TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Ahad, 25 Julai 2010

Tepatkanlah Sasaran Kita!!!

Bakal menuju sasaran.

Sudah bersiapkah?


Sabtu, 24 Julai 2010

Sambutlah Kehadirannya...


Apa persiapan dan persediaan kita menghadapi tetamu yang istimewa ini??

Jangan dilengahkan lagi.. Kita bakal menjejak pertengan Syaaban.

Mulakan sekarang!

Jumaat, 23 Julai 2010

Jika aku, kau dan semua tahu!!


“Jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan iman. Ketika itulah terasa bahawa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil berbanding balasan dan siksa Allah.

Menyedari bahawa dosa diri tidak akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun kita, jangan pernah berfikir bahawa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain! Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang banyak pengikutnya, orang kayakah? Semua kebaikan dan keburukan akan kembali kepada si yang melakukannya.

Maha Benar Allah dengan firmanNya dalam surah Al-An`am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu akan kembali dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Pernahkah kita menghitung dosa yang telah kita lakukan? Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Mungkin, hitungannya tiada beza dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.

Masihkah kita merasa selesa dengan mutu diri seperti itu?! Belumkah tersedar kalau tidak seorang pun mampu menjamin bahawa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersedar kalau tidak seorang pun merasa yakin bahawa esok dia masih dapat beramal? Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.

Menyedari bahawa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung. Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahawa kita begitu hina di hadapan Allah. Ketika itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Dia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun kerana jasa baik orang lain.

Apa yang kita dapatkan pun tidak lebih dari anugerah Allah yang tersalur melalui lingkungan kita. Kita pandai kerana ibu bapa memasukkan kita ke sekolah. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh adalah berasal dari warisan ibu bapa atau kerana berkah lingkungan yang Allah hidangkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah.

Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 hingga 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia mengkhendaki, nescaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah.”

Menyedari bahawa Syurga tidak akan dapat di masuki hanya dengan amal yang sedikit. Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahawa sudah menjadi kemestian sekiranya Allah akan memasukkan kita kedalam Syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tidak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti, pasti saya akan masuk Syurga,” begitulah keyakinan diri itu muncul kerana melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahawa, para generasi sehebat sahabat pun tidak pernah selesa kalau pun sudah ada jaminan mereka akan masuk Syurga. Dan seperti itulah dasar mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.



Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan : Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tidak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan perkara mudah : nyawa. Semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih Syurga.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-baqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Menyedari bahawa azab Allah teramat pedih. Apa yang boleh kita bayangkan ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tidak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tidak ada. Yang jelas dalam benak manusia ketika itu cuma pada dua pilihan : Syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang golongan manusia.


“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)


Mulalah bayangkan betapa pedihnya seksa neraka jika tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus dan selamanya.

Seperti apakah seksa neraka?? Rasulullah pernah menggambarkan suatu contoh seksa yang paling ringan. “Sesungguhnya seringan-ringan seksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan dia berpendapat bahawa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah? Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita? Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu.

Moga tausyiah ini bermanfaat buat diriku juga sekaliannya, insya`allah.