Asar / Rehat
7.30 pm : Makan malam / Solat Maghrib & Solat Isya`
9.00 pm : Pemetaan tindakan
11.30 pm : Rehat
HARI 7
28 NOVEMBER 2007 – SELASA
5.45 am : Solat Subuh & Kuliah Subuh
6.45 am : Senaman
7.15 am : Sarapan
8.30 am : Sesi 15
Komitmen kita untuk melakukan perubahan?
10.30 am : Kudapan
10.45 am : Sesi 16
Bermulanya dengan yang utama – Langkah seterusnya
12.45 am : Majlis Penutupan
2.30 pm : Makan tengahari / Solat Zuhur
Penutup
Jumaat, 2 November 2007
KiTaLaH PeNeRuS PeRjUaNgAn iNi
KISAH SEJARAH TERCIPTA SUDAH
ISLAM DIKENALI DIMERTA DUNIA
SESEKALI PANTANG KITA BERPATAH
WALAU NYAWA MENJADI KORBANNYA
ALLAHU AKBAR!!!
Ambillah secebis ketabahan Khadijah
Secangkir keluhuran Fatimah Az-Zahrah
Sequdus taqwa Rabiah Al-Adawiyah
Semurni rindu Ainul Mardhiah
Sekelumit kesabaran Asiah
Teruskan langkah!
Seperti perjuangan Nabi
Kemaraan bagai Saidina Ali
Kewarasan macam Ahli Sufi
Kerana semua itu adalah pejuang Rabbul `izzati
SMNS 2007
segalanya dari hati..
SALAM TARBIYAH PENGERAT UKHWAH
PENYEBAR DAKWAH MENGWUJUD QUDWAH
PENYERI ALAM TUNTUTAN UMMAH
TIADA GENTAR TIADA MENGALAH.
Indahnya rasa bila iman memenuhi
Hati senantiasa dekat dengan Illahi
Tiada ragu dan bimbang lagi
Segala ujianNYA tabah diharungi
Namun harus diawasi
Setiap langkah yang dijejaki
Cabaran yang hebat cukup berbaki
Iblis laknatullah tidak putus memujuki
Walau sakarat hampir pada diri
Sesekali tidak membelakangkan Illahi
Telajak jauh patahlah kembali
Agar ditemui Cinta Yang Hakiki
Lagi sejati, Cinta Rabbul `izzati
SM.NS 2006