TAFADDHAL

JIHAD FI SABILILLAH

JIHAD FI SABILILLAH

Rabu, 30 Januari 2008

Anwar Cabar Najib



Jangan putar belit fakta : Anwar cabar Najib


KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mencabar TPM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak agar tidak hanya memutar belitkan fakta-fakta berhubung pelbagai dakwaan Anwar ke atas kerajaan Umno/BN.

Malahan beliau mengalukan untuk dinilai prestasinya sewaktu mejawat Menteri Kewangan selama lapan tahun secara terbuka.


Anwar yang mengadakan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya semalam berkata beliau tidak takut dengan kenyataan Najib itu malah mencabar secara terbuka.


"Saya tidak ada masalah kalau dia (Najib) nak nilai, dia boleh nilai, saya sebagai Menteri Kewangan lapan tahun dia boleh nilai, kita tak ada masalah," ujarnya.
Kenyataan Najib bahawa apa yang diutarakan Anwar mengenai isu rasuah, masalah ekonomi dan kemelut daya saing negara adalah tidak berasas disangkal.
Sebaliknya Anwar mempunyai bukti untuk mengaitkan dakwaan dakwaannya terhadap kerajaan termasuk isu yang membabitkan Najib.
"Dia kata saya tak ada asas.Saya sebut soal harga barang, negara hilang daya saing dulu nombopr 17 (1997) kini 23.Indeks korupsi kita dan semakin teruk.Isu korupsi kita ada bukti termausk komisen kapal selam, Pesawat Sukhoi dan skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ)," tegasnya.


"Apa asas yang dimahukannya lagi?.Saya tak ada halangan, tetapi ini jangan seperti yang dibuat oleh Umno sebar dakwan kata KeADILan pro-yahudi Cina dan Hindu, sebar di Permatang Pauh, burukkan saya.Ini tak ada etika dalam kempen," katanya.


Jika Umno atau Najib ada bukti mengenai dakwaannya itu, Anwar mencabar mereka secara terbuka menjelaskan bukti-bukti.


"Dia tak boleh jawab tentang isu ekonomi, isu kenaikan harga barang, masalah jenayah yang sangat tinggi sejak merdeka, rasuah dan, mereka tak boleh nafikan hal ini," ujar Anwar lagi.
Sebelum ini, Najib dalam beberapa siri jelajah kempen pilihan raya mengecam tindakan Anwar melemparkan tuduhan mengenai rasuah, masalah ekonomi dan kemelut jenayah negara.


Najib menyatakan bahawa apa yang didakwa Anwar dan pembangkang sebagai tidak berasas dan mahukan awam menilai prestasi seseorang pemimpin itu ketika berhadapan dengan krisis.

Rakyat Menunggu Calon Yang BENAR & JUJUR

Dalam kepanasan suhu piliharaya ke 12 kian meningkat, kami ingin menarik perhatian kepada semua pihak yang nampak ghairah untuk melancarkan perang-perang habis-habisan untuk merebut kerusi di DUN mahupun di Parlimen.

Kita telah melalui pengelaman 50 tahun merdeka dan proses demokrasi yang sudah mencecah pilharanraya kali yang ke 12. Semada mekanisme atau proses demokrasi kita tidak ada yang cacat atau disebaliknya , namun yang penting kita telah mengakui akan menjaga demokrasi dan memilih jalan demokrasi untuk menguruskan pemilihan sebuah kerajaan setiap kira-kira 5 tahun sekali. Dalam pahit manis dan kegetiran menyertai pilihanraya sejak 1955 , seharusnya kita semakin matang dan berjiwa besar untuk berlaku adil dan bersikap benar kepada rakyat.
Sebenarnya berkhidmat kepada rakyatlah yang sepatutnya menjadi asas kenapa kita beria-ia untuk mendapat mandat memimpin dan merangkul kuasa. Sepatutnya hasrat ingin mengangkat nasib rakyat terbanyak terutama dikalangan mereka yang terus mendudukki strata terbawah dalam masyarakatlah yang seharusnya merangsang seseorang itu menawarkan diri untuk menjadi calon.

Sementara mereka yang ghairah menjadi calon itu kerap berbuih mulut cuba meyakinkan bahawa mereka mahu berkhidmat untuk rakyat , namun tidak dapat dinafikan ramai pula melihat kedudukan sebagai wakil rakyat sebagai peluang membuka pintu seluasnya untuk hidup selesa dan lumayan.

Kerap juga atas nama parti mereka mendakwa mahu bertanding kerana mahu mewakli hasrat kepimpinan parti , akan tetapi sudah terlalu kerap mereka itulah juga yang akhirnya dijangkiti sindrom mencari kesempatan membolot kekayaan setelah berjaya dipilih dalam pilihanraya.

Maka akan sering kita melihat seorang calon yang menang pilihanraya tidak akan menjadi lebih miskin atau lebih susah dari sebelum ia menjadi wakil rakyat. Kebanyakannya akan jelas menjadi lebih senang, lebih bergaya dan lebih mewah kehidupaannya dari sebelumnya. Bagi mereka yang dicalonkan semula dan menang , akan kelihatan mereka menjadi lebih selesa kerana sudah matang dan cekap menghidu kesempatan yang ada untuk membolot kekayaan.

Maka petanda seorang wakil rakyat dengan sifat-sifat ini dapat dilihat melalui rumah yang
besar , kereta yang mewah , perhiasan diri dan rumah yang berjenama , pejabat yang bergaya dan menginap di hotel-hotel mewah.

Lantaran itu rakyat yang awalnya benar-benar berharap bahawa calon yang dimenangkan itu akan meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat berakhir dengan kekecewaan .

Calon yang sebelumnya sanggup meredah jalan kampung yang tidak berturap , cuba menemui setiap insan rakyat di kawasan yang ditandingi dan sanggup merendah diri untuk bersama dengan orang tua yang terlantar dan hidup melarat , kemudian tidak menampakkan bayang selepas itu.

Semua ini hanya berlaku dalam tempoh yang sangat terbatas. Bila pilihanraya selesai , kenduri kemenangan dirayakan dengan terkorbannya lembu dan kambing dan bila ia sudah semakin terbiasa dengan karenah menguruskan pelbagai masalah rakyat , akan didapatilah wakil rakyat jenis ini segera belajar bagaimana untuk bergimik atau berPR dengan rakyat.

Asalkan jangan terlalu nyata tidak turun padang dan tidak menunjukkan diri ketika rakyat sangat memerlukan bantuan , wakil rakyat tersebut tidak akan berasa bersalah kerana urusan rakyat sebenarnya tidak menjadi terlalu penting berbandingkan urusannya untuk mencari peluang memantapkan kekayaannya.

Dengan yang demikian kami mengingatkan ,bahawa PR 12 ini yang memasuki umur kemerdekaan ke 50 tahun perlu menunjukkan wajah yang baru dikalangan aktor dan para politikus pilihanraya .
Pengumuman untuk mahu menarik diri dengan niat untuk memberi kata dua kepada pucuk pemimpin dan ada yang mendakwa masih boleh menawarkan diri untuk menjadi calon hendaklah dihentikan. Gimik untuk menarik perhatian rakyat tidak harus terus diamalkan.

PR 12 adalah pilihanraya yang penting dari sudut waktu yang sedang dilalui oleh rakyat Negara ini. Jangan hendaknya mereka yang ghairah menjadi calon berakhir menjadi pengkhianat kepada rakyat. Rakyat perlu menjadi semakin matang dan celik ketika memilih wakil mereka. Negara ini terlalu mahal untuk diperjudikan oleh mereka yang mempunyai niat mahu mengaut keuntungan bila menang pilihan raya.


Mohd Azmi Abdul Hamid
PRESIDEN TERAS

Selasa, 29 Januari 2008

Pembohongan Yang entah Ke Berapa...

BOHONGNYA DOLLAH

Penghapusan Kemiskinan Tegar Hampir Capai Sasaran, Kata AbdullahPUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Sasaran kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negara ini kini hampir mencapai matlamatnya; lebih awal daripada jangka waktu yang ditetapkan pada 2010, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata kemiskinan tegar telah dikurangkan daripada 1.2 peratus pada 2004 kepada 0.7 peratus tahun lepas.Angka itu diperolehi daripada statistik awal "household income survey" (tinjauan pendapatan isi rumah) yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun lepas dan kajian itu akan dimuktamadkan Mac depan, katanya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.Beliau berkata jika angka muktamad nanti menunjukkan bahawa kemiskinan tegar hanya 0.7 peratus daripada penduduk Malaysia, jentera pentadbiran kerajaan harus berusaha mengenalpasti siapa dan di mana baki keluarga kemiskinan tegar itu berada.

Jentera pentadbiran harus melihat kembali program-program yang tersedia dan membuat penambahbaikan agar sasaran tercapai, katanya.Bagi kadar kemiskinan pula, Abdullah berkata statistik awal menunjukkan ia telah dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 ke 3.5 peratus tahun lepas.Beliau berkata jurang pendapatan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar berkurangan dari nisbah pendapatan 1 kepada 2.11 pada 2004 ke 1 kepada 1.99 pada tahun 2007.(Maksudnya, pada 2004, jika setiap penduduk luar bandar berpendapatan RM1 maka setiap penduduk bandar pula berpendapatan RM2.11.

Dalam bahasa mudah, pendapatan penduduk bandar lebih dua kali ganda berbanding pendapatan penduduk luar bandar pada 2004 tetapi jurang itu telah dikurangkan tidak sampai dua kali ganda pada tahun lepas).TIBA TIBA .......

Program Jejak Fakir berjaya kesan kemiskinan tegar di kawasan PM

Mohd Sabri SaidKEPALA BATAS, 28 Jan (Hrkh) - Program Jejak Fakir anjuran PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) Kepala Batas semlam berjaya menyaksikan kemiskinan tegar masih ketara di parlimen yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional (BN) khusunya Parlimen Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selama ini, BN sengaja melindungi isu berkenaan dengan memaparkan cerita kemiskinan di negeri yang dimenangi pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya mereka boleh jatuh papa kedana ekoran pembangkang tidak boleh memberi kemodenan atau tidak bijak mengurus ekonomi.Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak berkata, rupa-rupanya di kawasan yang dikuasai Umno terutamanya di parlimen Perdana Menteri sendiri tahap kemiskinan masih tinggi.

Tidak sangka sambungnya, ada lagi golongan miskin hanya merasai tempias pembangunan sahaja walhal sekumpulan kroni yang rapat dengan tokoh nombor satu negara itu ketawa besar di samping menikmati habuan yang diterokai."BN dan Umno harus menilai pemerintahan mereka kerana terlalu banyak masyarakat miskin hidup dalam kesukaran berlainan dengan slogan yang dipaparkan," ujarnya. More...

sambungannya:

Sementara itu, Ketua KeAdiLan Bahagian Kepala Batas, Zaini Awang dalam kenyataanya menegaskan, sungguh malu bila mengetahui isu kemiskinan masih ketara di Pulau Pinang iaitu sebuah negeri yang kaya dengan percaturan politik Umno.

Masih ada lagi, rakyat yang tidak dapat bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ), Orang Kurang Upaya (OKU) diabaikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlepas pandang dan tiada bekalan air yang sempurna sedangkan negara sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan.

"Sedih sungguh melihat realiti rakyat sekarang ini terpaksa menanggung bebanan yang kerajaan lakukan. Inilah waktu yang paling sesuai untuk rakyat buat penilaian tukar pemerintahan yang menindas," katanya.

Program Jejak Fakir itu sekali gus membantu keluarga Yaacob Mat Isa yang menjagai kakaknya yang cacat penglihatan dan pekak, Jamilah @ Sharifah Mat Isa dari Kampung Permatang Tiga Ringgit.

Kehidupan mereka sekeluarga tempang kerana tiada sebarang bantuan dihulurkan, lebih menghairankan kakaknya adalah OKU yang diperakui kerana mempunyai kad berdaftar nombor LD024159.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tinggal selang dua buah rumah dari rumah usang mereka sekeluarga tidak prihatin terhadap nasib mereka yang daif.
Satu lagi keluarga yang sempat Jejak Fakir meninjau ialah Puan Che Tom Hashim seorang penyokong setia Umno sejak dulu.

Kini beliau mula sedar dengan kenaikan harga barang dan kesukaran mendapatkan rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) mendorong jiwanya untuk tidak memberi undi pada BN lagi.

Penghidupan tanpa air bersih dan menumpang tanah rezab Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dari 1991 sehingga kini banyak mengajarnya erti kebenaran.

"Orang yang kita undi kaya raya, kita yang bekerja penat memenangkan mereka tetap hidup dalam kepayahan sampai hari ini," jelasnya dengan nada sayu mengenangkan suaminya terpaksa memanjat kelapa untuk menyara hidup mereka yang tinggal berdekatan tali air Bumbung Lima, Kepala Batas.

Turut menziarahi keluarga miskin di Kepala Batas ialah YDP Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kepala Batas, Nasir Abu Bakar, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kepala Batas, Suzriman Mohamad, Ketua KeAdiLan Bahagian Tasek Gelugor, Mohamad Hashim, Ketua Wanita KeAdiLan Tasek Gelugor, Puan Rosiah Arshad dan jawatankuasa peringkat bahagian dan kawasan masing-masing.

Pandainya Mengaburi...

Roslan SMS Corner

Kerajaan Malaysia keenam paling cekap di dunia!Ramai yang ternanti-nanti perjumpaan kakitangan awam dengan Perdana Menteri yang dijadualkan hari ini sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam kelapan tadi. Ada yang yakin ketika perjumpaan itu nanti, demi meringankan beban yang ditanggung oleh kakitangan awam ekoran kenaikkan kos hidup, PM Dollah Badawi akan mengumumkan pembayaran honorarium kepada semua kakitangan awam sebagaimana yang dituntut CUEPACS.Memandangkan kerajaan tidak membayar bonus pada hujung tahun lalu, CUEPACS telah menuntut agar kerajaan sebaliknya membayar honorarium kepada semua kakitangan awam iaitu sebanyak RM2,000.

Dengan kenaikkan kos hidup yang ternyata menekan itu, kenaikkan gaji kakitangan awam tahun lepas jelas tidak mencukupi untuk membantu kakitangan disektor ini berhadapan dengan harga barangan dan perkhidmatan yang terus-menerus naik.Lalu apabila berjumpa di Putrajaya siang tadi saya dapat membayangkan betapa hancurnya hati seluruh kakitangan awam apabila PM tidak pun menyentuh berkenaan tuntutan berkenaan. Apa yang disebut adalah bahawa kerajaan Malaysia adalah yang keenam paling terbaik di dunia dari sudut kecekapan menurut World Competitiviness Year Book yang dikelaurkan oleh IMD yang berpusat di Switzerland.Saya yang mendapat tahu perkara itu turut kagum dengan kakitangan awam kita tetapi saya tidak pasti samada PM sedar atau tidak, pencapaian tersebut adalah untuk tahun 2000 bukannya semasa.

Pada tahun 2000 bukannya beliau PM tetapi Tun Dr M. Mengapakah beliau tidak dedahkan pencapaian terbaru?Apa pun yang patut menerima kredit bagi saya adalah kakitangan awam, jika benar sudah baik maka wajarlah kerajaan berbelanjan untuk mereka. Malah CUEPACS puns ebelum ini telah menyatakan jika tidak dapat RM2,000 dapat RM1,000 pun tidak mengapa asalkan ia diberi dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Saya tidak pasti apakah pengumumannya, jika ada, sengaja dilewat-lewatkan sehingga menjelang pilihan raya atau memang tidak ada? Inilah perkara pokok yang perlu diberi perhatian kepada mana-mana kerajaan yang mahu berjuang untuk kebajikan rakyatnya. Mungkinkah Negara Berkebajikan yang mahu diperjuangkan PAS bakal mengambil kira perkara ini?

JOm Baca..

Bila Akhbar Menjadi Komik!

Min Ketua Perusuh

Selalunya bila kita membaca akhbar, kita akan dapati hanya berita yang serius dan penting sahaja yang akan menjadi tatapan kita. Ramai pemberita muda dan tua yang sanggup berkejar kesana kesini hanya untuk mendapatkan berita yang terkini dan sensasi. Malah ada yang diketahui sanggup mengeluarkan modal sendiri hanya untuk mendapatkan secebis maklumat yang kemudiannya diolah sebegitu baik dan boleh menjadikan bahan untuk tatapan semua pembaca (itupun setelah ditapis sewajarnya oleh pihak editor).

Biasanya bahan atau berita yang tersiar hanyalah bahan yang serius, namun kini anda dan saya boleh menjadikan akhbar sebagai satu bahan lawak yang boleh menggantikan komik. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengandaikan bahawa modal penulis dan penerbit siaran akhbar kini tidak lebih daripada sebahagian dari modal dalam sesebuah komik.

Bahan berita yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah kini menerobos ruang bacaan kita pada dada-dada akhbar harian. Malah ada beberapa akhbar harian yang semakin hari semakin berubah bentuknya sehinggakan boleh diklasifikasikan sebagai komik atau majalah. Ini kerana muta berita dan artikel yang disiarkan boleh diterjemahkan sebagai mengarut ataupun lelucon.
Bayangkan dalam beberapa waktu menghampiri kepada pilihanraya umum ke-12, hampir semua akhbar harian (pro BN) seperti sehaluan dengan memuji habis-habisan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi dan kerabatnya. Sehinggakan boleh dikatakan habis beberapa muka akhbar harian utama menunjukkan bahawa Kerajaan Bariasn Nasional prihatin dan mesra rakyat, sedangkan semua pihak tahu betapa buruknya pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Beberapa Menteri, Timbalan Menteri, Penasihat Agama dan Menteri Besar yang IQ mereka ditahap yang rendah seperti Najib Razak, Zainudin Maidin, Shahrizat Abdul Jalil, dan beberapa oleh lagi termasuk Khir Toyo nampaknya mudah sangat melatah dengan usikan daripada wartawan sehinggakan terlepas satu dua perkataan yang tidak sesuai.

Akhbar kini dilihat lebih menyediakan bahan-bahan yang berbentuk mengampu, membodek dan mengarut yang layaknya menjadi komik. Malah ada editor akhbar harian yang sanggup menggadaikan maruah diri dengan menjadi hamba kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan bahawa permit penerbitan akhbar harian ditukar menjadi permit (lesen) penerbitan komik atau majalah picisan. Barulah kena dengan maklumat yang dipaparkan olehnya. Jika mereka (pemilik syarikat akhbar) tidak berani menukarkan permit (lesen) mereka maka kita boleh melihat berapa hipokritnya mereka.

Jika mereka tidak mampu mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas daripada sumber-sumber mereka yang terhad, maka tiadalah salah untuk mereka mendapatkaannya dari mana-mana blog yang berintegriti.

Kepada para editor, wartawan dan jurugambar akhbar harian seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Harian Metro, Sinar Harian dan sebagainya yang masih lagi tidak mahu berubah daripada menjadi kuda tunggangan kepada parti pemerintan, maka eloklah anda berbuat demikian. Jangan biarkan orang ketawa bila membaca akhbar harian andaƂ… Jangan Jadi Komik.

Ahad, 27 Januari 2008

IMBASAN MINGGU LALU TIKA HADIRNYA PRESIDEN BERTEMU RAKYAT...


saat-saat awal ketibaan Presiden PAS. Penantian yang menjadi kenyataan. Alhamdulillah.




Kenderaan berkuasa besar masuk ke Dataran Muhibbah mendahului kederaan insan yang dinanti






Berkibarnya bendera PAS, menyambut kedatangan tetamu yang dinanti, Presiden yang dikasihi. berarak bersama rakyat hingga ke Dataran Muhibbah, bersama dibaitkan Thola al Badru alaina...


Langkah Barokah... Moga membawa perubahan pada negeriku ini setelah jejaknya Seorang Presiden ke Kawasan Dataran Muhibbah ini.. insya`allah. bersamalah kita doakan!


En Zulkifli, Tuan Presiden Yang dikagumi dan Timbalan Presiden yang menemui



Solat Zuhur berjemaah diimamkan seorang Presiden. Moga Berkatnya kita seluruh rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia dapat.

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

bersamalah kita pergunakan amanat yang bermanfaat yang diberi oleh pemimpin kita. Teruskan perjuangan, jangan takut jangan gentar, hadapilah dengan sabar!

SALAM JIHAD FI SABILILLAH



ALHAMDULILLAH

Ketua Muslimat PAS bebas jam 1 pagi, 47 masih ditahan


KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh adalah antara 11 individu awal yang dibebaskan jam 1 pagi tadi dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), manakala 47 yang lain masih lagi dalam tahanan. -->
Turut dibebaskan bersama Ustazah Nuridah ialah suami beliau Mohd Azmi Azman dan mereka adalah antara 58 orang yang ditahan semalam atas dakwaan menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini.

Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Demikian menurut Ustazah Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengetahui perkembangan terkini kesemua tahanan terbabit.

"Saya dan suami dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Bagi saya penangkapan semalam adalah salah kerana saya tidak berhimpun sama sekali malah saya sedang membantu seorang wanita berketurunan India yang cedera akibat dikasari polis.

"Apabila polis arahkan bersurai, saya patuh tetapi mereka mengekori dan mengepung saya seterusnya menangkap saya dan lain-lain," katanya yang sedang bersiap untuk ke IPKKL tengah hari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Sementera itu, Nuridah turut menjelaskan kepada Harakahdaily, bahawa beliau tidak dapat mengenal pasti nama 9 individu yang dibebaskan pagi tadi namun menyatakan tujuh daripadanya berketurunan India mankala dua lagi berbangsa Cina.

"Ada yang ditangkap sekitar Wisma Central Jalan Ampang, dan bukannya di lokasi himpunan sepatutnya diadakan malah turut ditangkap individu yang memakai baju warna kuning," katanya.

"Nampaknya kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin takut dengan kebangkitan rakyat yang mahu memprotes kenaikan harga minyak dan barang yang 'menindas' hidup mereka. Oleh itu mereka melakukan pelbagai halangan untuk menyekat daripada mendengar suara hati rakyat," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberi semangat kepada semua pendokong, pejuang, aktivis dan pemimpin politik agar meneruskan perjuangan membela nasib hidup rakyat di samping mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan oleh BN tanpa rasa gentar.

"Jangat takut. Ini adalah lumrah perjuangan, pasti ada pelbagai halangan dan insya-Allah kita akan berjaya,", mengungkap kata-kata beliau.

"TERUSKAN PERJUANGAN WALAU BANYAK RINTANGAN, HADAPILAH DENGAN SABAR DAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN"

"YAKINLAH, janji ALLAH itu pasti"

macam-macam yang mereka cipta untuk membuatkan rakyat membenci mereka... alahaii... Pak Lah dan kuncu-kuncu kamu itu, nantikanlah saatnya!

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!


DR HATTA RAMLI DAN TIAN CHUA DITANGKAP POLIS KETIKA MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI DEPAN KLCC

Tangkapan sudah meningkat lebih 20 orang termasuk wartawan malaysiakini. Tak pasti pula apakah ada orang awam yang mahu membeli-belah atau lepak-lepak sekitar KLCC juga ditahan? Penangkapan terhadap wartawan adalah petanda kezaliman melampau dan gugatan besar terhadap kebebasan bersuara.

KUALA LUMPUR: Belum pun demonstrasi membantah kenaikan harga barang bermula di KLCC, tangkapan sudahpun dilakukan oleh pihak polis. Difahamkan sekurang-kurangnya enam orang Unit Amal PAS telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur.Haprak betul pasukan polis yang diperalat dan diperkudakan oleh Umno-BN. Haprak betul polis di bawah menterinya Abdullah Ahmad Badawi.Khabarnya seramai 5 orang muslimat PAS turut ditahan. Juga terbabit wartawan malaysiakini. Apa cerita ini Dollah, pemberita yang nak buat liputan pun kena serkup??? mana hak kebebasan seorang wartawan?!

Oopp, kawan bagitahu, ada lagi tangkapan .... Memang betul-betul takut Umno-nak hadapi suara rakyat yang makin menderita dengan keperitan bebanan hidup.Tak pasti sama ada demo Protes ini dapat dilangsungkan atau tidak. Dulu orang bercakap di Malaysia ada kebebasan bersuara tetapi tiada kebebasan selepas bersuara. Sekarang semuanya haprak, nak menuju ke tempat demonstrasi pun tak boleh, apatah lagi untuk nak sama-sama demo!

makin menjadi-jadi kezaliman yang mereka cipta. jangan takut jangan gentar, hadapinya dengan sabar. " innallah ha ma`assobirin". seolah-olah mereka nak jadi seperti MOSSAD mahupun Shin bet. kejam, zalim, tak peri insani. macam Israel laknatullah tu. manakah letaknya kebebasan bersuara di Malaysia kini...seolah-olah kita yang berjuang ni seperti musafir di negara sendiri.

marilah rakan seAgama ku... kita laksanakan tuntutan beragama. jangan sesekali berpaling. biarpun ancaman diberi mereka, hadapi dengan sebaiknya. INGATLAH janji-janji ALLAH itu pasti. teruskan langkah memperjuangkan Agama ALLAH ini.

jihad fi sabilillah

"SIMPATI, EMPATI, MEMPERJUANGKAN HAK ASASI"

-SMNS-
Jaringan Nasional Belia Mapan

Sabtu, 26 Januari 2008

IKHLASLAH DALAM BERDAKWAH

Titik akhir yang didambakan dari perjuangan kita adalah syahid di jalan Allah, kematian yang mulia di sisi Allah, syahid fi sabilillah. Menjadi seorang syuhada adalah impian semua pejuang di jalan Allah. Ada yang sudah menunaikannya, ada pula yang masih menunggu gilirannya.

" Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya) "
( QS. Al Ahzab: 23 )

Untuk mencapai cita-cita tertinggi itu bukan satu jalan yang mudah. Jalan untuk mencapainya penuh dengan o­nak dan duri, badai mahupun rintangan. Segala tentangan dan cubaan senantiasa muncul, baik dari diri kita mahupun dari persekitan. Untuk itu diperlukan kebersihan hati dan keikhlashan dalam setiap ketika. Apabila kita menemukan seorang aktivis yang tidak ikhlas, lepaskan dia dari barisan kita. Kerana hanya akan membuat barisan ini menjadi cacat dan pincang.

Ali bin Abi Thalib pernah mengatakan mengenai 4 sikap yang terpuji tapi susah dilakukan oleh sekaliannya. Keempat sikap itu ialah:

1. Memberi maaf ketika kita sedang marah.
2. Bersikap dermawan pada saat-saat krisis.
3. Menjaga diri dari perbuatan dosa ketika tidak ada orang lain (yang melihat kita).
4. Mengatakan yang haq kepada orang yang kita harapkan kebaikan darinya atau orang
yang kita takuti.

Keempat-empat sikap di atas memang sulit dan sukar untuk dilakukan, tetapi tidak akan sulit apabila pelakunya ikhlas. Kerana orang yang tidak ikhlas, mereka sebenarnya sedang tergelincir, tergelincir mengikuti hawa nafsunya. Salafus soleh mengatakan bahwa menundukkan hawa nafsu itu sebenarnya indah, sedangkan mengikuti hawa nafsu itulah yang sebenarnya padah.
Moga kita tidak menjadi seperti orang ini: dia sudah bertahun-tahun terlibat dalam dakwah dan tarbiyah, namun tidak ada pengaruh positif bagi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Orang ini pasif, ada atau tidak adanya dia tidak berpengaruh. Dia tidak memberi dukungan terhadap aktiviti dakwah. Tidak nampak perubahan positif padanya. Dia tidak memperhatikan unsur ketidak hadirannya dalam aktiviti dakwah. Dan dia tidak menyatakan keuzuran apabila menolak amanah dakwah.

Jadilah kita pejuang yang ikhlas dalam berdakwah. Berani menempuh perjalanan dan jangan sekali-kali gentar pada tentangan, perjalanan yang pernah ditempuh oleh Rasul dan para sahabatnya, perjalanan yang penuh dengan o­nak dan duri, untuk menggapai Redha Allah. Dan memiliki cita-cita tertinggi, iaitu mati syahid fisabilillah.

Insya`allah, moga kita mencapai maksud mencapai syahid. Ikhlaskan hati, bersihkan diri, istiqomah pada perbuatan yang diredhai, moga kitalah pejuang dakwah yang diberkati.
Salam jihad fi sabilillah.

MUJAHIDAH FI SABILILLAH
Muharam 1429 Hijrah